KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS) ~MASALAH PEMBELAJARAN~
PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan. Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ …. guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
OBJEKTIF Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid: � i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna � ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian � iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya � iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna � v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk � vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam � vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian � viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah � ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya � x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
KSSR(PEND. KHAS-MASALAH PEMBELAJARAN) Digubal dalam dua bentuk pernyataan iaitu: 1. Standard Kandungan - iaitu merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hidup. 2. Standard Pembelajaran - iaitu merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh di ukur bagi Standard Kandungan.
TERDAPAT BEBERAPA PECAHAN MATAPELAJARAN YANG DIFOKUSKAN DI DALAM KSSR- PKBP 1. ASAS 3 M 2. PENDIDIKAN ISLAM 3. PENDIDIKAN JASMANI 4. PENDIDIKAN MORAL 5. PENGURUSAN KEHIDUPAN 6. SENI KREATIF
ASAS 3 M
MATA PELAJARAN ASAS 3 M � Terdapat 3 komponen utama iaitu: 1. Bahasa Melayu -terdiri daripada disiplin: i/ mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber ii/ bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila iii/ membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid iv/ menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul v/ melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan, dan penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan serta berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan 2. Bahasa Inggeris -terdiri daripada disiplin: i/ mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudah ii/ bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasi iii/ membaca dan memahami mesej yang ringkas iv/ menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudah v/ menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian 3. Matematik -terdiri daripada disiplin: i/ mengetahui dan memahami konsep nombor ii/ menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolak iii/ mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yag terdapat di alam sekeliling iv/ menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian * Diingatkan bahawa perlu ada penggabung jalinan isi kandungan dalam menyampaikan setiap matapelajaran.
PERLAKSANAAN MODUL ASAS 3 M 1. Modul Pengajaran Asas 3 M ü Disediakan untuk membantu guru menjalankan engajaran dengan lebih berkesan. Guru juga boleh membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. 2. Modul Pembelajaran Asas 3 M ü Modul ini disediakan untuk kegunaan murid. Merupakan lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN �Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: � � � � Inkuiri Analisis tugasan Belajar melalui bermain Pengajaran bertema Pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi sensori Pembelajaran kontekstual Pembelajaran interaktif Pembelajaran koperatif Simulasi Pembelajaran masteri Pembelajaran pengalaman (experiential learning)
PENTAKSIRAN �Dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. �Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif atau formatif. �Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. �Pentaksiran yang dijalankan secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. �Diingatkan!!!!! Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah di buat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
PENDIDIKAN ISLAM
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM �Fokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada al-Quran dan As. Sunnah. �Mata pelajaran Pendidikan Islam ini memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan ketatanegaraan. �Mata pelajaran ini dibahagikan kepada tiga tajuk utama iaitu Asuhan Tilawah al-Quran, II. Asas Ulum Syariah III. Asas Akhlak Islamiah. I.
PERLAKSANAAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM �Terdiri daripada Ø Modul Pengajaran Berpandukan kepada standard Kurikulum Asas Pendidikan Islam untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. v Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. v Penglibatan aktif murid, dapat mendorong pencapaian prestasi mereka. v Ø Modul Pembelajaran v v Disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengadungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN �Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Kaedah Hafazan � Kaedah Amali � Pembelajaran masteri � Simulasi � Pelbagai kaedah terapi � Kaedah perbincangan � Pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) � Pendekatan permainan � Belajar melalui bermain � Pembelajaran interaktif � Pembelajaran koperatif � Pembelajaran pengalaman (experiential learning) �
PENTAKSIRAN �Dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. �Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif atau formatif. �Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. �Pentaksiran yang dijalankan secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. �Diingatkan!!!!! Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah di buat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).
PENDIDIKAN JASMANI
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Ø Komposisi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ini terdiri daripada Økemahiran asas pergerakan, Øasas permainan, Øasas olahraga, Øasas akuatik, Økecergasan, Ørekreasi dan kesenggangan. Ø Bagi asas permainan dan olahraga hanya akan diajar selepas Tahun 1. Ø Kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu dalam Sains Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor, anatomi, fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi.
TUJUAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI i. melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang sesuai dengan betul ii. melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul iii. kecekapan menggabungkan pergerakan dalam melakukan aktiviti iv. perlakuan mengembangkan kecekapan dalam pergerakan dan kemahiran motor v. mengembangkan kecekapan semasa menggabungkan pergerakan atau lakuan motor vi. menjelaskan prinsip asas biomekanik dalam pergerakan perlakuan motor vii. memahami bagaimana meningkatkan kemahiran motor dan pergerakan viii. memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan dijalankan ix. melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala x. memahami kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala xi. memahami bagaimana membina jadual kecergasan sendiri xii. menunjuk cara kemahiran sosial yang sesuai dalam aktiviti fizikal xiii. menunjuk cara kemahiran tanggungjawab kendiri yang sesuai dalam aktiviti fizikal xiv. mengaplikasikan kecergasan berdasarkan lakuan motor melalui aktiviti fizikal dalam kemahiran asas dan khusus � xv. melakukan aktiviti fizikal dengan riang, bertanggungjawab dan selamat � xvi. melakukan aktiviti fizikal dan mengetahui kepentingan menjaga kecergasan � xvii. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti jasmani � � � �
PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI �Modul Pengajaran Pendidikan Jasmani �Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. �Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. �Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. �Di dalam modul pengajaran guru juga mengandungi senarai semak untuk menguji tahap kemahiran yang dikuasai oleh murid.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN � Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: � Belajar Melalui Permainan � Belajar Sambil Bermain � Multi Sensori � Pembelajaran Kontekstual � Pembelajaran Interaktif � Pembelajaran Koperatif � Pertandingan
PENTAKSIRAN �Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. �Kaedah pentaksiran yang dicadangkan kepada guru adalah seperti senarai semak rubrik, senarai semak pemerhatian, senarai semak , rating, buku log, penggredan ujian kecergasan
PENDIDIKAN MORAL
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL �Modul Pendidikan Moral � Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan itu berakhlak mulia dan bermoral. � Pendidikan Moral Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai-nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk secara bersepadu. � Di samping itu juga murid dapat menyatakan nilai murni masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat.
PELAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN MORAL �Fokus mata pelajaran Pendidikan Moral terbahagi kepada : �i. Pemikiran Moral � Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan moral �ii. Perasaan Moral � Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan merasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul �iii. Perlakuan Moral � Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral
14 NILAI MURNI DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL 1. Kepercayaan kepada Tuhan � Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan. Nya berlandaskan pegangan agama masing selaras dengan prinsip Rukun Negara 2. Baik hati � Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas 3. Bertanggungjawab � Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna 4. Berterima kasih � Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian 5. Hemah tinggi � Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian 6. Hormat-menghormati � Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan 7. Kasih Sayang � Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas 8. Keadilan � Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah 9. Keberanian � Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah 10. Kejujuran � Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan 11. Kerajinan � Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara 12. Kerjasama � Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama 13. Kesederhanaan � Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain 14. Toleransi � Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup
PERLAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN MORAL �Modul Pengajaran Pendidikan Moral � � � Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. �Modul Pembelajaran Pendidikan Moral � � � Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilai-nilai murni.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN �Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri � Analisis Tugasan � Belajar Melalui Bermain � Pengajaran Bertema � Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) � Konstruktivisme � Multi Sensori � Pembelajaran Kontesktual � Pembelajaran Interaktif � Pembelajaran Koperatif � Simulasi � Pembelajaran Masteri � Pembelajaran Pengalamian (experiential learning) �
PENTAKSIRAN �Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. �Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. �Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. �Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. �Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). �Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
PENGURUSAN KEHIDUPAN
MATAPELAJARAN PENGURUSAN KEHIDUPAN � Fokus matapelajaran ini terdiri daripada 3 komponen iaitu: 1. Komponen: Pengurusan Diri � Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diajar kepada murid bermasalah pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri dibina dengan tujuan melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari. � Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid dapat: � i. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan diri sendiri � ii. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar � iii. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran � iv. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar
2. Komponen: Pengurusan Tingkah Laku � � Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan dirisupaya dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid mengenalpasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan belajar murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran. Komponen Pengurusan Tingkah Laku membolehkan murid dapat: � i. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada dan yang baru � ii. mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang lain � iii. meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan dan masyarakat � iv. menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan masyarakat � v. bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran
3. Komponen: Kemahiran Manipulatif Komponen Kemahiran Manipulatif memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan pengamatan murid. � Komponen ini juga amat penting untuk membantu murid dalam penguasaan 3 M (membaca, menulis dan mengira). � Usaha ini dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara. � Komponen Kemahiran Manipulatif membolehkan murid dapat: � i. melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus dan pengamatan � ii. menggunakan peralatan dengan teknik yang betul � iii. menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan � iv. meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu bahan �
PERLAKSANAAN MODUL PENGURUSAN KEHIDUPAN Ø Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan � Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. Ø Modul Pembelajaran Pengurusan Kehidupan � Modul pembelajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN v Guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: � Inkuiri � Analisis Tugasan � Belajar Melalui Bermain � Pengajaran Bertema � Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) � Konstruktivisme � Multi Sensori � Pembelajaran Kontekstual � Pembelajaran Interaktif � Pembelajaran Koperatif � Simulasi � Pembelajaran Masteri � Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
PENTAKSIRAN �Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. �Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. �Pentaksiran secara pemerhatian hendaklahdisertakan dengan senarai semak. �Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). �Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
PENDIDIKAN SENI KREATIF
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SENI KREATIF 1. Komponen : Pendidikan Seni Visual Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. � Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid : � i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial � ii. mengembangkan bakat dan kreativiti � iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya � iv. menghasilkan karya seni yang kreatif � v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya �
2. Komponen : Pendidikan Muzik � Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seniserta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid. � Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid : � � � � i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan iii. mahir menggunakan alatan muzik iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu v. mengenal lagu berdasarkan melodinya vi. mengawal koordinasi anggota badan vii. melakon dan menghayati pelbagai watak viii. membaca dialog dengan baik
PERLAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN SENI KREATIF Ø Modul Pengajaran Pendidikan Seni Kreatif �Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid. Ø Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif �Modul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN v Guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: � Inkuiri � Analisis Tugasan � Belajar Melalui Bermain � Pengajaran Bertema � Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) � Konstruktivisme � Multi Sensori � Pembelajaran Kontekstual � Pembelajaran Interaktif � Pembelajaran Koperatif � Simulasi � Pembelajaran Masteri � Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)
PENTAKSIRAN �Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. �Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. �Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. �Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. �Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). �Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
SEKIAN TERIMA KASIH
- Slides: 43