REV 00 00 REV PRINSIP EKONOMI DSE 0063

  • Slides: 38
Download presentation
REV 00 00 REV PRINSIP EKONOMI DSE 0063 PRINSIP EKONOMI 1

REV 00 00 REV PRINSIP EKONOMI DSE 0063 PRINSIP EKONOMI 1

REV 00 BAB 1: PENGENALAN MIKROEKONOMI a) Definisi : ‘’ Satu ilmu yang mengkaji

REV 00 BAB 1: PENGENALAN MIKROEKONOMI a) Definisi : ‘’ Satu ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia secara individu dan secara berkelompok menggunakan sumber ekonomi atau faktor-faktor pengeluaran yang terhad untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas”. 2

REV 00 Masalah 1) Wujud akibat daripada 2 perkara: Kehendak Manusia Yang Tidak Terhad

REV 00 Masalah 1) Wujud akibat daripada 2 perkara: Kehendak Manusia Yang Tidak Terhad Kehendak merujuk kepada keinginan individu untuk mendapatkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan. Individu tidak terasa puas dengan apa yang diperoleh. Apabila kehendak sesuatu barang dipenuhi, maka wujudlah kehendak yang baru. Kehendak yang tidak terhad akan memaksa individu membuat pilihan tidak kira sama ada individu itu kaya atau miskin. 3

REV 00 1) Sumber Ekonomi Yang Terhad Dalam ilmu ekonomi, sumber ekonomi (input pengeluaran)

REV 00 1) Sumber Ekonomi Yang Terhad Dalam ilmu ekonomi, sumber ekonomi (input pengeluaran) adalah terhad. Sumber ekonomi tidak cukup untuk mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh manusia. 4

REV 00 Sumber-Sumber Ekonomi a) b) c) d) Digolongkan kepada 4 kategori yang besar

REV 00 Sumber-Sumber Ekonomi a) b) c) d) Digolongkan kepada 4 kategori yang besar iaitu: Buruh (sumber manusia) Tanah Modal Usahawan 5

REV 00 Buruh 1) 2) Merupakan individu yang memberi sumbangan dari segi tenaga fizikal

REV 00 Buruh 1) 2) Merupakan individu yang memberi sumbangan dari segi tenaga fizikal dan mental yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Boleh dibahagikan kepada dua kategori: Buruh mahir – buruh yang menjalani latihan ikhtisas dan berpendidikan tinggi (peguam, jurutera dan akauntan) Buruh tidak mahir – buruh yang tidak berpendidikan tinggi (petani, pekerja ladang dan buruh kasar) 6

REV 00 Tanah Merujuk kepada semua sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh alam atau

REV 00 Tanah Merujuk kepada semua sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh alam atau Tuhan yang boleh membantu dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan. Merangkumi sumber-sumber seperti udara, air, hutan, galian di bawah tanah. 7

REV 00 Modal Merupakan sumber yang diciptakan oleh manusia dan digunakan selanjutnya dalam proses

REV 00 Modal Merupakan sumber yang diciptakan oleh manusia dan digunakan selanjutnya dalam proses pengeluaran. Contoh modal ialah jentera, peralatan, kilang, lori, kelengkapan pengangkutan dan perhubungan yang membantu dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan. 8

REV 00 Usahawan Merupakan individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang lain seperti buruh, modal

REV 00 Usahawan Merupakan individu yang menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang lain seperti buruh, modal dan tanah untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Melakukan inovasi iaitu dengan memperkenalkan barang baru dan teknik pengeluaran baru yang lebih cekap serta bentuk organisasi perniagaan yang baru. Berperanan sebagai penanggung risiko kerana setiap keputusan perniagaan akan membabitkan keuntungan atau kerugian. 9

REV 00 Masalah Ekonomi a) a) Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia

REV 00 Masalah Ekonomi a) a) Sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad, mewujudkan masalah yang berikut: Kekurangan – wujud disebabkan oleh sumber ekonomi yang terhad iaitu sumber ekonomi yang tidak cukup untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad. Pilihan – wujud disebabkan oleh masalah kekurangan yang dihadapi oleh unit-unit ekonomi. Semasa membuat pilihan barang, terdapat sejumlah barang yang terpaksa dilepaskan iaitu kos lepas. 10

REV 00 a) Kos Lepas Definisi Barang dan perkhidmatan pengganti terbaik yang terpaksa dikorbankan

REV 00 a) Kos Lepas Definisi Barang dan perkhidmatan pengganti terbaik yang terpaksa dikorbankan untuk mendapat sesuatu barang atau perkhidmatan tertentu. Contoh: Encik Faizul mempunyai 2 pilihan iaitu sama ada menjadi seorang pensyarah atau akauntan. Jika beliau memilih pekerjaan sebagai pensyarah, maka kos lepasnya ialah menjadi akauntan. 11

REV 00 Kos lepas boleh juga didefinisikan sebagai jumlah keluaran satu barang yang perlu

REV 00 Kos lepas boleh juga didefinisikan sebagai jumlah keluaran satu barang yang perlu dilepaskan atau dikorbankan bagi memperoleh sejumlah barang lain yang dikehendaki oleh masyarakat. Unit-unit ekonomi yang membuat pilihan akan menghadapi kos lepas akibat daripada tindakannya. Isi rumah – Jika keputusan Cik Malati ialah membaca buku cerita, maka menonton televisyen terpaksa dilepaskan. 12

REV 00 Firma – Jika keputusan firma ialah menggunakan kaedah pengeluaran yang berintensifkan buruh,

REV 00 Firma – Jika keputusan firma ialah menggunakan kaedah pengeluaran yang berintensifkan buruh, maka jumlah modal yang digunakan dikurangkan, yakni sebahagian daripada modal terpaksa dilepaskan. Kerajaan – Jika keputusan kerajaan ialah memilih untuk membina sekolah, maka projek pengganti terbaik iaitu membina hospital terpaksa dilepaskan. 13

REV 00 Konsep kos lepas ini dapat diterangkan melalui Keluk Kemungkinan Keluaran (KKK). KKK

REV 00 Konsep kos lepas ini dapat diterangkan melalui Keluk Kemungkinan Keluaran (KKK). KKK ialah satu lokus beberapa kombinasi output maksimum yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan semua input yang ada. 14

REV 00 i) iii) iv) Untuk membentuk KKK, beberapa andaian perlu dibuat, iaitu :

REV 00 i) iii) iv) Untuk membentuk KKK, beberapa andaian perlu dibuat, iaitu : Ekonomi dapat menghasilkan dua barang sahaja, iaitu barang pengguna dan barang modal. Semua faktor pengeluaran telah digunakan sepenuhnya. Jumlah faktor pengeluaran tidak boleh diubah. Tingkat teknologi tetap. (Rujuk m/s 3 - 4, Ekonomi Asas SPM, Y. P Siti) 15

REV 00 Jenis-jenis Barang a) Jenis-jenis barang dalam ekonomi dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan

REV 00 Jenis-jenis Barang a) Jenis-jenis barang dalam ekonomi dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu: Barang percuma – Seperti udara, cahaya matahari dan air hujan diperlukan oleh manusia. Mempunyai penawaran yang tidak terhad. Tidak mempunyai harga. Tidak mempunyai kos lepas, iaitu barang itu tidak perlu dikorbankan oleh manusia walaupun menggunakan barang lain. 16

REV 00 a) Barang ekonomi – Seperti pakaian, makanan dan peralatan elektrik diperlukan oleh

REV 00 a) Barang ekonomi – Seperti pakaian, makanan dan peralatan elektrik diperlukan oleh manusia. Penawaran adalah terhad dan mempunyai harga. Individu terpaksa mengorbankan barang ekonomi untuk menggunakan barang ekonomi yang lain kerana barang ekonomi mempunyai kos lepas. 17

REV 00 a) Barang awam – Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Contoh:

REV 00 a) Barang awam – Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Contoh: lampu isyarat dan perkhidmatan polis. Penawaran adalah terhad. Orang ramai dapat menikmati barang awam tanpa perlu membayar. Individu boleh menggunakannya dan individu lain tidak boleh menghalang individu itu daripada menggunakan barang tersebut. Melibatkan kos lepas, iaitu kerajaan terpaksa memilih projek yang lebih penting untuk dilaksanakan dahulu kerana sumber kewangan kerajaan adalah terhad. 18

REV 00 Masalah Asas Ekonomi a) b) c) d) Masalah kekurangan dan pilihan mengakibatkan

REV 00 Masalah Asas Ekonomi a) b) c) d) Masalah kekurangan dan pilihan mengakibatkan masalah asas ekonomi. Masalah asas ekonomi terdiri daripada: Apa yang hendak dikeluarkan; Berapa yang hendak dikeluarkan; Bagaimana hendak dikeluarkan; Untuk siapa dikeluarkan. 19

REV 00 Apa Yang Hendak Dikeluarkan Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber-sumber ekonomi

REV 00 Apa Yang Hendak Dikeluarkan Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber-sumber ekonomi yang digunakan untuk mengeluarkan barang adalah tidak cukup. Maka, manusia terpaksa membuat pilihan terhadap barang yang perlu dikeluarkan serta barang yang perlu ditangguhkan. Sesetengah kehendak manusia tidak dapat dipenuhi. Bergantung pada kehendak masyarakat. Ini akan menentukan corak pengagihan sumber ekonomi yang terhad. 20

Berapa Yang Hendak Dikeluarkan REV 00 Masalah ini bergantung pada jumlah permintaan atau kehendak

Berapa Yang Hendak Dikeluarkan REV 00 Masalah ini bergantung pada jumlah permintaan atau kehendak masyarakat. Sesuatu barang akan dikeluarkan dengan lebih banyak jika jumlah permintaan masyarakat terhadap barang itu bertambah. Masalah ini juga bergantung kepada jumlah faktor pengeluaran (sumber-sumber ekonomi) yang sedia ada. Sumber-sumber ekonomi yang terhad diagihkan untuk mengeluarkan pelbagai jenis barang. Jika kuantiti sesuatu barang telah dikeluarkan dengan banyak, maka kuantiti barang lain terpaksa dikurangkan. 21

REV 00 Bagaimana Hendak Dikeluarkan Masalah ini berkaitan dengan kaedah atau teknik pengeluaran untuk

REV 00 Bagaimana Hendak Dikeluarkan Masalah ini berkaitan dengan kaedah atau teknik pengeluaran untuk mengeluarkan barang. Kaedah pengeluaran sama ada intensif buruh atau modal yang hendak dipilih dalam proses pengeluaran bergantung pada harga relatif (bandingan) faktor. Jika harga buruh lebih rendah berbanding dengan harga modal, maka kaedah pengeluaran yang berintensif buruh akan digunakan dan sebaliknya. 22

REV 00 Tujuannya adalah untuk meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan. Selain harga relatif

REV 00 Tujuannya adalah untuk meminimumkan kos pengeluaran dan memaksimumkan keuntungan. Selain harga relatif faktor, masyarakat akan memilih kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk memaksimumkan hasil keluaran. Teknik yang cekap akan meningkatkan daya pengeluaran dan menurunkan kosnya. 23

REV 00 Untuk Siapa Dikeluarkan Masalah ini adalah berkaitan dengan pengagihan barang dan perkhidmatan

REV 00 Untuk Siapa Dikeluarkan Masalah ini adalah berkaitan dengan pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat. Sumber-sumber ekonomi mengalami kekurangan, maka barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan juga kurang berbanding dengan kehendak masyarakat. Penyelesaian masalah kekurangan barang dan perkhidmatan adalah melalui agihan pendapatan. Biasanya orang yang berpendapatan tinggi cenderung untuk menikmati lebih banyak barang atau perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah. 24

REV 00 a) i) iii) iv) Sistem Ekonomi Semua masalah asas ekonomi dihadapi oleh

REV 00 a) i) iii) iv) Sistem Ekonomi Semua masalah asas ekonomi dihadapi oleh setiap masyarakat dan negara. Cara penyelesaiannya bergantung kepada sistem ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara itu. Sistem ekonomi dapat dikategorikan kepada empat kategori : Sistem Ekonomi Kapitalis (bebas) Sistem Ekonomi Perancangan Pusat Sistem Ekonomi Campuran Sistem Ekonomi Islam 25

REV 00 Sistem Ekonomi Kapitalis Juga dikenali sebagai sistem ekonomi bebas. Ciri-ciri: Tiada campur

REV 00 Sistem Ekonomi Kapitalis Juga dikenali sebagai sistem ekonomi bebas. Ciri-ciri: Tiada campur tangan Kerajaan dalam ekonomi. Pihak swasta menjalankan segala urusan dan kegiatan ekonomi secara bebas. Individu bebas menggunakan semua sumber dan faktor pengeluaran yang dimilikinya untuk tujuan peribadi. Kebebasan sepenuhnya kepada individu untuk mengguna atau mengeluarkan apa jua barangan. 26

REV 00 Mekanisme harga memainkan peranan penting. Tujuan utama adalah memaksimumkan keuntungan. Sistem ini

REV 00 Mekanisme harga memainkan peranan penting. Tujuan utama adalah memaksimumkan keuntungan. Sistem ini berasaskan persaingan sebagai intensif bagi meninggikan usaha – persaingan dapat meningkatkan kecekapan. 27

REV 00 Masalah apa dan berapa banyak hendak dikeluarkan dapat ditentukan oleh permintaan dan

REV 00 Masalah apa dan berapa banyak hendak dikeluarkan dapat ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Jenis barang dan kuantiti yang perlu dikeluarkan ditentukan melalui permintaan individu, dan oleh firma dan pengeluar yang menawarkan barangan mereka. 28

REV 00 Masalah bagaimana mengeluarkan barangan diselesaikan melalui kaedah kecekapan pengeluaran. Pengeluaran sama ada

REV 00 Masalah bagaimana mengeluarkan barangan diselesaikan melalui kaedah kecekapan pengeluaran. Pengeluaran sama ada berintensif buruh atau modal bergantung kepada kos modal dan kos buruh. Masalah kepada siapa harus dikeluarkan, bergantung kepada corak pemilihan faktor pengeluaran sesebuah masyarakat. Corak agihan pemilihan faktor mempengaruhi siapa harus menikmati barangan yang dikeluarkan. Contoh negara: USA. 29

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat REV 00 Diamalkan di negara komunis dan sosialis. Ciri-ciri: Semua

Sistem Ekonomi Perancangan Pusat REV 00 Diamalkan di negara komunis dan sosialis. Ciri-ciri: Semua kegiatan ekonomi dijalankan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menguasai sepenuhnya sumber ekonomi. Pulangan dari faktor pengeluaran adalah hak negara. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memilih atau mengeluarkan barang. 30

REV 00 Individu atau masyarakat dianggap sama – pendapatan yang diterima juga sama. Jurang

REV 00 Individu atau masyarakat dianggap sama – pendapatan yang diterima juga sama. Jurang agihan pendapatan yang ketara tidak wujud. Pengangguran tidak wujud. Kebajikan rakyat diutamakan oleh kerajaan. Pengeluaran barang tidak bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi untuk kebajikan sosial. Kerajaan akan menentukan apa dan berapa banyak satu-satu barang perlu dikeluarkan. 31

REV 00 Kerajaan akan menentukan teknik pengeluaran. Masalah apa, bagaimana dan kepada siapa barangan

REV 00 Kerajaan akan menentukan teknik pengeluaran. Masalah apa, bagaimana dan kepada siapa barangan dikeluarkan, ditentukan oleh kerajaan. Kerajaan akan mengagihkan barangan yang dikeluarkan di kalangan penduduk berasaskan kaedah yang paling adil. Contoh negara: China, Russia sebelum 1980 -an. 32

REV 00 Sistem Ekonomi Campuran Sektor awam berganding sama dalam operasi perekonomian negara. Keputusan

REV 00 Sistem Ekonomi Campuran Sektor awam berganding sama dalam operasi perekonomian negara. Keputusan peruntukan sumber ditentukan secara bersama oleh pihak swasta dan kerajaan. Ciri-ciri: Masalah ekonomi melambung dan ekonomi meleset diselesaikan melalui penglibatan kerajaan. Turun naik harga yang ketara dapat dikawal, ini dilakukan oleh kerajaan dengan mengenakan harga minimum dan maksimum dan dasar fiskal dan kewangan. 33

REV 00 Kerajaan dapat mengagihkan sebahagian pendapatan golongan kaya kepada golongan miskin melalui cukai

REV 00 Kerajaan dapat mengagihkan sebahagian pendapatan golongan kaya kepada golongan miskin melalui cukai pendapatan progresif. Kerajaan menyediakan sepenuhnya kemudahan awam dan infrastruktur asas. Kerajaan berperanan mengeluarkan barang yang tidak dikeluarkan oleh firma. 34

REV 00 Masalah asas ekonomi diselesaikan secara bersama melalui mekanisma harga dan campur tangan

REV 00 Masalah asas ekonomi diselesaikan secara bersama melalui mekanisma harga dan campur tangan kerajaan. Melalui mekanisma harga, masalah apa dan berapa banyak harus dikeluarkan ditentkan oleh permintaan pengguna. Kerajaan mengenakan cukai dan memberi subsidi. Contoh negara: Malaysia dan Jepun. 35

REV 00 Sistem Ekonomi Islam Mementingkan aspek modal, keadilan, kesaksamaan di samping kebebasan. Ia

REV 00 Sistem Ekonomi Islam Mementingkan aspek modal, keadilan, kesaksamaan di samping kebebasan. Ia menekankan kebajikan masyarakat dan individu. Ciri-ciri: Berasaskan a-Quran dan al-Sunah. Hukum yang ditetapkan oleh syariat tidak boleh diubah walau dalam apa bentuk sekalipun. Individu bebas memiliki dan mencari harta – setiap individu diwajibkan mengeluarkan zakat bagi membersihkan harta mereka. 36

REV 00 Jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dapat dikurangkan melalui sistem zakat.

REV 00 Jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin dapat dikurangkan melalui sistem zakat. Sebarang kegiatan yang merosakkan seperti pencemaran tidak dibenarkan. Unsur-unsur monopoli yang menindas tidak dibenarkan. Setiap penggunaan yang bersifat membazir dan sikap bermegah dilarang. 37

REV 00 Masalah apa dan berapa banyak yang hendak dikeluarkan dapat diselesaikan melalui kaedah

REV 00 Masalah apa dan berapa banyak yang hendak dikeluarkan dapat diselesaikan melalui kaedah pasaran bebas. Sumber harus digunakan dengan sepenuhnya tanpa pembaziran. Masalah bagaimana untuk dikeluarkan perlu berdasarkan asas kecekapan. Menggalakan persaingan – adanya persaingan kemajuan teknologi wujud dan kos dapat diminimumkan. Contoh negara: Arab Saudi, Iran, Iraq dan Mesir. 38