TEKNOLOGI PENDIDIKAN Soalan Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan

  • Slides: 23
Download presentation
TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Soalan Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “teknologi pendidikan”. 2) Nyatakan unsur-unsur / elemen utama

Soalan Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan “teknologi pendidikan”. 2) Nyatakan unsur-unsur / elemen utama yang terdapat dalam teknologi pendidikan. 3) Huraikan kenapa teknologi pendidikan penting kepada setiapa warga guru. 1)

Jawapan 1. Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik

Jawapan 1. Istilah teknologi umumnya seringkali dikaitkan dengan alat teknologi moden terutamanya alat elektronik seperti komputer, televisyen, radio, perakam pita video, pemain cakera padat, perakam kaset audio, projektor paparan hablur cecair (LCD), kamera digital dan telefon bimbit. Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan. Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan. Aplikasi sistematik di sini bermaksud teknik yang digunakan perlulah mempunyai kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu sistem yang menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pengetahuan lain yang tersusun bermaksud pengetahuan yang belum diuji dan dibuktikan secara saintifik tetapi diterima amalannya sebagai suatu pengetahuan yang benar berdasarkan EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 2 pengalaman dan pengamatan manusia terhadap sesuatu tindakan. Pengaplikasian pengetahuan saintifik pula merujuk

Jawapan 2. Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh The

Jawapan 2. Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama adalah berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and Technology‟s (AECT) 1977: “Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah. Proses pembelajaran itu pula mempunyai matlamat dan terkawal”. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi: i. Pengembangan pengajaran ii. Sumber pembelajaran iii. Pengurusan pengajaran

Sambungan. . 2. Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua adalah berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh

Sambungan. . 2. Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua adalah berdasarkan definisi Teknologi Pendidikan oleh The Association for Educational Communication and Technology‟s (AECT) 1994: “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk , membangun, mengguna, dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”.

Jawapan 4. Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran

Jawapan 4. Tujuan teknologi pengajaran ialah untuk mengubah dan memberi kesan terhadap pembelajaran. Pembelajaran adalah matlamat, manakala pengajaran adalah cara untuk mencapai matlamat ini. Guru harus memahami maksud pembelajaran untuk mencapai matlamat yang dituju. A Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif Teknologi pendidikan perlu dititik beratkan dalam penyampaian kandungan P&P oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakeras (hard disk) tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini, seperti yang ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi. Alvin Toffler, seorang penulis yang terkenal dalam bidang revolusi digital pernah mengatakan, “The illiterate of the 21 st century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn and relearn. ” (Buta huruf pada abad ke-21 bukanlah individu yang tidak boleh membaca dan menulis tetapi terdiri daripada individu yang tidak boleh belajar, belajar meninggalkan apa yang telah dipelajari dan belajar semula). Tuntutan kehidupan abad ke-21 memerlukan reaksi pantas manusia untuk berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak ditenggelami oleh tsunami teknologi. Gaya pengajaran guru perlu seiring dengan gaya pembelajaran murid agar tidak P&P dapat dilaksanakan dengan berkesan. Justeru, guru-guru perlu mengambil sikap yang terbuka dalam mengetahui dan mengenal pasti teknologi pendidikan berkesan yang menggabungjalinkan teori instruksional dan teori pembelajaran. Seperti seorang tukang rumah yang mempunyai peralatan seperti tukul, paku, tangga dan sebagainya, murid-murid perlu dibekalkan dengan pelbagai peralatan (teknologi) yang dapat membantu mereka belajar dengan cepat dan berkesan. Dengan wujudnya gabungan literasi maklumat dan teknologi pendidikan yang baik, pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan memberi impak yang besar dalam proses Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti yang menjadi misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara

Konsep Teknologi bermaksud produk atau alat media serta proses yang digunakan untuk membangunkan negara atau menyelesaikan sesuatu masalah dalam sistem pendidikan atau latihan Mengikut Galbraith (1967), technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks, yang membawa maksud teknologi adalah keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau pengetahuan lain yang tersusun, digunakan secara sistematik sehingga mampu mempamerkan amalan praktikal dalam melaksanakan sesuatu tugas sehingga tugas tersebut mencapai kejayaan.

Konsep Teknologi Smaldino et. al (2004) menyatakan bahawa teknologi adalah sebagai produk atau bahan

Konsep Teknologi Smaldino et. al (2004) menyatakan bahawa teknologi adalah sebagai produk atau bahan di mana penghasilan perkakasan dan perisian adalah hasil dari proses teknologi itu sendiri. Teknologi juga mengikut Finn (1960) membawa maksud suatu proses ke arah penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji serta penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan pembelajaran yang praktikal.

Konsep Pengajaran Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep pengajaran adalah “Proses bekerja

Konsep Pengajaran Manakala menurut Trigwel, Prosser, & Lyons (1997), konsep pengajaran adalah “Proses bekerja bersama pelajar untuk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan untuk belajar. ” Pengajaran membawa maksud proses mengajar di mana keberkesanan penyampaian maklumat boleh terbukti dengan perubahan tingkahlaku pelajar. Mengikut Ramsden (1988) konsep pengajaran adalah “Belajar atau pembelajaran di sekolah seharusnya merupakan satu pergerakan ke arah pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar, dan menggunakan ilmu yang dipelajari di dalam kelas dalam menyelesaikan masalah di luar kelas. ”

Konsep Teknologi Pendidikan Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti

Konsep Teknologi Pendidikan Teknologi pendidikan adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahagian Teknologi Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (1991) mentakrifkan teknologi pendidikan adalah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education menjelaskan bahawa, "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan".

Domain Dalam Teknologi Pendidikan

Domain Dalam Teknologi Pendidikan

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977 “Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Pertama Tahun 1977 “Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah. Proses pembelajaran itu pula mempunyai matlamat dan terkawal”. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat tiga (3) fungsi: Pengembangan pengajaran Sumber pembelajaran Pengurusan pengajaran

Pengembangan Pengajaran Penyelidikan Reka Bentuk Penerbitan Penilaian Logistik Penggunaa n Pengedaran

Pengembangan Pengajaran Penyelidikan Reka Bentuk Penerbitan Penilaian Logistik Penggunaa n Pengedaran

Sumber Pembelajaran Mesej Manusia Bahan Peralatan Teknik Tempat atau Keadaan

Sumber Pembelajaran Mesej Manusia Bahan Peralatan Teknik Tempat atau Keadaan

Pengurusan Pengajaran Pengurusa n Organisasi Pengurusa n Kakitangan

Pengurusan Pengajaran Pengurusa n Organisasi Pengurusa n Kakitangan

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994 “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang

Domain Teknologi Pendidikan Fasa Kedua Tahun 1994 “Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk , membangun, mengguna, dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran”. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat lima () fungsi: Reka Bentuk Pembangunan Penggunaan Pengurusan Penilaian

Domain Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Mesej Strategi Pengajaran Ciri-ciri Pelajar

Domain Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Mesej Strategi Pengajaran Ciri-ciri Pelajar

Domain Pembangunan Teknologi Percetakan Teknologi Audiovisual Teknologi Berasaskan Komputer Teknologi Bersepadu

Domain Pembangunan Teknologi Percetakan Teknologi Audiovisual Teknologi Berasaskan Komputer Teknologi Bersepadu

Domain Penggunaan Pengguna an Media Difusi dan Inovasi Pelaksana an Polisi dan Peraturan

Domain Penggunaan Pengguna an Media Difusi dan Inovasi Pelaksana an Polisi dan Peraturan

Pengurusan Projek Domain Pengurusan Sumber Penyampaian Pengurusan Maklumat

Pengurusan Projek Domain Pengurusan Sumber Penyampaian Pengurusan Maklumat

Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P

Prinsip-prinsip Teknologi Pendidikan Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan berkesan Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat iaitu Sebelum Semasa Selepas Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaian dari segi topik dan objektif p&p, latar belakang murid dan keadaan fizikal bilik darjah. Sumber p&p digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimunkan p&p

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran. Pembelajaran Murid Aliran Perdana dan Berkeperluan Khas

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran. Pembelajaran Murid Aliran Perdana dan Berkeperluan Khas Membina Kemahiran Kognitif Menggalakkan Pembelajaran Kendiri Menjadikan Pembelajaran Aktif Menggalakkan Pembelajaran Yang Menghiburkan Mempelbagaikan Latar Belakang Dan Kaedah Belajar

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran. Pembelajaran Murid Aliran Perdana dan Berkeperluan Khas

Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran. Pembelajaran Murid Aliran Perdana dan Berkeperluan Khas Mengatasi Masalah Bilangan Murid Yang Ramai Melibatkan Lebih Dari Satu Deria Menjimatkan Masa Pembelajaran Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Murid Menggalakkan Pendekatan Koperatif