Diploma Pengajian alQuran dan alSunnah DPQS ULUM ALHADITH












































- Slides: 44
Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (DPQS) ULUM AL-HADITH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI
HADITH BERDASARKAN KEPADA JUMLAH PERAWI MUTAWATIR AHAD
HADITH MUTAWATIR • Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi dengan bilangan yang secara lojiknya menolak kemungkinan berlaku pakatan untuk memalsukan hadith tersebut. Dan keramaian bilangan perawi itu dikira pada setiap tabaqah (peringkat) sanad.
SYARAT-SYARAT MUTAWATIR 1) Keterlibatan ramai perawi di dalam periwayatannya. Ulama khilaf dalam menentukan had minimum bagi bilangan yang disyaratkan. 2) Hendaklah bilangan yang ramai itu terdapat di setiap Tabaqah. 3) Hendaklah bilangan yang ramai itu memustahilkan adanya konspirasi bagi memalsukan hadith. Iaitu, melalui petunjuk ilmiah yang menunjukkan kemustahilannya, seperti perbezaan individu, masa dan tempat periwayatan yang ketara di antara mereka.
4) Hendaklah proses periwayatan hadith itu berlaku secara langsung melalui tangkapan pancaindera seperti kata perawi: “aku dengar” atau “aku lihat” atau “aku sentuh” dan sebagainya. 5) Perawi menepati syarat hadith sahih. 6) Kandungan tidak bercanggah dengan nas al-Quran.
HADITH MUTAWATIR SABIT SECARA QAT’IE • Hadith Mutawatir dikira sabit secara qatcie dan memberi faedah keilmuan secara yakin tanpa sebarang keraguan dan tanpa perlu membuat kajian dan pemerhatian terhadap sanad dan matannya. • Jika ada pun kajian yang perlu dilakukan hanyalah sekadar untuk memastikan kemutawatirannya sahaja bukan untuk mengetahui kesahihannya kerana ia pasti sahih. • Setiap orang wajib percaya kepada kebenarannya, seolah-olah ia terlibat sendiri di dalam peristiwa hadith tersebut. Dalam konteks ini, ia dikira setaraf dengan Al. Quran dan sesiapa yang mengingkarinya samalah seperti menolak Al-Quran.
Pembahagian Hadith Mutawatir HADITH MUTAWATI R Lafzi Maknawi
HADITH MUTAWATIR LAFZI • Mutawatir secara lafaz dan maknanya. • Contoh: ﻣﻦ ﻛﺬﺏ ﻋﻠﻲ ﻣﺘﻌﻤﺪﺍ ﻓﻠﻴﺘﺒﻮﺃ ﻣﻘﻌﺪﻩ ﻣﻦ ﺍﻟﻨﺎﺭ • Maksudnya: “Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku, maka dia telah menempah tempatnya di dalam Neraka” ( H. R Muslim)
• Hadith ini telah diriwayatkan oleh lebih daripada 70 orang Sahabat dengan lafaz dan makna yang sama. • Hampir semua pembuku hadith telah meriwayatkannya di dalam buku mereka.
HADITH MUTAWATIR MAKNAWI • Mutawatir dari segi maknanya sahaja sedangkan lafaznya berbeza-beza. • Contoh: Hadith tentang mengangkat kedua belah tangan sewaktu berdoa yang telah diriwayatkan melalui lebih daripada 100 riwayat. Setiap riwayat menceritakan tentang bagaimana Baginda Rasulullah s. a. w mengangkat kedua belah tangan Baginda sewaktu berdoa di dalam kisah, peristiwa dan keadaan yang berbeza-beza. Setiap kisah itu tidak dikira mutawatir, yang mutawatir hanyalah kadar persamaan yang ada dalam kisah tersebut iaitu hukum mengangkat tangan sewaktu berdoa (al-Suyuti 1966, 2: 180).
HADITH AHAD • Hadith yang tidak memenuhi syarat-syarat Hadith Mutawatir. • Hukumnya bersifat ‘nazari’, iaitu bergantung kepada pemerhatian dan kajian terhadap sanad dan matannya, sejauh mana ia memenuhi syarat-syarat hadith sahih. • Mengikut kadar syarat yang dipenuhi, ia berkemungkinan sahih, hasan, daif bahkan mungkin juga mauduc (palsu).
HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH AHAD • Kategori hadith yang paling banyak digunakan dalam masalah agama. • Penerimaan dan kehujahan hadith ahad bergantung kepada syarat membolehkan ia diterima sebagai hadith maqbul. • Hadith Ahad yang sahih riwayatnya wajib beramal dengannya sama ada ia menyentuh berkenaan: hukum, akidah dan lainnya.
PEMBAHAGIAN HADITH AHAD Masyhur ‘Aziz Gharib
HADITH MASYHUR • Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi atau lebih di setiap tabaqat sanad tetapi tidak sampai ke tahap bilangan perawi Hadith Mutawatir.
JENIS HADITH MASYHUR 1. Masyhur di kalangan Ahli Hadith, seperti hadith riwayat Anas r. a yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah s. a. w telah membaca doa qunut selama sebulan kerana mendoakan ke atas Puak Ricl dan Zakwan” [H. R al-Bukhari ]
2. Masyhur di kalangan Ahli Fiqh, seperti hadith yang bermaksud: “Tidak ada mudarat dan tidak ada yang memudaratkan” [H. R Ibn Majah. Hukum hadith: Sahih]
3. Masyhur di kalangan Ahli Usul Fiqh, seperti hadith yang bermaksud: “Apabila hakim itu menjatuhkan hukuman didapati keputusannya betul, dia mendapat dua pahala. Namun apabila seseorang hakim itu menjatuhkan hukuman didapati keputusannya itu tersalah, baginya satu pahala” [H. R al-Bukhari]
4. Masyhur di kalangan orang awam, seperti hadith yang bermaksud: “Siapa yang menipu kami ia bukan dari golongan kami” [Hadith sahih dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah]
HUKUM HADITH MASYHUR • Hukum kesemua hadith Masyhur tersebut, bergantung kepada keadaan sanad dan matannya, samada sahih, hasan, daif maupun mawduc. Hadith Masyhur yang sahih mempunyai nilai kekuatan yang lebih berbanding dengan jenis hadith Ahad yang lain.
HADITH ‘AZIZ • Hadith yang diriwayatkan oleh tidak kurang daripada dua orang perawi di setiap tabaqat sanad. Andainya di sebahagian tabaqat terdapat tiga orang perawi atau lebih sedangkan hanya satu tabaqat sahaja yang mempunyai dua orang perawi, maka ia masih lagi dikira c. Aziz.
CONTOH HADITH ‘AZIZ “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga cintanya terhadapku melebihi cintanya terhadap ayah, anak dan semua manusia yang lain” [H. R al-Bukhari ] • Tabaqah 1 – 2 orang perawi: Anas bin Malik dan Abu Hurairah. • Tabaqah 2 – 2 orang perawi: Qatadah dan Abd al-Aziz bin Suhayb (meriwayatkan dari Anas seorang] • Tabaqah 3: 2 orang perawi dari Qatadah: Syukbah dan sai’d. 2 orang perawi dari Abd al-Aziz; Ismail bin ‘Ulayyah dan ‘Abd al-Warith bin Sa’id. • Tabaqah 4 – Ramai perawi yang meriwayatkan dari mereka berdua.
Tabaqah 1 Tabaqah 2 Tabaqah 3 Syukbah Qatadah Sa’id Anas r. a Rasulullah Abu Hurairah r. a ‘Abd al’Aziz Ismail Abd al. Warith
HUKUM HADITH ‘AZIZ Cara penentuan hukum Hadith c. Aziz adalah sama dengan cara penentuan hukum Hadith Masyhur.
HADITH GHARIB • Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi di semua atau pada satu daripada tabaqat sanadnya. Andainya al-Gharabah (ketunggalan perawi) berlaku hanya pada satu tabaqat sahaja sedangkan di tabaqat lain bilangannya lebih daripada seorang, maka ia masih lagi dikira Gharib.
CONTOH HADITH GHARIB Nabi s. a. w telah bersabd yang bermaksud: “Setiap amalan itu berdasarkan kepada niat dan setiap orang itu dikira berdasarkan niatnya…” [H. R al-Bukhari]
PENJELASAN CONTOH: Rasulullah s. a. w Tabaqat 1 Tabaqat 2 Tabaqat 4 Tabaqat 3 Tabaqat 5 Umar al. Khattab r. a ‘Alqamah Muhammad bin Ibrahim Yahya bin Sa’id Sejumlah perawi
PEMBAHAGIAN HADITH GHARIB 1) GHARIB MUTLAK • Apabila gharabahnya berlaku pada asal sanad. Ulama berselisih dalam menentukan maksud asal sanad, walau bagaimanapun pendapat yang terpilih ialah penghujung sanad yang ada padanya Sahabat. • Jenis inilah yang dinamakan gharib sanad dan matan. Contohnya hadith tentang keutamaan niat yang diriwayatkan secara tunggal oleh c. Umar Ibn al-Khattab R. A dan tidak ada Sahabat lain yang meriwayatkannya selain daripadanya.
2) GHARIB NISBI • Apabila kewujudan gharabah dinisbahkan kepada seorang perawi selepas tabaqat Sahabat atau dinisbahkan kepada keadaan tertentu yang ada pada sanad tersebut. Jenis inilah yang dinamakan gharib dari segi sanadnya sahaja dan bukan pada matan.
• Contohnya: Hadith riwayat Imam Malik daripada al-Zuhri dan al-Zuhri pula daripada Anas Ibn Malik r. a (maksudnya): “Bahawa Rasulullah s. a. w memakai al-Mighfar (perisai kepala) sewaktu Baginda memasuki Kota Mekah”(H. R al-Bukhari).
• Di kalangan anak-anak murid al-Zuhri yang begitu ramai, hanya Malik seorang sahaja yang meriwayatkan hadith ini daripada beliau. • Maka ia dinamakan al-Gharib al-Nisbi iaitu nisbah kepada riwayat Malik daripada gurunya al-Zuhri secara khusus. • Ia tidak boleh dinamakan al-Gharib al-Mutlak kerana selain daripada Anas r. a ada lagi Sahabat lain yang meriwayatkan hadith tersebut.
PENGENALAN KITAB-KITAB HADITH KITAB SAHIH AL-BUKHARI KITAB SAHIH MUSLIM KITAB SUNAN ABU DAUD KITAB SUNAN AL-TIRMIDHI
KITAB SAHIH AL-BUKHARI • Nama kitab Sahih Al-Bukhari sebenarnya adalah ringkasan bagi judul asal karangan Imam al-Bukhari iaitu: Al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al. Mukhtasar min Umur Rasulillah Wa sunanihi Wa Ayyamihi. • Kitab ini mengandungi tidak kurang daripada 9082 hadith sahih termasuk hadith-hadith yang berulang-ulang. Ini tidak termasuk hadith-hadith yang bertaraf mauquf dan maqtu’ iaitu hadith yang bersumberkan sahabat dan tabiin. • Imam al-Bukhari mengambil masa lebih kurang 16 tahun untuk menyelesaikan kitab ini.
• Hadith-hadith yang dimuatkan dalam sahihnya itu diambil daripada 600, 000 hadith yang dihafaznya. Daripada jumlah hadith yang sedemikian banyak, beliau hanya memasukkan sebanyak 9000 lebih sahaja ke dalam sahihnya. • Selain itu beliau juga hanya memasukkan hadith yang diriwayatkan oleh golongan pertama sahaja dan meninggalkan riwayat golongan lain.
• Kitab Sahih al-Bukhari yang masyhur ini mengandungi 97 kitab atau tajuk yang membahaskan tentang berbagai-bagai perkara antaranya iman, ibadat, wasiat, hutang, nafkah, jihad dan banyak lagi.
Ketelitian Imam al-Bukhari • Untuk memastikan setiap hadith yang diambil oleh imam al-Bukhari itu adalah benar-benar sahih, beliau mengambil beberapa langkah berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Memastikan sanadnya bersambung. Perawinya bersifat adil, thiqah dan memenuhi ciri-ciri perawi hadith maqbul. Perawi hadith tersebut mempunyai ingatan yang baik dan penjagaan hadith riwayatnya baik sudut tulisan atau hafalan (dhabit). Berusaha untuk bertemu sendiri dengan perawi tersebut dan mengenali peribadinya. Beliau akan menolak mana-mana hadith yang mana perawinya tidak beramal dengan hadith.
• Kedudukan dan Keistimewaan Sahih al-Bukhari • Kitab-Kitab Syarah Sahih al-Bukhari Rujuk: Pengantar Ulum Hadis, hlm 287 -289.
KITAB SAHIH MUSLIM • Kitab Sahih Muslim diakui oleh ulama’ hadith sebagai kitab yang kedua selepas sahih al-Bukhari. Kedua-dua kitab ini merupakan kitab yang paling sahih. Kedudukan Sahih Muslim yang kedua selepas Sahih al-Bukhari kerana dari segi syarat yang ditetapkan oleh Imam Muslim adalah lebih ringan daripada Imam al. Bukhari. • Sahih Muslim mengandungi 4000 hadith tidak termasuk hadith yang disebut secara berulang. Sekiranya dikira semua hadith yang disebut secara berulang ia berjumlah sebanyak 12, 000 hadith. Hadith sahih tersebut juga merupakan hasil kajian dan pengumpulan hadith yang dibuat oleh beliau daripada jumlah asalnya sebanyak 30, 000 hadith. Yang dikumpul selama 15 tahun.
• Keistimewaan Sahih Muslim. • Kitab-Kitab Syarah Sahih Muslim. Rujuk: Pengantar Ulum Hadis- hlm: 293 -296.
KITAB SUNAN ABU DAUD • Imam Abu Daud mengarang kitab sunannya sewaktu beliau tinggal di Baghdad selama 20 tahun. Beliau memilih kira-kira 4800 hadith sahaja daripada 50, 000 hadith untuk tujuan ini. • Tidak semua hadith yang dicatit oleh Imam Abu Daud dalam kitab ini adalah sahih. Imam Abu Daud sendiri menunjukkan beberapa banyak hadith yang lemah dan ada hadith yang tidak disebutkan olehnya sebagai lemah.
• Keistimewaan kitab Sunan Abu Daud. • Kitab-kitab Syarah Sunan Abu Daud. RUJUK: Pengantar Ulum Hadis - hlm: 299 -301.
KITAB SUNAN AL-TIRMIDHI • Kitab sunan al-Tirmidhi merupakan sebuah kitab hadith yang masyhur, salah satu daripada sunan empat iaitu sunan al-Tirmidhi, sunan Abu Dawud, sunan al-Nasai’ dan sunan Ibn Majah. Pada umumnya hadith-hadith yang terdapat di dalam sunan al-Tirmidhi diterima untuk dijadikan hujah.
Kitab Sunan al-Tirmidhi mengandungi: 1. Hadith sahih yang sangat tinggi nilai kesahihannya daripada hadith yang pertama iaitu hadith yang telah diittifakkan oleh al-Bukhari dan Muslim. 2. Hadith yang kurang martabat kesahihannya daripada hadith yang pertama iaitu hadith yang menurut syarat Abi Dawud dan al-Nasai. 3. Hadith yang diriwayatkan kerana hadith itu menjadi dalil dalam masalah yang terdapat khilaf (dalam masalah fiqih, al. Tirmidhi mendatangkan hadith bagi mazhab yang rajih, kemudian didatangkan juga hadith yang lain yang menjadi pegangan mazhab yang tidak rajih, kemudian al-Tirmidhi memberi penilaian mengenai hadith-hadith itu dan menerangkan kecacatan (illah) yang terdapat padanya. 4. Hadith-hadith yang telah diamalkan oleh para fuqaha’ sama ada hadith itu sahih atau tidak.
• Selaras dengan penjelasan tadi dan berpandukan kajian-kajian yang dibuat terhadap Sunan al-Tirmidhi didapati ia mengandungi hadith Sahih, Hasan, Dhaif, Gharib, Mursal, Munqati’, Mudtarik, Muallal, Syaz, Mahfuz, Munkar, Maaruf, Mudallas, Mursal, Khafi, Mauquf Dan Maqtu’.
• Keistimewaan Kitab Sunan al-Tirmidhi. • Kitab Syarah Sunan al-Tirmidhi. Rujuk: Pengantar Ulum Hadis - hlm: 304 -305












































