Diploma Pengajian alQuran dan alSunnah DPQS ULUM ALHADITH

  • Slides: 36
Download presentation
Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (DPQS) ULUM AL-HADITH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

Diploma Pengajian al-Quran dan al-Sunnah (DPQS) ULUM AL-HADITH INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

 • Untuk menerima sesuatu hadith, para ulama akan menilai sanad hadith tersebut sama

• Untuk menerima sesuatu hadith, para ulama akan menilai sanad hadith tersebut sama ada ia kuat atau lemah. Justru, setiap perawi yg namanya tertera di dlm sanad itu mestilah dinilai keperibadiannya dari sudut keadilan & hafalannya. Proses penilaian ini merupakan satu ilmu ‘halus’ dan rumit yg dinamakan “al-jarh wa at-ta’dil”. • Jika seorang perawi dicela dari 2 sudut tersebut maka ini dinamakan “al-jarh”. Jika sebaliknya dipuji dari 2 sudut itu maka ia dinamakan “al-ta’dil”.

KEADILAN PERAWI Perawi yg Adil ialah orang yang memenuhi 5 syarat berikut: 1. 2.

KEADILAN PERAWI Perawi yg Adil ialah orang yang memenuhi 5 syarat berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Muslim Baligh Berakal Selamat daripada unsur-unsur fisq Selamat drpd segala kelakuan yg merosakkan “muruah” (imej). 3

HAFALAN PERAWI • Hafalan perawi terbahagi kepada dua macam: 1. Dabtu Sadr (hafalan): Perawi

HAFALAN PERAWI • Hafalan perawi terbahagi kepada dua macam: 1. Dabtu Sadr (hafalan): Perawi mestilah mempunyai hafalan yg mantap, peka tidak lalai, mampu untuk mengingati hafalannya bila diperlukan, mampu utk meriwayatkan makna hadith. 2. Dabtu Kitab (memelihara kitab): Menjaga kitab catatannya sejak dia mendengar hadith daripada gurunya dan membetulkannya, sehingga dia meriwayatkan daripadanya (kitab). 4

Daripada penjelasan di atas, maka sifat perawi yang adil bukanlah seorang yang: Tidak dikenali

Daripada penjelasan di atas, maka sifat perawi yang adil bukanlah seorang yang: Tidak dikenali Kafir Bayi / Kanak 2 Gila Mubtadi’ (orang yang mengamalkan bid’ah) Fasiq Dituduh berbohong Pembohong Tidak menjaga muruahnya.

SYARAT HAFALAN PERAWI Daripada penjelasan di atas, maka sifat perawi hadith dari sudut “hafalan”

SYARAT HAFALAN PERAWI Daripada penjelasan di atas, maka sifat perawi hadith dari sudut “hafalan” bukanlah seorang pelupa, hafalannya bercelaru, bercanggah dengan hafalan ‘thiqat’, selalu lalai, banyak kesalahan dlm hafalannya, tidak tahu meriwayat makna hadith dan tidak menjaga kitabnya. 6

ERTI THIQAH Perawi hadith yang cemerlang dalam menjaga keperibadiannya dari 2 sudut tersebut (keadilan

ERTI THIQAH Perawi hadith yang cemerlang dalam menjaga keperibadiannya dari 2 sudut tersebut (keadilan & hafalan), dinamakan “thiqah”, thiqah atau “thiqat” (ramai perawi). 7

MARTABAT PERAWI YANG DIPUJI Sahabah r. a. (para sahabat Nabi s. a. w. )

MARTABAT PERAWI YANG DIPUJI Sahabah r. a. (para sahabat Nabi s. a. w. ) Awthaqun Nas (paling thiqah) Thiqah Saduq (Adil tetapi hafalannya tidak begitu mantap) Saduq Sayyiul Hifz (Adil tetapi hafalannya lemah) Maqbul (diterima)

MARTABAT PERAWI YANG DICELA Majhul hal (tidak dikenali, mempunyai 2 murid atau lebih, tidak

MARTABAT PERAWI YANG DICELA Majhul hal (tidak dikenali, mempunyai 2 murid atau lebih, tidak dipuji ulama jarh wat ta’dil) Dha’if Majhul ‘ain (tidak dikenali, hanya mempunyai seorang murid, tidak dipuji ulama jarh wat ta’dil) Matruk (ditinggalkan, dicela ulama jarh wat ta’dil) Muttaham bil kadzib (dituduh berbohong krn suka berbohong dlm perbualan hariannya) Kadzzab (pembohong krn berdusta ke atas Nabi s. a. w. )

HADITH BERDASARKAN SIFAT PERAWI Sahih Lidhatihi Sahih Lighairihi Hasan Lizatihi Hasan Lighairihi Dhaif Sanad

HADITH BERDASARKAN SIFAT PERAWI Sahih Lidhatihi Sahih Lighairihi Hasan Lizatihi Hasan Lighairihi Dhaif Sanad gugur Tuduhan terhadap perawi

HADITH SAHIH Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi thiqah secara bersambung sanad, tanpa

HADITH SAHIH Sesuatu hadith yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi thiqah secara bersambung sanad, tanpa cillah dan tanpa shaz.

SYARAT-SYARAT HADITH SAHIH Bersambung Sanad Perawi ‘Adil Perawi Dhabit Tiada syaz pada sanad dan

SYARAT-SYARAT HADITH SAHIH Bersambung Sanad Perawi ‘Adil Perawi Dhabit Tiada syaz pada sanad dan matan Tiada ‘illah pada sanad dan matan

1) Bersambung sanad. Setiap perawi menerima riwayat hadith itu daripada gurunya secara langsung, bermula

1) Bersambung sanad. Setiap perawi menerima riwayat hadith itu daripada gurunya secara langsung, bermula dari awal sanad hinggalah ke akhirnya. Sekiranya periwayatan tidak berlaku secara langsung (melalui perantaraan perawi lain) maka sanad dikira tidak bersambung (terputus). 2) Perawi adil. Setiap perawi memiliki lima ciri, iaitu: beragama Islam, berakal, baligh, tidak fasik dan tidak melakukan perkara aib yang boleh menjatuhkan maruah.

3) Perawi dabit. Sempurna daya penjagaannya terhadap hadith. Penjagaan terhadap hadith dilakukan sama ada

3) Perawi dabit. Sempurna daya penjagaannya terhadap hadith. Penjagaan terhadap hadith dilakukan sama ada melalui ingatan (menghafal hadith tersebut) atau melalui kitab (menulisnya di dalam kitab) yang tersimpan rapi dan terselamat daripada musnah, hilang, dicuri, dipinjam dan sebagainya. 4) Tiada syaz pada sanad. Percanggahan sanad perawi thiqah dengan sanad perawi yang lebih thiqah daripadanya. 5) Tiada syaz pada matan. Percanggahan matan perawi thiqah dengan matan perawi yang lebih thiqah daripadanya.

6) Tidak ada cillah pada sanad. Unsur kelemahan atau kecacatan pada sanad yang tersembunyi

6) Tidak ada cillah pada sanad. Unsur kelemahan atau kecacatan pada sanad yang tersembunyi dan sukar dikesan, tetapi kewujudannya menjejaskan kesahihan hadith, sedangkan pada zahirnya ia seolah-olah tidak ada. 7) Tidak ada cillah pada matan. Unsur kelemahan atau kecacatan pada matan yang tersembunyi dan sukar dikesan, tetapi kewujudannya menjejaskan kesahihan hadith, sedangkan pada zahirnya ia seolah-olah tidak ada.

DUA JENIS HADITH SAHIH LIZATIHI HADITH SAHIH LIGHAIRIHI Iaitu hadith yang menepati kesemua 5

DUA JENIS HADITH SAHIH LIZATIHI HADITH SAHIH LIGHAIRIHI Iaitu hadith yang menepati kesemua 5 syarat sepenuhnya. Iaitu hadith yang pada asalnya bertaraf Hasan Lizatihi, kemudian disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat daripadanya. Ia dinamakan Sahih Lighayrihi kerana kenaikan tarafnya menjadi sahih bukan disebabkan riwayatnya yang asal, tetapi kerana sokongan riwayat lain. Hadith Sahih Lighayrihi dilihat sebagai lebih kuat daripada Hadith Hasan Lizatihi tetapi lebih lemah berbanding dengan Sahih Lizatihi.

CONTOH HADITH SAHIH LIZATIHI Hadith riwayat bermaksud: Al-Bukhari yang Abdullah Ibn Yusuf telah memberitahu

CONTOH HADITH SAHIH LIZATIHI Hadith riwayat bermaksud: Al-Bukhari yang Abdullah Ibn Yusuf telah memberitahu kami, katanya: Malik telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Shihab, daripada Muhd Ibn Jubair Ibn Mutcim, daripada ayahnya, katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s. a. w membaca surah Al-Tur dalam solat Maghrib”. (Al-Bukhari t. th, 2: 247, no: 765). • Hadith ini dikatakan sahih kerana ia menepati kesemua syarat yang disebutkan. Sanadnya bersambung kerana kesemua perawinya menerima riwayat tersebut secara langsung daripada guru mereka. • Kesemua perawi terbabit terdiri daripada individu yang thiqah yang menggabungkan kedua-dua sifat Adil dan Dabit. • Terjemahan riwayat hidup mereka di dalam buku-buku Al-Jarh Wa Al-Tacdil adalah seperti berikut: • Abdullah Ibn Yusuf = Thiqah Mutqin • Malik Ibn Anas = Imam Hafiz • Ibn Shihab Al-Dhuhri = ﻓﻘﻴﻪ ﺣﺎﻓﻆ ﻣﺘﻔﻖ ﻋﻠﻰ ﺟﻼﻟﺘﻪ ﻭﺇﺗﻘﺎﻧﻪ • Muhd Ibn Jubayr = Thiqah • Jubair Ibn Mutcim = Sahabat Nabi.

CONTOH HADITH SAHIH LIGHAIRIHI • Hadith riwayat Muhd bin c. Amr daripada Abu Salamah,

CONTOH HADITH SAHIH LIGHAIRIHI • Hadith riwayat Muhd bin c. Amr daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s. a. w bersabda (maksudnya): “Kalau tidak kerana membebankan umatku, nescaya aku perintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali solat” (al-Tirmidhi t. th, 1: 34 no: 22). • Ibn Al-Solah berkata (maksudnya): “Muhd Ibn c. Amr ialah seorang perawi saduq (riwayatnya bertaraf hasan), kerana hafalan beliau agak lemah, namun oleh kerana hadith ini telah diriwayatkan juga melalui jalan sanad lain, maka hilanglah apa yang dibimbangkan tentang kelemahan tersebut dan hadith ini naik taraf menjadi Sahih Lighairihi” (Ibn Al-Solah 1978: 17).

PERBANDINGAN HADITH HASAN LIZATIHI SAHIH LIZATIHI • Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah

PERBANDINGAN HADITH HASAN LIZATIHI SAHIH LIZATIHI • Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Abdah bin Sulaiman daripada Muhammad bin c. Amr daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s. a. w bersabda (maksudnya): • Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Yusuf, beliau telah berkata: Telah mengkhabarkan kepada kami Malik daripada Abu Al -Zinad daripada al-A’raj dariapda Abu Hurairah r. a bahawa Nabi s. a. w telah bersabda: “Kalau tidak kerana membebankan umatku, nescaya aku perintahkan mereka supaya bersugi pada setiap kali solat” • H. R al-Tirmidhi • H. R al-Bukhari

ASAL HADITH HASAN LIZATIHI • H. R ALTIRMIDHI SAHIH LIGHAIRIHI SAHIH LIZATIHI • H.

ASAL HADITH HASAN LIZATIHI • H. R ALTIRMIDHI SAHIH LIGHAIRIHI SAHIH LIZATIHI • H. R AL-BUKHARI MENYOKONG/MENGUATKAN

HUKUM HADITH SAHIH • Para ulama secara ijmac mengatakan bahawa hadith sahih wajib diterima

HUKUM HADITH SAHIH • Para ulama secara ijmac mengatakan bahawa hadith sahih wajib diterima sebagai hujah atau dalil sharac.

HADITH HASAN Hadith yang bersambung sanad, tiada shaz dan cillah, diriwayatkan oleh rangkaian perawi

HADITH HASAN Hadith yang bersambung sanad, tiada shaz dan cillah, diriwayatkan oleh rangkaian perawi adil tetapi lemah sedikit dari segi kedabitannya.

PERBEZAAN SAHIH DAN HASAN Bersambung Sanad Perawi ‘Adil Perawi Dhabit Tiada syaz pada sanad

PERBEZAAN SAHIH DAN HASAN Bersambung Sanad Perawi ‘Adil Perawi Dhabit Tiada syaz pada sanad dan matan Tiada ‘illah pada sanad dan matan

DUA JENIS HADITH HASAN LIZATIHI Iaitu hadith yang menepati definisi hadith hasan. HADITH HASAN

DUA JENIS HADITH HASAN LIZATIHI Iaitu hadith yang menepati definisi hadith hasan. HADITH HASAN LIGHAIRIHI Sesuatu Hadith Daif Sederhana, yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf atau lebih kuat daripadanya.

HADITH HASAN LIGHAIRIHI • Syarat Hasan Li Ghairihi: 1. Ada riwayat lain, sama ada

HADITH HASAN LIGHAIRIHI • Syarat Hasan Li Ghairihi: 1. Ada riwayat lain, sama ada banyak atau sedikit, setaraf atau lebih kuat yang menyokong riwayat asal. 2. Faktor kedaifan riwayat asal bersifat sederhana, seperti kelemahan daya hafalan, terputus sanad dan kemajhulan perawi. • Hadith jenis ini adalah Hadith Maqbul yang paling rendah, tetapi masih boleh dibuat hujjah atau dalil syarac.

DHAIF YANG BOLEH DINAIKTARAF KEPADA HASAN LIGHAIRIHI ØDhaif kerana perawinya tidak diketahui keadaannya tidak

DHAIF YANG BOLEH DINAIKTARAF KEPADA HASAN LIGHAIRIHI ØDhaif kerana perawinya tidak diketahui keadaannya tidak banyak lupa atau kesilapan. ØDhaif kerana perawinya tidak baik hafalannya atau tersalah dan tersilap kerana usia yang lanjut juga halangan lain yang tidak disengajakan sedangkan perawi itu dikenali sebagai seorang yang amanah dan benar dalam riwayat. ØDaif kerana rangkaian sanad tidak bersambung sama ada ia adalah munqati atau mursal. ØDaif kerana perawinya mudallis yang meriwayatkan hadis dengan lafaz ( )ﻋﻦ sedangkan perawi tersebut tidak dituduh sebagai pendusta.

Keempat-empat keadaan tadi boleh diterima berdasarkan dua syarat: Tiada syaz Ada rantaian sanad lain

Keempat-empat keadaan tadi boleh diterima berdasarkan dua syarat: Tiada syaz Ada rantaian sanad lain yang boleh menyokong kedudukannya.

CONTOH HADITH HASAN LIGHAIRIHI ﺣﺪﺛﻨﻲ ﻳﺤﻴﻰ ﻋﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﻋﻦ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ ﺍﻟﻤﺎﺯﻧﻲ ﻋﻦ

CONTOH HADITH HASAN LIGHAIRIHI ﺣﺪﺛﻨﻲ ﻳﺤﻴﻰ ﻋﻦ ﻣﺎﻟﻚ ﻋﻦ ﻋﻤﺮﻭ ﺑﻦ ﻳﺤﻴﻰ ﺍﻟﻤﺎﺯﻧﻲ ﻋﻦ ﺃﺒﻴﻪ ﺍﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ ﻭﻻ ﺿﺮﺍﺭ ﻻ ﺿﺮﺭ : ﻗﺎﻝ Telah menceritakan kepadaku Yahya daripada Malik daripada ‘Amru bin Yahya al-Maziniyy daripada bapanya bahawa Rasulullah s. a. w telah bersabda: La dorar (tidak menimbulkan kemudaratan) wa laa dirar (dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan). ØDhaif kerana rangkaian sanad tidak bersambung dan ia adalah Mursal. ØTetapi ia turut diriwayatkan melalui riwayat lain yang menyokong dan menaiktarafkan ia kepada Hasan Lighirihi.

HUKUM HADITH HASAN • Hukumnya adalah sama dengan Hadith Sahih dari segi kedudukannya sebagai

HUKUM HADITH HASAN • Hukumnya adalah sama dengan Hadith Sahih dari segi kedudukannya sebagai hadith makbul yang boleh dibuat hujjah atau dalil syarac. Sekalipun ia lebih rendah dari segi nilai kesahihannya berbanding dengan Hadith Sahih, sebahagian ulama seperti Al. Hakim, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah memasukkannya ke dalam kumpulan Hadith Sahih.

HADITH DHA’IF Sesebuah hadith yang kurang satu atau lebih syarat-syarat hadith makbul. Sebagaimana hadith

HADITH DHA’IF Sesebuah hadith yang kurang satu atau lebih syarat-syarat hadith makbul. Sebagaimana hadith sahih dan hasan, hadith daif juga mempunyai martabat yang berbeza, bergantung kepada sejauh mana unsur kedaifan yang ada di dalamnya. Jika unsur kedaifan itu bersifat sederhana maka ia dikira hadith daif sederhana, dan jika unsur tersebut bersifat melampau, maka tahap kedaifannya juga melampau.

FAKTOR HADITH DHAIF LEMAH SUDUT HUJAH Tidak cukup syarat sahih. Terdapat kecacatan atau ‘illah.

FAKTOR HADITH DHAIF LEMAH SUDUT HUJAH Tidak cukup syarat sahih. Terdapat kecacatan atau ‘illah. Periwayatannya kurang dhabit Sanadnya tidak bersambung. Terdapat kejanggalan atau syaz.

HUKUM HADITH DHAIF Rujuk buku Pengantar Ulum Hadis [Edisi Kedua] – hlm 218 -219.

HUKUM HADITH DHAIF Rujuk buku Pengantar Ulum Hadis [Edisi Kedua] – hlm 218 -219.

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH DHAIF [Rujuk Pengantar Ulum Hadis: hlm 220] • Ijma’ ulama

HUKUM BERAMAL DENGAN HADITH DHAIF [Rujuk Pengantar Ulum Hadis: hlm 220] • Ijma’ ulama menolak kehujahan hadith daif yang melampau faktor kedaifannya secara mutlak, baik dalam perkara usul, hukum-hakam mau pun fadilat amalan. Sebagaimana mereka juga bersepakat menolak semua jenis hadith daif dalam perkara usul atau aqidah, meskipun kedaifannya sederhana. (al-Suyuti 1966, 1: 298).

JENIS-JENIS HADITH DHAIF Sanad Gugur Tuduhan Terhadap Perawi Jelas Sembunyi Kedhabitan perawi Munqati- Mursal.

JENIS-JENIS HADITH DHAIF Sanad Gugur Tuduhan Terhadap Perawi Jelas Sembunyi Kedhabitan perawi Munqati- Mursal. Mu’dal- Mu’allaq Mudallas- Mursal Khafiyy Munkar-Mu’allal-Maqlub. Mudtarib-Mudraj - Musahhaf-Muharraf-Syaz Keadilan perawi Matruk Mawdu’

PERBAHASAN JENIS HADITH DHAIF Ø Sila rujuk Pengantar Ulum Hadis: halaman 221 -260.

PERBAHASAN JENIS HADITH DHAIF Ø Sila rujuk Pengantar Ulum Hadis: halaman 221 -260.