GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 5 Penulisan Akademik

  • Slides: 38
Download presentation
GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan

GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 5: Penulisan Akademik Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun Pulau pinang

 Perkara yang akan dibincangkan 5. 1 Pengenalan kepada penulisan akademik • Pengertian penulisan

Perkara yang akan dibincangkan 5. 1 Pengenalan kepada penulisan akademik • Pengertian penulisan akademik • Jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikel jurnal, kertas projek, abstrak/ ringkasan eksekutif dan lain-lain. 5. 2 Kejelasan dan Gaya Penulisan • Pengertian/ Konsep • Penggunaan bahasa formal • Penulisan secara objektif • Penulisan ayat yang jelas • Perkembangan idea secara logik: koheren dan kohesif • Langkah-langkah dalam penulisan

 Pengenalan kepada penulisan akademik Pengenalan 1. Dalam penulisan atau pengucapan ada yang dikatogerikan

Pengenalan kepada penulisan akademik Pengenalan 1. Dalam penulisan atau pengucapan ada yang dikatogerikan sebagai formal dan tidak formal. 2. Ciri utama dalam penulisan akademik adalah formal, dan bersifat objektif. (Jordan, 1999) 3. Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. (bukannya khayalan atau rekaan)

 Pengenalan kepada penulisan akademik Pengenalan 4. Penulisan akademik melibatkan kajian secara teratur dan

Pengenalan kepada penulisan akademik Pengenalan 4. Penulisan akademik melibatkan kajian secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan. 5. Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikal, kertas kerja, abstrak, ringkasan eksekutif, dan lain-lain.

 Pengenalan kepada penulisan akademik Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; 1. Menyampaikan fakta secara

Pengenalan kepada penulisan akademik Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; 1. Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik. 2. Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian. 3. Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.

 Pengenalan kepada penulisan akademik Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; 4. Penulis hanya menulis

Pengenalan kepada penulisan akademik Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; 4. Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis. 5. Penulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas. 6. Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.

 Pengenalan kepada penulisan akademik Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; 7. Penulis tidak akan

Pengenalan kepada penulisan akademik Ciri-ciri penulisan akademik Antaranya ialah; 7. Penulis tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri. 8. Penulisan akademik selalunya disertakan sumber rujukan daripada penulis lain yang mempunyai autoriti dalam bidang yang dibincangkan.

 Pengenalan kepada penulisan akademik Proses menghasilkan penulisan akademik Antara langkah-langkahnya ialah; a. Pengumpulan

Pengenalan kepada penulisan akademik Proses menghasilkan penulisan akademik Antara langkah-langkahnya ialah; a. Pengumpulan data dan fakta b. Pengamatan data dan fakta c. Pemilihan data dan fakta d. Penggolongan data dan fakta e. Penafsiran data dan fakta f. Membuat kesimpulan umum

 Pengenalan kepada penulisan akademik Proses menghasilkan penulisan akademik Antara langkah-langkahnya ialah; g. Membuat

Pengenalan kepada penulisan akademik Proses menghasilkan penulisan akademik Antara langkah-langkahnya ialah; g. Membuat hipotesis h. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris i. Penilaian; menerima atau menolak hipotesis j. Perumusan teori ilmu pengetahuan k. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

 Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Antaranya ialah; a. esei ilmiah b.

Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah Antaranya ialah; a. esei ilmiah b. kertas kerja c. laporan kajian d. abstrak/ringkasan eksekutif/tesis/ e. disertasi

 Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah a. Esei ilmiah § merujuk karangan

Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah a. Esei ilmiah § merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. § Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif.

 Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah b. Kertas kerja § ialah penulisan

Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah b. Kertas kerja § ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. § Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. § Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan sebagainya

 Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah c. Laporan kajian § Laporan kajian

Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah c. Laporan kajian § Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. § Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan.

 Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah d. Tesis § Tesis ialah penulisan

Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah d. Tesis § Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. § Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel. viva-você.

 Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah e. Disertasi § Disertasi ialah penulisan

Pengenalan kepada penulisan akademik Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiah e. Disertasi § Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph. D). § Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. § Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você

 Perbincangan 1. Sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi anda tidak terlepas daripada membuat

Perbincangan 1. Sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi anda tidak terlepas daripada membuat tugasan akademik sama ada dalam bentuk esei, kertas kerja, kertas projek dan tesis. Apakah pesamaan dan perbezaan antara bentuk tugasan tersebut.

Kejelasan Dan Gaya Penulisan Apakah konsep kejelasan?

Kejelasan Dan Gaya Penulisan Apakah konsep kejelasan?

 Konsep Kejelasan (Clarity) 1. Jelas bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang

Konsep Kejelasan (Clarity) 1. Jelas bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang untuk disalahtafsirkan, tidak bersifat samar-samar dan tidak kabur, . 2. Menggunakan kata-kata yang pendek, ringkas, tajam, daripada kata-kata yang berbelit, dan panjang.

Gaya Penulisan akademik merangkumi ciri-ciri berikut: a. penggunaan bahasa formal yang tepat, b. bergaya

Gaya Penulisan akademik merangkumi ciri-ciri berikut: a. penggunaan bahasa formal yang tepat, b. bergaya formal dan bukan peribadi, c. pembinaan ayat yang jelas dan tepat, d. berhati-hati dengan pengunaan kata singkatan dan akronim, dan e. perkembangan idea / hujah secara logik dan sistematik.

Bahasa Formal 1. Dalam penulisan akademik kita menggunakan bahasa formal, dan elakkan diri daripada

Bahasa Formal 1. Dalam penulisan akademik kita menggunakan bahasa formal, dan elakkan diri daripada mengguna slanga atau bahasa sehari-hari. 2. Penulisan akademik yang mempunyai kejelasan akan menggunakan bahasa formal untuk menerangkan pendapat sendiri dengan merujuk kepada pandangan orang lain.

Bahasa Formal Contoh: Informal: • Pekerja sosial membaca sejarah pelanggan untuk mengetahui sama ada

Bahasa Formal Contoh: Informal: • Pekerja sosial membaca sejarah pelanggan untuk mengetahui sama ada tindakan sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak. Formal : • Pekerja sosial mengkaji sejarah pelanggan untuk menentukan sama ada intervensi yang sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak.

Bahasa Formal Secara umum, dalam penulisan akademik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: 1. Meminimumkan

Bahasa Formal Secara umum, dalam penulisan akademik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: 1. Meminimumkan penggunaan perkataan ‘saya’ dalam teks. Pendek kata, perlu elak daripada menulis "Apabila saya melihatnya semula, saya tidak berfikir ini adalah pendekatan yang boleh terima. ” kecuali dalam pendekatan kualitatif yang menggunakan gaya naratif. .

Bahasa Formal 2. Menggunakan kata kerja formal, dan kurangkan penggunaan frasa kata kerja seperti

Bahasa Formal 2. Menggunakan kata kerja formal, dan kurangkan penggunaan frasa kata kerja seperti ‘mempertimbangkan’ daripada ‘melihat kepada’ 3. Menggunakan ekspresi impersonal seperti ‘Ini menimbulkan. . ’

Bahasa Formal 4. Menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata kerja seperti ‘keprihatinan’ daripada

Bahasa Formal 4. Menggunakan lebih banyak kata nama daripada kata kerja seperti ‘keprihatinan’ daripada ‘membimbangkan’ 5. Jangan mengguna ekspresi emosional, seperti ‘Itu begitu jelas’ (lebih baik menggunakan ‘nampaknya’), atau ‘hanya kerana’ (lebih baik menggunakan ‘diberikan berdasarkan’)

Bahasa Formal 6. Menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta jelas maksudnya terutamanya

Bahasa Formal 6. Menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta jelas maksudnya terutamanya ekspresi abstrak, seperti perkataan ‘gender’ digunakan, daripada ‘lelaki atau perempuan. ’

Bahasa Formal Informal Formal Dengan kadar perletakan jawatan Dengan begitu banyak doktor yang semakin

Bahasa Formal Informal Formal Dengan kadar perletakan jawatan Dengan begitu banyak doktor yang semakin tinggi, terdapat meletak jawatan di wad kecemasan, kebimbangan tentang kapasiti saya bimbang tentang rawatan hospital untuk memelihara nisbah pesakit di wad tersebut kelak doktor-pesakit yang mencukupi. Sangat jelas bahawa pekerjaan telah ditawarkan kepada pemohon berdasarkan sama ada mereka adalah lelaki atau perempuan. Saya berfikir bahawa pendekatan ini tidak boleh diterima bahkan ia melanggar undang-undang. Adalah jelas bahawa terdapat beberapa kes di mana pemilihan pekerja adalah berdasarkan gender. Dengan wujudnya undang-undang anti-diskriminasi gender, keadaan ini menimbulkan kebimbangan serius. 26

Ekspresi/ Pernyataan Pendapat Peribadi Penulisan Objektif Menurut pendapat Telah dikatakan bahawa. . . saya.

Ekspresi/ Pernyataan Pendapat Peribadi Penulisan Objektif Menurut pendapat Telah dikatakan bahawa. . . saya. . . Beberapa penulis mendakwa. . . Saya percaya bahawa. . . Jelasnya, . . . Dalam pandangan saya Jelas bahawa. . . Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa. . .

PENULISAN OBJEKTIF Agen atau Pelaku Saya melakukan kajian. . . Bukan Agen atau Pelaku

PENULISAN OBJEKTIF Agen atau Pelaku Saya melakukan kajian. . . Bukan Agen atau Pelaku Kajian ini dilakukan. . . Saya mencadangkan Dicadangkan untuk. . . Dalam esei ini saya akan membahas. . . Tulisan ini membahas . . . 28

Penulisan Ayat Yang Jelas 1. Untuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah penting untuk menyemak

Penulisan Ayat Yang Jelas 1. Untuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah penting untuk menyemak semula panjangpendek ayat. 2. Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda akan nampak terlalu mudah dan bertahap rendah dan jika ayat terlalu panjang, pembaca akan kehilangan fokus. 3. Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara ayat panjang membantu kohesi (kekuatan tarikan) dalam penulisan. 29

Perkembangan Idea Secara Logik Koheren 1. Dalam penulisan yang koheren. idea-idea dieskpresi/ dihuraikan dengan

Perkembangan Idea Secara Logik Koheren 1. Dalam penulisan yang koheren. idea-idea dieskpresi/ dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik, serta disokong dengan bukti dan contoh. 2. Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis dalam menulis artikel itu. 30

Perkembangan Idea Secara Logik Kohesi 1. Dalam penulisan yang kohesif, terdapat kesinambungan idea di

Perkembangan Idea Secara Logik Kohesi 1. Dalam penulisan yang kohesif, terdapat kesinambungan idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea lain secara mantap pada: • Tahap ayat • Tahap perenggan • Tahap keseluruhan teks 31

Perkembangan Idea Secara Logik Kohesi 2. Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut: • berbagai-bagai

Perkembangan Idea Secara Logik Kohesi 2. Ciri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut: • berbagai-bagai struktur ayat • menggunakan tanda baca dengan betul • perenggan dibina dengan baik • penggunaan kata-kata kesinambungan dengan berkesan • peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagian-bahagian lain adalah licin. 32

Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan 1. Jelaskan SEMUA terminologi yang tidak difahami atau diketahui

Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan 1. Jelaskan SEMUA terminologi yang tidak difahami atau diketahui oleh pembaca. 2. Selalu menulis nama penuh pada kali pertama, tidak kira nama singkatan adalah terkenal atau patut diketahui oleh pembaca. 3. Kata singkatan standard bagi kata nama khas boleh digunakan dalam penulisan akademik. Untuk rujukan pertama, istilah penuh harus digunakan dalam teks dengan kata singkatan yang diletak dalam kurungan. 33

Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan Selepas ini kata singkatan boleh digunakan dalam seluruh teks.

Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan Selepas ini kata singkatan boleh digunakan dalam seluruh teks. Walau bagaimanapun, kata singkatan tidak boleh digunakan dalam abstrak atau dalam tajuk. Where the patient exhibits these symptoms it is appropriate for the doctor to request an electrocardiagram (ECG). An ECG may help to establish… Adapted from Peat, J et al, (2002) Scientific writing, London: BMJ. 34

Kata singkatan kependekan perkataan yang tidak dibenarkan Kata Singkatan Bentuk Penuh Kependekan Perkataan mau

Kata singkatan kependekan perkataan yang tidak dibenarkan Kata Singkatan Bentuk Penuh Kependekan Perkataan mau mahu dlm dalam dgn dengan dr dari drp daripada dll dan lain-lain kpd kepada pd pada sbg sebagai spt seperti yg yang 35

Langkah-langkah Dalam Penulisan 1. Pemilihan masalah / topik penulisan 2. Mengumpul maklumat atau data

Langkah-langkah Dalam Penulisan 1. Pemilihan masalah / topik penulisan 2. Mengumpul maklumat atau data untuk penulisan 3. Menyusun / mengorganisasi data untuk menghasilkan penulisan yang baik 4. Meneliti hasil penulisan dengan membuat penambahbaikan 5. Menyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan teknikal

Sekian Terima Kasih

Sekian Terima Kasih

Penghargaan Zairinah Mohd Shukur Jabatan PIPK IPG Kampus Raja Melewar Norhayati Ayit Jabatan PM

Penghargaan Zairinah Mohd Shukur Jabatan PIPK IPG Kampus Raja Melewar Norhayati Ayit Jabatan PM IPG Kampus Pulau Pinang Nurulhidayah Lucy Bt Abdullah Jabatan PIPK IPG Kampus Perlis Sajap Maswan Jabatan PIPK IPG Kampus Tuanku Bainun