KUTUB SITTAH DALAM ULUM ALHADITH KEDUDUKAN KUTUB SITTAH
KUTUB SITTAH DALAM ULUM AL-HADITH
KEDUDUKAN KUTUB SITTAH DALAM ULUM AL-HADITH � SAHIH � SAHIH AL-BUKHARI MUSLIM ABU DAUD AL-TIRMIZI AL-NASAI’ IBN MAJAH
SAHIH AL-BUKHARI 1. 0 Riwayat hidup Imam Bukhari � � Nama penuh Imam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah al-Ja’fi al-Bukhari. Beliau adalah berasal dari keturunan Parsi. Beliau dilahirkan di Bukhara pada hari Jumaat, 13 Syawal tahun 194 H bersamaan 21 Julai 810 M. Beliau terkenal dengan panggilan al-Bukhari kerana dinisabkan kepada daerah tempat kelahirannya Bukhara. Bapa imam Bukhari merupakan seorang ahli hadis yang mempelajari hadis daripada ulama yang terkenal, seperti Malik Ibn Anas dan Ibn al-Mubarak.
� � � Pada tahun 210 H, beliau ke Mekah menunaikan haji dan menetap di Mekah. Di sini beliau telah menulis kitabnya: al-Jami’ al-Sahih. Imam Bukhari merupakan seorang yang warak, zuhud, soleh, lemah lembut, halus jiwa dan peribadinya. Ketika berusia 18 tahun beliau telah mampu menghasilkan kitab Qadaya al-Sahabah ﺍﻟﻤﺴﻨﺪ ﻗﻀﺎﻳﺎ ﺍﻟﺼﺤﺎﺑﺔ
METOD PENULISAN SAHIH AL-BUKHARI � � � Setiap hadis yang diperolehi oleh Imam Bukhari diteliti dengan baik dari segi perawi dan sanadnya serta dari semua aspek untuk mempastikan kesahihannya. Beliau berwuduk dan bersolat sunat istikharah 2 rakaat untuk memohon hidayat dari Allah untuk mendapat hadis yang sahih. Beliau juga mempastikan sanadnya muttasil, perawi yang adil, ingatan yang kuat serta bertemu sendiri dengan perawi tersebut. Beliau menyusun kitab selama 16 tahun, yang mana asalnya adalah terdiri daripada 600 000 hadis.
�Imam a-Bukhari mengemukakan hadis yang disusun di dalam kitab Sahihnya kepada Yahya Ibn Mi’in, Ali Ibn al-Madini dan juga Imam Ahmad Ibn Hanbal untuk mempastikan kesahihanya. �Beliau membahagikan kitabnya kepada 97 kitab dan dibahagikan pula kepada bahagian kecil yang dinamakan bab yang mana kesemua bab itu berjumlah 3 450,
Imam al-Bukhari meletakkan beberapa syarat yang tertentu untuk menerima hadis itu sebagai Hadis Sahih. Antaranya ialah: a. Perawi hadis itu mestilah seorang yang adil, dhobit dan thiqah dari segi riwayatnya serta sifat-sifatnya. b. Hadis itu mestilah bersambung atau Muttasil, bermula dari Rasulullah s. a. w hinggalah ke akhir sanad tanpa terputus jalan riwayat. c. Hadis itu mestilah benar-benar disandarkan kepada Rasulullah s. a. w bukan sahabat dan tabi’in. d. Perawi yang meriwayat hadis mestilah mengambil hadis daripada gurunya sendiri. Oleh itu, murid dan guru hendaklah pernah hidup sezaman. e. Hadis yang diterima itu mestilah diriwayatkan daripada perawi yang thiqah sahaja.
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SAHIH BUKHARI � � Ianya adalah kumpulan hadis sahih yang pertama disusun serta dikumpulkan. Kitab tersebut adalah hasil kajian dan pilihan daripada sejumlah 600 00 hadis yang dikumpulkan diingati oleh Imam al-Bukhari daripada 80 000 perawi. Antara ciri -ciri keistimewaan kitab Sahih Imam Bukhari ialah: a. Ia disusun dengan teratur mengikut bab yang mengandungi 97 bab yang dipanggil dengan kitab, yang merangkumi tentang hukum fekah, ibadat, muamalat serta sirah. b. Dalam kitab Sahih Imam Bukhari juga bab yang disusun dimulakan dengan ayat-ayat yang berkaitan terlebih dahulu, selepas itu dikemukakan pendapatnya.
� � � � Nama beliau ialah Abu al-Husain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim Ibn Al-Warid Ibn Kusyaz al-Qusairi al -Naisaburi. Dilahirkan di Naisabur pada tahun 204 H bersamaan 820 M. Beliau mempunyai kepintaran yang luar biasa dan kecerdasan ingatan serta kefahaman yang tajam. Beliau juga seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan. Beliau banyak mempelajari ilmu daripada Imam Bukhari. Sahih Muslim mengandungi 4000 Hadis tidak termasuk hadis yang disebut secara berulang. Sekiranya dikira semua hadis sama ada yang berulang atau tidak berulang sebanyak 12 000 buah. Hadis sahih tersebut adalah hasil kajian dan pengumpulan hadis yang dibuat oleh beliau daripada jumlah asalnya sebanyak 30 000 hadis. Syarat dan metod dalam pengumpulan hadis : a. Hadis itu mestilah diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah, adil dan dhobit. b. Sanadnya bersambung dari awal sampai akhir. c. Hadis itu mestilah disandarkan kepada Rasulullah s. a. w.
� � Sahih Muslim mengandungi 7 275 buah hadis Sahih termasuk yang matannya disebut secara berulang dikumpulkan selama 15 tahun. Antara bukti keistimewaan kitabnya : a. Tidak ada sebarang penambahan atau kritikan dan pengurangan terhadap kitabnya. b. Diiktiraf sebagai kitab kedua selepas sahih al-Bukhari. c. Muslim adalah kitab yang paling sahih selepas al-Bukhari. • Selain itu ianya mempunyai ciri yang berikut : a. Matan yang berbeza di dalam satu riwayat di satu tempat tanpa dipecahkan kepada beberapa bab. b. Penjelasannya tidak terputus-putus iaitu mengikut langkah yang teratur. c. Mengumpulkan segala jalan hadis di satu tempat di mana mudah d. Tidak banyak hadis yang berulang.
�Nama sebenar ialah sulaiman ibn al. Ash’ath Ibn Bashir Ibn Syaddad Ibn Amru al -Azdi al-Sajistani. �Dilahirkan di Sajistan pada 202 H bersamaan 817 M. �Beliau sangat menyintai ilmu, zuhud, wara’ dan kuat beribadat. �Menyusun kitab sunannya selama 20 tahun yang mana hadisnya berasal daripada 500 000 hadis.
� Didalamnya terdapat hadis sahih, hasan dhoif. Kitab sunannya mempunyai 4800 buah hadis. � Untuk menentukan kesahihah hadis: a. Jika hadis itu terdapat dalam salah satu sahih Bukhari atau Muslim ia dikira hadis sahih.
�Nama beliau ialah Imam al-Hafiz Muhammad Ibn Isa Ibn Surah Ibn Musa Ibn al-Dahhaq al-Silmi al-Tirmizi. �Dilahirkan pada bulan Zulhijjah 209 H bersamaan 824 M.
� Hadis sahih yang tinggi nilainya sama seperti yang diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim. � Hadis sahih yang kurang nilai kesahihannya iaitu menurut syarat imam Abu Daud dan al-Nasai’ � Menerangkan hadis sahih hingga dhoif. � Memilih riwayat yang lebih kukuh atau kuat
SUNAN NASA’I �Namanya ialah Abu Abd al-Rahman Ahmad Ibn Ali Ibn Syu’ib Ibn Ali Ibn Sanan Ibn Bahr al-Khurasani. �Dilahirkan pada 215 H bersamaan 245 H. �Selain dari bidang hadis beliau juga adalah pakar dalam ilmu fekah. Sebab itu beliau adalah seorang kadi.
�Menurut al-Hakim dan al-Khatib syarat perawi pada hadis dalam sunannya lebih kuat berbanding di dalam Sahih Muslim. �Bab haji dalam sunannya ialah dalam mazhab al-Syafi’i
�Namanya ialah Abu Abdillah Muhammad Ibn Yazid al-Qazwini ibn Majah al-Rabi’. �Dilahirkan pada 207 H bersamaan 824 M Di Qazwin Iran. �Membahagikan kepada 37 kitab dan dipecahkan kepada 1500 bab kecil.
� 428 buah hadis adalah hadis sahih kerana sanadnya thiqah. � 199 hadis adalah hasan kerana sanadnya hasan. � 613 lagi hadis dhoif kerana sanadnya lemah atau dhoif. � 99 buah lagi hadis munkar dan makzub kerana sanadnya terlalu lemah, munkar dan dusta.
- Slides: 18