Unit 5 PEMBANGUNAN MODAL INSAN DEFINISI MODAL INSAN

  • Slides: 22
Download presentation
Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Unit 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN

DEFINISI MODAL INSAN � Maksud Modal. Menurut Kamus Dewan, ‘modal’ bermaksud sesuatu yang digunakan

DEFINISI MODAL INSAN � Maksud Modal. Menurut Kamus Dewan, ‘modal’ bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan /mencapai sesuatu yang lain. Ia juga bermaksud kelebihan yang dimiliki. Pengertian lain ialah sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk mengembangkan harta. � Maksud Insan atau manusia dijelaskan sebagai makhluk yang dicipta oleh Tuhan. Pembinaan insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.

TERAS MELAKSANAKAN PMI � � � � Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan

TERAS MELAKSANAKAN PMI � � � � Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ianya berkualiti dan releven dengan keperluan semasa; Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar; Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan pasaran; Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat; Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan; Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan. Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

CIRI-CIRI INSAN 1. Memiliki sahsiah yang terpuji. Individu yang memiliki sahsiah terpuji boleh mengelakkan

CIRI-CIRI INSAN 1. Memiliki sahsiah yang terpuji. Individu yang memiliki sahsiah terpuji boleh mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif yang boleh merugikan diri, keluarga dan negara. Rakyat yang bersahsiah tinggi pula dapat membezakan sesuatu perkara yang baik dengan yang buruk atau bertindak dengan bijaksana. 2. Harus memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Pencapaian akademik yang cemerlang akan menjamin masa depan yang cerah kerana dapat menjawatan yang tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Seseorang individu juga mampu bertindak dengan bijak dan menyelesaikan masalah dengan tenang jika memiliki ilmu yang banyak. 3. Memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Individu yang cemerlang bukan sahaja dapat memajukan diri dan keluarga tetapi juga membantu anggota masyarakat dan negara. Misalnya seorang pengetua yang berbakat dapat memajukan sekolahnya dengan cemerlang. Seorang majikan yang berbakat pula dapat membimbing pekerjanya memajukan perniagaannya.

4. Mempunyai kecergasan fizikal iaitu tubuh badan yang sihat dan kuat. Individu yang memiliki

4. Mempunyai kecergasan fizikal iaitu tubuh badan yang sihat dan kuat. Individu yang memiliki badan yang cergas dapat bertindak dengan pantas dan berfikir dengan cepat dan tenang kerana badan yang cergas menjadikan otak kita cerdas. 5. Mempunyai pegangan agama yang mantap. Setiap agama mengajar pengikutnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Agama juga akan membentuk sahsiah yang terpuji dalam kalangan manusia.

FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot. Disebabkan oleh krisis

FAKTOR PEMBANGUNAN MODAL INSAN Kualiti tenaga kerja di Malaysia semakin merosot. Disebabkan oleh krisis kewangan dan kegiatan ekonomi terpaksa bergantung kepada buruh yang tidak mahir. Pasaran buruh menjadi ‘kendur’ dengan kadar pengangguran sekitar 3. 1 %. Kemasukan tenaga kerja baru ke dalam pasaran buruh tidak menepati kemahiran yang diperlukan oleh industri. Berlaku kerana Malaysia kekurangan pekerja yang sangat ketara terutama dalam bidang-bidang professional dan teknikal menyebabkan ekonomi menjadi kaku. Pelabur mengeluh bahawa pekerja baru kekurangan kapasiti menganalisis dan menyelesaikan masalah. Pekerja baru kebanyakkannya kurang berpengalaman. Pelabur memerlukan modal yang besar jika mahu melatih pekerja baru dari asas kembali. Kelemahan penguasaan bahasa. Rangkaian sosial menghalang penggunaan teknologi terkini dan proses

KEPENTINGAN MODAL INSAN 1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas

KEPENTINGAN MODAL INSAN 1. Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk “Minda Kelas Pertama” -masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang dan mkuatan moral. 2. Menjadi negara berdaya saing dan berdaya maju. -tenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangun. Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan. 3. Inditor atau petunjuk penting dalam pembangunan sesebuah Negara -Kita perlu sedar dalam menghadapi cabaran globalisasi, rakyat terutamanya generasi muda perlu bijak mengadun antara nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan Negara dan martabat bangsa.

4. Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan. -sistem pendidikan

4. Menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan. -sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup, resam budaya , dominasi ekonomi dan kewangan, perkembangan ilmu dan pendidikan, teknologi maklumat, media cetak dan letronik terhadap umat manusia. -penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020.

 HALANGAN DAN CABARAN Sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dan “bermodal insan”

HALANGAN DAN CABARAN Sukar untuk melahirkan masyarakat yang benar-benar seimbang dan “bermodal insan” -betapa perlunya minda kelas pertama dicorak dengan intipati akhlak dan moral yang sejati serta mengikis tradisi individualisme dalam jiwa manusia dalam usaha kita membina modal insan yang sebenar-benar insaniah. � Tidak menunjukkan impak berkesan kepada masyarakat. -masyarakat kelihatan masih seolah-olah teoretikal yang bergantung antara gagasan dan perlaksanaan. � Orang Melayu kelihatan lebih mudah dan bersedia untuk menerima budaya hiburan. -pelbagai pihak kelihatan berlumba menghidangkan bermacam-macam bentuk hiburan kepada masyarakat. Hakikatnya ialah cenderung menyahut semua bentuk hiburan. Sumbangan orang melayu hanya sedikit berbanding kedudukan sebagai kumpulan terbesar dalam masyarakat. � -penekanan kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang Melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020. �

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk melahirkan modal

LANGKAH-LANGKAH DALAM MENINGKATKAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif iaitu: mempergiat usaha menarik bakat o menubuhkan ‘Talent Corporation’di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk menambah tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti o Pemberian insentif yang sesuai supaya dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang yang kritikal seperti sains dan teknologi. memperluas akses kepada pendidikan berkualiti o RM 6. 4 bilion disediakan untuk menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. o Penubuhan projek skim insentif untuk menggalakkan guru-guru bekerja di kawasan luar bandar yang terpinggir. ia meningkatkan bekalan guru terlatih. memperkasa pendidikan awal o kadar kemasukan prasekolah ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir tahun 2011 melalui penambahan 1700 kelas pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 orang guru prasekolah lepasan ijazah

memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah o sekolah agama, sekolah kebangsaan cina, tamil, mubaligh

memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah o sekolah agama, sekolah kebangsaan cina, tamil, mubaligh akan terus diberi bantuan. o menyediakan biasiswa bagi guru-guru melanjutkan pelajaran o mengambil 375 orang guru penuntur jati dari United Kingdom dan Australia untuk mempertingkatkan pengajaran bahasa inggeris o menubuhkan sekolah berprestasi tinggi untuk membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional o menyediakan prospek kerjaya yang baik o jabatan pembangunan kemahiran akan mengeluarkan sijil-sijil yang diiktiraf bagi kemasukan dalam perkhidmatan awam dan institusi pengajian tinggi. o Mengubah suai program pengajian di semuan institusi pengajian tinggi dan latihan mengikut keperluan semasa pembangunan ekonomi Negara. memperkasa pengajian tinggi o peratusan staf akademik berkelulusan Phd ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain o pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan pangkat di IPTA ke peringkat tinngi Gred Turus III, II dan I serta dianugerahkan sebagai professor ulung tanpa memegang jawatan pentadbiran. o Meningkatkan enrolmen pendidikan tinggi Negara melalui penambahan pengambilan pelajar ke IPT awam dan meluaskan pemberian pinjaman atau Bantuan kewangan ke IPT swasta.

mempergiat program latihan dan kemahiran o menyediakan dana bagi mempergiat ‘program industrial skill enhancement’

mempergiat program latihan dan kemahiran o menyediakan dana bagi mempergiat ‘program industrial skill enhancement’ di pusat latihan kemahiran negeri untuk meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal o graduan jurusan lain digalakkan untuk mengembangkan kompentensi dan kebolehpasaran melalui program pentauliahan professional, pembangunan sukan, keusahawanan, skim pengurusan kebolehpasaran siswazah dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Program Latihan 1 Malaysia o dilaksanakan untuk menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan mempelajari kemahiran baharu. Meningkatkan produktiviti pekerja o menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk meningkatkan produktiviti pekerja. o Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan peluang bekerja dan produktiviti tenaga buruh.

Memperluaskan penglibatan wanita dalam ekonomi o menguatkuasakan peraturan-peraturan kerja (pekerja separa masa) bagi mengalakkan

Memperluaskan penglibatan wanita dalam ekonomi o menguatkuasakan peraturan-peraturan kerja (pekerja separa masa) bagi mengalakkan penyertaan lebih banyak wanita sebagai pekerja separuh masa o Sumbangan wanita didalam pembangunan modal insan tidak boleh dinafikan kerana wanita yang tidak bekerja, membantu urusniaga keluarga, menjadi surirumah sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut ekonomi dan sosial serta pembangunan keluarga o golongan wanita sepatutnya lebih fokus kepada pendidikan dan aspek menjadikan diri seorang insan yang baik o Golongan wanita di Malaysia bijak dalam menjalankan perniagaan justeru masalah yang melibatkan golongan wanita ini akan merugikan Negara.

PENGENALAN �Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling

PENGENALAN �Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perubahan Iklim Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah asas pengurusan alam sekitar di negara kita. Jabatan Alam Sekitar (JAS) menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar manakala Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (BPASPI), NRE bertanggungjawab untuk dasar-dasar yang berkaitan dengan perubahan alam sekitar dan iklim seperti Dasar Alam Sekitar Kebangsaan dan Dasar Perubahan Iklim Negara.

18

18

PERTAMA PENGAWASAN ALAM SEKITAR Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan

PERTAMA PENGAWASAN ALAM SEKITAR Menghormati dan berperihatin terhadap alam sekitar mengikut standard moral dan etika yang tertinggi. KEDUA PEMULIHARAAN KETAHANAN DAN KEPELBAGAIAN ALAM Memulihara ekosistem semula jadi untuk memastikan keutuhan kepelbagaian biologi dan sistem sokongsn hidup.

KETIGA PENINGKATAN BERTERUSAN KUALITI ALAM SEKITAR Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam

KETIGA PENINGKATAN BERTERUSAN KUALITI ALAM SEKITAR Memastikan peningkatan berterusan dalam produktiviti dan kualiti alam sekitar ketika mengejar objektif pertumbuhan ekonomi dan pembangunan manusia. KEEMPAT PENGGUNAAN LESTARI SUMBER –SUMBER ASLI Menguruskan penggunaan sumber asli untuk mengekalkan asas sumber dan keutuhan alam sekitar.

KELIMA MEMBUAT KEPUTUSAN BERSEPADU Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar.

KELIMA MEMBUAT KEPUTUSAN BERSEPADU Mengintegrasikan dimensi alam sekitar ke dalam perancangan dan pelaksanaan dasar. Objecktif dan mandat semua sektor. KEENAM PERANAN SEKTOR SWASTA Memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam perlindungan dan pengurusan alam sekitar.

KETUJUH KOMITMEN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awan dan swasta, pengguna-pengguna

KETUJUH KOMITMEN DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN Memastikan semua pembuat keputusan di sektor awan dan swasta, pengguna-pengguna sumber, pertubuhan bukan kerajaan dan orang awam mempunyai komitmen tertinggi terhadap perlindungan dan kebertanggungjawaban ke atas alam sekitar membentu merancang dan melaksana aktiviti masing-masing. KELAPAN PENYERTAAN AKTIF DALAM MASYARAKAT ANTARABANGSA Menyertai secara aktif dan berkesan dalam usaha serantau dan sejagat ke arah pemuliharaan dan pembaikan alam sekitar.