PSIKOLOGI PENDIDIKAN TOPIK 1 PENGENALAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN OBJEKTIF
PSIKOLOGI PENDIDIKAN TOPIK 1 PENGENALAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
OBJEKTIF: Di akhir bab ini, kita seharusnya dapat: Memberi definisi psikologi; Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi; Memberi definisi psikologi pendidikan; Menghuraikan kepentingan psikologi Pendidikan kepada guru;
KONSEP ASAS PSIKOLOGI Pengenalan: Guru memainkan peranan penting sebagai pelaksana kurikulum dan program pendidikan di sekolah, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.
MENGUASAI Ilmu pengetahuan, pedagogi, & ilmu psikologi manusia MENUNJUKKAN Coopes (1988) Sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran & interaksi positif Guru yang berkesan ialah: MEMPUNYAI Ilmu pengetahuan & kepakaran dalam mata pelajaran yang diajarnya. MENGGUNAKAN Strategi, kaedah & teknik mengajar yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dengan kaedah &teknik yang betul
Guru-guru yang berjaya & profesional perlu Mengetahui beberapa perkara: Lee Shulman (1987) • Dapat mengajar mata pelajaran akademik dengan baik. • Dapat mengaplikasikan strategi pengajaran kepada semua mata pelajaran termasuklah pengurusan bilik darjah yang baik dan kaedah mengajar yang berkesan. • Bahan-bahan kurikulum dan perancangan yang bersesuaian dengan mata pelajaran dan tahap pelajar. • Kaedah pengajaran mata pelajaran yang khusus bagi pelajar-pelajar yang memerlukan. • Memahami ciri-ciri dan latar belakang pelajar. • Tempat & suasana pelajar • Tahu matlamat, objektif & tujuan mengajar
WITTAKER (1970) WILLIAM (1960) KALAT (1999) WITTIG (1984) DEFINISI PSIKOLOGI HENRY L. ROEDIGER (1984) GREEK PURBA KAMUS DEWAN CAMBRIDGE INTERNATIONAL DICTIONARY OF ENGLISH
DEFINISI PSIKOLOGI berasal dari perkataan Greek Purba Psyce (jiwa) Logos (kajian mengenai Sesuatu)
DEFINISI PSIKOLOGI “ Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia. ” Kamus Dewan Bahasa & Pustaka
Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkaji bagaimana pemikiran manusia bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkah laku atau mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku. Cambridge International Dictionary of English m. s. 383 DEFINISI PSIKOLOGI Satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti. William (1960) Psikologi adalah sains tingkah laku Wittaker (1970) Satu kajian yang sistematik terhadap tingkah laku dan mental seseorang. Henry L. Roediger (1984) Kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman manusia. Kalat (1999)
SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI 384 -322 SM Kajian psikologi bermula dr. zaman Greek purba 1595 -1690 Aliran Interaksionisme Abad ke-17 & 18 Aliran Empirisme 1832 -1920 Aliran Strukturalisme 1842 -1952 Aliran Functionalisme 1878 -1958 1880 -1967 Aliran Behaviorisme Aliran Psikologi Gestalt 1902 -1987 Aliran Humanistik 1925 - Aliran Kognitivisme 1886 - Aliran Konstruktivisme
SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI 384 -322 Sebelum Masihi Aristotele Socrates (384 BC - 322 BC (470 BC – 399 BC) Plato ( 427 BC – 347 BC) • Pada zaman Awal Greek psikologi adalah sebahagian daripada ilmu falsafah dan bukan lagi satu kajian saintifik.
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN INTERAKSIONISME (1595 -1690) MANUSIA pemikiran + badan RENE DESCARTES (1595 -1690) • Ahli falsafah & pakar matematik Perancis (juga digelar sbg. Bapa Matematik Moden) • Pengasas falsafah moden jasad + roh *Bertentangan dengan konsep DUALISME ( manusia terdiri daripada jasad Yang terpisah daripada roh)
IMPLIKASI ALIRAN INTERAKSIONISME TERHADAP PENDIDIKAN Setiap manusia mempunyai hubungan yang kukuh antara badan pemikiran. Wujudnya Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan perkembangan seimbang dari aspek JERIS pada setiap pelajar.
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN EMPIRISME (1685 - 1753) JOHN LOCKE (1632 – 1704) • Dilahirkan pada 29 Ogos 1632 di Wrington, Somerset, England. • Ahli falsafah Inggeris yang terkenal pada abad ke-17. • Meninggal dunia pada 28 Oktober 1704. TABULA RASA Jiwa manusia kosong semasa dilahirkan. ‘sehelai kertas putih yang belum ditulis apa-apa, keadaannya putih bersih’
ALIRAN EMPIRISME (1685 - 1753) GEORGE BERKELEY (1685 -1753) • Dilahirkan pada 12 Mac 1685 di Irish. • Ahli falsafah barat yang terkenal pada abad ke-18. • Dikenali juga sebagai Bishop Berkeley. Falsafah ini juga dikenali sebagai: EKSPERIMENTALISME Pengalaman INSTRUMENTALISME Penyelesaian Masalah • Spekulasi adalah aktiviti yang tidak berguna. Pengalaman adalah satu realiti.
Apa sahaja bentuk pendidikan yang diterima yang akan menentukan apa yang akan terjadi kepada seseorang manusia berasaskan pendapat semua ilmu pengetahuan adalah dari pengalaman yang diperolehi. IMPLIKASI ALIRAN EMPIRISME TERHADAP PENDIDIKAN Wujudnya pendidikan tidak formal: -pendidikan di rumah -badan tertentu seperti Tadika KEMAS, Taska, prasekolah KPM, dll. Wujudnya pendidikan formal: -Sekolah rendah -Sekolah menengah -pusat pengajian tinggi
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN STRUKTURALISME(1832 -1920) Siapa Wilhelm Wundt? WILHELM WUNDT ( 1832 – 1920) • Ahli fisiologi dan psikologi Jerman. • Dikenali sebagai bapa psikologi kerana membina makmal psikologi pertama di Leipzig, Jerman pada tahun 1879. • Dianggap sebagai ahli psikologi moden kerana menulis tentang kajiannya yang mengandungi 50 000 patah perkataan. • Edward Bradford Ticherner (1867 – 1927), salah seorang pelajar Wundt mendirikan makmal psikologi di Universiti Cornell & mengasaskan kajian strukturalisme di Amerika Utara.
ALIRAN STRUKTURALISME Tumpuan kajian kepada pengalaman sedar, iaitu mengkaji apa yang boleh dinyatakan oleh seseorang dalam pengalaman sedarnya SIKAP PERASAAN KAJIAN WILHELM WUNDT PERSEPSI TANGGAPAN INDIVIDU TERHADAP SESUATU KEADAAN
3 KOMPONEN UTAMA PENGALAMAN SEDAR Sensasi • • • Penglihatan Bunyi Bau Rasa pemerasaan Imej Merupakanpengalaman yang tidak wujud seperti: • Ingatan mengenai seseorang atau peristiwa Afeksi Reaksi emosional: • Cinta • Kasih sayang • Bahagia • Cemburu Proses perkaitan ( process of association) ( pembahagian pengalaman kepada beberapa elemen-elemen) Teknik Analytic introspection
Belajar melalui pengalaman yang dipelajari Pelajar belajar melalui pembelajaran kendiri IMPLIKASI ALIRAN STRUKTURALISME TERHADAP PENDIDIKAN
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN FUNCTIONALISME (1859 -1952) PENGASAS John Dewey 1859 -1952 William James 1842 -1910 : • Ahli falsafah dan ahli psikologi Amerika abad ke-20 • Bapa Psikologi Functionalisme • Pengasas ‘Philosophical School of Pragmatism’ bersama-sama dengan Charles Sanders Peirce & William James. • Ahli psikologi Amerika pertama. • Menubuhkan makmal psikologi pertama di Amerika Syarikat. • Memperkenalkan kursus psikologi. • Menerbitkan dua jilid buku iaitu ‘The Principle of Psychology’
Menekankan pengalaman sedar dan tingkah laku ALIRAN FUNCTIONALISME (1859 -1952) Mengkaji bagaimana manusia menggunakan minda untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku. Mereka berpendapat proses mental adalah sentiasa aktif dan berterusan. Teori ini dipengaruhi oleh teori evolosi manusia yang dikemukakan oleh Darwin & falsafah pragmatisme (pemikiran yang berdasarkan praktikal bukan teori).
IMPLIKASI ALIRAN FUNCTIONALISME TERHADAP PENDIDIKAN • Pembelajaran adalah berterusan sepanjang hayat bersesuaian dengan peringkat umur.
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) Pengasas aliran ini di Amerika Utara. Terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik. Kajian dilakukan ke atas seorang kanak-kanak, Albert & seekor tikus putih. J. B. WATSON (1878 - 1958) “ Psychology as the Behaviorist Views It” merupakan artikel beliau yang diterbitkan pada 1913. Beliau berpendapat psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku yang nyata.
IVAN PAVLOV 1849 -1936 THORNDIKE 1874 – 1949 B. F. SKINNER 1904 – 1990 CORDELL HULL (1871 -1955 ) • Dikenali juga sebagai aliran: -Associationism ( mengkaji kaitan mental antara dua peristiwa atau antara dua idea yang membawa kepada terjadinya pembelajaran)
KAJIAN DALAM ALIRAN BEHAVIORISME • Diaplikasikan kepada Pembelajaran & tingkah laku manusia Hasil kajian • mengfokus kepada tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian.
ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) Dipengaruhi oleh: ALIRAN LOGIK POSITIF (LOGICAL POSITIVISM) Mereka berpendapat bahawa semua ilmu atau pengetahuan perlu disahkan melalui: Cara yang empirikal Pemerhatian yang sistematik KONSEP KRITIKALYANG DIKEMUKAKAN KE DALAM ILMU PSIKOLOGI IALAH: DEFINISI OPERASIONAL ( OPERATIONAL DEFINITION)
ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) DEFINISI OPERASIONAL KONSEP SAINTIFIK PROSES PENGUKURAN KEPADA SESUATU YANG DIKAJI CONTOH: LAPAR (didefinisikan sebagai sesuatu yang dialami oleh manusia atau haiwan setelah tidak makan pada masa yang sepatutnya mereka makan. Definisi ini tidak dapat diterima oleh aliran logik positif kerana untuk mengesahkan situasi ini perlu ada satu cara pengukuran yang tepat.
ALIRAN BEHAVIORISME (1878 - 1958) Mengawal tingkah laku Ahli psikologi behaviorisme Menegaskan meramal TUJUAN ILMU PSIKOLOGI menerang menghurai
IMPLIKASI ALIRAN BEHAVIORISME TERHADAP PENDIDIKAN Implikasi Behaviorisme dalam pendidikan amat mendalam kesannya. • Dalam merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seseorang guru akan menulis objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran. • Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya telah tahu atau mengambil kira apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran. • Guru hanya mengatur strategi dengan memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki dengan menekankan latih tubi. • Guru menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan, bukannya kefahaman murid. Gardner, 2000
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN GESTALT ( 1880 -1843 ) Max Wertheimer 1880 - 1943 Wolfgang Kohler 1887 - 1967 Kurt Koffka 1886 -1941 keseluruhan GESTALT (perkataan Jerman) GESTALTEN (perkataan Jerman) pola terorganisasi
ALIRAN GESTALT ( 1880 -1843 ) Muncul di Jerman sebagai reaksi kepada pendapat ahli strukturalisme. Berpendapat manusia mempersepsi dunia dalam bentuk satu Keseluruhan (unitary whole)
IMPLIKASI ALIRAN GESTALT TERHADAP PENDIDIKAN Inkuiri penemuan merupakan satu aspek penting dalam P & P terutamanya dalam subjek sains. Pengajaran & pembelajaran berasaskan KBKK.
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN HUMANISTIK (1908 - 1987 ) PENGASAS CARL ROGERS (1902 -1987) ABRAHAM MASLOW 1908 -1970
ALIRAN HUMANISTIK ( 1908 - 1987 ) Fokus kepada 3 perkara Cara berfikir Cara pengamatan Tentang sesuatu peristiwa atau kejadian Interpretasi
Seseorang individu bertanggungjawab terhadap tindakannya. CONTOHNYA: Kalau seseorang ingin cemerlang dalam hidupnya, dia hendaklah berusaha untuk mencapai matlamatnya hidupnya. Kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungannya untuk berkembang serta mencapai pemenuhan kendiri (self-actualisation). Ini bermakna, walaupun terdapat halangan, setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya dan mencapai pemenuhan kendiri ke tahap yang maksimum. KONSEP PEMENUHAN KENDIRI INI DIPELOPORI OLEH MASLOW
Adanya kelas tambahan atau kelas intensif kelolaan/anjuran pihak sekolah Kelas pemulihan khas bagi mengatasi Keciciran murid IMPLIKASI ALIRAN HUMANISTIK TERHADAP PENDIDIKAN Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) Skim Baucer Tuisyen
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880 - ) DLL Pemikiran manusia Motivasi Kem. belajar KAJIAN Persepsi & penanggapan Kognisi KBKK metakognisi
Ahli-ahli Psikologi Gestalt AHLI-AHLI PSIKOLOGI KOGNITIVISME Max Wertheimer 1880 - 1943 Jean Piaget ( 1896 - 1980) Lev Semenovich Vygotsky ( 1896 – 1934) Robert Mills Gagné (1916 – 2002) Wolfgang Kohler 1887 - 1967 Kurt Koffka 1886 -1941 Jerome S. Bruner (1915 - ) David Ausubel (1918 -)
ALIRAN KOGNITIVISME ( 1880 - ) • satu pandangan tentang cara manusia belajar. • Penggerak utama aliran ini ialah Jean Piaget. • Idea utama aliran ini adalah perwakilan mental yang dikenali sebagai skema. • Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat yang diterima akan difahami oleh minda manusia. • Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak maklumat itu ditolak atau skema diubah suai.
UNIVERSITI/ KOLEJ KOMUNITI/ PUSAT GIAT MARA KBSR IMPLIKASI ALIRAN KOGNITIVISME TERHADAP PENDIDIKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SECARA KBKK SEKOLAH TEKNIK & VOKASIONAL
Fahaman & Aliran Psikologi ALIRAN KONSTRUKTIVISME ( 1925 - ) • Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu konstuktivisme (faham bina) • Di asaskan oleh tokoh-tokoh seperti Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confey, Seymour Peppert • Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses P& P • Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yang mereka pelajari. • Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan sedia ada. • Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan guru. • Sangat digemari sebagai kaedah mengajar mata pelajaran matematik dan subjek-subjek sains.
Pengetahuan yang diperolehi murid adalah Hasil drp Aktiviti pemb. aktif Guru perlu mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid sebelum merancang P & P berpusatkan murid IMPLIKASI ALIRAN KONSTRUKTIVISME TERHADAP PENDIDIKAN Guru sebagai fasilitator Guru sebagai pereka bentuk bahan P&P
Pendekatan Biologi Pendekatan Behaviorisme Pendekatan Humanistik PENDEKATAN PSIKOLOGI Pendekatan Kognitivisme Pendekatan Psikoanalitik
PENDEKATAN PSIKOLOGI PENDEKATAN BEHAVIORISME • Pembelajaran sangat berkaitan dengan perubahan tingkah laku. • Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku dalam mental ( sedar dan tidak sedar) sebaliknya memberi penekanan kepada tingkah laku yang diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. • Menurut Watson, tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman.
PENDEKATAN BEHAVIORISME Bernstein et al. , 1994 Menekankan idea bahawa tingkah laku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Tingkah laku ialah satu siri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas atau R-G.
IVAN PAVLOV 1849 -1936 • Dikaitkan dengan konsep pelaziman klasik • Beliau menjalankan eksperimen ke atas seekor anjing bagi menunjukkan perkaitan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (air liur)
• Terkenal dengan Teori Pelaziman Cuba Jaya (Teori of Trial and Error Conditioning) E. L. THORNDIKE 1874 – 1949 • Prinsip asas pembelajaran adalah pengaruh ganjaran denda. (Organisme akan membuat sesuatu yang membawa keseronokan sebaliknya organisme berkenaan akan mengelak drp melakukan sesuatu yang membawa kesakitan atau membahayakan diri). • Konsep ini dinyatakan sebagai: -pembelajaran instrumental atau -pembelajaran operan
- Kesinambungan daripada kajian yang telah dijalankan oleh E. L. Thorndike. - Terkenal dengan pelaziman operan yang mengukur pengaruh ganjaran denda. B. F. SKINNER 1904 – 1990 - Beliau menjalankan eksperimen ke atas tikus dan burung merpati. - Dalam eksperimennya yang terkawal, beliau telah dapat mengukur proses pembelajaran dengan cara menukar frenkuensi ganjaran denda.
PENDEKATAN PSIKOLOGI PENDEKATAN PSIKOANALITIK *Berdasarkan kepercayaan bahawa tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar, yang kita sendiri tidak sedar. *Tingkah laku kita adalah berdasarkan konflik dalaman, dorongan (impulse), kemahuan atau motif-motif yang tidak disedari. *Mengandaikan semua tingkah laku, normal & abnormal adalah hasil daripada interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran yang memberi kesan ke atas perubahan tingkah laku dengan mempengaruhi proses tidak sedar dan juga proses sedar psikologi.
PENDEKATAN PSIKOANALITIK • Ahli teori ini menekankan kepentingan zaman awal individu dan mempercayai bahawa peristiwa semasa kecil mempunyai kesan sepanjang hayat pada psikologi individu. • Pelopor ahli teori psikoanalitik (psikodinamika) yang paling terkemuka di dunia. • Beliau percaya setiap entiti ini bertanggung jawab bagi satu set operasi psikologi. SIGMUND FREUD (1856 – 1936) • Memperkenalkan teori struktur personaliti.
TEORI STRUKTUR PERSONALITI (STRUKTUR PSIKIK) id ego superego
Teori Struktur Personaliti ID Sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi Primitif Mementingkan diri sendiri Tiada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamadun) • Id dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi, apabila dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi. • Ia dilihat sebagai elemen psikik yang pertama mempengaruhi tingkah laku.
Bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan desakan primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Prinsip realiti mengiktiraf permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik. EGO Ego secara perlahan-lahan mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawaian etika masyarakat. Operasi ego berpandukan kepada prinsip realiti, bukan pada prinsip keseronokan yang mempengaruhi id.
Superego Apabila kanak-kanak yang mempunyai superego punitif meninkat remaja, mereka berkemungkinan menghadapi masalah dalam memenuhi permintaan superego. Freud percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dgn kehendak superego yang melampau. Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapanya secara melampau, dia akan bersifat kritis, menghukum, dan mendenda, permintaan ini boleh menjadi keterlaluan(excessive). Dalam kes ini superego menjadi tidak fleksibel atau ketat. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menikmati keseronokan normal pada zamannya. Bila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin bertambah. Ia mesti berurusan dengan superego yang merupakan sumber awal suara hati ( conscience), iaitu kebolehan untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Superego muncul secara perlahan bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Ibu bapa berperanan sebagai conscience sehinggalah kanak-kanak secara evolusi membina set piawai dalamannya
PENDEKATAN PSIKOANALITIK Mengikut Pendekatan Psikoanalitik; • Id, ego dan superego biasanya mempunyai matlamat & kaedah yang berbeza. • Jika id dan superego menjadi cukup kuat untuk menguasai ego, biasanya hal ini akan berakhir dengan konflik dalaman dalam diri individu tersebut. • Sekiranya konflik antara tiga komponen struktur psikik ini tidak selesai mungkin akan membawa kepada kecelaruan mental.
PENDEKATAN PSIKOANALITIK ABNORMALITI • Peristiwa yang dialami semasa kecil mempunyai kesan apabila individu tersebut berada di alam dewasa. • Freud percaya kanak-kanak membesar dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat-peringkat yang sudah ditetapkan. • Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan kepuasan dorongan seksual. • Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang normal. • Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan terdapat fixation yang mempengaruhi sifat individu pada kehidupan dewasa. • Contohnya: seseorang yang makan terlalu banyak di tahap oral mungkin akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang yang gemuk atau penagh dadah bila dewasa.
Kesimpulannya: Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar dalam membantu kita memahami perkembangan personaliti manusia. Pendapat tentang pengaruh id, ego dan superego dari zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti seseorang telah merangsang banyak penyelidikan. Pendapat ini juga berpengaruh dalam disiplin-disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.
Pendekatan Kognitivisme • Pendekatan yang memberi perhatian khusus kepada proses pemikiran individu seperti KBKK, kemahiran belajar, motivasi, dll. • Ahli psikologi kognitif percaya bahawa peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti dikaji, jika keseluruhan tingkah laku ingin difahami. • Berbeza dengan pendekatan psikoanalisis yang mengfokus kepada pemikiran tidak sedar, pendekatan behaviorisme yang mengfokus kepada faktor persekitaran dan tingkah laku.
PENDEKATAN HUMANISTIK TOKOH-TOKOH ABRAHAM MASLOW 1908 -1970 CARL ROGERS (1902 -1987) ROLLO MAY (1909 -1994) GORDON ALLPORT (1897 -1967) • Pendekatan ini berpendapat bahawa manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai sasaran untuk dicapai. • Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu kemahuan atau keperluan. • Mengikut pendekatan ini, manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain.
TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW • Dikemukakan oleh Abraham Maslow (1970). • Andaian dalam teori ini bahawa manusia tidak pernah puas dengan apa yang dicapai. PENYEMPURNAAN KENDIRI (KEPERLUAN PENYUBURAN) PENGHARGAAN KENDIRI : DIHORMATI (KEPERLUAN SEKUNDER) KASIH SAYANG: KELUARGA & KAWAN ( KEPERLUAN SEKUNDER) KESELAMATAN: TEMPAT TINGGAL (KEPERLUAN SEKUNDER) FISIOLOGI: MAKANAN & MINUMAN
PENDEKATAN BIOLOGI Pendekatan Biomedik Model Penyakit (Model Perubatan) Mengandaikan bahawa manusia adalah sistem fizikal & mesti difahami dari sudut fizikalnya. Keadaan fisiologi Sifat-sifat sistem saraf individu Mengikut sudut pandangan ini, masalah yang kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yang mempunyai kesan ke atas otak.
EDWARD HITZIG (1893– 1927) & GUSTAV FRITSCH (1839 -1907) AHLI FISIOLOGI JERMAN • Memasukkan dua batang dawai ke dalam permukaan kortikal otak anjing. Melalui eksperimen, mereka mendapati bahawa struktur otak adalah tempat asal-usul urat saraf, berkait rapat dengan tingkah laku manusia. Dengan kata lain, otak boleh memberi tindak balas bila rangsangan elektrik diberikan secara langsung dan ini boleh memberi kesan ke atas tingkah laku individu. FOKUS : PERANAN SISTEM SARAF PUSAT YANG MENGAWAL SETIAP PEMIKIRAN & PERGERAKAN MANUSIA.
PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KONSEP ASAS: Psikologi ialah kajian tentang pemikiran dan tingkah laku individu dan kumpulan individu secara saintifik. Manakala pendidikan pula merupakan proses untuk mengembangkan potensi individu dalam bidang tertentu. Psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia. Pendidikan pula ialah profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran Pembelajaran untuk digunakan di sekolah. Banks dan Thompson (1995) Psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang mengfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan empirikal mengenai pengajaran & pembelajaran dalam bilik darjah. Borich dan Tombari (1997)
PENGERTIAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN Psikologi pendidikan sebagai “applying the methods of psychology to study the process of education”. Clifford, 1984 (dalam Hensen & Eller, 1999) Psikologi pendidikan ialah mengaplikasi pengetahuan psikologi ke dalam situasi bilik darjah. Grinder (1981) Kesimpulannya: psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuk tujuan memahami tingkah laku pelajar-pelajar danmemudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Memahami tingkah laku pelajar dalam proses P&P Meramal tingkah laku gantian yang mungkin berlaku & mengawalnya. TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN Merancang aktiviti & Bimbingan utk membentuk Tingkah laku yang diingini. Memperihalkan (describe) Menerangkan (explain) Mengawal (control) Meramalkan (predict) Abd. Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1997)
KEPENTINGAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU Beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan: • • Membolehkan guru memahami mengapa pelajar cenderung untuk melakukan sesuatu tingkah laku dan membantu pelajar memahami diri mereka sendiri. Membantu guru merancang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya. Guru juga dapat meramal tingkah laku pelajar, apa yang disukai dan apa yang tidak disenangi pada peringkat umur tertentu. Dapat membantu guru merancang peneguhan yang sesuai untuk pelajarnya dalam usaha mengawal tingkah laku dan memotivasi pelajar supaya rajin belajar. Guru juga dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial, dan emosi dan merancang P & P sesuai dengan tahap perkembangan pelajarnya. Guru dapat membina soal selidik yang mudah dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah dan seterusnya dapat merancang program atau aktiviti yang sesuai untuk pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajarannya. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah. Data & maklumat yang diperolehi dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar dan meningkatkan kualiti P&P. Membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Oleh itu, dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.
- Slides: 68