KONSUMERISME Pengguna dan Konsumerisme Konsep Pengguna 1 Pengguna

  • Slides: 56
Download presentation
KONSUMERISME

KONSUMERISME

Pengguna dan Konsumerisme Konsep Pengguna 1. Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barang,

Pengguna dan Konsumerisme Konsep Pengguna 1. Pengguna atau konsumer ialah individu yang menggunakan barang, perkhidmatan, dan sumber alam semula jadi untuk memenuhi keperluan dan kehendak diri.

2. Setiap individu menjadi pengguna sepanjang hidupnya kerana menggunakan segala yang ada dalam ini.

2. Setiap individu menjadi pengguna sepanjang hidupnya kerana menggunakan segala yang ada dalam ini. 3. Pengguna menggunakan wang sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan.

4. Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna mestilah membuat pilihan yang bijak semasa

4. Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna mestilah membuat pilihan yang bijak semasa membeli barangan supaya kepuasan dapat dimaksimumkan.

Konsep Konsumerisme 1. Konsumerisme atau kepenggunaan bermaksud segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai

Konsep Konsumerisme 1. Konsumerisme atau kepenggunaan bermaksud segala kegiatan yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna. 2. Konsumerisme bertujuan untuk membela kepentingan pengguna terhadap manipulasi dan penindasan daripada pihak peniaga.

3. Konsumerisme mewujudkan keadaan seimbang bagi pasaran barang dan perkhidmatan dengan a) Memastikan harga

3. Konsumerisme mewujudkan keadaan seimbang bagi pasaran barang dan perkhidmatan dengan a) Memastikan harga yang berpatutan b) Keluaran yang selamat dan tahan lama. c) Penerangan yang lengkap dan jujur. d) Kebebasan memilih dan mendapat ganti rugi.

Hak dan Tanggungjawab Pengguna 1. Setiap individu yang mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna dapat

Hak dan Tanggungjawab Pengguna 1. Setiap individu yang mengetahui hak-hak mereka sebagai pengguna dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atau teraniaya. 2. Pengguna yang bertanggungjawab dapat bertindak dengan bijaksana ketika membeli barang tanpa dipengaruhi oleh muslihat pengeluar.

Hak-hak pengguna Terdapat lapan hak pengguna yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesatuan Pengguna Sedunia, iaitu:

Hak-hak pengguna Terdapat lapan hak pengguna yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesatuan Pengguna Sedunia, iaitu: a) Hak mendapat keperluan asas b) Hak mendapat perlindungan c) Hak mendapatkan maklumat d) Hak membuat pilihan e) Hak bersuara

f) Hak mendapat ganti rugi g) Hak mendapat pendidikan pengguna h) Hak menikmati alam

f) Hak mendapat ganti rugi g) Hak mendapat pendidikan pengguna h) Hak menikmati alam sekitar yang bersih dan sihat.

Tanggungjawab pengguna 1. Pengguna bertanggungjawab pada diri sendiri dan masyarakat apabila membeli barang dan

Tanggungjawab pengguna 1. Pengguna bertanggungjawab pada diri sendiri dan masyarakat apabila membeli barang dan perkhidmatan. 2. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan demi menjamin kehidupan yang sejahtera.

Tanggungjawab terhadap diri 1. Membeli secara rasional dan bijak a) Pengguna mesti bertindak secara

Tanggungjawab terhadap diri 1. Membeli secara rasional dan bijak a) Pengguna mesti bertindak secara rasional dan bijak ketika membeli barang. b) Perbandingan harga dan kualiti barang perlu dilakukan sebelum membeli-belah. c) Barangan penting perlu diutamakan dan barangan tidak penting boleh ditangguhkan.

d) Pengguna perlu mengelakkan daripada membeli barang-barang semata-mata terpengaruh dengan iklan atau iri hati

d) Pengguna perlu mengelakkan daripada membeli barang-barang semata-mata terpengaruh dengan iklan atau iri hati terhadap jiran. e) Pengguna perlu mendapatkan maklumat dahulu tentang barang yang hendak dibelinya.

2. Membuat belanjawan peribadi a) Belanjawan peribadi adalah satu rancangan perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan

2. Membuat belanjawan peribadi a) Belanjawan peribadi adalah satu rancangan perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan yang diperoleh. b) Belanajwan peribadi dapat membantu pengguna untuk mengendalikan kewangan dengan teratur dan mengamalkan tabiat berbelanja secara rasional. c) Perancangan belanjawan dapat mengelakkan pengguna daripad berbelanja melebihi pendapatannya dan mengelakkan pembaziran berlaku.

d) Wang yang tidak dibelanjakan boleh disimpan untuk kegunaan masa depan atau masa kecemasan.

d) Wang yang tidak dibelanjakan boleh disimpan untuk kegunaan masa depan atau masa kecemasan.

3. Penglibatan dan Tindakan a) Para pengguna harus melibatkan diri dan bertindak secara proaktif

3. Penglibatan dan Tindakan a) Para pengguna harus melibatkan diri dan bertindak secara proaktif dalam segala usaha atau kegiatan sosial yang memelihara kepentingan pengguna. b) Penglibatan pengguna dalam kegiatan sosial anjuran pertubuhan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan akan membantu memperjuangkan sesuatu isu, menyelesaikan sesuatu masalah, dan memelihara hak –hak pengguna.

c) Pengguna juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menentukan hak-hak pengguna terpelihara. d)

c) Pengguna juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menentukan hak-hak pengguna terpelihara. d) Pengguna harus bertindak tegas sekiranya hak mereka tidak dilayani secara adil dalam sesuatu urus niaga jual beli. e) Tindakan yang diambil haruslah berdasarkan penyelidikan dan pengetahuan yang sempurna.

4. Kesedaran mengkritik a) Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyuarakan pendapat atau membuat kritikan

4. Kesedaran mengkritik a) Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyuarakan pendapat atau membuat kritikan jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna. b) Pengguna harus memberitahu atau menyampaikan ketidakpuasan mereka kepada pengeluar atau penjual jika barangan yang diperoleh tidak bermutu atau dalam keadaan tidak sempurna.

c) Kesedaran ini dapat membantu pengguna memperoleh barangan yang sempurna.

c) Kesedaran ini dapat membantu pengguna memperoleh barangan yang sempurna.

Tanggungjawab terhadap Masyarakat 1. Bersatu padu dan bekerjasama. a) Pengguna haruslah bersatu padu dan

Tanggungjawab terhadap Masyarakat 1. Bersatu padu dan bekerjasama. a) Pengguna haruslah bersatu padu dan bekerjasama untuk mewujudkan kekuatan demi menjaga kepentingan bersama. b) Pengguna haruslah sedar bahawa tindakan secara individu adalah kurang berkesan berbanding dengan tindakan secara kumpulan.

c) Menyertai persatuan pengguna merupakan satu tindakan yang bijak untuk mengatasi masalah berkenaan dengan

c) Menyertai persatuan pengguna merupakan satu tindakan yang bijak untuk mengatasi masalah berkenaan dengan kepenggunaan.

Tanggungjawab Sosial a) Pengguna harus menjaga kepentingan golongan lain semasa membuat sesuatu tindakan. b)

Tanggungjawab Sosial a) Pengguna harus menjaga kepentingan golongan lain semasa membuat sesuatu tindakan. b) Pengguna harus bertimbang rasa dan bertindak dengan rasa penuh tanggungjawab sosial terhadap semua ahli dalam masyarakat. c) Pengguna harus memastikan tingkah laku atau perbuatan mereka tidak menimbulkan kesulitan kepada golongan tertentu.

3. Menjaga alam semula jadi a) Alam sekitar perlu dijaga supaya masyarakat dapat hidup

3. Menjaga alam semula jadi a) Alam sekitar perlu dijaga supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang bersih, indah dan sihat. b) Pengguna harus sedar bahawa pemeliharaan alam sekitar dapat menjamin kehidupan yang sejahtera untuk masyarakat sekarang dan generasi akan datang. c) Pengguna perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk memastikan bahawa alam sekitar adalah sentiasa bersih dan tidak dicemari.

4. Tanggungjawab pengguna dapat diringkaskan dalam rajah di bawah Tanggungjawab pengguna Diri Masyarakat •

4. Tanggungjawab pengguna dapat diringkaskan dalam rajah di bawah Tanggungjawab pengguna Diri Masyarakat • Membeli secara rasional dan bijak • Membuat belanjawan peribadi. • Penglibatan diri dan tindakan • Kesedaran mengkritik • Bersatu padu dan bekerjasama • Tanggungjawab sosial • Menjaga alam semula jadi.

Latihan Antara berikut, yang manakah tanggungjawab pengguna terhadap masyarakat? I Menjaga alam sekitar II

Latihan Antara berikut, yang manakah tanggungjawab pengguna terhadap masyarakat? I Menjaga alam sekitar II Tanggungjawab sosial III Bersatu padu dan bekerjasama IV Menyediakan belanjawan peribadi

Jawapan A. IV adalah tanggungjawab pengguna terhadap diri sendiri.

Jawapan A. IV adalah tanggungjawab pengguna terhadap diri sendiri.

Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak sebagai Pengguna 1. Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu

Tujuan dan Kepentingan Menjaga Hak sebagai Pengguna 1. Menjadi pengguna yang tidak mudah ditipu a) Pengguna yang mengetahui hak-haknya akan menjadi pengguna yang lebih bijak dan tidak mudah ditipu. b) Mereka akan membeli barang mengikut keutamaan dan merancang perbelanjaannya. Mereka juga tidak mudah terpedaya dengan iklan pengeluar dan tawaran istimewa peniaga.

2. Tidak berlaku penyelewengan oleh peniaga. a) Pengeluar atau peniaga tidak berani melakukan penyelewengan

2. Tidak berlaku penyelewengan oleh peniaga. a) Pengeluar atau peniaga tidak berani melakukan penyelewengan apabila pengguna tahu akan hak-hak mereka. b) Amalan-amalan perniagaan yang tidak bermoral seperti menjual barang tiruan, barang-barang dicampur dengan bahan yang murah, dan sebagainya akan dikurangkan.

3. Menjadi individu yang bermaklumat a) Pengguna yang mempunyai pengetahuan dan bermaklumat tentang kepenggunaan

3. Menjadi individu yang bermaklumat a) Pengguna yang mempunyai pengetahuan dan bermaklumat tentang kepenggunaan adalah pengguna yang biasanya lebih rasional dan lebih bijak. b) Pendidikan kepenggunaan akan membuat seseorang pengguna berpengetahuan dan bermaklumat.

4. Menjadi ahli masyarakat yang bersatu padu dan berwibawa. a) Setiap individu yang tahu

4. Menjadi ahli masyarakat yang bersatu padu dan berwibawa. a) Setiap individu yang tahu kepentingannya sebagai pengguna akan juga menjadi ahli masyarakat yang bertanggungjawab. b) Mereka akan bertindak secara bersama untuk kepentingan bersama, misalnya mereka akan bersatu padu dan menolong antara satu sama lain dalam menangani masalah.

Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna 1. Menjual pada harga yang berpatutuan a) Pengeluar harus meletakkan

Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna 1. Menjual pada harga yang berpatutuan a) Pengeluar harus meletakkan harga yang berpatutan. Harga barang tidak diletakkan terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna. b) Pengeluar mestilah memastikan bahawa ejen -ejen jualannya tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada yang dipersetujui.

c) Pengeluar juga perlu mematuhi undang dan akta-akta yang digubal oleh kerajaan seperti meletakkan

c) Pengeluar juga perlu mematuhi undang dan akta-akta yang digubal oleh kerajaan seperti meletakkan tanda harga dan menjual barangan tidak melebihi harga kawalan.

2. Menjual pada kuantiti yang tepat a) Pengeluar mesti memastikan timbangan, sukatan, dan ukuran

2. Menjual pada kuantiti yang tepat a) Pengeluar mesti memastikan timbangan, sukatan, dan ukuran bagi barang-barang yang dijual adalah tepat. b) Pengeluar mestilah menggunakan alat timbangan yang disahkan oleh kerajaan supaya timbangan dan sukatan adalah tepat.

3. Menjual produk yang berkualiti a) Pengeluar harus memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan

3. Menjual produk yang berkualiti a) Pengeluar harus memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan atau yang diberi adalah berkualiti. b) Pengeluar perlu sedar bahawa barang yang berkualiti akan memberi keyakinan kepada pengguna dan menjamin keuntungan yang lumayan kepada pengeluar.

4. Memastikan produk yang dikeluarkan selamat digunakan a) Barang-barang yang dikeluarkan mestilah selamat digunakan

4. Memastikan produk yang dikeluarkan selamat digunakan a) Barang-barang yang dikeluarkan mestilah selamat digunakan serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna. b) Semua produk mest menepati piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melindungi kepentingan pengguna. c) Barang-barang yang sudah luput tarikh perlu dihapuskan supaya tidak digunakan.

5. Memberi maklumat barangan yang lengkap dan tepat a) Pengeluar harus memastikan kesemua maklumat

5. Memberi maklumat barangan yang lengkap dan tepat a) Pengeluar harus memastikan kesemua maklumat barangan adalah tepat dan lengkap. b) Semua pembungkusan perlu mengikut syarat -syarat yang ditetapkan dengan mengandungi semua maklumat seperti kandungan bahan, cara penggunaan, cara simpanan, harga, tarikh luput, dan sebagainya.

6. Memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar a) Pengeluar perlu mengawal kebersihan

6. Memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar a) Pengeluar perlu mengawal kebersihan alam sekitar dan kesihatan pengguna semasa proses pengeluaran produk. b) Pengeluar harus memilih cara pengeluaran yang mesra alam dan berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk pembuangan sisanya.

Tanggungjawab Pengeluar kepada pengguna Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna Harga berpatutan Kuantiti tepat Produk berkualiti

Tanggungjawab Pengeluar kepada pengguna Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna Harga berpatutan Kuantiti tepat Produk berkualiti Selamat digunakan Maklumat tepat Mesra alam

1. Menjual pada harga yang berpatutan a) Pengeluar harus meletakkan harga yang berpatutan. Harga

1. Menjual pada harga yang berpatutan a) Pengeluar harus meletakkan harga yang berpatutan. Harga barang tidak boleh diletakkan terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna. b) Pengeluar mesti memastikan bahawa ejen jualannya tidak mengenakan harga yang lebih tinggi daripada yang dipersetujui.

c) Pengeluar juga perlu mematuhi undang dan akta-akta yang digubal oleh kerajaan seperti meletakkan

c) Pengeluar juga perlu mematuhi undang dan akta-akta yang digubal oleh kerajaan seperti meletakkan tanda harga dan menjual barangan tidak melebihi harga kawalan.

2. Menjual pada kuantiti yang tepat a) Pengeluar mesti memastikan timbangan, sukatan dan ukuran

2. Menjual pada kuantiti yang tepat a) Pengeluar mesti memastikan timbangan, sukatan dan ukuran bagi barang-barang yang dijual adalah tepat. b) Pengeluar mesti menggunakan alat timbangan yang disahkan oleh kerajaan supaya timbangan dan sukatan adalah tepat.

3. Menjual produk yang berkualiti a) Pengeluar harus memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan

3. Menjual produk yang berkualiti a) Pengeluar harus memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan atau yang diberi adalah berkualiti. b) Pengeluar perlu sedar bahawa barang yang berkualiti akan memberi keyakinan kepada pengguna dan menjamin keuntungan yang lumayan kepada pengeluar.

4. Memastikan produk yang dikeluarkan selamat digunakan a) Barang-barang yang dikeluarkan mestilah selamat digunakan

4. Memastikan produk yang dikeluarkan selamat digunakan a) Barang-barang yang dikeluarkan mestilah selamat digunakan serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan pengguna. b) Semua produk mesti menepati piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melindungi kepentingan pengguna. c) Barang-barang yang sudah luput tarikh perlu dihapuskan supaya tidak digunakan.

5. Memberi maklumat barangan yang lengkap dan tepat. a) Pengeluar harus memastikan kesemua maklumat

5. Memberi maklumat barangan yang lengkap dan tepat. a) Pengeluar harus memastikan kesemua maklumat barangan adalah tepat dan lengkap. b) Semua pembungkusan perlu mengikut syarat -syarat yang ditetapkan dengan mengandungi semua maklumat seperti kandungan bahan, cara penggunaan, cara simpanan, harga, tarikh luput, dan sebagainya.

6. Memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan alam sekitar a) Pengeluar perlu mengawal kebersihan alam

6. Memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan alam sekitar a) Pengeluar perlu mengawal kebersihan alam sekitar dan kesihatan pengguna semasa proses pengeluaran produk. b) Pengeluar harus memilih cara pengeluaran yang mesra alam dan berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik untuk pembuangan sisanya.

Bentuk-bentuk Penyelewengan Pengeluar 1. Harga barang tinggi dan tidak stabil a) Menjual barang-barang pada

Bentuk-bentuk Penyelewengan Pengeluar 1. Harga barang tinggi dan tidak stabil a) Menjual barang-barang pada harga yang mahal demi mengaut keuntungan yang lebih tinggi. b) Pengeluar sering mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati terutamanya pada musim-musim perayaan. c) Harga barang juga dinaikkan sewenangnya apabila kos bahan mentah meningkat.

2. Mutu barangan rendah a) Menjual barang-barang yang tidak berkualiti, cacat, dan tidak sempurna

2. Mutu barangan rendah a) Menjual barang-barang yang tidak berkualiti, cacat, dan tidak sempurna untuk kegunaan. b) Pengeluar mengeluarkan produk yang berkualiti rendah dengan menggunakan bahan mentah yang tidak berkualiti dalam pengeluarannya. c) Misalnya pemaju perumahan menggunakan bahan yang murah tetapi menjual rumah dengan harga yang tinggi.

3. Barangan tidak selamat digunakan a) Menjual barang-barang yang boleh membahayakan pengguna seperti menjual

3. Barangan tidak selamat digunakan a) Menjual barang-barang yang boleh membahayakan pengguna seperti menjual alatan elektrik yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan. b) Terdapat juga pengeluar yang mengeluarkan barang yang boleh mengancam kesihatan pengguna seperti menggunakan bahan aditif yang dilarang oleh kerajaan dalam makanan.

4. Timbangan dan sukatan tidak betul. a) Barang-barang yang dijual tidak mengikut timbangan, sukatan,

4. Timbangan dan sukatan tidak betul. a) Barang-barang yang dijual tidak mengikut timbangan, sukatan, dan ukuran yang betul. b) Pengeluar sering menggunakan alat timbang yang telah diubahsuai dan memberi berat barang yang kurang dari sepatutnya untuk mendapatkan untung yang lebih.

5. Menyorokkan barang a) Menyorokkan barang-barang untuk membuatkan keadaan kekurangan bekalan dalam pasaran. b)

5. Menyorokkan barang a) Menyorokkan barang-barang untuk membuatkan keadaan kekurangan bekalan dalam pasaran. b) Barang yang mengalami kekurangan akan meningkatkan harganya kerana permintaan melebihi penawaran.

Maklumat yang mengelirukan a) Membuat dakwaan pengiklanan yang palsu dan mengelirukan. Pengeluar sering memberikan

Maklumat yang mengelirukan a) Membuat dakwaan pengiklanan yang palsu dan mengelirukan. Pengeluar sering memberikan maklumat yang tidak lengkap, tidak tepat, dan mengelirukan sehingga pengguna tertipu. b) Misalnya iklan kosmetik yang mendakwa penggunanya dapat menjadi pengguna lebih cantik dan muda dalam masa yang singkat.

Mutu rendah Harga Tinggi Maklumat mengelirukan Bentuk Penyelewengan pengeluar Menyorokkan barang Tidak selamat Timbang/sukatan

Mutu rendah Harga Tinggi Maklumat mengelirukan Bentuk Penyelewengan pengeluar Menyorokkan barang Tidak selamat Timbang/sukatan tidak betul

Cara membuat Aduan 1. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat aduan: a) Mengenal pasti masalah

Cara membuat Aduan 1. Berikut adalah langkah-langkah dalam membuat aduan: a) Mengenal pasti masalah seperti penipuan, penindasan, dan sebagainya yang disebabkan oleh peniaga. b) Mengetahui hak-hak sebagai pengguna dan tindakan yang boleh diambil.

c) Mendapatkan bukti belian barang seperti resit. d) Menghubungi penjual atau bahagian yang berkenaan.

c) Mendapatkan bukti belian barang seperti resit. d) Menghubungi penjual atau bahagian yang berkenaan. e) Tindakan diambil oleh pihak peniaga dengan menggantikan barang tersebut, memperbaikinya, atau membayar ganti rugi. f) Sekiranya tindakan tidak diambil, pengguna patut menghubungi Persatuan Pengguna atau badan kerajaan yang akan dapat membantunya.

g) Tindakan akhir jika tiada penyelesaian ialah mengambil tindakan undang-undang. 2. Aduan boleh dibuat

g) Tindakan akhir jika tiada penyelesaian ialah mengambil tindakan undang-undang. 2. Aduan boleh dibuat dalam bentuk lisan (secara terus ) atau bertulis.

3. Aduan secara terus a) Pengguna membawa barang dan resit ke kedai peniaga untuk

3. Aduan secara terus a) Pengguna membawa barang dan resit ke kedai peniaga untuk berunding, mendapatkan penjelasan, ganti rugi/pampasan daripada peniaga. b) Sekiranya aduan tidak dilayan oleh peniaga, pengguna boleh membuat aduan bertulis kepada pihak penguat kuasa atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

4. Aduan Bertulis a) Pengguna menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan pembelian dalam fail.

4. Aduan Bertulis a) Pengguna menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan pembelian dalam fail. b) Mendapatkan segala bukti yang kukuh berkaitan dengan masalah yang dihadapi. c) Rujuk akta dan undang-undang yang berkaitan. d) Tulis surat aduan secara ringkas dan jelas serta lampirkan segala dokumen sokongan untuk rujukan. e) Catatkan mengikut kronologi dan buat tindakan susunan.