PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1

  • Slides: 42
Download presentation
PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana Pensyarah: Dr. Sajap

PROGRAM PPISMP GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 1: Pengenalan kepada Wacana Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Email: sajap@sajadstudio. info Website: http: //sajadstudio. info Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesinalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun

Pengenalan Apakah yang anda faham maksud WACANA ?

Pengenalan Apakah yang anda faham maksud WACANA ?

Perkara yang akan dibincangkan 1. 1 Definisi Wacana § Wacana secara maknawi (kamus) §

Perkara yang akan dibincangkan 1. 1 Definisi Wacana § Wacana secara maknawi (kamus) § Pendapat ahli bahasa § Ciri-ciri wacana

Definisi Wacana 1. Wacana adalah terjemahan dari perkataan Inggeris discourse. “ Kata discourse berasal

Definisi Wacana 1. Wacana adalah terjemahan dari perkataan Inggeris discourse. “ Kata discourse berasal daripada bahasa Latin discursus yang bererti lari kiankemari. 2. Wacana berasal daripada perkataan bahasa Jawa wocono. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca.

Definisi Wacana ialah 1. hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan

Definisi Wacana ialah 1. hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan; atau percakapan 2. hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok telahan 3. Risalah tulis; disertasi formal; kuliah, ceramah; khutbah. (Kamus Webster, 1983)

Definisi Wacana Menurut kamus linguistik, wacana didefinisikan sebagai satuan kebahasaan terlengkap; dalam hierarki gramatikal

Definisi Wacana Menurut kamus linguistik, wacana didefinisikan sebagai satuan kebahasaan terlengkap; dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (buku, ensiklopedi, novel, dll) paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Kridalaksana, 2008).

Definisi Wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2.

Definisi Wacana ialah 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definisi Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan

Definisi Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. (Asmah Hj Omar, 1982)

Definisi Wacana adalah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran sistem bahasa

Definisi Wacana adalah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar pada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan petuturan atau tulisan itu sebagai yang bermakna dalam berkomunikasi. Asmah Hj Omar (1986)

Definisi Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri

Definisi Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap. (Raminah Haji Sabran, 1984)

Definisi Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara

Definisi Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu. ( Anton M. Moeliono, 1995)

Definisi Wacana Istilah wacana digunakan bukan hanya mencakupi percakapan, tetapi juga dalam syarahan di

Definisi Wacana Istilah wacana digunakan bukan hanya mencakupi percakapan, tetapi juga dalam syarahan di khalayak, tulisan, laporan-laporan ilmiah, dan lakonan. Wacana meliputi keempat tujuan penggunaan bahasa, iaitu; a. Ekspresi diri sendiri b. Eksposisi (pemaparan) c. Sastera d. Persuasi (Landsteen, 1979)

Definisi Wacana Unit-unit wacana mempunyai struktur dalaman apabila ditelaah, ternyata sama teratur dan terpercayanya

Definisi Wacana Unit-unit wacana mempunyai struktur dalaman apabila ditelaah, ternyata sama teratur dan terpercayanya dengan struktur ayat-ayat. Unit-unit ini dibentuk oleh sejumlah perinsip kepaduan yang rasmi dan yang bersifat kultural, termasuk pengaturan kala atau waktu, struktur pohon, dan keseluruhan jaringan asumsi-asumsi sosial tentang cara, hal-hal itu ada dan cara hal-hal itu menjelma. (Linde, 1981)

Definisi Wacana merupakan satu peristiwa yang berstruktur yang dimanifestasikan dalam perilaku linguistik (atau yang

Definisi Wacana merupakan satu peristiwa yang berstruktur yang dimanifestasikan dalam perilaku linguistik (atau yang lainnya), sedangkan teks adalah suatu urutan ekspresilinguistik yang berstruktur dan membentuk suatu keseluruhan yang padu atau unit. (Edmondson, 1981)

Definisi Wacana adalah seperangkat proposisi yang saling berhubungan untuk menghasilkan suatu rasa kepaduan atau

Definisi Wacana adalah seperangkat proposisi yang saling berhubungan untuk menghasilkan suatu rasa kepaduan atau rasa kohensi bagi penyemak atau pembaca. Kohensi atau kepaduan itu sendiri harus muncul daripada isi wacana, tetapi banyak sekali rasa kepaduan yang dirasakan oleh penyemak atau pembaca perlu mundur daripada cara pengutaraan atau pengutaraan wacana tersebut. (Deese, , 1984)

Definisi Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan perkataan

Definisi Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan perkataan lain wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tulisan. Secara ringkas: yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran (utterance). (Stubbs, , 1983)

Perbincangan Pelbagai definisi wacana daripada kamus dan tokoh-tokoh bahasa dan linguistik telah dibincangkan. Apakah

Perbincangan Pelbagai definisi wacana daripada kamus dan tokoh-tokoh bahasa dan linguistik telah dibincangkan. Apakah unsur-unsur penting WACANA? Bincangkan.

Rumusan Wacana Menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “

Rumusan Wacana Menurut Asmah Haji Omar dalam artikel Jurnal Dewan Bahasa yang bertajuk “ Analisis Wacana “ menyatakan terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu : 1. satuan bahasa 2. terlengkap 3. mengatasi ayat atau klausa 4. teratur atau tersusun rapi 5. berkesinambungan 6. kohesi 7. lisan atau tulisan 8. awal dan akhir yang nyata.

Rumusan Wacana Unsur-unsur penting wacana yang dapat dilihat adalah seperti berikut: awal & akhir

Rumusan Wacana Unsur-unsur penting wacana yang dapat dilihat adalah seperti berikut: awal & akhir yang nyata lisan & tulis satuan bahasa terlengkap & tertinggi HAKIKAT rasa kohensi/ WACANA di atas rasa keseayat/klausa paduan berkesi- teratur nambun- rapi/ koheran gan

Struktur Wacana “wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan

Struktur Wacana “wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan” WACANA Kalimat/ayat klausa frasa kata morfem fonem

Rumusan Definisi Wacana Antara definasi wacana yang lengkap. Henry Guntur Tarigan (1987), mengemukakan bahwa

Rumusan Definisi Wacana Antara definasi wacana yang lengkap. Henry Guntur Tarigan (1987), mengemukakan bahwa wacana adalah satuan bahasa yang paling lengkap, lebih tinggi dari klausa dan perkataan, memiliki kohesi dan koherensi yang baik, mempunyai awal dan akhir yang jelas, berkesinambungan, dan dapat disampaikan secara lisan atau tertulis.

Ciri-Ciri Wacana Apakah ciri-ciri wacana?

Ciri-Ciri Wacana Apakah ciri-ciri wacana?

Ciri-Ciri Wacana Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi

Ciri-Ciri Wacana Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh, iaitu; 1. tautan (kohensi) 2. runtutan (koheren) 3. tujuan 4. penerimaan 5. maklumat 6. keadaan 7. interteks

Ciri-Ciri Wacana Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam

Ciri-Ciri Wacana Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam sebuah wacana yang utuh iaitu, 1. kohesi (tautan) 2. koheren (runtutan) 3. tujuan sesuatu wacana 4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca, 5. maklumat yang terkandung, 6. keadaan yang mewujudkan wacana 7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)

Ciri-Ciri Wacana 1) Tautan atau kohesi § Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara

Ciri-Ciri Wacana 1) Tautan atau kohesi § Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. § Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang terdapat dalam wacana tersebut.

Ciri-Ciri Wacana 1) Tautan atau kohesi § Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei

Ciri-Ciri Wacana 1) Tautan atau kohesi § Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. § Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya. § Contohnya: 1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan. 2. Mereka ke sana untuk meminjam buku. § kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan dan ia dianggap sebagai wacana

Ciri-Ciri Wacana 2) Runtutan atau koheren § Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang

Ciri-Ciri Wacana 2) Runtutan atau koheren § Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna. § Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai makna.

Ciri-Ciri Wacana 2) Runtutan atau koheren § Contohnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau

Ciri-Ciri Wacana 2) Runtutan atau koheren § Contohnya: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. § Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

Ciri-Ciri Wacana 2) Runtutan atau koheren § Contoh ayat-ayat yang tidak koheren: Wanita itu

Ciri-Ciri Wacana 2) Runtutan atau koheren § Contoh ayat-ayat yang tidak koheren: Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi masalah sosial. § Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea atau tidak koheren.

Ciri-Ciri Wacana 3) Tujuan § Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan

Ciri-Ciri Wacana 3) Tujuan § Setiap wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan perlu mempunyai tujuan. § Tujuan sesuatu wacana ini ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Ciri-Ciri Wacana 3) Tujuan § Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika

Ciri-Ciri Wacana 3) Tujuan § Tujuan ini akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat Tanya, tetapi jika seseorang itu ingin menyatakan atau menerangkan sesuatu, ayat yang digunakan ialah ayat penyata

Ciri-Ciri Wacana 4) Penerimaan § Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai

Ciri-Ciri Wacana 4) Penerimaan § Sesuatau wacana sama ada lisan atau tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar dan pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. § Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Oleh itu, tahap penerimaan adalah tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan.

Ciri-Ciri Wacana 5) Maklumat § Setiap wacana mempunyai maklumat. § Maklumat terdiri daripada dua

Ciri-Ciri Wacana 5) Maklumat § Setiap wacana mempunyai maklumat. § Maklumat terdiri daripada dua jenis, iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. § Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. § Maklumat baharu pula ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Ciri-Ciri Wacana 5) Maklumat § Contohnya: (1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. (2)

Ciri-Ciri Wacana 5) Maklumat § Contohnya: (1) Puan Rita mengajar di sekolah menengah. (2) Sekolah itu sekolah berasrama penuh. § Sekolah itu dalam ayat (2) merupakan maklumat lama kerana telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Sekolah berasrama penuh ialah maklumat baharu kerana baru disebutkan dalam ayat itu

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Keadaan ialah latar sewaktu bahasa itu digunakan, dan membantu pendengar atau pembaca memahami sesuatu wacana. Ungkapan “Sila masuk”, misalnya, difahami kerana digunakan dalam keadaan latar seseorang mempelawa seorang lain masuk ke dalam bilik atau rumahnya. .

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar, misalnya latar rumah tangga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan bermacam -macam lagi. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk. ” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9. 00 pagi. ”

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan

Ciri-Ciri Wacana 6) Keadaan § Tiap-tiap wacana tidak boleh dimansuhkan maklumat yang bertentangan dengan maklumat yang terdapat dalam ayat sebelumnya. Contohnya: “Kelmarin dia tidur sehari suntuk. ” “Kelmarin dia tidur sehingga jam 9. 00 pagi. ”

Ciri-Ciri Wacana 7) Interteks § Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang

Ciri-Ciri Wacana 7) Interteks § Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang lain. § Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca atau didengarinya dengan mudah.

Ciri-Ciri Wacana 7) Interteks § Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung

Ciri-Ciri Wacana 7) Interteks § Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarnya itu.

SEKIAN Terima Kasih

SEKIAN Terima Kasih

Rujukan Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24: 3, hal.

Rujukan Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24: 3, hal. 11 -25 dan 24: 4, hal. 9 -25. Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP. Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http: //gurubahasamelayu. blogspot. com/ 2009/07/wacana-bahasa-melayu. html