PENGURUSAN PENASIHATAN MURID TOPIK 10 KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN

  • Slides: 33
Download presentation
PENGURUSAN PENASIHATAN MURID TOPIK 10

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID TOPIK 10

KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Bimbingan Pengurusan Penasihatan Murid Mentoring Penasihatan

KOMPONEN PENGURUSAN PENASIHATAN MURID Bimbingan Pengurusan Penasihatan Murid Mentoring Penasihatan

BIMBINGAN

BIMBINGAN

KONSEP BIMBINGAN… ▪ Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang

KONSEP BIMBINGAN… ▪ Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960). ▪ Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971). ▪ Proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962).

…KONSEP BIMBINGAN ▪ Suatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu

…KONSEP BIMBINGAN ▪ Suatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006). ▪ Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. ▪ Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

CIRI-CIRI BIMBINGAN… ▪ Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara

CIRI-CIRI BIMBINGAN… ▪ Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. ▪ Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. ▪ Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.

…CIRI-CIRI BIMBINGAN ▪ Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan

…CIRI-CIRI BIMBINGAN ▪ Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.

PENASIHATAN

PENASIHATAN

KONSEP PENASIHATAN ▪ Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang

KONSEP PENASIHATAN ▪ Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994). ▪ Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna (Gibson & Mitchell 1999). ▪ Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan).

CIRI-CIRI PENASIHATAN ▪ Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang

CIRI-CIRI PENASIHATAN ▪ Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. ▪ Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. ▪ Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar Fasa

PROSES BIMBINGAN DAN PENASIHATAN Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar Fasa 2: Menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan Fasa 3: Proses mengenali pelajar Fasa 4: Proses membimbing pelajar Fasa 5: Analisis penilaian

FASA 1: KESEDARAN GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR ▪ Dalam fasa ini, pihak

FASA 1: KESEDARAN GURU SEBAGAI PEMBIMBING DAN PENASIHAT PELAJAR ▪ Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. ▪ Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. ▪ Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.

FASA 2: MENGUASAI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN PENASIHATAN ▪ Pada tahap ini, semua guru

FASA 2: MENGUASAI KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN PENASIHATAN ▪ Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. ▪ Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan iaitu; – – – Kemahiran perkembangan personaliti Kemahiran melayan dan kemahiran mendengar Kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal) Kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah Kamahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong. ▪ Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.

FASA 3: PROSES MENGENALI PELAJAR ▪ Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas

FASA 3: PROSES MENGENALI PELAJAR ▪ Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. ▪ Secara umumnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu : – Pelajar yang datang secara sukarela – Pelajar yang di bawah pemerhatian – Pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh guru-guru sebagai memerlukan bimbingan melalui pemerhatian diagnosis ▪ Antara teknik atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi dan rekod kesihatan.

FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR ▪ Secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui tiga cara

FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR ▪ Secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa. ▪ Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru. ▪ Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal. ▪ Terdapat enam tahap dalam proses membimbing pelajar, iaitu:

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 1. MEMBINA HUBUNGAN – Di tahap ini guru membina

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 1. MEMBINA HUBUNGAN – Di tahap ini guru membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan selamat dengan pelajar agar perbincangan dapat dijalankan dengan lebih baik. – Guru juga perlu mengingati bahawa setiap individu itu unik dan mempunyai potensi untuk bergerak ke arah kebaikan. – Guru harus menerima pelajar seadanya iaitu melalui penerimaan positif tanpa syarat, memperlihatkan ketulenan dan ikhlas sehingga pelajar yakin bahawa guru adalah seorang yang boleh dipercayai, kompeten, dan peramah. – Contoh : guru melihat pelajar muram dan tidak ceria sewaktu dalam kelas, lantas mendekati pelajar tersebut. “Apa khabar Amy, saya lihat Amy macam sedih saja. Ada apa-apa yang boleh saya bantu? ”

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 2. PENEROKAAN – Pada tahap ini, guru cuba membantu

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 2. PENEROKAAN – Pada tahap ini, guru cuba membantu pelajar dengan meneroka permasalahan utama mereka melalui beberapa kemahiran tertentu supaya pelajar dapat memberitahu apakah masalah yang dialaminya dengan jelas. – Tugas guru pembimbing ialah mendengar dan meneroka dengan teliti dan penuh empati. Tujuannya untuk mendapat gambaran masalah pelajar tersebut. – Contoh: Pembimbing : “Apa agaknya yang mendorong Amy berjumpa dengan saya hari ni? ” Amy: “Entahlah cikgu, saya betul-betul sedih. Kawan saya Ani memarahi saya tadi, saya bukan buat salah besar pun. . . ” Pembimbing : hmm. . kawan awak marah ? (dorongan minima)

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 3. DEFINISI MASALAH DAN MEMBINA MATLAMAT – Guru perlu

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 3. DEFINISI MASALAH DAN MEMBINA MATLAMAT – Guru perlu melihat dengan lebih mendalam permasalah pelajar melalui pendefinisian permasalahan utama dan membina matlamat mereka. – Pada tahap ini biasanya, pelajar dan guru telah dapat mengenalpasti apakah masalah utama yang menyebabkan pelajar berkeadaan sedemikian. Matlamat tidak akan tercapai seandainya masalah utama tidak dikenalpasti. – Apa yang penting, pelajar akan dibantu oleh guru untuk melihat apakah matlamat utama bagi mengatasi masalah dirinya. – Contoh: Pembimbing : “Dari apa yang telah Amy beritahu saya, Amy merasakan bahawa sikap cuailah yang menyebabkan Amy dimarahi oleh Ani. Agaknya, apa yang ingin Amy lakukan untuk mengatasi masalah ini” Pelajar : “Ya. . Saya rasa, saya perlu lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan kawan-kawan. . . saya tak sanggup dimarah sekali lagi”.

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 4. ALTERNATIF PENYELESAIAN DAN PELAN TINDAKAN – Pelajar akan

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 4. ALTERNATIF PENYELESAIAN DAN PELAN TINDAKAN – Pelajar akan dibantu membuat beberapa alternatif penyelesaian terhadap permasalahan yang mereka alami dan membantu mereka merancang tindakan yang sesuai selaras dengan kemampuan mereka. – Setelah situasi sebenar difahami, berlaku proses perbincangan antara dua pihak untuk melihat alternatif-alternatif penyelesaian dan pilihan-pilihan yang dibuat perlu membawa implikasi positif. – Contoh: Pembimbing : “Selain mengamalkan sikap lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan rakan, apa agaknya yang Amy dapat lakukan supaya kawan-kawan lebih menghormati dan yakin terhadap Amy? ” Pelajar : “Saya rasa, saya perlu membeli sendiri barang-barang tersebut, tak perlu pinjam-meminjam lagi. Kalau tidak cukup wang saya boleh kumpul duit sedikit demi sedikit. Cuma mungkin ambil masa sedikit untuk dapat mengumpulkan jumlah yang diperlukan.

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 5. MELAKSANAKAN TINDAKAN – Tahap seterusnya ialah melaksakan tindakan

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 5. MELAKSANAKAN TINDAKAN – Tahap seterusnya ialah melaksakan tindakan yang dibincangkan dan membuat penilaian terhadap tindakan tersebut.

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 6. PENAMATAN – Setelah pelajar mencapai matlamat dan objektifnya,

…FASA 4: PROSES MEMBIMBING PELAJAR 6. PENAMATAN – Setelah pelajar mencapai matlamat dan objektifnya, maka hubungan bimbingan bolehlah ditamatkan. Guru akan memantau pelajar seterusnya melalui tindakan susulan.

FASA 5: ANALISIS PENILAIAN ▪ Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu

FASA 5: ANALISIS PENILAIAN ▪ Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. ▪ Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing. ▪ Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.

MENTORING

MENTORING

KONSEP MENTORING ▪ Mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau

KONSEP MENTORING ▪ Mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. ▪ Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000).

…KONSEP MENTORING ▪ Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian

…KONSEP MENTORING ▪ Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan professional. ▪ Mentor ialah individu berpengalaman/berpengetahuan dalam sesuatu bidang manakala mantee adalah individu/sekumpulan individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan.

CIRI-CIRI MENTORING ▪ Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan ▪ Untuk memudahkan

CIRI-CIRI MENTORING ▪ Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan ▪ Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif. ▪ Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee. ▪ Bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan. ▪ Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.

PROSES MENTORING Menjalin Perhubungan Merundingkan persetujuan/ perjanjian Perkembangan professional mantee Menamatkan Perhubungan

PROSES MENTORING Menjalin Perhubungan Merundingkan persetujuan/ perjanjian Perkembangan professional mantee Menamatkan Perhubungan

PROSES 1: MENJALIN PERHUBUNGAN ▪ Berikan masa dan tingkatkan usaha supaya terbina perhubungan yang

PROSES 1: MENJALIN PERHUBUNGAN ▪ Berikan masa dan tingkatkan usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki. ▪ Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya timbul rasa saling mempercayai. ▪ Jika ini berlaku dengan baik maka proses mentoring akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.

PROSES 2: MERUNDINGKAN PERSETUJUAN/ PERJANJIAN ▪ Langkah seterusnya adalah untuk mentor dan mantee sama-sama

PROSES 2: MERUNDINGKAN PERSETUJUAN/ PERJANJIAN ▪ Langkah seterusnya adalah untuk mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan/ perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring. ▪ Perjanjian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring. ▪ Wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni.

PROSES 3: PERKEMBANGAN PROFESSIONAL MANTEE ▪ Merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan

PROSES 3: PERKEMBANGAN PROFESSIONAL MANTEE ▪ Merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. ▪ Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti mentoring supaya matlamatnya tercapai. ▪ Pada ketika ini juga, perlu ada usaha untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni dan berterusan antara mereka.

PROSES 4: MENAMATKAN PERHUBUNGAN ▪ Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia

PROSES 4: MENAMATKAN PERHUBUNGAN ▪ Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan. ▪ Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual. ▪ Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu pula , perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu yang lebih kekal.

SEKIAN, TERIMA KASIH

SEKIAN, TERIMA KASIH