Pantun Berkait Bekerja NOORMELISSA BINTI NOORZAIDY NUR ANISHA
Pantun Berkait (Bekerja) NOORMELISSA BINTI NOORZAIDY NUR ANISHA BINTI ROSLAN NUR BATRISHIYA BINTI HELWANY HAD MUHAMMAD HAIKAL AFNAN BIN ZULKIFLEE MUHAMMAD SAIFUL ADNI BIN MOHD NASIR
Perahu layar mudik ke pangkalan, Tidaklah bimbang barangkan hilang, Sampai di pangkalan, memunggah barang; Semuanya ada dalam selamat; Wahai rakan, handai dan taulan, Bajak, cangkul, tebas dan tebang, Bangkit segera kita berjuang. Semuanya dikerja dengan cermat. Sampai di pangkalan memunggah barang, Semuanya ada dalam selamat, Barang habis dibawa ke rumah; Boleh disimpan turun-temurun; Bangkit segera kita berjuang, Dapat dikerjakan dengan cermat, Hapuskan semangat culas dan lemah. Kerja yang berat tidaklah gerun. Barang habis dibawa ke rumah, Boleh disimpan turun-temurun, Tiada satu tinggal di perahu; Itulah tanda barang yang berharga; Hapuskan semangat culas dan lemah, Kerja yang berat tidaklah gerun, Semua kerja mestilah tahu. Semuanya siap hati pun lega. Tiada satu tinggal di perahu, Itulah tanda barang yang berharga, Tidaklah bimbang barangkan hilang; Payah dicari susah mendapat; Semua kerja mestilah tahu, Semuanya siap hati pun lega, Bajak, cangkul, tebas dan tebang. Tiadalah tinggal terbuang penat.
Maksud setiap rangkap Rangkap 1 : penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Rangkap 2 : kita diarahkan supaya mengikis sifat malas. Rangkap 3 : semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas. Rangkap 4 : kita perlu menguasai bidang tugas masing-masing. Rangkap 5 : setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti. Rangkap 6 : sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar. Rangkap 7 : kegembiraan dan kepuasan akan tergambar setelah kerja-kerja berat dapat disiapkan. Rangkap 8 : penat lelah selama ini tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.
Tema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Persoalan o Penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tugas. o Ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. o Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat. o Kepuasan kerana berjaya menyelesaikan kerja-kerja yang berat. o Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan kerja. o Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.
Bentuk Bentuknya terikat Terdiri daripada 8 rangkap Berisi 4 baris serangkap Ada pembayang dan maksudnya Bilangan katanya 3 hingga 5 patah kata sebaris Terdiri daripada 10 hingga 11 suku kata sebaris Setiap rangkap pantun mempunyai baris yang berkait Rima akhir abab
Gaya Bahasa Repetisi ( perulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap) Contohnya : Sampai di pangkalan memunggah barang (Rangkap 1 baris 2 dan Rangkap 2 baris 1) Inversi (ayat songsang) Contohnya : Semuanya siap hati pun lega.
Unsur Bunyi Asonansi ( perulangan vokal a) Aliterasi ( perulangan konsonan d) Contohnya : Bajak, cangkul, tebas dan tebang, semuanya ada dalam selamat. Contohnya : Dapat dikerjakan dengan cermat. (Perulangan vokal e). Contohnya : Semua kerja mestilah tahu, Kerja yang berat tidaklah gerun. (Perulangan konsonan t). Contohnya: Tiadalah tinggal terbuang penat. (Perulangan vokal i). Contohnya : Tiada satu tinggal di perahu, Tidaklah bimbang barangkan hilang.
Nilai Kegigihan. Contohnya : Setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan. Berhati-hati. Contohnya : Jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Kerajinan. Contohnya : Sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kesyukuran. Contohnya : Hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja dapat dilunaskan dengan sebaik -baiknya.
Pengajaran Kita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi. Kita perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita perlulah membuang sikap malas dan lemah semangat. Kita perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan. Kita perlulah bekerja bersungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas juga.
- Slides: 10