KAEDAH PENENTUAN AWAL BULAN DI MALAYSIA Kaedah Penentuan

KAEDAH PENENTUAN AWAL BULAN DI MALAYSIA

Kaedah Penentuan Awal Bulan a) Surah a. I-Baqarah ayat 189, (۱۸۹ )ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ . . . ﻳﺴﺌﻠﻮﻧﻚ ﻋﻦ ﺍﻷﻬﻠﺔ ﻗﻞ ﻫﻲ ﻣﻮﻗﻴﺖ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻭﺍﻟﺤﺞ Maksudnya; "Mereka bertanya kepadamu tentang bulan sabit. Katakanlah bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan bagi ibadah haji…” b) Surah Yunus ayat 5, (۵ )ﻳﻮﻧﺲ ﻫﻮ ﺍﻟﺬﻱ ﺟﻌﻞ ﺍﻟﺸﻤﺲ ﺿﻴﺎﺀ ﻭﺍﻟﻘﻤﺮ ﻧﻮﺭﺍ ﻭﻗﺪﺭﻩ ﻣﻨﺎﺯﻝ ﻟﺘﻌﻠﻤﻮﺍ ﻋﺪﺩ ﺍﻟﺴﻨﻴﻦ ﻭﺍﻟﺤﺴﺎﺏ ﻣﺎ ﺧﻠﻖ . ﺍﻟﻠﻪ ﺫﻟﻚ ﺇﻻ ﺑﺎﻟﺤﻖ ﻳﻔﺼﻞ ﺍﻷﻴﺖ ﻟﻘﻮﻡ ﻳﻌﻠﻤﻮﻥ Maksudnya; "Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan manzilah-manzilah (orbit) bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda kebesaran. Nya kepada orang-orang yang mengetahui. ”

c) Surah a. I-Isra’ ayat 12, ﻭﺟﻌﻠﻨﺎ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﻭﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﺃﻴﺘﻴﻦ ﻓﻤﺤﻮﻧﺎ ﺀﺍﻳﺔ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﻭﺟﻌﻠﻨﺎ ﺀﺍﻳﺔ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻣﺒﺼﺮﺓ ﻟﺘﺒﺘﻐﻮﺍ ﻓﻀﻼ ﻣﻦ ﺭﺑﻜﻢ . ﻭﻟﺘﻌﻠﻤﻮﺍ ﻋﺪﺩ ﺍﻟﺴﻨﻴﻦ ﻭﺍﻟﺤﺴﺎﺏ ﻭﻛﻞ ﺷﻴﺀ ﻓﺼﻠﻨﻪ ﺗﻔﺼﻴﻼ (۱۲ )ﺍﻹﺳﺮﺍﺀ Maksudnya; “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kamu mencari kurnia dari Tuhanmu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas. ” d) Surah al-Taubah ayat 36, (۳۶ )ﺍﻟﺘﻮﺑﺔ . . . ﺇﻥ ﻋﺪﺓ ﺍﻟﺸﻬﻮﺭ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﺇﺛﻨﺎ ﻋﺸﺮ ﺷﻬﺮﺍ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﻠﻪ ﻳﻮﻡ ﺧﻠﻖ ﺍﻟﺴﻤﻮﺕ ﻭﺍﻷﺮﺽ Maksudnya; “Bahawasanya bilangan bulan itu di sisi Allah dua belas bulan di dalam kitab Allah dari hari Dia menjadikan segala langit dan bumi. . . ”

e) Surah a. I-Baqarah ayat 185, . . . ﻓﻤﻦ ﺷﻬﺪ ﻣﻨﻜﻢ ﺍﻟﺸﻬﺮ ﻓﻠﻴﺼﻤﻪ. . . (۱۸۵ )ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ Maksudnya; “…Barang siapa di antara kamu hadir melihat hilal (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa…”

a) Hadith Abu Hurairah r. a. , . « ﻭﻭﺍ ﻻﻳ ﺍ ﻯ ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﺍ ﺍ ﻭ ﺍﻟ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ » ﺍ ﺍﻻ ﻭﻭﺍ ﺍ ﻭ ﻭﺍ Maksudnya; Dari Abu Hurairah r. a. berkata bahawa Rasulullah s. a. w. bersabda, "Apabila kamu melihat hilal maka berpuasalah dan apabila kamu melihat hilal maka berbukalah (berhari raya). Bila hilal tertutup awan atasmu, maka berpuasalah tiga puluh hari. " b) Hadith Ibn Umar r. a. , . « ﺍﻭﺍ ﺍ ﺭﺿﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﻤﺎ ﺍﻟ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍ ﺍ » ﻻ ﻭﻭﺍ ﻯ ﺍ ﺍﻻ ﻻ ﻭﺍ ﻯ Maksudnya; Dari Ibn Umar r. a. dari Nabi s. a. w. bahawasanya Baginda menyebut tentang Ramadhan kemudian bersabda, “Jangan kamu berpuasa melainkan dengan melihat hilal dan jangan kamu berbuka (berhari raya) melainkan dengan melihat hilal. Bila hilal itu terlindung awan atas kamu, maka tentukanlah ia. "

Penyelarasan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan - Jakim Sebagai Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) • Pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dengan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. Penglibatan Kerajaan Pusat dalam pentadbiran hal ehwal Islam bermula dengan penubuhan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang menetapkan Jabatan Perdana Menteri sebagai urusetia Majlis ini. Urusetia ini kemudiannya dinaiktaraf dan dikenali sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri (1974 -1983), Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri (1984 -1996) seterusnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (1997 hingga kini).

Jakim Sebagai Urusetia Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia • Di antara isu berkaitan falak yang pernah dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah kaedah penentuan awal puasa dan hari raya di Malaysia, had berpaling yang dibenarkan daripada qiblat dan garis panduan pelaksanaan ibadah di Stesen Angkasa Antarabangsa (International Space Station), ISS.

Jakim Sebagai Urusetia Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya • Majlis Raja-Raja melalui MKI telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Puasa pada tahun 1970 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah BAHEIS. Jawatankuasa ini telah ditubuh semula dalam bentuk baru pada tahun 1982 sepertimana yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-123 pada 18 Februari 1982. Keahliannya terdiri daripada S. S. Mufti negeri-negeri, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan pakar-pakar dalam bidang ilmu falak.

Penyelarasan Takwim Hijri Seluruh Malaysia • Penyelarasan takwim hijri seluruh Malaysia bermula dengan tertubuhnya MKI. Di awal penubuhannya, MKI telah melantik sebuah jawatankuasa terdiri daripada pakar syariah dan falak untuk menyediakan takwim hijri yang selaras bagi seluruh Malaysia. Hasilnya, Buku Harian Rasmi Kerajaan yang menyertakan takwim hijri mulai tahun 1972 telah diterbitkan diedarkan ke negeri-negeri.

• Di peringkat negeri pula, sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Melihat Anak Bulan telah ditubuhkan dengan tujuan melaksanakan rukyah bagi penentuan awal puasa dan hari raya. Ahli-ahlinya terdiri daripada: i. iii. iv. v. Mufti Negeri (sebagai pengerusi dan ketua rombongan). Kadi Besar. Pengarah Jabatan Ukur Negeri (beragama Islam) atau wakilnya (beragama Islam). Setiausaha Majlis Agama Islam. Seorang ahli falak

Perisytiharan Tarikh Melihat Hilal, Awal Puasa Dan Hari Raya • Tarikh melihat hilal, awal puasa dan hari raya yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja adalah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui media massa dan elektronik menjelang tibanya tarikh berkenaan. Peranan Jakim dalam hal ini adalah sebagai Urus Setia bersama Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengumpulkan laporan rukyah hilal dalam merumuskan tarikh awal puasa dan hari raya untuk perkenan Majlis Raja-Raja. Sehingga kini, terdapat 30 tempat rasmi rukyah hilal di Malaysia.

Kesepakatan Serantau • Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia Dan Singapura (MABIMS) bertitik tolak daripada Muktamar Keempat Menteri-Menteri Wakaf Dan Hal Ehwal Islam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi pada 12 hingga 14 Syawal 1409 H / 17 hingga 19 Mei 1989. Objektifnya adalah menjaga kepentingan umat Islam dari aspek keagamaan tanpa melibatkan diri dalam aspek politik. Pada mulanya MABIMS dianggotai oleh negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Malaysia. Mulai tahun 1994, negara Singapura secara rasmi menjadi anggota penuh dalam kesepakatan tersebut.

Perkembangan Takwim Hijri Di Malaysia • Takwim Istilahi Sebelum tahun 1969, negara Malaysia menggunapakai Takwim Istilahi. Takwim ini menggunakan tempoh purata bulan sinod selama 29. 530589 hari untuk menentukan awal bulan qamariah secara anggaran. Bulan Muharram ditentukan 30 hari, bulan Safar 29 hari seterusnya bulan-bulan berikutnya disusun secara berselang seli diakhiri Zulhijjah 29 hari. Untuk mengatasi kekurangan sebanyak 0. 367068 hari dari kerana bilangan sebenar dalam setahun 354. 367068 hari, maka diadakan pusingan 30 tahun. Tahun Basitah (Tahun Biasa) mengandungi 354 hari manakala Tahun Kabisah (Tahun Lompat) mengandungi 355 hari. Tahun Basitah ditentukan bagi tahun-tahun pertama, ke-3, 4, 6, 8, 9, 11, 12, 14, 15, 17, 19, 20, 22, 23, 25, 27, 28 dan ke-30 manakala Tahun Kabisah ditentukan bagi tahun-tahun ke-2, 5, 7, 10, 13, 16, 18, 21, 24, 26, dan ke-29. Lebihan 1 hari untuk Tahun Kabisah dibuat pada bulan Zulhijjah.

• Takwim Hijriah Hakiki Sehingga ke tahun 1991, negara Malaysia menggunapakai Takwim Hijriah Hakiki atau Takwim Hakiki. Definisi takwim sepertimana dijelaskan oleh Md Khair Md Taib, ahli Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Puasa adalah seperti berikut: …Suatu takwim berdasarkan kepada masa berlaku ijtimak matahari dan bulan pada akhir bulan hijrah, iaitu pada tiap-tiap 29 haribulan hijrah. Sekiranya ijtimak itu berlaku pada siang hari dan hilal berada di atas ufuk waktu ghurub matahari, walau dua minit sekalipun selepas ghurub matahari, hari esoknya dikira awal bulan baru sama ada hilal itu dirukyah ataupun tidak.

• Menurut Md. Khair, kaedah ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Rukyah Anak Bulan Syaaban Dan Ramadhan, Pusat Islam Malaysia di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1967. Walaubagaimanapun, amalan penyediaan takwim hijri negara semasa menggunapakai takwim jenis tersebut bukanlah seperti yang didefinisikan. Amalan penyediaan menepati definisi Kaedah Penentuan Awal Hijrah (2001) iaitu bulan baru mengikut Takwim Hijriah Hakiki dikira bermula apabila ijtimak berlaku sebelum waktu matahari terbenam tanpa mengambilkira sama ada hilal wujud atau tidak di atas ufuk.

• Takwim Hijriah Wujudul Hilal Bermula tahun 1992 hingga 1994, negara Malaysia menggunapakai Takwim Hijriah Wujudul Hilal. Takwim ini menentukan awal bulan-bulan hijriah sama seperti Takwim Hijriah Hakiki berdasarkan masa berlaku ijtimak matahari dan bulan pada akhir bulan hijrah tetapi menetapkan hilal mesti wujud atas ufuk selepas matahari terbenam. Rujukan analisis data pada peringkat ini menggunakan kedua-dua stesen rujukan analisis data Tanjung Chincin, Langkawi Kedah dan Tanjung Dumpil, Sabah.

Perkembangan Kaedah Rukyah Dan Hisab Di Malaysia Di dalam Persidangan Islam Se. Malaysia di Kuala Lumpur pada 4 -7 Mac 1969, kaedah Rukyah dan Hisab menjadi perhatian banyak negeri untuk menyelaraskan awal Ramadhan dan Syawal: a) Enam buah negeri berpendapat iaitu: Awal anak bulan Ramadhan dan Syawal hendaklah ditentukan dengan cara rukyah, tetapi sekiranya anak bulan tidak juga nampak sedangkan mengikut kiraan ahli falak anak bulan tetap ada dan boleh nampak kalau tidak ada apa-apa melindung, maka kiraan ahli falak digunakan. b) Tiga buah negeri berpendapat iaitu: Awal anak bulan Ramadhan dan Syawal bolehlah ditentukan dengan cara hisab falak sahaja tanpa rukyah. c) Tiga buah negeri lagi berpendapat iaitu: Awal anak bulan Ramadhan dan Syawal dengan cara rukyah sahaja dan jika anak bulan tidak kelihatan hendaklah dicukupkan 30 hari.

Walaubagaimanapun, Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 21 -27 April 1969 memberikan keutamaan kepada rukyah dalam menentukan awal bulan seperti berikut: : • • Permulaan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berdasarkan semata-mata dengan penglihatan anak bulan yang sebenarnya. Jika penglihatan anak bulan tidak mungkin bagi sesuatu negara, laporan-laporan tentang penglihatan anak bulan yang sebenarnya di dalam sesuatu negara yang mempunyai sebahagian atau malam yang sama dengan negara itu haruslah dikira sebagai asas penentuannya. Di dalam keadaan yang kedua-dua cara tersebut di atas tidak mungkin dilakukan dan kiraan astronomi (falak) memestikan bahawa anak bulan boleh kelihatan, barulah kiraan astronomi itu dipakai. Kerajaan-kerajaan dari negara-negara Islam haruslah menubuhkan satu badan yang dianggotai oleh pakar-pakar untuk menentukan awal bulan Ramadhan dan Syawal mengikut prinsip-prinsip yang diutarakan di atas.

• Menjelang tahun 1390 H, isu penentuan awal Ramadhan dan Syawal menjadi semakin hangat. Orang ramai berbahas mengenai cadangan meminda rukyah kepada Rukyah dan Hisab. Akhirnya, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam muzakarahnya pada 1 -2 Oktober 1970 bersetuju dengan ketetapan seperti berikut: “Anak bulan Ramadhan dan Syawal kiranya tidak kelihatan pada halnya mengikut kiraan ahli-ahli falak anak bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak bolehlah digunakan.

• Di atas syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-88 pada 20 Oktober 1970 memutuskan penggunaan kaedah tersebut. Kriteria yang diterimapakai adalah umur bulan ketika matahari terbenam mestilah melebihi 8 jam. Kaedah tersebut diterimapakai sehinggalah Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke 109 pada 6 Oktober 1977 memutuskan semula penggunaan kaedah rukyah.

Setahun berikutnya, Muktamar Bagi Menentukan Permulaan Bulan-Bulan Islam berlangsung di Istanbul. Malaysia turut menghantar wakil ke muktamar tersebut. Muktamar adalah mengenai penyelarasan awal bulan di kalangan negara-negara Islam: • Bahawa asal hukum ialah rukyah, samada dengan mata kepala atau dengan menggunakan alat-alat moden. • Bahawa berpegang kepada ketetapan hisab ahli-ahli falak mengenai kedatangan bulan baru pada syarak wajiblah mereka menentukan adanya anak bulan di atas ufuk selepas matahari jatuh sehingga dapat dilihat dengan mata kepala, ketika tidak ada halangan. Ini adalah dinamakan rukyah di sisi hukum (rukyah hukmiah). • Bahawa bagi menentu kemungkinan penglihatan anak bulan itu mesti memenuhi dua syarat utama iaitu: – Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari jatuh tidak kurang daripada jarak 8 darjah, seperti mana diketahui bahawa permulaan penglihatan (rukyah) ialah antara 7 dan 8 darjah, tetapi persetujuan diambil atas 8 darjah secara ihtiat. – Tinggi anak bulan ketika jatuh matahari tidak kurang dari 5 darjah. • Atas asas inilah anak bulan itu dapat dilihat dengan mata kepala dalam keadaan suasana biasa. • Tidak disyaratkan kemungkinan rukyah anak bulan itu di satu tempat yang khusus, tetapi menjadi sah hukum masuk bulan baru dengan ternampak anak bulan di mana tempat di atas permukaan bumi ini. Pengumuman kelihatan anak bulan ini hendaklah dibuat, seperti mana mengikut ketetapan Takwim Hijrah (Islam) yang diselaraskan seperti mana yang tersebut dalam ceraian (kelima) di bawah ini, keseluruh alam menerusi Pusat Satelit di Mekah setelah siap pembinaannya kelak, sebagai langkah untuk menyatupadukan orang-orang Islam.

• Beberapa tahun berikutnya, kajian menunjukkan hilal Ramadhan dan Syawal di Malaysia tidak pernah kelihatan pada petang rukyah melainkan hilal Syawal 1401 H / 1981 sahaja. Kekhuatiran mengenai kemungkinan umat Islam berpuasa bukan pada 1 Ramadhan atau berhari raya bukan pada 1 Syawal akibat hilal tidak kelihatan pada petang rukyah sedangkan ianya ada juga umat Islam secara keseluruhannya akan berpuasa 30 hari seperti yang telah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan mulai timbul. Lantaran itulah, Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya kali ke-125 pada 14 Oktober 1982 memutuskan supaya awal Ramadhan dan Syawal kembali menggunapakai kaedah Rukyah dan Hisab.

• Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Puasa yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja telah mengadakan mesyuarat pada 5 dan 25 April 1983 seterusnya mencadangkan dua ketetapan iaitu: • Penentuan hari rukyah hilal pada akhir bulan Syaaban dan akhir bulan Ramadhan hendaklah dibuat dengan hisab falak. • Menerima pada dasarnya tiga ketetapan asas Persidangan Hilal Negara-negara Islam Sedunia di Istanbul, Turki pada 27 -30 hb November 1978 mengenai cara rukyah hilal bahawa anak bulan dikira sabit ada dan boleh dirukyah apabila: i. Hilal berada setinggi tidak kurang daripada 5½ (lima setengah) darjah dari ufuk maghrib pada ketika ghurub matahari rukyah. ii. Hilal berada jauh daripada jisim matahari pada ketika ghurub matahari tidak kurang daripada 7½ (tujuh setengah) darjah, dan iii. Masa berlaku ijtimak, iaitu masa lahir hilal hendaklah berlaku tidak kurang daripada 8 (lapan) jam sebelum waktu ghurub matahari.

Kajian Semula Penentuan Awal Ramadhan Dan Syawal dengan itu mencadangkan kriteria kebolehnampakan hilal yang lebih sesuai untuk digunapakai di Malaysia iaitu: • Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat berikut: a. Ketika matahari terbenam i. Ketinggian bulan tidak kurang daripada 2˚, dan ii. Jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3˚ Atau b. Ketika bulan terbenam i. Umur bulan tidak kurang daripada 8 jam.

Perkembangan Kaedah Rukyah Dan Hisab Di Malaysia

Takwim Imkanur-rukyah • Mulai tahun 1995, negara Malaysia menggunapakai sepenuhnya Takwim Imkanurrukyah. Takwim ini menetapkan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut; – Ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3°, ATAU – Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku. ” • Stesen rujukan analisis data yang digunapakai adalah Tanjung Chincin (Kedah) dan Tanjung Atiam (Sabah).


• Koordinat stesen mengikut maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh JUPEM adalah seperti berikut: i. Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) Latitud Longitud ii. : : U 5° 16’ 55” T 119° 15’ 15” Tanjung Chincin, Pulau Langkawi, Kedah (stesen paling barat) Latitud Longitud : : U 6° 26’ 10” T 99° 38’ 30”


- Slides: 30