GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 7 Struktur dalam























- Slides: 23

GWP 1092 WACANA PENULISAN Topik 7 Struktur dalam Penulisan Pensyarah: Dr. Sajap Maswan Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesinalisme Keguruan IPG Kampus Tuanku Bainun

Kandungan Perbincangan 1. Struktur/binaan dalam penulisan 2. Pemerenggan yang berkesan 3. Penanda Wacana: § Penggunaan penunjuk arah (sign posts) § Kata kesinambungan ayat

Apakah struktur atau binaan dalam sesebuah esei?

Maksud struktur/binaan dalam penulisan Struktur binaan dalam esei/karangan Menurut Awang Sariyan (1992), pada dasarnya binaan karangan yang lengkap harus terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu pendahuluan, badan karangan, dan penutup.

Maksud struktur/binaan dalam penulisan Struktur binaan dalam esei/karangan 1. Pada bahagian Pendahuluan atau Pengenalan perlu memuatkan definisi atau huraian ringkas tentang keseluruhan isi karangan atau tema karangan.

Maksud struktur/binaan dalam penulisan Struktur binaan dalam esei/karangan 2. Badan karangan menjadi wadah untuk memuatkan isi-isi penting yang mendukung atau menunjangi tema atau persoalan pokok dalam karangan.

Maksud struktur/binaan dalam penulisan Struktur binaan dalam esei/karangan 3. Bahagian penutup pula biasanya berfungsi untuk mengukuhkan atau merumuskan apa-apa yang telah dibincangkan dalam badan karangan.

Bagaimanakah pemerengganan yang baik di dalam sesebuah esei?

Pemerenggan yang berkesan 1. Sesuatu wacana yang utuh dan berkesan dapat dilihat dari segi kesatuan perenggan. 2. Unit asas perenggan ialah ayat. 3. Untuk mewujudkan kesatuan, setiap perenggan mestilah mengandungi ayat yang berkaitan, iaitu yang menyentuh tema atau ayat judul (topik).

Pemerenggan yang berkesan 4. Untuk membolehkan perenggan berfungsi seperti yang dikehendaki, sesuatu perenggan itu mestilah jelas dan berstruktur. 5. Komponen utama yang diperlukan dalam pembinaan sesuatu perenggan ialah ayat topik dan pengembangannya.

Pemerenggan yang berkesan 6. Ayat judul biasanya mengandungi idea atau fakta terpenting dalam sesuatu perenggan, dan idea itu merupakan perkara yang difokuskan. 7. Untuk memperjelas maklumat atau gagasan yang terkandung dalam ayat judul, pengembangan perlu dilakukan, sama ada dalam bentuk huraian lanjut, bahasan perbincangan, data atau contoh.

Pemerenggan yang berkesan 8. Perenggan harus tidak terlalu panjang untuk mengurangkan keletihan mata, tetapi ia juga tidak boleh terlalu pendek. 9. Kumpulkan perkara-perkara dan ayat-ayat yang serupa supaya memudahkan pembacaan. Perenggan yang panjang biasanya boleh dibahagikan menjadi dua atau lebih perenggan.

Ciri-ciri penulisan yang baik Menurut Ismail Ahmad (1992), Antara ciri-ciri penulisan yang baik ialah: • Jelas dan terbaca (keterbacaan) • Koherens • Mudah dan langsung • Ringkas dan padat • kepelbagaian

Ciri-ciri penulisan yang baik Henry Guntur Tarigan (1985) pula merumuskan ciri tulisan yang baik ialah: 1. Mengambarkan kemampuan penulis menggunakan nada yang sesuai. 2. Menggambarkan kemampuan penulis menyusun bahan menjadi satu keseluruhan atau wacana yang utuh.

Ciri-ciri penulisan yang baik Henry Guntur Tarigan (1985) pula merumuskan ciri tulisan yang baik ialah: 1. Mengambarkan kemampuan penulis menggunakan nada yang sesuai. 2. Menggambarkan kemampuan penulis menyusun bahan menjadi satu keseluruhan atau wacana yang utuh.

Ciri-ciri penulisan yang baik Henry Guntur Tarigan (1985) pula merumuskan ciri tulisan yang baik ialah: 3. Menerminkan kemampuan penulis untuk menulis dengan jelas, dapat memanfaatkan struktur kalimat, bahasa, dan contoh yang sesuai. 4. Mencerminkan kemampuan penulis untuk menulis secara yang meyakinkan.

Ciri-ciri penulisan yang baik Selain itu, tulisan yang baik haruslah: 1. Jujur – tidak memalsukan idea. 2. Jelas – tidak mengelirukan atau membingungkan. 3. Singkat – tidak membuang masa pembaca. 4. Mewujudkan variasi – ayat atau kalimat

Apakah kepentingan penanda wacana di dalam sesebuah teks atau esei?

Penanda Wacana § Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis. § Penanda wacana amat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.

Penanda Wacana § Penanda wacana juga merupakan unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koheran antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Contoh penanda wacana: § Seterusnya § begitu juga § di samping itu

Penanda Wacana § CATATAN: Maklumat lanjut tentang penanda wacana telah dibincangkan di dalam Topik 3 yang lalu

Sumber Rujukan Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam Jurnal Dewan Bahasa 24: 3, hal. 11 -25 dan 24: 4, hal. 9 -25. Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana. Kuala Lumpur: DBP. Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5 Januari 2014]. Boleh didapati: http: //gurubahasamelayu. blogspot. com/2009/07/ wacana-bahasa-melayu. html

Terima Kasih
Laporan gwp
Ciri ciri penulisan ilmiah
5 penanda wacana
Hubungan wacana dari aspek fonologi
Ciri-ciri wacana gwp1092
Nota gwp 1092
Gwp 1092
Contoh tema topik dan judul tentang pendidikan
Perhatikan topik
Sehubungan dengan itu sinonim
Wacana eksposisi yaiku wacana kang nyritakake ....
Kohesi adalah
Manfaat kerangka dalam penyusunan karya ilmiah
Persamaan penulisan ilmiah dan penulisan kreatif
Pola penulisan artikel
Pertimbangan dalam memilih topik penelitian
Jelaskan yang dimaksud struktur batin puisi
Novec 1230 gwp
Gwp 500
Iwrm toolbox
Harta intelek gwp
R466a pressure temperature chart
Struktur penulisan airdam
Struktur pembahasan filsafat