MEMODENKAN PETIKAN TEKS KLASIK PANDUAN LATIHAN PANDUAN MEMODEN

  • Slides: 14
Download presentation
MEMODENKAN PETIKAN TEKS KLASIK PANDUAN & LATIHAN

MEMODENKAN PETIKAN TEKS KLASIK PANDUAN & LATIHAN

PANDUAN MEMODEN BACA DENGAN TELITI FAHAMI JALAN CERITA KELUARKAN PERKATAAN SUKAR SENANG – TUKAR

PANDUAN MEMODEN BACA DENGAN TELITI FAHAMI JALAN CERITA KELUARKAN PERKATAAN SUKAR SENANG – TUKAR KE MODEN SUSAH – JANGAN DITUKAR SUSUN PERISTIWA DAN MODENKAN SENARAIKAN WATAK SENARAIKAN LATAR MASA DAN TEMPAT

Setelah sudah, maka ia pun lalulah masuk ke dalam tempat peraduan hampir isterinya, seraya

Setelah sudah, maka ia pun lalulah masuk ke dalam tempat peraduan hampir isterinya, seraya bertitah kepada isterinya: “Hai adinda, adapun akan hamba ini sangatlah bencinya saudara hamba akan hamba. Maka oleh kerana itu, maka hamba hendak pergi membuangkan diri barang di mana ditakdirkan Allah Taala. Maka tinggallah tuan hamba baik-baik memeliharakan diri tuan hamba”. Maka bercucuranlah air mata baginda. Kalakian maka sahut isterinya: “ Mengapatah maka kakanda berkata demikian itu? ” Maka titah suaminya: “Adalah hamba ini mendengar khabar, bahawa saudara hamba itu memanggil segala menteri, hulubalang dan orang besar-besar dan orang kaya-kaya, diajaknya muafakat melanggar kakanda ini, kerana ia hendak menjadi raja di dalam negeri ini. Maka itulah sebabnya, maka hamba hendak membuangkan diri barang ke mana. Makan tingallah tuan baik-baik”. Setelah isterinya mendengar kata suaminya demikian itu, maka isterinya pun segeralah bangun menyembah kaki baginda, serta dengan air matanya bercucuran, serta katanya “walau ke langit pun kakanda pergi, adinda ikut juga”.