KURIKULUM SEBAGAI WAHANA PENTERJEMAH FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
KURIKULUM SEBAGAI WAHANA PENTERJEMAH FPK
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996)
Falsafah & Kurikulum �Kurikulum adalah terjemahan falsafah pendidikan �Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas �Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan
Misi Kementerian Pelajaran Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Model Kurikulum Tyler Empat persoalan: 1. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai? 2. Apakah pengalaman pendidikan yang sesuai untuk mencapai tujuan pendidikan? 3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan perlu diatur agar berkesan? 4. Bagaimanakah hendak ditentukan sama ada tujuan pendidikan dapat dicapai?
Model Kurikulum Tyler Persoalan 1: Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai?
Menentukan Matlamat / Objektif � Objektif yang perlu ditetapkan hendaklah selaras dengan: ◦ keperluan pelajar. ◦ keperluan semasa masyarakat. ◦ pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan. � Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, objektif tersebut hendaklah dibentuk berdasarkan kepada: ◦ falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk ◦ psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dll � Objektif yang dibentuk perlu menerangkan dengan jelas: ◦ apakah yang hendak dicapai? (tujuannya adalah untuk memudahkan proses penilaian). ◦ apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar? (Tujuannya adalah untuk menentukan pencapaian objektif).
DOMAIN OBJEKTIF KURIKULUM Ti nd te ak rh b pe ad a m ap las be s f la itu izik ja a a ra si l n DOMAIN PSIKOMOTOR K Pe se ra m sa as an a y pe an m g be di la ala ja m ra i n DOMAIN Keupayaan mental KOGNITIF memproses maklumat DOMAIN AFEKTIF K - Kurikulum
Domain Objektif Kognitif (Bloom) Pemikiran Aras Tinggi Pemikiran Aras Rendah an u h a t e g n n Pe a a f Ke m a h a si Ap lik s a n A i il s s i s Si e t n n a i Pe la i n
Domain Objektif Kognitif � Pengetahuan ◦ Keupayaan untuk mengingat semula tentang sesuatu perkara �definisikan �nyatakan �susunkan �labelkan �kenal pasti � Kefahaman ◦ Kebolehan memahami prinsip / hukum / rumus / teori / peraturan �Jelaskan �Huraikan �Terjemahkan �Terangkan �Bincangkan
� Aplikasi ◦ Kebolehan menggunakan prinsip / hukum / rumus / teori / peraturan dalam situasi baru �Tunjukkan �Binakan �Lakukan �Lukiskan � Analisis ◦ Keupayaan mencerakin / memisah / menyenaraikan sesuatu kepada elemen-elemen / bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya menjadi lebih mudah �Kategorikan �Analisis
� Sistesis ◦ Keupayaan mencantumkan elemen-elemen / bahagian-bahagian yang kecil agar menjadi keseluruhan �Gabungkan �Ringkaskan �Rumuskan � Penilaian ◦ Keupayaan menilai idea / prosedur / kaedah berdasarkan kriteria tertentu �Cadangkan �Nilaikan �Ulaskan
Domain Objektif Afektif 1. Penerimaan Menerima / menyedari adanya sesuatu perkara yang berlaku di persekitarannya. Contoh : Murid-murid hadir dan mendengar syarahan/ pembentangan tentang isu-isu alam sekitar. 2. Bertindak balas Murid-murid menunjukkan tingkahlaku yang baru hasil dari pengalaman mereka. Mereka gembira dengan penyertaannya. Contoh : Murid-murid mencari maklumat lanjut melalui bertanya, buku rujukan, internet, program televisyen dan sumber-sumber lain.
3. Menilai Murid-murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan komitmen, menilai apa perkara yang mereka terlibat. Contoh : Murid-murid cuba memujuk orang lain untuk mengambil tahu tentang isu-isu alam sekitar. 4. Mengorganisasi Murid-murid mensepadukan nilai baru yang diterima ke dalam set nilai-nilai, sikap atau kepercayaan dan membentuk ranking bagi keseluruhan set nilai-nilai yang dipegang. Contoh : Murid-murid mula memberikan komitmen jangka panjang dalam isu-isu alam sekitar seperti menganggotai kumpulan pencinta alam sekitar.
5. Perwatakan Bertindak secara konsisten terhadap nilai baru. Secara dalaman, murid-murid dapat menyusun nilai-nilai ke dalam sistem dan boleh mengaplikasikan nilai tersebut sebagai falsafah hidup mereka kepada peringkat yang lebih luas. Contoh : Murid-murid mengamalkan konsep hijau dalam hidup mereka melalui menghindar dari menggunakan beg plastik, menghindar dari membeli barang-barang yang tidak mesra alam dan sebagainya.
Domain Objektif Psikomotor (Simpson) 1. Pengamatan Langkah yang paling penting sebelum seseorang itu melakukan perkara berikutnya 2. Set Bagaimana seseorang itu menyediakan pergerakan diri untuk sesuatu aktiviti atau tindakan 3. Gerakbalas terbimbing Gerakbalas yang dibimbing oleh guru seperti meniru. 4. Mekanisme Gerakbalas yang sudah menjadi lazim kepada seseorang utk melakukannya dengan yakin dan cepat
5. Gerakbalas kompleks yang nyata Keupayaan melakukan suatu kerja yang susah dengan tabah dan berani 6. Penyesuaian Kebolehan menyesuaikan kemahiran yang telah diperoleh untuk diaplikasikan dalam situasi baru 7. Keaslian Kebolehan mencipta atau membentuk suatu pergerakan baru berdasarkan kepada pengalaman kemahiran yang diterima sebelumnya.
Model Kurikulum Tyler Persoalan 2: Apakah pengalaman pendidikan yang sesuai untuk mencapai tujuan pendidikan?
KURIKULUM KEBANGSAAN “. . . suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. ” (Akta Pendidikan 1996)
Pemilihan Kandungan � Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. � Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. � Kurikulum ◦ Kurikulum formal �Mata pelajaran teras, wajib, elektif/pilihan ◦ Kurikulum terpendam �Pengalaman yang tidak dirancang � Kokurikulum ◦ Unit Beruniform ◦ Kelab dan Persatuan ◦ Sukan dan Permainan
Kurikulum Terpendam � Menyediakan pengalaman pelajar yang tidak diduga yang timbul daripada sesuatu kurikulum, serta juga pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi yang terdapat di sekolah.
Bagaimana kurikulum terpendam berlaku � Interpretasi terhadap pelajaran formal � Tunjuk ajar guru selain daripada pembelajaran formal � Aktiviti berkumpulan � Role model oleh guru-guru dan pelajar yang lebih dewasa � Peraturan dan undang-undang sekolah
Sumbangan kurikulum terpendam � Pembentukan Budaya ◦ bergantung kepada budaya sekolah dan pengalaman yang dilalui � Pembentukan Tingkahlaku ◦ melalui aktiviti-aktiviti, perlakuan guru atau rakan yang dilihat, perawakan guru dan rakan sebaya � Pembentukan Nilai Hidup ◦ kejayaan, kebebasan, pengkhususan, universalisme (Dreeban dlm Abu Bakar et. al. ) ◦ Kejayaan : menguasai sesuatu ke tahap kecemerlangan ◦ Kebebasan : melakukan tugas bersendirian dan bertanggungjawab ◦ Pengkhususan : menerima layanan yang khusus bagi dirinya ◦ Universalisme : menerima layanan yang sama seperti orang
Kokurikulum � Aktiviti amali sebagai lanjutan kepada pembelajaran di bilik darjah � Usaha menjadikan pendidikan seimbang dari aspek perkembangan intelek dan kerohanian � Membolehkan pelajar berinteraksi melalui kumpulan masing-masing bagi membina ◦ Semangat berpasukan ◦ Semangat kerjasama ◦ Daya kreatif dan inovatif ◦ Semangat, nilai dan sikap positif ◦ Keyakinan diri
Kategori kokurikulum dan tujuan � Sukan dan Permainan ◦ Kemahiran dan kecergasan fizikal ◦ Semangat juang yang tinggi � Unit Beruniform ◦ Berkhidmat kepada masyarakat ◦ Berdisiplin � Kelab dan Persatuan ◦ Memperkayakan pengetahuan ◦ Memperoleh kemahiran pengurusan persatuan
Penyusunan Kandungan Kurikulum � Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. ◦ Penyusunan secara vertikal ◦ Penyusunan secara horizontal
Pembentukan dan penyusunan kurikulum secara vertikal: sekuen kontinuiti
Sekuen � Prinsip ketertiban menyarankan pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam. � Elemen dalam kurikulum disusun bagi memastikan terdapat urutan dalam pembelajaran agar kurikulum dapat menggalakkan pembelajaran berterusan ◦ mudah ke kompleks ◦ konkrit ke abstrak ◦ kronologi
Kontinuiti � Komponen dalam kurikulum dimanipulasi bagi memastikan terdapat kesinambungan antara satu peringkat pembelajaran dengan yang berikutnya. � Prinsip kesinambungan bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran & nilai perlu dikuasai oleh pelajar sejajar dengan ◦ pertumbuhan fizikal ◦ perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka. � Suatu kurikulum perlu mempunyai kesinambungan yang lancar dimulai dengan peringkat paling asas dan seterusnya membolehkan pelajar mengaplikasikannya untuk meneroka pada tahap yang lebih tinggi.
Pembentukan dan penyusunan kurikulum kebangsaan secara horizontal SKOP INTEGRASI IMBANGAN
Skop � Prinsip litupan kandungan berkaitan dengan keluasan dan kedalam kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. � Keluasan dan kedalaman kurikulum ◦ topik ◦ kandungan : what content to include in the curriculum and the amount of detail to the content ◦ pengalaman pembelajaran (kognitif, afektif, psikomotor) � Garapan keluasan dan kedalaman kandungan ini berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap pendidikan & kognitif serta masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar untuk menguasainya
Integrasi � Knowledge cannot be separated � Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh
Imbangan � Keseimbangan dalam setiap aspek yang terdapat dalam rekabentuk kurikulum � In a balanced curriculum, students have opportunities to master knowledge and to internalize and utilize it in ways that are appropriate for their personal, social, and intellectual goals (Ornstein & Hunkins, 1998). � Prinsip Imbangan Kandungan merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan objektif yang ingin dicapai.
KESINAMBUNGAN/KONTINUITI LITUPAN/ SKOP KETERTIBAN/SEKUEN KESEPADUAN/INTEGRASI IMBANGAN
Penilaian � Menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. � Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan. � Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah � Pentaksiran yang dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh sekolah. � PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran � Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. � Pelaksanaan PLBS, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
Perlunya perubahan dalam pentaksiran � Penekanan kepada JERI - aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak tercapai Pendidikan berorientasikan peperiksaan - penglibatan dalam kokurikulum sangat kurang � Pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata - tekanan kepada guru, murid & ibu bapa � Menilai produk akhir berbanding proses pembelajaran - pengabaian pembentukan modal insan yang seimbang � Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran Assessment for learning diabaikan - kurang membantu dalam proses pembelajaran sebenarnya � Meningkatkan martabat profesion keguruan – guru lebih dihormati, peningkatan integriti dan keberkesanan guru � Sistem Pentaksiran Sesetengah Negara Maju telah Berubah – tiada peperiksaan awam di sekolah rendah dan menengah rendah �
PBS Akademik 1. Pentaksiran Sekolah 2. Pentaksiran Pusat Bukan Akademik 1. Pentaksiran Psikometrik 2. PAJSK (Pentaksiran aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) COMPANY LOGO
UPSR 60: 40 mulai 2016 PENTAKSIRAN BERASASKAN PUSAT (PBP) Dilaksanakan oleh LP seperti UPSR sekarang UJIAN APTITUD Peperiksaan Pusat PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Pentaksiran sekolah MP Teras & elektif UPSR Pusat 60: 40 60% BM BI M’MATIK SAINS BC BT Kerja Kursus Projek Lisan Dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah 40% PAJSK Inventori Personaliti Dilaksanakan oleh sekolah dengan instrumen dan garis panduan dari LP COMPANY LOGO
Model Kurikulum Tyler Empat persoalan: 1. Apakah tujuan pendidikan yang hendak dicapai? 2. Apakah pengalaman pendidikan yang sesuai untuk mencapai tujuan pendidikan? 3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan perlu diatur agar berkesan? 4. Bagaimanakah hendak ditentukan sama ada tujuan pendidikan dapat dicapai?
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia 1996)
Pelaksanaan kurikulum kebangsaan: • Pra Sekolah • Sekolah Rendah • Sekolah Menengah • Pendidikan Khas • Institusi Pengajian Tinggi
- Slides: 42