Sajak Harga Remaja ms 44 47 Rangkap Pertama






















- Slides: 22
Sajak Harga Remaja (ms 44 -47)
Rangkap Pertama Berapakah sebenarnya harga remaja yang bersih dari gelodak kecewa bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon di pinggir perjalanan ini? Seseorang remaja amat berharga Jika hatinya bersih Daripada sebarang gejala negatif Remaja itu digambarkan sesegar daun menghijau Serta kesegaran pepohon Di tepi jalan.
Rangkap Kedua Dengan apakah akan kaupenuhi piala remajamu adakah cuka kesangsian dari cinta murah atau madu ajaran dari ilmu susah? Penyajak mengemukakan pertanyaan tentang cara Remaja memenuhi zaman remajanya Sama ada beroleh keburukan akibat kelalaian Dalam mengejar cinta berlandaskan nafsu Atau mendapat nikmat daripada belajar Dalam menghadapi kesukaran menuntut ilmu.
Rangkap Ketiga Remaja amat mahal sesungguhnya tiada terbeli oleh perjanjian harga remaja adalah pendirian keberanian dan ilmu Sesungguhnya seseorang remaja itu amat bernilai Hinggakan Tidak dapat dijual beli Nilai seseorang remaja diukur Berdasarkan keteguhan pendirian, Keberanian dan ilmu yang dimiliki.
Rangkap Keempat Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Penyajak meminta remaja memenuhi hidupnya Dengan mempunyai hala tuju yang jelas.
Tema • Ketinggian nilai usia remaja • Zaman remaja merupakan zaman yang paling berharga dan para remaja mesti mengisinya dengan perkara yang berfaedah. Remaja perlu berani mengemukakan pendirian, berilmu pengetahuan dan mempunyai hala tuju.
Persoalan • Persoalan kehidupan remaja penuh dengan cabaran • Persoalan jati diri remaja • Persoalan keberanian menempuh liku-liku kehidupan • Cabaran hidup pada usia remaja sangat besar dan penuh dengan liku-liku yang memeritkan. • Ramaja perlu memiliki jati diri yang kukuh untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah kehinaan. • Cabaran yang dihadapi perlu ditempuh dengan keberanian walaupun memeritkan
• Persoalan harga remaja • Kehidupan pada usia tidak ternilai remaja sangat berharga dan tidak ternilai. • Remaja perlu tahu • Persoalan memiliki menilai perkara yang pendirian dan yakin diri baik dan sebaliknya sendiri supaya kehidupan menjadi lebih sempurna.
Nilai • Keberanian • Kegigihan • Kebijaksanaan • Remaja perlu berani menghadapi cabaran hidup yang sangat mencabar masa kini. • Remaja perlu gigih mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah kehinaan. • Remaja perlu bijaksana merancang hala tuju masa depan.
• Rasional • Teguh pendirian • Remaja perlu membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil keputusan. • Remaja perlu teguh pendirian dan menanam tekad untuk berjaya pada masa hadapan.
Pengajaran • Kita hendaklah berani menghadapi cabaran hidup. • Kita hendaklah mengisi masa remaja dengan perkara-perkara yang bermanfaat. • Remaja perlu berani berhadapan dengan masalah hidup kerana tanpa keberanian kehidupan pada zaman remaja akan berhadapan dengan masalah. • Remaja perlu melakukan perkara yang berfaedah supaya usia remaja terisi dengan baik.
• Kita perlu mempunyai pendirian yang tetap dan yakin akan diri sendiri. • Kita hendaklah bersikap rasional sebelum membuat keputusan • Kita hendaklah bijaksana memilih jalan yang betul • Remaja perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menempuh arus kemajuan yang sangat mencabar ketika ini. • Pertimbangan yang wajar perlu dilakukan oleh remaja supaya hidup tidak dipalit dengan kejahatan. • Remaja perlu bijak menilai sesuatu agar tidak salah membuat pilihan.
Bentuk • Terdiri daripada empat rangkap. • Jumlah patah kata dan suku kata bersifat bebas. • Rima akhir juga bebas abaccd, abcdce, aa.
Unsur Keindahan • Pemilihan kata atau diksinya indah ( puitis ). Contohnya: piala remajamu. • Unsur gaya bahasa : a) anafora bagai kehijauan daun bagai kesegaran pohon b) metafora piala remajamu c) simile bagai kehijauan daun
• Unsur bunyi a) asonansi pengulangan vokal a: adakah cuka kesangsian- rangkap 2, baris 3 b) aliterasi pengulangan bunyi konsonan m: Remaja amat mahal- rangkap 3, baris 1 a) simile bagai kehijauan daun
Nada • Sinis • Seruan dan nasihat penyajak kepada para remaja agar menghargai masa remaja mereka.
Latihan I. Penuhilah remajamu dengan ketentuan tuju. Berikan maksud rangkap di atas. (2 markah) remaja – mengisi – masa- perkara-perkara berfaedah- matlamat- jelas – kehidupanbermakna Tips : para, perlu, yang, supaya, mereka, lebih
Para remaja perlulah mengisi masa mereka dengan perkara-perkara yang berfaedah dan perlu mempunyai matlamat yang jelas supaya kehidupan mereka lebih bermakna.
II. Pada pendapat anda, apakah kesan yang berlaku sekiranya remaja gagal mengisi usia remajanya dengan perkara-perkara yang berfaedah? Nyatakan empat kesan tersebut. (4 markah) -hilang jati dirinya -gelap masa depannya- tiada ilmukemahiran -terjebak-gejala negatif -merugikan keluarga, masyarakat, dan negara-tidak menyumbangkan bakti Tips : Antara, remaja, selain itu, akan, kerana, di samping itu, mudah, yang, ke dalam, akhirnya, justeru itu
Pada pendapat saya, antara kesannya ialah remaja akan hilang jati dirinya. Selain itu, remaja juga akan mengalami masa depan yang gelap kerana dia tiada ilmu dan kemahiran. Di samping itu, remaja juga akan merugikan keluarga masyarakat, dan negara kerana tidak menyumbangkan baktinya. Justeru itu, remaja akan mudah terjebak ke dalam gejala yang negatif.
III. Jelaskan tiga mesej penyajak kepada remaja seperti yang terkandung dalam rangkap ketiga sajak “Harga Remaja. ” -pendirian teguh-hidup-tidak mudah-goyang pegangannya -menimba ilmu-usia muda -berani menempuh-cabaran-dugaan -mempersia-siakan usia remaja-bernilai Tips : remaja, perlulah, mempunyai, yang, dalam, dan, sebanyak mungkin, pada, pelbagai, jangan, yang, sangat
• Antara mesej ialah remaja perlulah mempunyai pendirian yang teguh dalam hidup dan tidak mudah goyah pegangannya. Selain itu, remaja juga perlulah menimba ilmu sebanyak mungkin pada usia muda ini. Di samping itu, remaja perlulah berani menempuh pelbagai cabaran dugaan dalam kehidupan mereka. Justerunya, remaja janganlah mempersia-siakan usia remaja yang sangat bernilai.






















