1 DIPLOMA PENGAJIAN ALQURAN DAN SUNNAH HADITH 1













- Slides: 13
1 DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN DAN SUNNAH HADITH 1 KULIAH KEDUA
2 PENGAJIAN HARI INI 1. Sejarah hidup Imam Muslim 2. Pengenalan tentang kitab dan metodologi penulisan Sahih Muslim
RIWAYAT HIDUP PENGARANG 3 IMAM MUSLIM Nama sebenar: Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin al-Warid al-Nisaburi Tempat/ tahun kelahiran Tempat/ tahun wafat Sifatnya Dilahirkan di Nisabur pada bulan Rejab tahun 204 H Meninggal dunia di kota Nasr Abad pada hari Ahad bulan Rejab tahun 261 H § Kuat beribadah § Sangat menghormati guru § Bertaqwa § Berani § Tawaduk
PENDIDIKANNYA 4 § Peringkat awalnya Imam Muslim mempelajari ilmu Hadis di Nisabur § Selepas itu, beliau meneruskan pengajiannya di Makkah, Madinah, Iraq, Syam, Syria dan Mesir § Pada tahun 259 Hijrah beliau telah mengunjungi Baghdad dan mendalami hadis dan agama daripada ulama di sana
GURU-GURUNYA 5 1. Muhammad bin Yahya al-Zuhli (Imam Muslim meninggalkan periwayatan dari beliau) 2. Said bin Mansur 3. Ahmad bin Yunus 4. Imam al-Bukhari 5. Imam Ahmad bin Hanbal 6. Ibn Rahawaih 7. Ibn Mahran 8. Zuhair bin Harb 9. Ibn Abu Syaibah 10. Ibn Ma’in
METOD PENULISAN SAHIH MUSLIM 6 § Sahih Muslim adalah hasil kajian dan pengumpulan hadis yang dibuat oleh Imam Muslim daripada sejumlah asalnya sebanyak 30 ribu buah hadis yang dikumpul selama 15 tahun § Imam Muslim telah meletakkan syarat dan menggunakan metod tertentu dalam mengumpul dan menulis hadis di dalam kitab Sahihnya: (1) Hadis mestilah diriwayatkan oleh para perawi yang thiqah, ‘adil dan dhabit (2) Sanadnya bersambung dari awal sampir akhir (3) Hadis mestilah disandarkan kepada Rasulullah
TUJUAN IMAM MUSLIM MENYUSUN KITAB SAHIHNYA 7 1. Untuk menjadi rujukan ulama dan umat Islam khasnya dalam menangani masalah persoalan semasa serta untuk menjaga daripada aktiviti pemalsuan hadis 2. Supaya menjadi rujukan kepada ulama untuk melaksanakan hukum syarak 3. Sebagai jawapan kepada permintaan pelajarnya
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SAHIH MUSLIM 8 § Sahih Muslim mengandungi 7275 buah hadis termasuk yang matannya disebut-sebut berulang-ulang § Jumlah hadis sahih yang matannya tidak berulang berjumlah sebanyak 4000 buah hadis § Kitab Sahih Muslim dikumpulkan di dalam 54 tajuk yang dikenali dengan: Kitab yang merangkumi pelbagai bidang § Terdapat hadis sahih yang ditinggalkan Imam al. Bukhari dan dimasukkan ke dalam Sahih Muslim setelah meniti kesahihan hadis-hadis tersebut
BUKTI KEISTIMEWAAN KITAB SAHIH MUSLIM 9 Jumhur ulama bersetuju dan bersepakat mengiktiraf kedudukan kitab Sahih Muslim sebagai kitab kedua selepas kitab Sahih al-Bukhari ﺍﻟﻤﺴﻨﺪ ﺍﻟﺼﺤﻴﺢ ﺍﻟﻤﺨﺘﺼﺮ ﻣﻦ ﺍﻟﺴﻨﻦ ﺑﻨﻘﻞ ﺍﻟﻌﺪﻝ ﻋﻦ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
ULASAN DAN HURAIAN KITAB SAHIH MUSLIM 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 10 Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim Syarh Ibn Khalifah al-Maliki Al-Ikmal, syarh al-Qadi ‘Iyad Syarh al-Qurtubi Syarh Ahmad bin Muhammad al-Khatib al-Qastalani Syarh Mila Ali al-Qari Syarh Jalaluddin Suyuthi
RINGKASAN KITAB SAHIH MUSLIM 11 1. Talkhis kitab Muslim wa syarhih oleh Ahmad bin Umar al-Qurtubi 2. Mukhtasar al-Imam Zakiy al-Din al-Mundhiri 3. Mukhtasar Zawa’id Muslim ‘ala al-Bukhari
12 SUMBANGAN IMAM MUSLIM Imam Muslim telah meninggalkan jasa yang besar kepada umat Islam. Antara hasil karya beliau ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kitab al-Mukhadramin Al-Musnad al-Kabiir Kitab al-’Illal Kitab Tabaqat al-Tabi’in Kitab Awham al-Muhaddithin Kitab al-Tamyiz
TINGKATAN HADITH SAHIHAIN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 13 Yang disepakati oleh Bukhari dan Muslim Yang diriwayatkan oleh Bukhari sahaja Yang diriwayatkan oleh Muslim sahaja Yang memenuhi syarat-syarat Bukhari dan Muslim Yang memenuhi syarat-syarat Bukhari Yang memenuhi syarat-syarat Muslim













