KURSUS BIMBINGAN UGAMA TAHSIN BACAAN ALQURAN KULIAH KEDUA
KURSUS BIMBINGAN UGAMA TAHSIN BACAAN AL-QURAN KULIAH KEDUA
PENGAJIAN HARI INI 1. • Mengenal Rasm Uthmani 2. • Ilmu Tajwid & Kepentingan Mempelajarinya 3. • Istilah Tanda Bacaan al. Quran Rasm Uthmani
1. MENGENAL RASM UTHMANI
MENGENAL RASM UTHMANI § Suatu kaedah penulisan ayat-ayat al-Quran yang berlaku pada zaman Khalifah Uthman bin ‘Affan yang diketuai oleh Zayd bin Thabit bertujuan menyatukan perbezaan bacaan yang berlaku di kalangan umat Islam ketika itu.
BEBERAPA PERINGKAT PENULISAN AL -QURAN RASM UTHMANI NO. 1 ZAMAN Khalifah Uthman b. Affan PERINCIAN Tanpa sebarang tanda 2. Khalifah Mu’awiyah b. Abu Sufyan Diletakkan Nuqat I’rab 3. Khalifah Marwan b. Hakim Diletakkan Nuqat I’jam 4. Khalifah Abdul Malik bin Marwan Diletakkan tanda waqaf, juz, rub’, hizb dan sebagainya 5. Tahun 1694 Dicetak di Jerman
2. ILMU TAJWID & KEPENTINGAN MEMPELAJARINYA 6
PENGERTIAN ILMU TAJWID § Menurut Bahasa: Memperelokkan sesuatu § Menurut Istilah: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memberi hak sifat yang asli dan hak sifat yang mendatang padanya. 7
KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID 1. Menyebutkan huruf-huruf dengan betul. 2. Mengelakkan kesilapan ketika membaca al. Quran. 3. Memastikan kesahihan makna ayat-ayat al. Quran yang dibaca. 8
3. ISTILAH TANDA BACAAN ALQURAN RASM UTHMANI
1. TANDA BULAT KECIL § Tambahan pada huruf mad. § Tidak dibaca ketika wasal (sambung) atau waqaf (berhenti).
2. TANDA WASAL § Tanda yang terdapat pada huruf Alif. § Ia dinamakan Hamzah Wasl. § Hurufnya hanya terdapat pada awal kalimah sebagai huruf tambahan tetapi digugurkan bacaannya ketika disambung dengan kalimah sebelumnya.
3. TANDA BULAT BUJUR MENINGGI § Tanda yang terdapat di atas huruf alif. Ia merupakan huruf tambahan yang digugurkan dari bacaan jika huruf selepasnya berbaris. § Ia tidak dibaca sebagai Mad (panjang) ketika bacaannya disambung dengan huruf selepasnya. § Ia dibaca sebanyak 2 harakat ketika bacaannya dihentikan.
4. TANDA SUKUN § Menunjukkan hurufnya dibaca dengan Izhar iaitu dengan jelas dan nyata.
5. TANDA HURUF SIN KECIL § Menunjukkan bacaan saktah.
6. SIN KECIL DI ATAS ATAU BAWAH HURUF SOD § Menunjukkan bacaan Sin atau Sod yang lebih masyhur
7. TANDA BULATAN BERHIAS § Menunjukkan penghujung ayat dan bilangannya
8. TANDA BINTANG § Tanda bintang ini merupakan tanda permulaan atau kesudahan bagi setiap juz atau hizb, satu perempat, setengah atau tiga perempat di dalam al-Quran.
- Slides: 21