SIJIL PENGAJIAN ALQURAN SPA WQ ULUM ALQURAN 1

  • Slides: 15
Download presentation
SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN (SPA) WQ ULUM AL-QURAN 1 WQ 8 TAFSIR AL-QURAN 1 INSTITUT

SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN (SPA) WQ ULUM AL-QURAN 1 WQ 8 TAFSIR AL-QURAN 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

PERBAHASAN SESI 6 TERJEMAHAN AL-QURAN Al-Quran dan Bahasa Arab Definisi Terjemah dan jenis-jenisnya Hukum

PERBAHASAN SESI 6 TERJEMAHAN AL-QURAN Al-Quran dan Bahasa Arab Definisi Terjemah dan jenis-jenisnya Hukum penterjemahan al-Quran Tujuan penterjemahan Fenomena penterjemahan al-Quran

AL-QURAN & BAHASA ARAB Allah S. W. T. sengaja menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab.

AL-QURAN & BAHASA ARAB Allah S. W. T. sengaja menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab. Kejayaan dakwah Islamiah bergantung kepada hubungan rapat antara Da’i dengan Umatnya. Bahasa ialah perantaranya. Kefahaman yang baik dalam bahasa Arab memudahkan bagi Da’i menjelaskan risalah Islam. Bahasa Arab pernah menjadi bahasa yang universal suatu masa dahulu.

AL-QURAN & BAHASA ARAB

AL-QURAN & BAHASA ARAB

10 NEGARA BERTUTUR BAHASA ARAB

10 NEGARA BERTUTUR BAHASA ARAB

Bahasa: penerangan dan penjelasan Istilah: penjelasan sesuatu kata-kata dalam bahasa lain DEFINISI TERJEMAHAN AL-QURAN

Bahasa: penerangan dan penjelasan Istilah: penjelasan sesuatu kata-kata dalam bahasa lain DEFINISI TERJEMAHAN AL-QURAN Terjemahan al-Quran: Penjelasan erti al-Quran dalam selain dari bahasa Arab.

JENIS TERJEMAH & HUKUMNYA TERJEMAH HARFIAH: Iaitu menterjemah al-Quran mengikut susunan kalimat dan huruf

JENIS TERJEMAH & HUKUMNYA TERJEMAH HARFIAH: Iaitu menterjemah al-Quran mengikut susunan kalimat dan huruf satu-persatu. Ini mustahil boleh dilakukan kerana ia bukan sahaja merosakkan makna al-Quran, malah ia tidak bermakna langsung kerana tiada siapa yang akan memahaminya. TERJEMAH MAKNAWIAH: Terjemah Harfiah Al-Quran Hukumnya: Haram. Terjemah Maknawiah Iaitu menterjemah al-Quran dengan cara menjelaskan maksud ayatnya tanpa terikat dengan susunan huruf atau kalimat. Inilah yang dilakukan sejak dahulu hingga sekarang. Terjemah maknawiah ini ada 2 macam: Asliah & Thanawiah. Hukum terjemah maknawiah asliah dibolehkan oleh ulama. Ini adalah kerana ia mudah difahami orang awam. Adapun terjemah maknawiah thanawiyah sukar dilakukan kerana ia berkaitan dengan balaghah

TERJEMAH MAKNAWIYAH BOLEH DENGAN SYARAT: Tidak boleh dijadikan pengganti kepada al. Quran. Penterjemah mestilah

TERJEMAH MAKNAWIYAH BOLEH DENGAN SYARAT: Tidak boleh dijadikan pengganti kepada al. Quran. Penterjemah mestilah mahir dalam kedua-dua bahasa. Penterjemah mengetahui erti lafaz syarak Terjemahan al-Quran tidak bole hditerima kecual idari orang yang dipercayai iaitu Muslim yang teguh agamanya.

TERJEMAH & TUJUANNYA Berkata Syaikhul Islam al-Imam Ibn Taimiyah rhm (w 728 H): “Berbicara

TERJEMAH & TUJUANNYA Berkata Syaikhul Islam al-Imam Ibn Taimiyah rhm (w 728 H): “Berbicara dengan orang-orang yg tidak tahu berbahasa Arab dengan cara menggunakan istilah dan bahasa mereka tidaklah makruh jika keadaan memerlukan demikian…. Oleh itu, al. Quran & al-Hadith boleh diterjemahkan untuk sesiapa yang ingin memahaminya. Muslim juga boleh membaca kitab-kitab umat yang lain dan menterjemahkannya ke dlm bahasa Arab. Nabi s. a. w. sendiri menyuruh Zaid b. Thabit r. a. untuk mempelajari bahasa Yahudi agar baginda tidak ditipu oleh mereka”.

Daripada ucapan Syaikhul Islam tersebut, kita dapat merumuskan beberapa tindakan susulan berkaitan bahasa: Wajib

Daripada ucapan Syaikhul Islam tersebut, kita dapat merumuskan beberapa tindakan susulan berkaitan bahasa: Wajib mempelajari bahasa Arab khususnya untuk memahami al-Islam yang bersumber daripada al. Quran & al-Hadith. Amat digalakkan bagi setiap Muslim untuk menguasai lebih daripada satu bahasa. Bahkan kajian membuktikan bahawa orang seperti itu adalah orang bijak dan kemungkinan baginya untuk diserang penyakit nyanyuk adalah rendah. Kewajipan berdakwah; oleh itu, adalah fardhu kifayah bagi sebahagian Muslim untuk mempelajari bahasa bangsa yang lain agar Islam dapat disebarkan dengan luas. Tidak salah menimba ilmu daripada orang non. Muslim selagi ada keperluan dan kebaikan.

TARJAMAH TAFSIRIAH Walaupun “terjemah maknawiah asliah” dibolehkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Asy-Syatibi rhm.

TARJAMAH TAFSIRIAH Walaupun “terjemah maknawiah asliah” dibolehkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Asy-Syatibi rhm. , namun ada pula yang tidak mengizinkan kerana sebahagian perkataan Arab mengandungi lebih daripada satu makna. Maka ada kemungkinan penterjemah tersilap dalam memahami makna yang sebenar. Namun begitu, al-Quran wajib diterjemahkan kerana keadaan mendesak. Maka apa yang boleh dilakukan ialah menterjemah tafsir al. Quran dengan tujuan menyampaikan dakwah. Inilah yg disarankan oleh Dr. Manna’ al-Qattan.

FENOMENA PENTERJEMAHAN AL-QURAN Berkurun-kurun lamanya umat Islam membaca dan memahami al-Quran dan al-Hadith melalui

FENOMENA PENTERJEMAHAN AL-QURAN Berkurun-kurun lamanya umat Islam membaca dan memahami al-Quran dan al-Hadith melalui bahasa Arab. Keadaan ini mungkin mendesak orang bukan Arab untuk mempelajari bahasa Arab. Apabila penterjemahan al-Quran dimulakan, walaupun dengan niat yang baik, ia sedikit sebanyak melambangkan kelemahan al-Islam; khususnya ketika umat Islam semakin jauh daripada jihad dan semakin enggan mempelajari al-Quran & al-Sunnah.

BAHASA ARAB & ISLAM Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Arab berkembang seiring dengan perkembangan

BAHASA ARAB & ISLAM Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Arab berkembang seiring dengan perkembangan Islam. Bahkan Islam telah mempengaruhi bahasa Arab sehingga konsep, istilah dan budaya Islam telah meresap ke dalamnya. Justeru, sesiapa yang memeluk Islam, dia akan mengetahui bahasa Arab. Dan sesiapa yang mempelajari bahasa Arab maka dia akan mengenal Islam. Bahasa Arab & Islam sudah menjadi dua perkara yang tidak boleh dipisahkan.

FIKIRKAN

FIKIRKAN