Soalan 6 Falsafah pendidikan kebangsaan dan kurikulum kebangsaan

Soalan 6: Falsafah pendidikan kebangsaan dan kurikulum kebangsaan NAMA AHLI: SH. MONALIZA MUHAMMAD MAHANI MOHAMED ROKIAH ALI NORSHUHADA MAT YAZID L 20112007497 L 20112007506 L 20112007460 L 20112007468


Kurikulum Kebangsaan v Program pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang mencakupi semua ilmu pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dan kepercayaan. Membantu mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal, rohani, mental dan emosi serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. (Akta Pendidikan 1996)

Kurikulum Formal v rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia merupakan satu set dokumen untuk dilaksanakan. v Ia mengandungi hal sebenar yang berlaku dibilik darjah dan apa yang telah disediakan dinilai. v Merupakan kurikulum tersurat yang boleh dilihat, terancang, tersedia, dan berurutan seperti yang terkandung dalam silibus dan buku teks. Ia meliputi matlamat, objektif, subjek, dan struktur pengajaran. v Ia terdiri daripada isi P&P, penilaian di dalam bilik darjah, dan melibatkan aktiviti-aktiviti kokurikulum (sukan, kelab/persatuan, dan unit beruniform).

Gambar Kurikulum Formal Kawad kaki-Pengakap Latihan rumah sukan P&P dalam kelas Aktiviti kelab dan persatuanmemasang khemah

Kurikulum tak Formal v Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit. Ia terdiri dari peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia dibentuk oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman guru dan murid. v Dirancang oleh organisasi tertentu dalam sekolah atau di luar sekolah untuk pelajar. Lazimnya tertumpu kepada golongan tertentu dengan matlamat dan objektif tertentu.

kursus pustakawan sekolah Bengkel matematik Gambar Kurikulum Tidak Formal

Kurikulum Tersembunyi Konsep Kurikulum Tersembunyi v Kurikulum tersembunyi juga disebut sebagai kurikulum tersirat, kurikulum terpendam atau kurikulum tersisip. Mok Soon San (2008) v meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal, seperti penerapan nilai-nilai melalui peniruan tingkah laku guru, dan penyerapan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah. v pengaruh-pengaruh daripada ciri aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. (P. W. Jackson)

Sambungan… v Bagaimana pelajar dapat mempelajari semangat hidup berkumpulan, daripada penilaian guru untuk membentuk tingkah laku, sikap, pandangan dan nilai kemasyarakatan. v Melalui pembelajaran yang tidak terdapat dalam rancangan mengajar ini tanpa disedari banyak membina karakter seseorang pelajar serta menentukan personaliti insaniah pelajar tersebut apabila mereka dewasa. v Situasi perkitaran persekolahan adalah tempat terbaik untuk membina sahsiah diri dan sebagai modal insan sebagai teras pembangunan negara berkualiti.

KEPENTINGAN KURIKULUM KEBANGSAAN Mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh. Membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara. Menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( FPK ) Kurikulum Pra sekolah Kebangsaan ( 2003 ) ditukar kepada Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan ( 2011 ) • Tujuan untuk memastikan kurikulum yang dibina adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik, tidak terlalu membebankan dan mengikut keperluan semasa. • Pengalaman pembelajaran kepada kanak – kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. • Persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan di peringkat sekolah rendah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) Ditukar Kepada Kurikulum Standartd Sekolah Rendah ( KSSR ) Fokus diberikan kepada penguasaan 4 M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul. Terdapat 6 tunjang utama: - 1. Komunikasi 2. Kerohaniaan 3. Sains dan Teknologi 4. Keterampilan diri 5. Kemanusiaan 6. Perkembangan fizikal dan estetika

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) Bercirikan kesinambungan tiga bidang utama iaitu : - 1. Komunikasi – bahasa dan matematik 2. Manusia – aspek agama, moral, sains dan kemasyarakatan 3. Perkembangan diri – pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan aktiviti Ko-kurikulum Memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh

Kurikulum Pendidikan Khas ditukarkan kepada Kurikulum Standard Pendidikan Khas ( KSPK ) Menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Tempoh minimum belajar di sekolah rendah adalah selama 6 tahun dan di sekolah menengah selama 5 tahun. Melibatkan tiga cabang utama iaitu : - 1. Masalah Pembelajaran 2. Masalah Penglihatan 3. Masalah Pendengaran
- Slides: 14