PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM Merealisasikan hasrat FPK menerusi
PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM Merealisasikan hasrat FPK menerusi sukatan pelajaran dan rancangan pelajaran
Penterjemahan kurikulum merupakan satu siri proses melibatkan empat komponen yang berantai Rangka konsep penterjemahan kurikulum
Peringkat Pelaksanaan Kurikulum • • • Pra Sekolah Rendah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Institusi Pengajian Tinggi / Lepas Sekolah
Amalan Kurikulum Bilik Darjah • Strategi pengajaran dan pembelajaran • Penilaian
Hasil Pelaksanaan Kurikulum • Pembangunan Insan • Pembangunan Negara
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT PENDIDIKAN KURIKULUM KEBANGSAAN SUKATAN PELAJARAN Rancangan Pelajaran Tahunan Rancangan Pelajaran Harian P&P OUTCOME
KURIKULUM KEBANGSAAN “. . . suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. ” (Akta Pendidikan 1996)
Bagaimanakah pengalaman pendidikan perlu diatur agar berkesan? KESINAMBUNGAN/KONTINUITI LITUPAN/ SKOP KETERTIBAN/SEKUEN KESEPADUAN/INTEGRASI IMBANGAN
Prasekolah • Untuk murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun • Matlamat : – untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan – menguasai kemahiran asas – memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah • Visi: “Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia” • Misi: Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.
Objektif Pendidikan Prasekolah Agar murid-murid dapat: • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik, • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi, • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua, • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama, • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah, • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial, • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik, • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
Sekolah Rendah • Mengambil masa enam tahun. Merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. Pendedahan kepada membaca menulis dan mengira, serta pendedahan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral. Pada penghujung pengajian di Tahun 6, murid-murid akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). UPSR menguji: Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Penguasaan kemahiran matematik Penguasaan konsep sains
R S B K KBSR & Implikasi daripada FPN • Diperkenalkan pada 1982 dan dilaksanakan sepenuhnya pada 1983 • Susulan Lap. JK Kab. 1979 : Perakuan 57(a) Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.
Bentuk KBSR (1982) KOMUNIKASI Kemahiran Asas (3 M) Bahasa, Matematik Murid MANUSIA DGN ALAM KELILINGNYA PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Kerohanian, Nilai dan Sikap, Kemanusiaan & Persekitaran Kesenian dan Rekreasi P. A. Islam, P. Moral, Alam dan Manusia Muzik, P. Seni, PJ
Teras KBSR • Setiap orang murid adalah berbeza di antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. • Memberi penegasan kepada – Pemulihan – Pengkayaan – Penilaian Berterusan di Bilik Darjah – Penggabungjalinan – Penyerapan
Sekolah Menengah • Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat: - Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3) - Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5) Terdapat tiga aliran utama dalam pendidikan menengah atas: - Aliran Akademik (Sains/Sastera) - Aliran Teknik dan Vokasional - Aliran Agama
Pendidikan Khas • Perkhidmatan pendidikan untuk murid berkeperluan khas (masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran) dan murid pemulihan khas • Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran (BP) di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut: – – – Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperactivity Disorder Terencat akal minimum, dan Bermasalah pembelajaran spesifik (contoh: Disleksia). • Pendidikan menekankan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dan hidup berdikari.
Program Pendidikan • Program Pendidikan Khas KPM dilaksanakan melalui: - Sekolah Pendidikan Khas - Program Pendidikan Khas Integrasi • Sekolah Pendidikan Khas – bagi murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran (menengah). – ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Khas
Pendidikan Tinggi • Laluan melalui – Tingkatan 6 – Program Matrikulasi • Merangkumi program pendidikan di – kolej komuniti, – politeknik, – institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, – universiti awam dan – institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).
• Pendidikan di kolej komuniti, politeknik, dan institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta membawa kepada penganugerahan sijil/diploma serta mewujudkan laluan alternatif ke pendidikan tinggi. • Pendidikan di kolej komuniti lebih menjurus kepada latihan dan latihan semula kemahiran sementara pendidikan di politeknik lebih menekankan latihan peringkat separa profesional. • Pendidikan tinggi merupakan pendidikan yang membawa kepada penganugerahan diploma dan ijazah atau yang setaraf dengannya.
Matlamat Pendidikan Tinggi Menghasilkan graduan yang • berpengetahuan dan kompeten dalam bidang pengajian serta berkemampuan untuk menggunakan pengetahuan kepada amalan • berinovatif • mempunyai kebolehan kognitif yang tinggi • menguasai pelbagai bahasa dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan (berfikiran analitikal dan kritikal, berupaya menyelesaikan masalah dan penaakulan) • celik teknologi • menghayati nilai-nilai murni sebagai asas kehidupan • mampu memberi sumbangan bakti kepada masyarakat, negara dan dunia Sumber: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK) • Menentukan sukatan pelajaran (SP) dan huraian sukatan pelajaran (HSP) yang digunakan di sekolah-sekolah • Merancang, mengarah, menentu dan menilai kurikulum dari semasa ke semasa
Sukatan Pelajaran • Dokumen tentang suatu pernyataan mengenai perkara yang mesti diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan. • Mengandungi FPK, matlamat, objektif dan skop/ litupan sesuatu mata pelajaran.
Huraian Sukatan Pelajaran • Dokumen yang memperincikan SP mengikut unit kecil mata pelajaran • Menyarankan strategi p&p yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. • Membantu guru merancang dan melaksanakan p&p secara berkesan • Menjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid
Peranan Guru • Mentafsir Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) untuk membuat perancangan pengajaran • Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dirancang • Mengenalpasti dan melaksanakan prosedur penilaian
Penterjemahan Kurikulum Menerusi SP dan HSP kepada RPT dan RPH Kurikulum SUKATAN PELAJARAN Mata Pelajaran Unit 1 Unit 2 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN Unit 3 Rancangan Pengajaran Tahunan Tajuk 1 P P Tajuk 2 Tajuk 3 P P P P Tajuk 4 Rancangan Pengajaran Harian Hasil Pembelajaran (P): Senarai pernyataan pencapaian secara hirarki tentang pengetahuan, kemahiran, kebolehan, sikap yang perlu dikuasai oleh pelajar mengikut aturan pencapaian yang telah ditentukan selepas menerima pengajaran
Mata Pelajaran KBSR (Tahap 1) • Mata Pelajaran Teras: 1. Bahasa Melayu 2. English Language 3. Bahasa Cina (SJKC) 4. Bahasa Tamil (SJKT) 5. Mathematics 6. Science 7. Pendidikan Islam 8. Pendidikan Moral • Mata Pelajaran Wajib: 1. Pendidikan Jasmani 2. Pendidikan Kesihatan 3. Pendidikan Seni Visual 4. Pendidikan Muzik • Mata Pelajaran Tambahan: 1. Bahasa Cina Komunikasi 2. Bahasa Tamil Komunikasi 3. Bahasa Arab Komunikasi 4. Bahasa Iban (bermula tahun 3) 5. Bahasa Semai (bermula tahun 3)
Mata Pelajaran KBSR (Tahap 2) • Mata Pelajaran Teras: 1. Bahasa Melayu 2. English Language 3. Bahasa Cina (SJKC) 4. Bahasa Tamil (SJKT) 5. Mathematics 6. Science 7. Kajian Tempatan 8. Pendidikan Islam 9. Pendidikan Moral 10. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan • Mata Pelajaran Wajib: 1. Pendidikan Jasmani 2. Pendidikan Kesihatan 3. Kemahiran Hidup 4. Pendidikan Seni Visual 5. Pendidikan Muzik • Mata Pelajaran Tambahan: 1. Bahasa Cina Komunikasi 2. Bahasa Tamil Komunikasi 3. Bahasa Arab Komunikasi 4. Bahasa Iban 5. Bahasa Kadazandusun 6. Bahasa Semai
Mata Pelajaran KBSM (Menengah Rendah) • Mata Pelajaran Teras: 1. Bahasa Melayu 2. English Language 3. Mathematics 4. Science 5. Sejarah 6. Pendidikan Islam 7. Pendidikan Moral 8. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan • Mata Pelajaran Wajib: 1. Pendidikan Jasmani 2. Pendidikan Kesihatan 3. Kemahiran Hidup 4. Pendidikan Seni Visual 5. Geografi • Mata Pelajaran Tambahan: 1. Bahasa Cina 2. Bahasa Tamil 3. Bahasa Arab 4. Bahasa Iban 5. Bahasa Kadazandusun 6. Bahasa Jepun 7. Bahasa Jerman 8. Bahasa Perancis
Mata Pelajaran KBSM (Menengah Atas) • Mata Pelajaran Teras: 1. Bahasa Melayu 2. English Language 3. Mathematics 4. Science 5. Sejarah 6. Pendidikan Islam 7. Pendidikan Moral 8. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan • Mata Pelajaran Wajib: 1. Pendidikan Jasmani 2. Pendidikan Kesihatan • Mata Pelajaran Tambahan: 1. Bahasa Cina 2. Bahasa Tamil 3. Bahasa Arab 4. Bahasa Iban 5. Bahasa Kadazandusun 6. Bahasa Jepun 7. Bahasa Jerman 8. Bahasa Perancis
Mata Pelajaran KBSM (Menengah Atas) • Mata Pelajaran Elektif: 1. Kesusasteraan Melayu 2. Literature in English 3. English for Science and Technology 4. Pendidikan Seni Visual 5. Pendidikan Muzik 6. Geografi 7. Ekonomi Asas 8. Additional Mathematics 9. Additional Science 10. Physics 11. Chemistry 12. Biology 13. Information and Communication Technology 14. Reka Cipta 15. Sains Sukan 16. Pembinaan Domestik 17. Membuat Perabot 18. Seni Reka Tanda 19. Kerja Paip Domestik 20. Pendawaian Domestik 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. Kimpalan Arka dan Gas Menservis Automobil Menservis Motosikal Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara Menservis Peralatan Elektrik Domestik Rekaan dan Jahitan Pakaian Katering dan Penyajian Pemprosesan Makanan Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Hiasan Dalaman Asas. . . dan sebagainya
Menurut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, dua perancangan pengajaran sahaja yang perlu ditulis, iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Pekeliling ini telah memansuhkan penyediaan rekod Rancangan Pelajaran Mingguan seperti yang diperlukan sebelum itu.
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif tercapai.
Transformasi SP ke Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian • Rancangan Pengajaran Tahunan – Disediakan untuk tempoh setahun – Mengandungi maklumat : Bulan, Minggu, Tajuk/Kemahiran, Catatan • Rancangan Pengajaran Harian – Disediakan sehari sebelum p&p dijalankan – Mengandungi maklumat : Masa, Kelas, Mata Pelajaran, Tajuk, Objektif, Pengetahuan sedia Ada Pelajar, Nilai, Aktiviti, Bahan Bantu Mengajar, Catatan Guru
M S B K KBSM & Implikasi daripada FPK • Bagi SM KBSM diwujudkan bagi menggantikan KLSM yang banyak kelemahan • KBSM adalah kesinambungan dpd KBSR ke arah pembinaan insan yang baik. • KBSM mula dilaksanakan di sekolah menengah pada tahun 1988 untuk beberapa mata pelajaran tertentu dan dilaksanakan dalam semua mata pelajaran pada tahun 1989.
FALSAFAH KBSM • KBSM memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. • Oleh itu kandungan kurikulum KBSM merangkumi pengetahuan, kemahiran, kefahaman dan amalan nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan serta kewarganegaraan sebagai asas untuk pendidikan seumur hidup. • Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. (Pukal Latihan KBSM, 1990)
PRINSIP-PRINSIP KBSM • Kesinambungan pendidikan KBSR (penguasaan 3 M) serta perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh. • Pelajar disediakan dengan konsep program pendidikan umum yang wajib diikuti oleh setiap pelajar. • Semua mata pelajaran KBSM hendaklah mengandungi unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. • Nilai-nilai murni merentas kurikulum. • Bahasa Melayu merentas kurikulum. • KBSM adalah asas untuk pendidikan seumur hidup.
KESEPADUAN KBSM Kemahiran di antara mata pelajaran Nilai-nilai murni merentas kurikulum STRATEGI KESEPADUAN Isi kandungan di antara kurikulum dengan kokurikulum Bahasa merentas kurikulum Penyerapan Ilmu di antara mata pelajaran
Kemahiran antara mata pelajaran • Penggabungjalinan kemahiran bahasa dalam mata pelajaran. • Penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran dalam satu mata pelajaran. • Penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran antara mata pelajaran.
Nilai murni merentas kurikulum • Penyampaian melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. • Pengurusan aktiviti kumpulan yang boleh memupuk semangat kerjasama dan sikap toleransi. • Penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. • Penglibatan aktif pelajar dalam kokurikulum yang boleh memupuk semangat kemasyarakatan dan sikap berdikari.
Bahasa Melayu Merentas Kurikulum (BMMK) • Menegaskan aspek bahasa dari segi sebutan, struktur ayat, kosakata, dan istilah spesifik bagi setiap mata pelajaran serta gaya bahasa yang sesuai. • Penggunaan yang tepat, jelas gramatis dan sesuai laras bahasanya. • Penggunaan Bahasa Melayu melalui aktiviti semua mata pelajaran
Penyerapan ilmu di antara mata pelajaran • Penyerapan unsur-unsur isi kandungan daripada berbagai-bagai mata pelajaran dalam Bahasa Melayu. • Penyerapan unsur isi kandungan daripada berbagai mata pelajaran dalam satu mata pelajaran. • Penyerapan unsur isi kandungan beberapa mata pelajaran kepada mata pelajaran lain. • Penerapan nilai-nilai murni bersama dengan unsur isi kandungan daripada beberapa mata pelajaran kepada satu mata pelajaran yang lain. • Pendekatan dan strategi penyampaian isi pelajaran.
Mengapa perlu Rancangan Pengajaran? • Sebagai panduan untuk merancang mengikut tahun, hari dan tempoh waktu mengajar. • Membolehkan guru membuat perancangan dan pentafsiran yang tepat sebelum mengajar. • Membolehkan guru memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan isi kandungan. • Memudahkan guru menyediakan BBM yang sesuai dengan topik yang hendak diajar. • Membolehkan guru pengganti menjalankan tugas sekiranya guru yang sepatutnya tidak dapat hadir. • Membolehkan guru membuat semakan dan rujukan. • Memudahkan pengetua membuat semakan dan penilaian. • Menambah keyakinan guru untuk mengajar.
Rumusan • Kurikulum sebagai satu jambatan menghubungkan pendidikan dengan matlamat. • Kurikulum sebagai “body of knowledge” dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi SP & HSP. • Kandungan kurikulum yang terdapat di dalam SP & HSP dialihkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan & Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Slides: 44