MEMINDAH BAHASA LAMA KEPADA BAHASA MELAYU BARU CIRICIRI
MEMINDAH BAHASA LAMA KEPADA BAHASA MELAYU BARU
CIRI-CIRI BAHASA LAMA � Ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Maka titah Tuanku Datuk Batin Alam, “Bukannya negeri akan gaduh, beta memanggil tuan-tuan sekalian melainkan sekarang beta hendak minta buatkan balai, minta tumbuhkan padi, minta ambilkan kayu api, minta sudahkan di dalam tiga hari ini, kerana hendak beralat melepaskan malu mengkhatankan anakku ini Awang Sulung Merah Muda, hendak menggelanggang tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor…
CIRI-CIRI BAHASA LAMA � Permulaan ayat menggunakan penanda wacana lama: � Maka, syahdan, hatta, arakian, sekali persetua, alkisah, lalu, kalakian, sebermula, adapun…
CIRI-CIRI BAHASA LAMA � Hatta, beberapa lamanya sampailah kelihatan geliung panjang itu. � Alkisah, tersebutlah perkataan Uli Emak Si Anjing kembali ke negeri Bandar Mengkaleh hendak melihat anaknya. � Sebermula Merga Paksi tujuh beradik itupun naik ke darat mencari tempat singgah. � Arakian maka kembalilah Raja Iskandar dan Nabi Khidir bermalam pada khemahnya.
CIRI-CIRI BAHASA LAMA � Gaya bahasa tidak bernas. Hatta maka berkayuhlah Awang Sulung Merah Muda sampai ke darat lalu meninggalkan jurubatu anak orang Tiku Pariaman akan penunggu sampan langsung berjalan ke istana Tuanku Datok Batin Alam, setelah tiba, lalu mengadap bayarkan hutangnya kurang dua tigapuluh rial batu itu. Maka bertitah Tuanku Datuk Batin Alam, “Di manakah engkau mendapat wang kurang duapuluh rial batu ini? ”
CIRI-CIRI BAHASA LAMA � Kurang menggunakan tanda baca. � Terdapat susunan ayat songsang. 1. 2. 3. 4. Maka hairanlah sekelian hulubalang seraya mengerling serta berfikir di dalam hati. Lalu bermohonlah ia pergi mengadap anak raja mambang. Maka sangatlah dukacita baginda oleh terkenangkan Tuan Puteri Mayang Mengurai itu seribu sesalnya baginda meninggalkan adinda baginda itu. Arakian, tersebutlah perkataan baginda Sultan Sulung Merah Muda.
PROSES MEMODENKAN � BACA. Baca dengan teliti sehingga faham (3 x) � MAKNA PERKATAAN. Teliti setiap perkataan klasik kemudian tukarkan kepada perkataan Melayu moden. � Contoh: 1. 2. 3. Mana senapang akan diampai – digantung. Serta berseru-seru, beryang-yang Tuanku Si Helang Laut – memuja. Yang bertenun dondan China – sama warna dan corak.
PROSES MEMODENKAN � � PENANDA WACANA LAMA. Tidak boleh digunakan semula kecuali maka tetapi jangan terlalu kerap. BAHASA. Gunakan bahasa Melayu moden sepenuhnya. KETERANGAN. Keterangan atau ayat yang meleret-leret, hendaklah diringkaskan agar mudah difahami. SUSUNAN. Gunakan gaya bahasa sendiri. Ayat yang disusun perlu jelas dan tidak terpengaruh dengan karangan asal. � MAKSUD. Maksud asal tidak menyeleweng. � BAHASA DALAM. Dikekalkan.
PROSES MEMODENKAN � PEMERENGGANAN. Satu perenggan untuk satu cerita/maksud. Jika lebih, gunakan perenggan mengikut maksud isi cerita. � CAKAP AJUK. Ditulis dalam perenggan baru atau boleh ditukar kepada cakap pindah. � NAMA. Nama-nama watak, tempat, peristiwa dan peralatan tidak boleh ditinggalkan. � MAKA/DAN. Boleh digunakan kembali tapi tidak sebanyak dalam petikan bahasa klasik. � LAH/PUN. Tinggalkan sama sekali.
Soalan: Pindahkan petikan karangan berikut ke dalam bahasa Melayu moden. Maka titah baginda Tuanku Si Helang Laut, “Bukanlah kerana musuh seteru akan datang melainkan dipanggil penghulu yang empat suku, lembaga yang duabelas suku dengna segala juak-juak, hulubalang, rakyat tentera yang banyak kerana sekarang beta ini lakiisteri hendak pergi berkaul dan berniat di Lautan Tanjung Jati; beta minta ambilkan kayu api, minta tumbuhkan padi, minta hantarkan perahu kakap Bunga Rampai Layangan Angin ke lautan itu. ”
PROSES MEMODENKAN Watak-watak: a) Tuanku Si Helang Laut. Tempat: a) istana. Peristiwa: a) Memanggil rakyat untuk membuat persediaan kerana dia hendak bernazar bersama isteri baginda.
Jawapan Tuanku Si Helang Laut memberitahu rakyatnya bahawa baginda memanggil mereka bukan disebabkan negeri diserang musuh. Tujuannya ialah hendak menyuruh rakyatnya menyiapkan kayu api, menumbuk padi, menghantar perahu kecil Bunga Rampai Layangan Angin ke lautan kerana baginda dan isterinya hendak pergi bernazar di Lautan Tanjung Jati.
- Slides: 12