PGA 103 Guru Sekolah dan Masyarakat Tajuk Pendidikan

  • Slides: 34
Download presentation
PGA 103 – Guru, Sekolah dan Masyarakat Tajuk: Pendidikan dan Kepelbagaian Budaya

PGA 103 – Guru, Sekolah dan Masyarakat Tajuk: Pendidikan dan Kepelbagaian Budaya

Apakah yang boleh anda tafsirkan berdasarkan gambar di atas?

Apakah yang boleh anda tafsirkan berdasarkan gambar di atas?

Apa itu budaya? Keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta

Apa itu budaya? Keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, atau kemajuan (akal budi).

Budaya Universal George Murdock (Ahli antropologi - 1945) – budaya universal termasuk: n n

Budaya Universal George Murdock (Ahli antropologi - 1945) – budaya universal termasuk: n n n Sukan Dandanan tubuh Kalendar Masakan Tarian Seni Dekoratif Kekeluargaan Pemakanan Upacara pengkebumian Permainan Gerak isyarat Gaya rambut n n n Kediaman Bahasa Undang-undang Perkahwinan Perubatan Muzik Metos Nama peribadi Agama Batasan seksual Pembedahan Alat pertukangan

Sifat-sifat Sesebuah Budaya n n n Budaya itu dikongsi. Budaya itu dipelajari. Budaya itu

Sifat-sifat Sesebuah Budaya n n n Budaya itu dikongsi. Budaya itu dipelajari. Budaya itu diambil untuk diterima. Budaya itu adalah simbolik. Budaya itu berbeza mengikut masa dan tempat.

Elemen-elemen Budaya n n Bahasa - Sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat

Elemen-elemen Budaya n n Bahasa - Sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dgn individu yg lain dsb). Norma - Peraturan atau ketentuan yg telah menjadi kebiasaan yg dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dsb. Kepercayaan - Keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad. Nilai-nilai - Sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll).

Apa itu diversiti budaya? n n n Sifat-sifat unik bagi sesebuah budaya. Kepelbagaian budaya

Apa itu diversiti budaya? n n n Sifat-sifat unik bagi sesebuah budaya. Kepelbagaian budaya wujud apabila sesebuah masyarakat itu semakin maju dan menjadikannya bertambah kompleks. Kepelbagaian budaya diadaptasi bagi menyesuaikan dengan keadaan yang spesifik – cuaca, teknologi, populasi dan geografi. Walaupun wujudnya budaya universal - terdapat kepelbagaian yang nyata dalam kalangan budaya di seluruh dunia. Bahkan dlm sebuah negara, terdapat pembentukan budaya yg berbeza daripada budaya dominan yang diamalkan oleh masyarakat yang di negara tersebut.

Aspek Kepelbagaian Budaya Sub. Budaya Kejutan Etno. Dominan Budaya. Menentang. Budaya sentrik

Aspek Kepelbagaian Budaya Sub. Budaya Kejutan Etno. Dominan Budaya. Menentang. Budaya sentrik

Budaya Dominan n n Budaya yang diamalkan oleh kumpulan yang paling berkuasa di dalam

Budaya Dominan n n Budaya yang diamalkan oleh kumpulan yang paling berkuasa di dalam sesebuah masyarakat. Menerima sokongan drp institusi sosial utama dan menjadi kepercayaan utama dalam masyarakat. Memiliki darjah kekuasaan yang tidak boleh dikongsi oleh budaya lain. Menjadi tanda aras bagi pertimbangan terhadap budaya lain.

Sub-budaya n n n Budaya yang diamalkan oleh kumpulan ini berbeza dari segi nilai

Sub-budaya n n n Budaya yang diamalkan oleh kumpulan ini berbeza dari segi nilai dan norma drp budaya dominan. Wujud disebabkan kumpulan ini hidup dalam keadaan yg berbeza atau membawa bentuk budaya yg lain dlm masyarakat. Biasanya berkongsi sesetengah eleman dengan budaya dominan dalam masa yg sama mengamalkan t/laku yg berbeza dan unik mereka sendiri. Kewujudan byk subbudaya ini – ciri bagi sebuah masyarakat yang kompleks. Umumnya subbudaya berasaskan umur, daerah, ethnik, pekerjaan dan kepercayaan.

Budaya Menentang n n Budaya yang diamalkan oleh kumpulan ini dilihat nyata menentang dan

Budaya Menentang n n Budaya yang diamalkan oleh kumpulan ini dilihat nyata menentang dan menolak nilai dan norma drp budaya dominan. Ia merupakan salah satu subbudaya tetapi pertentangan nilai dan norma dengan budaya dominan begitu ketara. Sesetengah budaya menentang secara langsung mencabar sistem politik dominan. Contoh: budaya Hippies, Skinhead, Rempit, Bohsia, kumpulan militan dll.

Kejutan Budaya n n Keadaan seseorang yang berada di dalam budaya yang asing baginya

Kejutan Budaya n n Keadaan seseorang yang berada di dalam budaya yang asing baginya – bingung, ragu-ragu, takut ganjil dan seolah berada di tempat asing. Apabila budaya asing ini diamalkan di alam masyarakat menyebabkan gangguan dan kejutan kerana ia tidak mengikut nilai dan norma masyarakat setempat. Adat kebiasaan yang dilihat ganjil bagi sesetengah budaya merupakan perkara biasa bagi yang budaya yang mengamalkannya. Konflik ekoran kejutan budaya ini tidak hanya berlaku antara masyarakat moden dengan tradisional – antara gender, kampung dan bandar, usia dll.

Etnosentrik n n n Orang yang mengukur atau menilai budaya orang lain berdasarkan standard

Etnosentrik n n n Orang yang mengukur atau menilai budaya orang lain berdasarkan standard atau spesifikasi budaya yang diamalkannya. Cenderung menganggap masyarakat (budaya dsb) sendiri lebih unggul drpd masyarakat (budaya dsb) lain. Orang yang etnosentrik melihat kumpulannya merupakan paling penting dalam mentafrifkan sesuatu budaya dan melihat budaya lain terpesong daripada normal.

Teori Funsionalis n n Budaya…. : Mengintegrasikan manusia ke dalam kumpulan. Menyediakan perhubungan, pertalian

Teori Funsionalis n n Budaya…. : Mengintegrasikan manusia ke dalam kumpulan. Menyediakan perhubungan, pertalian dan kestabilan dalam masyarakat. Mencipta norma-norma dan nilai-nilai yang menyatupadukan. manusia di dalam masyarakatnya.

Teori Konflik n n Budaya…. : Hanya memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan-kumpulan yang berkuasa.

Teori Konflik n n Budaya…. : Hanya memenuhi keperluan dan kehendak kumpulan-kumpulan yang berkuasa. Boleh menjadi bahan rintangan dalam kepolitikan. Berlaku peningkatan kawalan oleh kumpulan yang memonopoli ekonomi.

Teori Interaksionis n n Budaya…. : Mencipta identiti sesuatu kumpulan daripada sistem budaya yang

Teori Interaksionis n n Budaya…. : Mencipta identiti sesuatu kumpulan daripada sistem budaya yang pelbagai. Sentiasa berlaku perubahan apabila manusia menghasilkan budaya-budaya baru. Membentuk nilai-nilai pemasyaratan menerusi aktiviti kumpulan sosial.

Implikasi Kepelbagaian Budaya n n n Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara

Implikasi Kepelbagaian Budaya n n n Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik, adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru dan Kepelbagaian Budaya n n n Semua guru yang mengajar di dalam kelas

Guru dan Kepelbagaian Budaya n n n Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas.

Guru dan Kepelbagaian Budaya n n n Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial

Guru dan Kepelbagaian Budaya n n n Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah.

Guru dan Kepelbagaian Budaya n Guru – tidak membezakan kelas sosial murid Guru -

Guru dan Kepelbagaian Budaya n Guru – tidak membezakan kelas sosial murid Guru - wujudkan pergaulan bebas antara kelas sosial, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. n Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai sikap, tingkah laku yang sesuai. n Guru - membantu murid memilih kerjaya yang sesuai dengan tahap pencapaian mereka. n Guru perlu membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah melalui pengajaran kem motivasi dan sebagainya. n Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid. Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan. n

n n n Sambungan… Guru – memaksimumkan dengan aktiviti merangsangkan minda. Kata-kata motivasi dan

n n n Sambungan… Guru – memaksimumkan dengan aktiviti merangsangkan minda. Kata-kata motivasi dan penuh senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran berupa nasihat dan bukan leteran. Guru perlu menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil, kurangkan hukuman berbentuk deraan. Guru - membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosiobudaya. Perlu ada langkah-langkah pencegahan pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman.

n n Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap

n n Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka Guru harus mengurangkan bahasa dialek dan menggunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsure bias.

implikasi Kepelbagaian Budaya terhadap Murid n n Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di

implikasi Kepelbagaian Budaya terhadap Murid n n Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkah laku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

n n Sambungan… Perlu menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib

n n Sambungan… Perlu menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat.

Sambungan… n n n Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek

Sambungan… n n n Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.

implikasi Kepelbagaian Budaya terhadap Sekolah n n Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis

implikasi Kepelbagaian Budaya terhadap Sekolah n n Pada masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Sekolah Premier iaitu sekolah yang mempunyai tradisi panjang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah di dalam persekitaran yang strategik serta infrastruktur yang baik seperti sekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Turut tersenarai adalah Maktab Rendah Sains Mara, sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Di peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan), SJKC (bahasa pengantar Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa Tamil). Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah, pidato di Kolej Islam Kelang.

n n n Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam

n n n Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) menawarkan dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid. Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara. Di antara yang membanggakan ialah SMKA Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid. Sekolah Premier - sekolah yang mempunyai sejarah dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak penubuhannya. seni bina yang bersejarah (historic institution) - menjadi lambang dan kebanggaan negara kerana kecemerlangannya. - melahirkan tokoh negara dan korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab (Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St. John (Kuala Lumpur).

n n n Sekolah 100 tahun - sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. mempunyai

n n n Sekolah 100 tahun - sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. mempunyai ciri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier. - Penang Free School (Pulau Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah Menengah Lelaki Methodist (Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi. Sekolah Bestari - sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. - reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan. Sekolah Model Khas contohnya SMK Meru – Model Khas mengabungkan murid sekolah rendah pada peringkat Tahap II dan murid sekolah menengah di bawah satu bumbung, Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah). Sekolah Pendidikan Khas - menyediakan Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran, autisme, sindrom-down, keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan Khas. SMT memberi peluang pendidikan kepada murid bermasaalah pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus anjuran Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

n n n Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai

n n n Kepelbagaian sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosio-budaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid Melayu, Cina, India dan kaum lain dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu akan lahir satu generasi Malaysia yang bersifat pelbagai budaya. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil iaitu di bangku sekolah rendah akan lebih memudahkan kerana mereka ini masih kanak-kanak yang boleh dilentur.

Implikasi Kepelbagaian Budaya terhadap Kurikulum n n n Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis

Implikasi Kepelbagaian Budaya terhadap Kurikulum n n n Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994; Schubert, 1986). Di peringkat pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun dalam kurikulum itu sendiri. Di peringkat penilaian pula, pengukuran serta pengujian dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat. Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau Performa kursus tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperoleh penuntut semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan Kurikulum Tersirat.

n n Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya

n n Idea kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973), Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi. Ausbrooks (2000) menjelaskan bahawa kurikulum tersirat adalah “is composed of the implicit messages in the school’s sosial climate, unwritten yet understood by all. It is the body of knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This is the curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’. Cahfel (1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan di sekolah iaitu overt (terbuka) yang memberi fokus kepada kursus pengajian yang eksplisit dan covert (tersirat) yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak didokumentasikan dan tidak tercatat). Cahfel mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai norma-norma, nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja.

n n n Di peringkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada persekitaran

n n n Di peringkat pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Adams (2002) mengenal pasti budaya akademik sebagai kurikulum tersirat. Margolis (2001) memperoleh dapatan yang hampir sama mengenai kurikulum tersirat … “tacit learning, unintended and intended consequences of schooling, political socialization, role development, mentoring and intentional practices”. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membantu bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakkan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan dan menggalakkan interaksi dalam kelas sosial.

Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar.

Ciri-Ciri Kurikulum Tersirat merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar. boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relative dan agak sukar diukur secara kuantitatif merangkumi bilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (murid-guru-pengajar). Dipelajari oleh murid tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru/pengajar; tingkah laku dan akhlak guru/pengajar kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum (muridguru/pengajar) kadangkala kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu pun dalam penilaian jenis atau pengkategorian nya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri

Sekian, Terima Kasih

Sekian, Terima Kasih