ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN Globalisasi Dalam Pendidikan Guru
ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN: Globalisasi Dalam Pendidikan Guru dan Cabaran Semasa
HASIL PEMBELAJARAN v Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan (1. 1)
GLOBALISASI Proses mengetepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sempadan
GLOBALISASI v Satu ideologi perubahan budaya, sosial dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan pesat ICT. v Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005).
ICT v Menurut Ward & Peppard (2003), ICT merujuk kepada teknologi (hardware, software, telecomunication dan networks). Sesuatu yang nyata (tangible) contohnya komputer peribadi, servers, routers, kabel dan sesuatu yang tidak nyata (intangible) contohnya software.
ICT Kekangan dan cabaran penggunaan ICT Peranan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Jurang ICT dan digital Sikap negatif guru Meningkatkan motivasi guru dan pelajar Kekurangan kemahiran Kekangan dalam menghabiskan silibus Kekurangan prasarana dan bahan sokongan Meningkat kemahiran ICT Membolehkan pembelajaran bersendiri
PERANAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN v Ini bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
PERANAN ICT: v Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran. v Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. v Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). v Membolehkan guru mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
v Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. v Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. v Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar. v Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
KEKANGAN DAN CABARAN PENGGUNAAN ICT 1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus v Penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap guru bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.
2 Sikap Negatif Guru v Sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. 3 Kekurangan Kemahiran v Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional.
4. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan v Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
v Kecanggihan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah pada masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletak komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer ini di dalam makmal. Ada yang memilik sambungan kepada Internet, ada yang tidak.
5. Jurang ICT dan Digital v Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dan segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur. pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. v Lebih banyak peruntukan dan guru-guru yang terlatih dalam bidang ICT dan digital perlu disediakan bagi membantu pelajar dan sekolah melaksanakan misi dan visi membentuk masyarakat IT dan masyarakat digital.
6. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi v Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat akan kembali kepada pembelajaran konvensional. v Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan ICT juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku.
CADANGAN 1. Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus v Pendekatan pengajaran menggunakan ICT perlu meluaskan dimensi dunia ICT yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, online, e-mel, program pendidikan yang diselaraskan di peringkat sekolah, dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum sekolah dan digunakan secara intensif dan ekstensif dalam pengajaran dan pembelajaran.
v Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik, bukan secara “bidang terjun” atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
2 Sikap Negatif Guru v Guru harus meninggalkan pengajaran-pembelajaran cara lama yang diamalkan, sebaliknya memikirkan pembelajaran dinamik dalam konteks penggunaan teknologi maklumat. v Pemikiran positif perlu wujud di kalangan pelaksana dasar penggunaan ICT di semua peringkat sistem pendidikan di negara ini bagi membolehkan ICT diadaptasikan diperluaskan dalam budaya pembelajaran.
v Guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah.
3 Kekurangan Kemahiran v Guru perlu didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus ICT jangka pendek. v Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka.
v Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. v Ini boleh membawa kepada inovasi dan perlaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan. Profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah.
4. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan v Memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. v Meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.
5. Jurang ICT dan Digital v Penggunaan komputer perlu dipergiatkan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar. v Memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. v Pembangunan perisian untuk mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan.
6. Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi v Soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. v Sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.
- Slides: 24