TEKNOLOGI PENDIDIKAN BTP KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA WAN NUR
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BTP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA WAN NUR SHAHIRA WAN MARZUKI DL 1632428 INSTRUCTIONAL TECHNOLOGY EDT 1303/SECTION 3 SEMESTER 2, 2016/2017 DR MOHD SHUKRI NORDIN
VISI
Meneraju transformasi generasi bestari melalui teknologi pendidikan.
MISI
Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan inovasi teknologi pendidikan.
MOTO
Teknologi Untuk Pendidikan Bestari
Khidmat kepakaran Dasar Inisiatif ICT Kajian & Penyelidikan Pembestarian Sekolah Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan Penerbitan Penyebaran bahan Pembangunan pusat sumber sekolah & pembudayaan literasi maklumat
NILAI PERKHIDMATAN (VALUES)
Integriti
Profesionalisme
Budaya Pemuafakatan (Team Work Culture)
Organisasi Pembelajaran (Learning Organisation)
Prestasi Tinggi (High Performance)
Dasar Kualiti
Kami adalah komited kepada pengeluaran produk yang bermutu dan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam bidang teknologi pendidikan yang dapat memenuhi keperluan dan kepuasan hati pelanggan dengan menitikberatkan penambahbaikan yang berterusan.
Falsafah
Bahawa penggunaan pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Objektif Bahagian Teknologi Pendidikan
Membudayakan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru yang berterusan.
Memberi khidmat bantu kepada murid dan guru dalam penggunaan teknologi pendidikan.
Mencari alternatif-alternatif baru teknologi pendidikan yang sesuai bagi kegunaan murid dan guru.
Membangunkan bahan teknologi pendidikan yang berkualiti bagi meningkatkan akses sumber ilmu kepada murid dan guru.
Meningkatkan kecekapan pengurusan dan kemudahan pusat sumber bagi menyokong peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Piagam Pelanggan Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan;
Membantu sekolah untuk mencapai tahap minimum tiga bintang berdasarkan Smart School Qualification Standards dalam tempoh setahun.
Memberi khidmat bantu dan nasihat kepakaran dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah kepada 750 sekolah dalam tempoh setahun.
Budaya Pemuafakatan (Team Work Culture)
Menjamin siaran Eduweb. TV dapat ditonton pada bila-bila masa.
Mengambil tindakan terhadap aduan masalah ICT KPM di sekolah dalam tempoh dua hari bekerja.
Pernyataan Mandat
Dalam tahun 1971 keputusan telah diambil untuk menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan. Projek penubuhan TV Pendidikan pula dimasukkan sebagai salah satu projek perkembangan pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 -1975). Dengan geran Kerajaan Malaysia sebanyak M$6, 457, 000. 00 dan pinjaman daripada International Bank of Reconstruction and Development sebanyak M$940, 000. 00 perkhidmatan TV Pendidikan telah dimulakan dengan jumlah biaya permulaan sebanyak M$11. 3 juta. Pada 19 hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri, Y. A. B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
Sejarah BTP
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan sehingga tahun 1988, apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah dan sesuai dengan kedudukan dan peranannya sebagai satu badan yang menyelaras semua program dan aktiviti yang berkaitan dengan teknologi pendidikan. Bermula dengan hanya empat fungsi utama, iaitu perkhidmatan alat pandang-dengar (tahun 50 -an), perkhidmatan siaran radio ke sekolah-sekolah (tahun 60 -an), perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolah (dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 19 Jun 1972) dan perkhidmatan sumber pendidikan. Pada tahun 2002, BTP telah berkembang kepada 11 sektor dan lapan (8) fungsi utama apabila penggunaan teknologi pendidikan berfokus kepada ICT dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah.
Dengan terlaksananya Projek Rintis Sekolah Bestari pada tahun 1999, iaitu salah satu (1) daripada tujuh (7) aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia, BTP terus meneraju transformasi generasi bestari melalui program Pembestarian Sekolah. Pada 21 April 2006, BTP telah menerima pengiktirafan MS ISO 9001: 2000 Quality Management Systems-Requirements. Sistem ini dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk yang dihasilkan oleh BTP mempunyai standard kualiti yang dikehendaki. Pembangunan kapasiti dan peningkatan kualiti pengurusan instruksional menerusi pembudayaan teknologi pendidikan menjadi misi penting BTP. Peranannya kini bukan sekadar menyelaras tetapi mengalakkan pengintegrasian pelbagai media dan teknologi pendidikan secara terancang bagi mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan moto ‘Teknologi Untuk Pendidikan Bestari’.
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI
Bermula pada tahun 1982, Pusat Sumber Pendidikan Negeri telah ditubuhkan di empat (4) buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu dengan tujuan untuk membawa perubahan dan pembaharuan dalam pendidikan terutamanya di kawasan luar bandar. Penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri ini adalah berasaskan cadangan UNESCO Identification Mission kepada Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1974. Cadangan tersebut telah diterima oleh Jawatankuasa Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 1976. Cadangan tersebut dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan dibiayai daripada pinjaman Bank Dunia. Cadangan penubuhan Pusat Sumber Pendidikan Negeri di 10 buah negeri yang lain iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan kali ke 100 yang berlangsung pada 25 Januari 1988. Kini semua Pusat Sumber Negeri mempunyai bangunan khas yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.
Seiring dengan perkembangan teknologi pendidikan yang semakin canggih, pada tahun 2006, Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Semenanjung Malaysia dikenali dengan nama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) selaras dengan BTPN Sabah dan Sarawak dan sejajar dengan peranan yang lebih mencabar yang dimainkan oleh BTP. Kini bilangannya telah bertambah kepada 15 buah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. BTPN berperanan sebagai peneraju pelaksanaan program ICT di sekolah serta memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan, menyedia, mengedar, mempromosi bahan pelbagai media, di samping mengurus dan memberikan khidmat bantu kepakaran Pusat Sumber Sekolah dengan menyelaras pelaksanaan program gerakan tabiat membaca di peringkat negeri.
PUSAT KEGIATAN GURU
Penubuhan Pusat Kegiatan Guru (PKG) bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah (PMD) iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat (4) buah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang. Pada tahun 1986, nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar bandar dan bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan.
Pada 26 Julai 1990, PSPD telah dinaik taraf dengan konsep dan peranan yang lebih mencabar. Ia bertukar nama kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama PSPD bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995, PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai. Pada masa kini bilangan PKG telah meningkat kepada 367 buah.
PUSAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BAHAGIAN
BTPN Sabah dan BTPN Sarawak mempunyai sejarah yang tersendiri dari segi penubuhannya. Struktur organisasi di BTPN Sabah dan Sarawak sedikit berbeza dari BTPN di Semenanjung Malaysia disebabkan oleh perbezaan bentuk muka bumi dan keluasan negeri Sabah dan Sarawak. Sehubungan itu Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) hanya terdapat di Sabah dan Sarawak. Seperti BTPN, PTPB adalah juga Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam skala yang lebih kecil. PTPB memainkan peranan yang penting dalam membantu BTPN memberi khidmat kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan, menyebar maklumat, pengetahuan serta inovasi terkini terutamanya pelaksanaan inisiatif ICT dalam Pembestarian Sekolah di samping memupuk ikhtiar dan minat guru-guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme.
Kini terdapat tujuh (7) buah PTPB di Sarawak iaitu PTPB Kapit, PTPB Kuching, PTPB Limbang, PTPB Miri, PTPB Sarikei, PTPB Sibu dan PTPB Sri Aman. Manakala di Sabah terdapat enam (6) buah PTPB iaitu PTPB Beaufort, PTPB Keningau, PTPB Kota Kinabalu, PTPB Sandakan, PTPB Tawau dan PTPB Kota Belut.
LOGO
Logo ini juga mempunyai ilusi optikal pergerakan yang berterusan menonjolkan peranan dan fungsi BTP dalam bidang teknologi pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ia melambangkan cetusan kesedaran bahawa kita sekarang sedang berada dalam era teknologi moden;
Bentuk simbolik hexagon melambangkan sektor-sektor di dalam BTP dan hubungan rapat hexagon ini kepada bulatan di tengah-tengah logo melambangkan kesatuan dan perpaduan dalam setiap satunya bergerak bebas bersendirian.
Garisan putih yang terdapat di keliling bentuk hexagon, melambangkan output serta input p engetahuan data daripada BTP.
Bulatan yang terdapat di tengah logo melambangkan ’mata’ BTP yang menjadi paksi dalam menggabung, mengawal dan menyelia sektor di BTP.
Garisan konsentrik melambangkan gelombang radio serta pemancaran TV yang juga boleh ditafsirkan sebagai pancaran pengetahuan dan perkhidmatan daripada pusat BTP.
Dua tone warna ungu putih dan warna hitam melambangkan kestabilan perpaduan, persahabatan serta kesediaan untuk berkhidmat dengan cekap dan berkesan.
THANK YOU
- Slides: 54