Penanda Wacana Penggunaanya dalam sesebuah wacana Bahasa Melayu
Penanda Wacana Penggunaanya dalam sesebuah wacana Bahasa Melayu
AYAT DAN WACANA 1) Setiap bahasa mempunyai ayat yang tidak terhad bilangannya dan sejumlah ayat tertentu membawa hanya satu tumpuan makna. 2) Tumpuan makna ini membentuk satu fokus pemikiran yang dalam tatabahasa disebut wacana. 3) Wacana ialah unit tatabahasa yang melebihi batas ayat. 4) Wacana boleh terdiri daripada: a) Ayat b) Sejumlah ayat c) Ceraian d) Dialog e) Bab f) Buku g) Siri Buku
HIERARKI TATABAHASA Wacana Ayat Klausa Frasa Perkataan
CIRI UTAMA WACANA Ciri-ciri utama wacana: a)Kohesi (tautan) Ciri wacana yang membawa keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Contoh: Ali dan adiknya pulang ke kampung untuk berhari raya. Mereka pergi ke sana untuk berhari raya
CIRI UTAMA WACANA b)Koheren (runtutan) Kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna. Contoh: “Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh dunia Barat. Oleh demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris. Namun begitu, teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh dunia, ke alam bahasa Ingeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain menjadi selari dengan bahasa Inggeris. (Keempat-empat ayat dalam perenggan di atas menjadi koheren dan bermakna)
PENANDA WACANA • Penanda wacana digunakan – wujud kesinambungan antara ayat dengan frasa. PENANDA PENGHUBUNG PENANDA ELIPSIS / PENGGUGURAN PENANDA LEKSIKAL PENANDA RUJUKAN PENANDA WACANA PENANDA PENGGANTIAN
1) PENANDA PENGHUBUNG • Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. • Penanda penghubung ini dapat dikategorikan kepada empat jenis, iaitu: a) Penghubung tambahan b) Penghubung tentangan c) Penghubung musabab d) Penghubung tempoh
JENIS PENANDA PENGHUBUNG Penghubung tambahan Penghubung tentangan Penghubung musabab Penghubung tempoh MAKSUD DAN CONTOH • Penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. (dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, dan selanjutnya) • Penghubung yang nenunjukkan pertentangan maklumat antara suatu yang baru diperkatakan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama. (tetapi, sebaliknya, namun begitu, dan walau bagaimanapun) • Penanda wacana yang merupakan sebab berlakunya sesuatu. (kerana, oleh sebab, oleh itu, oleh yang demikian, dengan itu, dan maka itu) • Penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. (pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka dan akhirnya)
2) PENANDA RUJUKAN • Penanda rujukan ialah kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan dan frasa yang lain. • Kata ganti nama rujukan terdiri daripada kata ganti nama diri orang (pertama, kedua, dan ketiga) contoh: saya, mereka, kita, dia, kalian, beliau dan sebagainya. • Selain itu, kata ganti nama tunjuk juga merupakan kata ganti nama rujukan. ( ini, itu, sana, sini, situ) Contoh ayat: 1)Ayah, ibu, dan saya bertolak ke Jakarta pada pukul 9. 30 pagi. Kami berlepas dari lapangan terbang KLIA. 2)Encik Ali bekerja di pejabat pos. Beliau bekerja di situ sejak dua tahun lalu.
3) PENANDA PENGGANTIAN • Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama. • Penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa. • Contoh dalam ayat: 1)Penagihan dadah merupakan satu masalah besar di negara kita. Kerajaan sedang menyusun langkah untuk membanteras gejala ini. (frasa nama) 2) Ayah tidak menggalakkan Ali terlalu kerap menonton televisyen. Mengikut ayah, melakukan perbuatan itu tidak membawa manfat. (frasa kerja)
4) PENANDA LEKSIKAL • Penanda rujukan melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. • Unsur pengulangan terdiri daripada: i) Pengulangan kata yang sama ii)Pengulangan perkataan yang sama makna (sinonim) iii)Pengulangan yang melibatkan perkataan yang umum maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim) iv)Pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi)
CONTOH: a)Pengulangan perkataan yang sama Guru mengucapkan tahniah kepada Ali atas kejayaannya. Kami juga turut mengucapkan tahniah. b)Pengulangan sinonim Sungguh cantik pemandangan di kawasan itu. Semua orang bersetuju bahawa tempat itu sungguh indah. c)Pengulangan hiponim Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. d)Pengulangan kolokasi Abang suka menonton permainan bola sepak. Babak yang paling digemarinya ialah apabila berlaku tendangan percuma dan tendangan sudut.
5. PENANDA ELIPSIS ATAU PENGGUGURAN • Elipsis melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Contohnya: 1)Minggu lalu Kak Esah dan keluarganya berkelah di Port Dickson. Demikian juga keluarga kami. 2)Pagi tadi pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri menghadiri satu taklimat khas. Kami juga turut sama.
SEKIAN, TERIMA KASIH
- Slides: 14