TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

  • Slides: 37
Download presentation
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Tujuan penyelidikan dalam pendidikan • Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada ketidakpastian. • Pengkaji

Tujuan penyelidikan dalam pendidikan • Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada ketidakpastian. • Pengkaji menjalankan kajiannya kerana tidak pasti akan sesuatu perkara atau fenomena yang telah, sedang atau belum berlaku. • Pengkaji tidak boleh memastikan ketidakpastian hanya berdasarkan pandangan dirinya dengan merujuk kepada pengetahuan atau pengalaman yang dilaluinya, kerana pandangan dan pengetahuannya mungkin dipengaruhi oleh penghuraiannya yang subjektif.

 • Penyelidikan merupakan satu kaedah yang dilakukan untuk memastikan maklumat yang diperoleh munasabah

• Penyelidikan merupakan satu kaedah yang dilakukan untuk memastikan maklumat yang diperoleh munasabah dan disokong oleh data kuantiti atau kualiti. • Ia dilakukan dengan mengumpul data(mengenai sesuatu topik)terus daripada individu, kumpulan individu, bahan-bahan dokumentasi dan pelbagai sumber maklumat yang lain.

 • Penyelidikan merupakan satu proses yang sistematik yang melibatkan proses merancang kaedah penyelidikan,

• Penyelidikan merupakan satu proses yang sistematik yang melibatkan proses merancang kaedah penyelidikan, mengumpul data, menghuraikan data dan melaporkan maklumat. Penyelidikan dapat memberi jawapan kepada ketidakpastian yang timbul. • Penyelidikan pendidikan boleh membawa perubahan ke arah mengenal pasti teori atau ilmu baru yang boleh menambahbaik situasi amalan pendidikan semasa yang kurang memuaskan.

 • Menjalankan sesuatu penyelidikan memerlukan tuju arah, iaitu ia harus ada tujuan atau

• Menjalankan sesuatu penyelidikan memerlukan tuju arah, iaitu ia harus ada tujuan atau sebabnya. Diantara tujuan untuk menjalankan penyelidikan pendidikan ialah: a)Menguji teori atau hipotesisi pengajaran – pembelajaran dengan mengaplikasikan dalam situasi yang sebenar. b)Untuk memuaskan keinginan mengetahui atau mempelajari sesuatu kaedah atau teknik mengajar yang didapati daripada penyelidikan tindakan.

c)Untuk mengenalpasti cara penyelesaian masalah atau isi pendidikan semasa yang dikemukakan oleh pihak yang

c)Untuk mengenalpasti cara penyelesaian masalah atau isi pendidikan semasa yang dikemukakan oleh pihak yang berkenaan misalnya menyediakan kertas kerja dibentangkan dalam seminar pendidikan. d)Untuk tujuan menambahbaikkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran misalnya menjalankan kajian dengan pendekatan pedagogi refleksi. e)Dengan tujuan berkongsi dapatan kajian diantara pihak yang berminat. Sesuatu penyelidikan pendididkan hanya menjadi berguna apabila ramai guru dan profesional dapat mengaplikasikan ideanya dalam belajar mereka masing-masing.

Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan. • Tujuan utama menjadikan penyelidikan ialah memperoleh hasil dapatan yang

Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan. • Tujuan utama menjadikan penyelidikan ialah memperoleh hasil dapatan yang tepat, sahih, boleh dipercayai serta boleh diaplikasikan denga berkesan. Ini bermakna hasil dapatan penyelidikan harus mengandungi ciri kesahan, keboleh percayaan, keobjektifa, kemudahtafsiran dan kebolehtadbiran.

Ciri Kesahan • Hasil dapatan penyelidikan yang mempunyai ciri kesahan iaitu ciri-ciri hasil dapatan

Ciri Kesahan • Hasil dapatan penyelidikan yang mempunyai ciri kesahan iaitu ciri-ciri hasil dapatan adalah tepat dan benar. • Suatu penyelidikan dikatakan sah jika kajiannya benar dan tepat menghuraikan semua perkara yang hendak dikaji dan tidak terkeluar daripada itu. • Di bawah konteks penyelidikan, hasil dapatan kajian yang berguna harus mengandungi ciri kesahan isi, gagasan dan ramalan. • Sesuatu kajian dikatakan mengandungi ciri kesahan isi adalah kajian yang benar dan tepat mengkaji tema kajian atau hipotesisnya mengikut objektif.

 • Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesutu jenis kajian

• Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesutu jenis kajian digunakan untuk mengukur trait(sifat, ciri), tingkah laku atau trait mental manusia. • Kajian jenis ini adalah banyak digunakan untuk mengkaji tingkah laku dan interaksi manusia dalam masyarakat. • Proses pembinaan kajian ini amat bergantung kepada teori psikologi dan sosiologi.

 • Item-item kajian kemudiaanya dibina mengikut hipotesis yang diandaikan. Jika maklumat yang diperoleh

• Item-item kajian kemudiaanya dibina mengikut hipotesis yang diandaikan. Jika maklumat yang diperoleh daripada kajian menunjukkan apa yang diandaikan dalam hipotesis tersebut maka dapatlah dikatakan bahawa kajian itu mempunyai ciri kesahan gagasan yang tinggi.

 • Kesahan ramalan-ciri kajian berkaitan dengan kebolehan meramal keupayaan atau kelayakan seseorang calon

• Kesahan ramalan-ciri kajian berkaitan dengan kebolehan meramal keupayaan atau kelayakan seseorang calon dalam menjalankan sesuatu tugas atau kerjanya pada masa depan. • Misalnya, peperiksaan percubaan PMR, SPM dan STPM diperingkat sekolah lazimnya digunakan untuk meramal keputusan peperiksaan awam yang berkesan. • Demikian juga dengan peperiksaan STPM yang digunakan untuk meramal kelayakan seseorang calon samada sesuai melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

 • Untuk mendapat ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu kajian, item-item yang

• Untuk mendapat ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu kajian, item-item yang dibina hendaklah benar-benar mengkaji perkara yang berkaitan dengan keupayaan, kemahiran ataupun kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas masa depan.

Ciri kebolehpercayaan • Ciri kebolehpercayaan ujian itu dapat ditentukan dengan memberikan ujian yang sama

Ciri kebolehpercayaan • Ciri kebolehpercayaan ujian itu dapat ditentukan dengan memberikan ujian yang sama kepada sekumpulan pelajar dua kali atau lebih di antara jarak masa seminggu. • Amat sukar menentukan samada item-item yang dibentuk mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi.

 • Kerana pelajar-pelajar yang menjalankan ujian dalam dua tempoh yang berlainan akan dipengaruhi

• Kerana pelajar-pelajar yang menjalankan ujian dalam dua tempoh yang berlainan akan dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berlainan seperte emosi, tempat ujian, suasana persekitaran, kesihatan dan sebagainya. • Perbezaan faktor-faktor ini boleh mempengaruhi calon memberi jawapan yang berlainan dalam kedua-dua situasi yang kurang sama.

 • Bagaimanapun, ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang

• Bagaimanapun, ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian dapat dipertingkatkan dengan menyediakan bilangan soalan yang berpatutan. • Pada dasarnya, semakin bilangan soalan bertambah, maka semakin tepat mengukur ketekalan.

Ciri kemudahtafsiran, keobjektifan dan kebolehtadbiran. • Ciri kemudahtafsiran sesuatu kajian merujuk kepada setakat mana

Ciri kemudahtafsiran, keobjektifan dan kebolehtadbiran. • Ciri kemudahtafsiran sesuatu kajian merujuk kepada setakat mana hasil dapatan yang boleh ditafsirkan dengan cara yang boleh memberi maklumat yang jelas mengikut objektif penilaiannya. • Iini bermakna dapatan kajian itu haruslah mudah ditafsirkan supaya dapat memberi gambaran yang jelas serta tepat.

 • Hasil penilaian daripada proses pentafsiran tersebut akan memberi yang jelas terhadap kekuatan

• Hasil penilaian daripada proses pentafsiran tersebut akan memberi yang jelas terhadap kekuatan dan kelemahannya, kesesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

 • Ciri keobjektifan sesuatu kajian merujuk proses pelaksanaan kajian itu. Segala proses analisi,

• Ciri keobjektifan sesuatu kajian merujuk proses pelaksanaan kajian itu. Segala proses analisi, interpretasi dan infensi adalah dinilai secara kritis, bukan sahaja daripada pandangan penyelia dan penasihat tetapi juga daripada kritikan dan refleksi kendiri. • Ini bermakna, hasil dapatan yang diperoleh adalah benar-benar mengikut objektif kajian.

 • Ciri kebolehtadbiran-kelicinan dan keberkesanan aplikasi dapatan kajian misalnya teori pengajaran boleh dilaksanakan

• Ciri kebolehtadbiran-kelicinan dan keberkesanan aplikasi dapatan kajian misalnya teori pengajaran boleh dilaksanakan di dalam situasi realiti. • Sekiranya teori pengajaran yang didapati daripada penyelidikan pendidikan itu diuji dalam bilik darjah dengan berkesan sebagaimana yang dikaji berdasarkan objektif kajiannya maka hasil dapatan kajian itu dikatakan mengandungi ciri kebolehtadbiran yang tinggi.

 • Untuk memastikan sesuatu penyelidikan mengandungi ciri kesahan, kebolehpercayaan, kemudahtafsiran, keobjektifan dan kebolehtadbiran

• Untuk memastikan sesuatu penyelidikan mengandungi ciri kesahan, kebolehpercayaan, kemudahtafsiran, keobjektifan dan kebolehtadbiran maka pemilihan pendekatan dan kaedah penyelidikan yang sesuai akan meningkatkan keberkesanan proses penyelidikan berdasarkan objektifnya.

Pendekatan penyelidikan dalam pendidikan. • Pendekatan positivis (kuantitatif) • Kaedah positivis menekankan ketepatan bukti

Pendekatan penyelidikan dalam pendidikan. • Pendekatan positivis (kuantitatif) • Kaedah positivis menekankan ketepatan bukti penyelidikan dengan menggunakan analisis numerical. Penyelidikan eksperimental dan tinjauan adalah antara kaedah-kaedah yang banyak digunakan dalam aliran positivis. • Pengkaji positivis melakukan kajian untuk memahami corak aktiviti manusia dan membuat ramalan melalui kaedah mengenal pasti , mengukur dan menyatakan hubungan antara pembolehubah dalam fenomena di bawah kajian dengan kiraan yang tepat.

 • Melalui hipotesis yang dibina, pengkaji menguji perhubungan tersebut dengan memilih sekumpulan subjek(satu

• Melalui hipotesis yang dibina, pengkaji menguji perhubungan tersebut dengan memilih sekumpulan subjek(satu sampel) secara rawak daripada populasi. • Keputusan kajian yang diperoleh daripada sampel kajian seterusnya digeneralisasikan kepada semua subjek dalam populasi tersebut. • Sebagai contoh, pengkaji berminat untuk mengenal pasti faktor-faktor keciciran para pelajar lelaki di institut pengajian.

 • Pengkaji membuat penyelidikan ke atas satu sampel yang dipilih secara rawak daripada

• Pengkaji membuat penyelidikan ke atas satu sampel yang dipilih secara rawak daripada populasi dan faktor-faktor yang dikenalpasti dapat digeneralisasi kepada semua pelajar populasi tersebut. • Dalam kes ini, pengkaji mementingkan kuantiti data-datanya seperti frekuensi dan peratusan pelajar lelaki yang tercicir dan nilai-nilai kuantiti seperti min, sisihan piawai yang mewakili faktor-faktor yang menyebabkan keciciran tersebut.

Pendekatan interpretatif(kualitatif) • Kaedah interpretatif menghuraikan suatu fenomena dengan menggunakan data deskriptif verbal, ia

Pendekatan interpretatif(kualitatif) • Kaedah interpretatif menghuraikan suatu fenomena dengan menggunakan data deskriptif verbal, ia lebih menekankan analisis secara verbal daripada analisis numerical. • Antara penyelidikan yang sering digunakan ialah kajian lapangan yang menggunakan pemerhatian dan temu bual sebagai kaedah pemungutan data kajian. • Kajian-kajian ini biasanya menghuraikan ciri-ciri sejumlah kecil subjek kajian secara teliti dan mendalam.

 • Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian ke atas sebilangan kecil pelajar luar bandar

• Sebagai contoh, pengkaji melakukan kajian ke atas sebilangan kecil pelajar luar bandar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. • Dalam kes ini, pengkaji mementingkan kualiti data yang dipungutnya. Penyelidikan kaedah interpretatif lebih memihak kepada penyelidikan kualitatif.

 • ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

• ETIKA DALAM PENYELIDIKAN

Definisi • Etika ialah satu prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang

Definisi • Etika ialah satu prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesutau kumpulan. • Etika juga boleh ditakrifkan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesional terhadap pelanggan atau kerjanya.

 • Etika penyelidikan pula berkait dengan tanggungjawab tingkah laku seseorang penyelidik. • Ia

• Etika penyelidikan pula berkait dengan tanggungjawab tingkah laku seseorang penyelidik. • Ia merupakan kriteria untuk penyelidik berusaha menjalankan kajian, khasnya kajian di bawah bidang pendidikan.

Pemilihan Sampel • Melibatkan peserta dengan mendapatkan persetujuan mereka. • Tidak memaksa orang membantu.

Pemilihan Sampel • Melibatkan peserta dengan mendapatkan persetujuan mereka. • Tidak memaksa orang membantu. • Memberi tahu secara terbuka tujuan kajian dan semua maklumat yang berkaitan. • Jujur dan bertanggungjawab. • Menghormati dan melindungi privasi peserta. • Melayan semua peserta dengan adil. • Menghormati hak-hak peserta termasuk sikap, kepercayaan dan pandangan mereka. • Memastikan jaminan anonimiti dan konfidentialiti(kerahsiaan) peserta.

Aspek-aspek Penting Etika • • • Penyertaan sukarela Penentuan diri Kecederaan fizikal dan psikologi/mental.

Aspek-aspek Penting Etika • • • Penyertaan sukarela Penentuan diri Kecederaan fizikal dan psikologi/mental. Identiti pengkaji Rahsia peribadi Ketanpanamaan Perjanjian sulit Pembelotan Pengabui mata atau penipuan Hak cipta

Etika Penyelidikan ke atas Kanak-kanak. • Surat persetujuan ibu bapa atau penjaga. • Diberi

Etika Penyelidikan ke atas Kanak-kanak. • Surat persetujuan ibu bapa atau penjaga. • Diberi peluang untuk menarik balik diri sebagai peserta. • Tidak boleh dipaksa menjadi peserta kajian. • Sebarang ganjaran untuk perkhidmatan kanak tidak akan menjejaskan aplikasi prinsip etika penyelidikan.

Tanggungjawab Penyelidik • Cohan L. Manion L. & Morrison K. (2008) mencadangkan tujuh prinsip

Tanggungjawab Penyelidik • Cohan L. Manion L. & Morrison K. (2008) mencadangkan tujuh prinsip etika penyelidikan sebagai tanggungjawab penyelidik. • Prinsip-prinsip etika penyelidikan ini adalah seperti berikut:

Tanggungjawab Penyelidik • Penyelidik haruslah kompeten dan sedar akan penglibatannya dalam proses pengurusan dan

Tanggungjawab Penyelidik • Penyelidik haruslah kompeten dan sedar akan penglibatannya dalam proses pengurusan dan perlaksanaan kajian. • Kajian harus dilakukan secara teliti dengan prosedur yang betul. • Melaporkan prosedur dengan jelas dan secara terbuka. • Jangan jejaskan masa depan bakal penyelidik. • Melapor dengan jelas dan benarkan data disemak. • Memberitahu yang sebenar, jangan menipu atau memutarbelitkan data. • Kekalkan integriti dan autonomi kajian.

KOD ETIKA • Kod etika secara amnya mempunyai dua tujuan utama iaitu untuk: a)Menjaga

KOD ETIKA • Kod etika secara amnya mempunyai dua tujuan utama iaitu untuk: a)Menjaga kepentingan mereka yang terlibat dalam penyelidikan agar ianya tidak mendatangkan kesan negatif kepada mereka. b)Mewujudkan suasana penyelidikan di mana mereka terbabit bebas menyatakan pandangan mereka secara ikhlas dan jujur.

 • Antara kod etika tersebut yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Pengkaji perlu

• Antara kod etika tersebut yang perlu diberi perhatian ialah: 1. Pengkaji perlu menunjukkan sepenuh identiti dan latar belakang kepada responden. 2. Tujuan dan prosedur kajian perlu dijelaskan sepenuhnya kepada responden kajian. 3. Etika penyelidikan perlu mengambil kira pendapat subjek kajian dan institusi yang berkaitan. 4. Pastikan kajian memberi faedah kepada responden dalam apa cara.

5. Jika perlu pastikan kajian tidak memberi ancaman kepada subjek kajian. 6. Dapatan kajian

5. Jika perlu pastikan kajian tidak memberi ancaman kepada subjek kajian. 6. Dapatan kajian perlu dilaporkan secara jujur dan ikhlas. 7. Kajian perlu mempunyai objektif yang tinggi. Ia memerlukan pemikiran yang teliti dalam seluruh kajian, iaitu reka bentuk, pengurusan dan laporan kajian.

 • 8)Kebenaran perlu diperoleh daripada setiap subjek dan dihargai. • 9)Subjek kajian mempunyai

• 8)Kebenaran perlu diperoleh daripada setiap subjek dan dihargai. • 9)Subjek kajian mempunyai hak untuk menarik diri daripada mengambil bahagian dalam kajian. • 10)Apabila masalah etika timbul, pengkaji perlu mendapatkan nasihat daripada pengkaji lain.