PEMBENTANGAN PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGURUSAN PENGGAL 2 n AHLI
PEMBENTANGAN PENGAJIAN PERNIAGAAN: PENGURUSAN PENGGAL: 2 n
AHLI KUMPULAN Ø AMIR HAKIM Ø AMIN Ø SAERA Ø SHARMILA
TAJUK PEMBENTANGAN v PENDEKATAN KEMANUSIAAN v PENDEKATAN SAINS PENGURUSAN v PENDEKATAN KONTEMPORARI
v Pendekatan kemanusiaan/gelagat mengambil kira faktor manusia dalam membuat keputusan berkaitan dengan pengurusan. v Pendekatan pemikiran kemanusiaan boleh dilihat daripada aspek : a)Hubungan manusia b)Gelagat seseorang pekerja
PENDEKATAN HUBUNGAN KEMANUSIAAN v Pendekatan hubungan kemanusiaan dibangunkan akibat berlaku masalah kekurangan penekanan terhadap aspek kemanusiaan oleh pendekatan pengurusan yang diperkenal kan sebelumnya. Profesor ELTON MAYO telah menjalankan atu eksperimen yang dikenali sebagai kajian HAWTHORNE di Syarikat Elektrik Western. Hasil daripada kajian tersebut, maka wujud Pendekatan Hubungan Kemanusiaan.
Pendekatan ini menganggap pekerja sebagai ‘manusia sosial’ yg mempunyai Ciri berikut: a)Manusia dimotivasi melalui keperluan sosial dan mendapat kepuasan melalui perhubungan yg dijalinkan dgn orang lain. b)Kesan revolusi perindustrian segala kerja perlu distrukturkan semula dan pekerja dikehendaki bekerja secara berkumpulan c)Manusia akan bekerjasama dgn pihak pengurusan apabila keperluan sosial mereka dipenuhi.
Roethlisberger dan Dickson telah menyambung kajian HAWTHORNE berpandukan arahan yang telah diberi oleh Pro. ELTON MAYO. Salah satu kajian yang masih popular hari ini ialah kajian terhad yang dijalankan terhadap enam orang wanita. Enam orang wanita tersebut dibahagikan kepada 2 kumpulan ditempatkan di bilik yang berasingan serta didedahkan kpd pelbagai simulasi yg berlainan. Selepas kajian selesai, kedua-dua kumpulan ini telah menunjukkan peningkatan yg memberangsangkan dlm prestasi kerja.
Pro. ELTON MAYO menyatakan bahawa ‘organisasi ialah satu sistem sosial dan persahabatan yg terdiri drpd subsistem status tidak rasmi dan menggabungkan manusia yang mempunyai pelbagai tingkah laku’. Pihak pengurusan organisasi telah digalakkan untuk memberi penekanan terhadap aspek yang berikut: I. MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KEPERLUAN PEKERJA, BUKAN SEKADAR MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KERJA YANG DILAKUKAN OLH MEREKA.
I. SEDAR BAHAWA KUMPULAN PEKERJA MENDAPAT KEPUASAN MELALUI KEANGGOTAAN MRK DALAM SESUATU KUMPULAN. II. MEMBENTUK KONSEP ‘PASUKAN KERJA BERKUMPULAN’ DAN MENYEDIAKAN INSENTIF UTK KUMPULAN. III. MENJADI ORG TENGAH ANTARA KUMPULAN PEKERJA DGN PENGURUSAN ATASAN, MENJADI FASILITATOR DAN MEMBERI SOKONGAN KPD AHLI-AHLI
PENDEKATAN GELAGAT Menjelang tahun 1960 -an kajian mengenai ‘GELAGAT ORGANISASI’ mulai menonjol dan idea-idea yang diterajui tokoh-tokoh seperti ABRAHAM MASLOW, DOUGLAS MCGREGOR, CHRIS ARGYIS dan FREDERICK HERZBERG mula diterapkan dalam bidang pengurusan. Pendekatan gelagat juga dikenali sebagai ‘PENDEKATAN PSIKOSOSIOLOGIKAL’. Pendekatan ini memberi penekanan terhadap 2 aspek iaitu:
a) TUMPUAN PADA SISTEM ORGANISASI DAN MANUSIA b) KEPERCAYAAN BAHAWA MANUSIA MEMPUNYAI KEPERLUAN LAIN YANG WAJAR DIPENUHI SELAIN KERJAYA SEPERTI GANJARAN KEWANGAN, KESELAMATAN, PERHUB UNGAN YANG BAIK DAN KEPERLUAN SOSIAL. v Pendekatan gelagat menganggap manusia sebagai individu yang sentiasa berusaha untuk mencari kesempurnaan. Manusia mempunyai keperluan yang perlu dipenuhi.
v Keperluan manusia boleh disusun dalam bentuk HIERARKI daripada keperluan paling rendah kepada keperluan paling tinggi, iaitu bermula dengan keperluan FISIOLOGI, keperluan KESELAMATAN, keperluan SOSIAL, keperluan PENGHARGAAN/EGO/keperluan AUTONOMI, dan berakhir dgn keperluan KESEMPURNAAN, iaitu keperluan pencapaian hasrat diri.
v Pendekatan ini turut mengandaikan manusia akan memperbaiki kemampuan mereka dgn melakukan kerja tertentu. Oleh itu, pekerja perlu diberi kebebasan, kuasa serta latihan dan pembangunan yang bersesuaian supaya mereka dapat melakukan kerja dgn lebih cekap dan berkesan. v Terdapat perbezaan ketara diantara Pendekatan Gelagat dgn Pendekatan Hubungan Kemanusiaan. v Pendekatan hubungan kemanusiaan lebih menekankan perhubungan antara pengurus dan pekerja.
v Dalam Pendekatan gelagat pula, pihak pengurus cuba menggunakan faktor ganjaran dan aspek-aspek yang berkaitan dgn pekerjaan utk meningkatkan kepuasan dan produktiviti pekerja.
PENDEKATAN SAINS PENGURUSAN v Mengikut pendekatan sains pengurusan atau kuantitatif, maklumat berangka memainkan peranan penting dalam organisasi. v Maklumat berangka perlu digunakan sebaik-baiknya bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi dlm proses membuat keputusan.
v Terdapat kaedah kuantitatif yg boleh digunakan dlm bidang pengurusan seperti formula MATEMATIK dan STATISTIK. v Namun, di bawah pendekatan kuantitatif, kaedah yg boleh digunakan adalah seperti yg berikut: a) TEORI SAINS PENGURUSAN – melibatkan penggunaan model dan formula matematik utk membuat keputusan pengurusan b) TEORI PENGURUSAN OPERASImelibatkan penggunaan kaedah statistik dan matematik utk
menjalankan aktiviti pengurusan harian seperti kawalan inventori dan kawalan kualiti. c)TEORI ISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT-melibatkan penggunaan teknologi maklumat atau komputer utk menguruskan data organisasi dan meningkatkan kecekapan pengurus dlm membuat keputusan.
PENDEKATAN MODEN / KONTEMPORARI v Pendekatan moden menekankan kepentingan penggunaan TEORI KONTIGENSI dalam pengamalan pengurusan. KONTIGENSI bermaksud bergantung, dgn itu TEORI KONTIGENSI menekankan bahawa tindakan pengurus mestilah bersesuaian dgn situasi dalam dan luar organisasi. v Pembuatan keputusan mengenai reka bentuk dan gaya pengurusan
a) TEKNOLOGI b) PERSEKITARAN LUARAN c) KEMAHIRAN PEKERJA DAN MOTIVASI q Menurut LAWRANCE dan LORCH (1967), pendekatan kontigensi dibentuk drpd pengaruh faktor persekitaran terhadap pengurusan sesebuah organisasi. Unsur ketidakpastian yg wujud dlm persekitaran yg sering berubah menyebabkan pihak pengurusan perlu memilih gaya pengurusan yg
sesuai dan terbaik bagi menghadapi pelbagai situasi yg tidak dijangka. q Menurut Pro. JOAN WOODWARD yg telah menjalankan kajian terhadap 100 buah firma, apabila sesebuah organisasi mula berkembang dan maju, tahap pengurusan dlm organisasi cenderung bertambah dan sistem komunikasi yg diamalkan akan menjadi lebih formal. q Fielder berpendapat bahawa gaya pengurusan atau kepimpinan yg diamalkan oleh sesebuah organisasi
Banyak bergantung pada perhubungan antara pengurus dengan pekerja, struktur kerja dan kuasa pihak pengurusan. q Menurut BURNS dan STALKER(1950 an), terdapat 2 jenis sistem (organisasi)yang sering mengamalkan gaya pengurusan yang bertentangan ialah SISTEM MEKANISTIK dan SISTEM ORGANIK. a) SISTEM MEKANISTIK-berfungsi dlm situasi yg stabil. Pihak pengurusan bertanggungjawab membentuk polisi dan peraturan yg perlu dipatuhi
semua ahli dalam sistem tersebut. b)SITEM ORGANIK-berfungsi dlm situasi yg lebih fleksibel. Sistem ini dapat bertindak balas dengan cepat dan mampu berubah mengikut keperluan persekitaran. Pekerja diberi kebebasan untuk memberi idea dan terlibat dalam proses membuat keputusan.
TERIMA KASIH
- Slides: 23