Konsep Pemilikan Harta dalam Islam Jenis Pemilikan Kaedah

  • Slides: 32
Download presentation
Konsep Pemilikan Harta dalam Islam Jenis Pemilikan Kaedah Pemilikan 3) Penggunaan 4) Agihan 1)

Konsep Pemilikan Harta dalam Islam Jenis Pemilikan Kaedah Pemilikan 3) Penggunaan 4) Agihan 1) 2)

Harta dalam Islam � � Allah mengambarkan kecintaan manusia terhadap harta dengan firmanya “dan

Harta dalam Islam � � Allah mengambarkan kecintaan manusia terhadap harta dengan firmanya “dan kamu cintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan” (al Fajr: 20). Begitu juga pada ayat 46 surah al Kahfi “harta dan anak 2 adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya disisi Allah serta lebih baik menjadi harapan”. Kedua ayat ini menjelaskan kepada manusia, bahawa ALLAH itu amat mengetahui apa yang disukai oleh fitrah/kecenderungan hambanya, lebih daripadanya yg diketahui oleh hambanya sendiri. Untuk itulah Allah telah mengariskan beberapa ketetapan dalam ekonomi islam berhubung perkara-perkara yang melibatkan harta dan pemilikan dalam rangka membantu hambanya agar lebih taat kepada. Nya sebagai tunjang ketauhidan hamba kepada pencipta.

Maksud Harta • • • Dr Abdul Karim Zaidan mentakrifkan harta sebagai “setiap sesuatu

Maksud Harta • • • Dr Abdul Karim Zaidan mentakrifkan harta sebagai “setiap sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada kebiasaanya. Takrif ini menekankan kepada 2 perkara iaitu, harta itu harus mempunyai zat dan manfaat. Maka ia adalah sesuatu yang mampu dikawal oleh pemiliknya. Hanafiah : Harta adalah sesuatu barang yang boleh dikawal dan diambil faedah daripada secara kebiasaanya. Jika harta/barang itu tidak boleh dikawal (kesihatan, ilmu) dan tidak boleh dikuasai spt udara, cuaca, hujan dll maka ia tidak boleh disebut sbg harta.

�Manakala bagi Jumhur (Syafi’iyah, Hanabilah, Malikiah) bahawa harta adalah sesuatu perkara (barang) yang ada

�Manakala bagi Jumhur (Syafi’iyah, Hanabilah, Malikiah) bahawa harta adalah sesuatu perkara (barang) yang ada harga (nilai) yang apabila rosak atau dirosakan, maka yang merosakanya akan membayar gantirugi. Ia menjelaskan bahawa setiap barang yang mempunyai nilai (mesti dibayar ganti rugi jika dirosakan) adalah harta, termasuklah ilmu pengetahuan.

Maksud Harta � q q q Berdasarkan maksud harta yg dijelaskan oleh golongan Hanafiah

Maksud Harta � q q q Berdasarkan maksud harta yg dijelaskan oleh golongan Hanafiah dan Jumhur, maka jelas bahawa terdapat beberapa ciri harta menurut kajian ilmu muamalat Islam. Penggunaanya diharuskan oleh syarak, jika ia adalah haram bukanlah harta menurut Islam, walaupun ia beri manfaat kepada pemilik dan ada nilai komersil. Harus mempunyai nilai komersil sentimental Harus mampu memberikan manfaat bukan mudarat walau ada nilai komersil. Sesuatu yang dikuasai dan dikawal. Sesuatu yang dikuasai tapi tidak boleh dimanfaatkan spt air, darah dll. Sesuatu yang suci dan bersih dari najis dan penyakit.

Pemilikan Harta Individu � � � Bahasanya : ia adalah pemilikan harta oleh manusia

Pemilikan Harta Individu � � � Bahasanya : ia adalah pemilikan harta oleh manusia dan penguasaanya ke atas harta tersebut (Wahbah Zuhaili). Manakala istilah syaraknya pula autoriti yang membolehkan seseorang menguruskan harta sejak mula hingga ke akhir zaman tanpa halangan (Abdu halim) Pemilikan individu adalah pemilik harta menguasai penuh fizikal dan roh barang, zat dan manfaat harta, luar dalam harta. Pemilikan individu adalah sempurna kerana ia adalah kekal/tidak terbatas selagi mana salah satu dari dua pihak shahid di jalan Allah. Ia juga membebaskan pemiliknya dari dikenakan bayaran ganti rugi, bayar semula sekiranya harta tersebut hilang, rosak dsb. Namun hukuman safih boleh dikenakan kepada pemilik harta sekiranya ia adalah seorang yang boros ya amat.

Pemilikan Individu � Beberapa cara boleh diguna pakai untuk mendapat status pemilikan individu ini.

Pemilikan Individu � Beberapa cara boleh diguna pakai untuk mendapat status pemilikan individu ini. q Menguasai harta dengan undang tempatan seperti meneroka tanah baru, mengusahakan perniagaan dari peringkat bawah, beli dari penjual. q Lakukan kontark pertukaran yg diharuskan syarak spt kontrak jual beli, harga tangguh, nama geran. . q Mendapatkannya menerusi jalan undang yg diwajibkan dalam Islam. q Mendapatkan pemilikan dengan jalan undang yang di haruskan.

Pemilikan Umum � Harta milik rakyat dalam sesebuah negara atau negeri. � Ia adalah

Pemilikan Umum � Harta milik rakyat dalam sesebuah negara atau negeri. � Ia adalah pemilikan semulajadi atas kaedah politik apabila sesebuah negara mempunyai rakyat, pemerintah dan perlembagaan negara. � Pemilikan umum menjadikan rakyat adalah pelanggan utama manakala pemerintah adalah khadam yang bertugas menguruskan harta tersebut agar keuntungan dari harta tadi di pulang kepada rakyat secara tunai.

Pemilikan Umum �Harta atau aset umum dapat dikategorikan sebagai segala-gala yang ada dalam negara

Pemilikan Umum �Harta atau aset umum dapat dikategorikan sebagai segala-gala yang ada dalam negara dan negeri seperti bahan mentah berbentuk mineral pepejal seperti besi, timah, tembaga, emas dan segala-galanya �Manakala aset umum dalam kategori yang lain adalah bahan mentah dalam bentuk mineral cecair seperti crude oil, gas dan segala-galanya

� Kesemua bahan mentah ini adalah milik umum atau negara yang mana manfaat dari

� Kesemua bahan mentah ini adalah milik umum atau negara yang mana manfaat dari hasil jualan itu hendaklah wajib dikembalikan kepada rakyat agar semua menikmati kekayaan dengan adil. � Kerana pemerintah/kerajaan, menurut kajian pemilikan umum ini hanyalah bersifat khadam/pengurus amanah yang di berikan oleh rakyat sebagai pemegang saham terbesar dalam sesebuah negara. Dan ia bukan milik/kepunyaan kerajaan/pemerintah yang menjadikan mereka kaya dan rakyat miskin.

Pemilikan Negara � Ia terhasil dari berbagai pendapatan yang di terima dari berbagai sumber.

Pemilikan Negara � Ia terhasil dari berbagai pendapatan yang di terima dari berbagai sumber. . seperti cukai, pajakan, hasil eksport dan import. . dsb. � Pemilikan negara tidak sama sekali bermaksud, harta itu menjadi milik pemerintah kerana negara adalah unik politik yang berbeza dengan pemerintah. � Oleh yang demikian jika bertukar pemimpin, aset negara itu kekal menjadi aset negara dan di haramkan berpindah menjadi aset individu dengan alasan ia pernah menjadi pemimpin pada satu masa dahulu.

Kaedah Pemilikan �Jual Beli �Wasiat �Wakaf

Kaedah Pemilikan �Jual Beli �Wasiat �Wakaf

Jual Beli �Al bay’ = menjual, menganti, menukar (sesuatu dengan sesuatu yang lain). �Al

Jual Beli �Al bay’ = menjual, menganti, menukar (sesuatu dengan sesuatu yang lain). �Al bay’ juga diguna pakai bagi menerangkan satu lagi aktiviti selepas jual iaitu membeli (asy syira’). �Definisi jual beli menurut Hanafiah adalah saling tukar menukar sesuatu yang diingini dengan yang sepadan melalui cara tertentu yang jelas manfaatnya

Jual Beli �Manakala menurut Jumhur pula, al bay’ adalah saling tukar menukar harta dengan

Jual Beli �Manakala menurut Jumhur pula, al bay’ adalah saling tukar menukar harta dengan harta dalam bentuk pemindahan milik dan pemilikan. �Dalam hal ini mereka melakukan penekanan pada kata ‘milik dan pemilikan’ kerana ada juga tukar menukar harta yg sifatnya bukan pemilikan seperti sewa menyewa (ijarah).

Dasar Hukum Jual Beli � Jual beli adalah kaedah lain, manusia melaksanakan agenda ta’wun

Dasar Hukum Jual Beli � Jual beli adalah kaedah lain, manusia melaksanakan agenda ta’wun bil birri wat taqwa. � Konsep tolong menolong dalam Islam adalah anjurn yang memiliki status yang tinggi dalam anjuran berakhlakul karimah. � Al Quran menjelaskan dasar hukum jual beli ini antaranya dalam (al Baqarah 2: 275, 2: 198) dan (QS 4: 29). � Manakala dari hadis pula, hadis dari Rifaah b Rafi’ al Bazzar dan Hakim ttg pertanyaan sahabat tentang profesion yang paling baik, dan dijawap Rasulullah “usaha tangannya sendiri dan setiap jual beli yang diberkati”

Hukum Jual Beli � Hukum asal jual beli adalah mubah (harus). Namun bagi situasi

Hukum Jual Beli � Hukum asal jual beli adalah mubah (harus). Namun bagi situasi tertentu ia boleh menjadi wajib (Imam as Syatibi, Malikiah). Alasanya apabila berlaku ikhtikar (sorok barang), maka daulah boleh mengeluarkan perintah memaksa penjual itu dan penjual lain menjual barang yang disorok itu pada hari itu juga. � Ini dilakukan bagi mengelakan dari kenaikan harga melampau yang cuba di usahakan oleh peniaga tamak tadi. � Imam Syatibi mengguna pakai kaedah “sesuatu yang mubah apabila ditinggalkan secara meluas, maka hukumnya boleh menjadi wajib.

Wasiat �Pesan atau janji �Ia berlaku apabila seseorang menuntut agar hasratnya itu terlaksana oleh

Wasiat �Pesan atau janji �Ia berlaku apabila seseorang menuntut agar hasratnya itu terlaksana oleh yang diamanahkan untuk dilaksanakan apabila beliau @ shahid. �Wasiat ini adalah satu bentuk tolong menolong, salah satu program terpenting ajaran akhlak dalam Islam

Definisi Wasiat �Ulama mendefinisikan wasiat dengan “Penyerahan harta (zat dan manfaat) secara sukarela dari

Definisi Wasiat �Ulama mendefinisikan wasiat dengan “Penyerahan harta (zat dan manfaat) secara sukarela dari seseorang kepada pihak lain yang berlaku setelah orang tersebut shahid. �Wasiat menjelaskan perbezaan antara jual beli, sewa menyewa dll apabila akad wasiat ini berlaku ketika ia masih hidup dan berlaku secara rasmi apabila beliau shahid

Dasar Hukum Wasiat � Wasiat mempunyai dasar hukum yang kuat dalam Islam � Menurut

Dasar Hukum Wasiat � Wasiat mempunyai dasar hukum yang kuat dalam Islam � Menurut ulama Fiqh, surah al Baqarah 2: 180 adalah dasar terkuat kebenaran wasiat, yg bererti “diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda 2) ajal/maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kerabat secara makruf, (inilah adalah kewajiban atas orang 2 yang bertaqwa). � Manakala an Nisa 4: 11 -12 juga adalah hujah kebenaran wasiat adalah kekuatan umat Islam bagi yang melaksanakanya.

Dasar Hukum � Ketiga-tiga ayat tadi menetapkan bahawa berjalanya wasiat apabila hadirnya kematian kepada

Dasar Hukum � Ketiga-tiga ayat tadi menetapkan bahawa berjalanya wasiat apabila hadirnya kematian kepada pewasiat dan waris berkewajiban melaksanakanya secara tunai tanpa tangguh. � Manakala dari hadis Rasulullah, sabdanya “sesungguhnya Allah (berbaik) kepada kamu tatkala kamu akan menghadapi kematian (untuk berwasiat) sepertiga dari harta kamu, sebagai tambahan terhadap amalan 2 kamu (H. R Bukhari, Muslim dan 5 sahabat yg hebat 2 lainya)

Hukum Berwasiat � Berdasarkan ayat dan hadis sebelum ini, bahawa wasiat adalah sunat (digalakan).

Hukum Berwasiat � Berdasarkan ayat dan hadis sebelum ini, bahawa wasiat adalah sunat (digalakan). � Tidak ditemui oleh para fuqaha bahwa sahabat pernah menjadikan wasiat ini hukumya adalah wajib. � Ini kerana ulama usul fikh melihat bahwa ayat 180 al Baqarah itu telah dinasahkan oleh ayat 7 an Nisa’. Kerana ayat 7 an Nisa’ itu menjelaskan “bagi lelaki itu adalah bahagian dari harta ibu bapanya yg meninggalkannya dan bagi wanita juga ada bahagian dari ibu bapa yang meninggalkanya”. � Oleh yang demikian ulama usul fikh cenderung mengatakan bahawa al Baqarah 2: 180 itu hanyalah wasiat untuk mereka yang tidak tersenarai sebagai waris seperti senarai yang ada dalam an Nisa’ itu.

Rukun dan Syarat Wasiat �Hanafiah hanya menyenaraikan hanya satu rukun sahaja iaitu Ijab. �Namun

Rukun dan Syarat Wasiat �Hanafiah hanya menyenaraikan hanya satu rukun sahaja iaitu Ijab. �Namun menurut Jumhur rukun wasiat ada 4. �Al Musi (orang yang berwasiat). �Al Musa lah (penerima wasiat). �Al Musa bih (harta) �Sighah (lafaz).

Syarat Pewasiat �Seorang yang faham akan hukum Islam �Di lakukan dalam keadaan sadar dan

Syarat Pewasiat �Seorang yang faham akan hukum Islam �Di lakukan dalam keadaan sadar dan rela. �Pewasiat tidak memiliki hutang sebanyak harta yang akan di wasiatkan.

Syarat Penerima Wasiat � Penerima hidup � Identitinya jelas � Mampu menguruskan wasiat tersebut.

Syarat Penerima Wasiat � Penerima hidup � Identitinya jelas � Mampu menguruskan wasiat tersebut. � Penerima bukan pembunuh wasi. � Penerimanya wajib muslim bukan kafir dan munafikin, zolimin dan fasiqin. � Penerima wasiat itu menggunakan wasiat itu atas jalan ketaqwaan tidak pada jalan yang menentang Islam (Allah dan Rasulnya). . Menurut Ibn Taimiyah wasiat akan batal sekiranya penerima berniat utk guna dalam urusan maksiat (menentang Islam)

Syarat Harta Wasiat �Harta itu bernilai dalam syarak. Babe, arak, judi, kasino dan segalanya

Syarat Harta Wasiat �Harta itu bernilai dalam syarak. Babe, arak, judi, kasino dan segalanya bukan harta dalam islam walau ia ada nilai RM/USD/RUPE/BAHT dsb. �Harta itu bole menjadi milik penerima �Harta itu adalah milik mutlak al Musie

Syarat Sighah. �Syarat kabul…samada sebelum atau selepas al Wasi shahid �Hanafiah membenarkan lafaz kabul

Syarat Sighah. �Syarat kabul…samada sebelum atau selepas al Wasi shahid �Hanafiah membenarkan lafaz kabul dilakukan samada sebelum atau selepas al Musi shahid. �Jumhur juga berpendapat hal yang sama �Jadi tak perlu risau nak pilih yang mana satu.

Wakaf � Pemindahan hak milik untuk manfaat umum. . � Definasi wakaf menurut Hanafiah:

Wakaf � Pemindahan hak milik untuk manfaat umum. . � Definasi wakaf menurut Hanafiah: menahan (mengekalkan )zat harta dan menyedekahkan manfaat utk kegunaan masyarakat umum. � Pemilikan ini menjadikan akad pemilikan wakaf tidak mengikat, dan pemilik harta boleh memutuskan akad pemilikan manfaat pada bila masa dan menjualnya kepada pihak lain tanpa ada sesiapa yang boleh menahanya. � Namun akad wakaf ini akan mengikat apabila ia berada pada keadaan seperti dibawah:

�Sengketa antara waqif dan nazir harta dan hakim boleh memutuskan waqaf itu kekal dan

�Sengketa antara waqif dan nazir harta dan hakim boleh memutuskan waqaf itu kekal dan mengikat. �Wakaf itu di guna utk pembinaan bangunan masjid. �Hakim memutuskan ia akad yg mengikat apabila waqif shahid.

Wakaf �Menurut Jumhur pula, wakaf adalah “menahan sebarang tindakan pemilik harta dari menggunakan hartanya

Wakaf �Menurut Jumhur pula, wakaf adalah “menahan sebarang tindakan pemilik harta dari menggunakan hartanya dengan tujuan manfaat harta itu tadi diberikan kepada masyarakat awam”

Dasar Hukm Wakaf �Ali Imran 3: 92 “kamu sesekali tidak akan sampai pada kebajikan

Dasar Hukm Wakaf �Ali Imran 3: 92 “kamu sesekali tidak akan sampai pada kebajikan yang sempurna sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai”. �Al Baqarah 2: 267 “Wahai orang yg beriman, nafkahkanlah (hartamu) di jalan Allah sebagian dari usahamu yg baik 2 dan sebagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”.

Wakaf batal � � § § § § Ulama sepakat bahawa, perwakafan akan terbatal

Wakaf batal � � § § § § Ulama sepakat bahawa, perwakafan akan terbatal dengan sendirinya apabila syarat wakaf tidak dipenuhi. Bagi Malikiyah: wakaf terbatal dengan beberapa cara antaranya adalah 7 semuanya: Pewakaf shahid sebelum sempat harta diserah terima. Harta yg diwakafkan, maseh dinikmati hasilnya oleh waqif lebih dari setahun atau kurang. Wakaf harta pada tujuan menentang Allah. Akad waqaf mensyaratkan waqif berkuasa untuk mengelolakan harta waqafnya. Harta waqif di kelilingi hutang. Waqif tidak melepaskan zat dan manfaat hartanya. Waqif adalah kafir esp harbi.