WARISAN DAN HUKUM FARAIDH DALAM ISLAM Minggu kedua

  • Slides: 19
Download presentation
WARISAN DAN HUKUM FARAIDH DALAM ISLAM Minggu kedua belas

WARISAN DAN HUKUM FARAIDH DALAM ISLAM Minggu kedua belas

DEFINASI Dalam bahasa arab : faraid atau mirath Istilah : Ilmu yang menentukan tiap-tiap

DEFINASI Dalam bahasa arab : faraid atau mirath Istilah : Ilmu yang menentukan tiap-tiap hak dari pusaka. Ia merupakan satu bentuk pengiraan yang telah ditetapkan oleh syarak (agama) mengenai pembahagian harta peninggalan si mati kepada waris-waris yang layak menerimanya. Harta pusaka: ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati. Semua harta tersebut adalah milikan penuh si mati dan dapat diwarisi seperti duit simpanan, insuran, harta sepencarian dan mas kahwin yang belum dibayar oleh suami kepada isteri sehingga kematiannya. Waris: ialah orang yang berhak mewarisi harta si mati.

PRINSIP FARAIDH DALAM ISLAM Hak datang dengan tanggungjawab. Prinsip keadilan dalam Islam meletakkan sesuatu

PRINSIP FARAIDH DALAM ISLAM Hak datang dengan tanggungjawab. Prinsip keadilan dalam Islam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak merujuk kepada satu faktor sahaja seperti kekuatan fizikal atau jantina. Begitu juga dalam pembahagian harta pusaka. Faraid ialah pembahagian harta pusaka si mati (orang Islam) yang ditetapkan oleh Syariat.

HIKMAH DI SEBALIK HUKUM FARAIDH Allah telah menentukan hak-hak perwarisan berdasarkan tanggungjawab ke atas

HIKMAH DI SEBALIK HUKUM FARAIDH Allah telah menentukan hak-hak perwarisan berdasarkan tanggungjawab ke atas lelaki dan wanita. Ia telah secara adil dan sistematik memilih ahli waris mengambil hak-hak yang telah diberikan kepada mereka (si mati). Dalam sistem sosial Islam, wanita tidak diwajibkan bekerja untuk keperluan kehidupannya. Lelaki di dalam keluarganya dipertanggungjawabkan untuk mencari mata pencarian dan memberikan keluarga wanitanya keperluan asas kehidupan. Begitu juga apabila wanita berkahwin, ia menerima maskahwin yang ia sendiri tentukan. Ia mempunyai hak mutlak untuk menentukan bagaimana maskahwin itu harus digunakan. Lelaki sebagai suami yang memberinya maskahwin itu. Mengambil kira kedua-dua contoh tersebut di mana wanita diberi kelebihan perlindungan oleh lelaki, maka jelas golongan wanita telah ditentukan bahagian mereka yang adil.

HUKUM MENGIKUT FARAIDH Hukum faraidh merupakan satu perintah yang ditentukan oleh Allah s. w.

HUKUM MENGIKUT FARAIDH Hukum faraidh merupakan satu perintah yang ditentukan oleh Allah s. w. t melalui firmannya dalam ayat-ayat yang jelas dalam Al-Qur'an. Ia bertujuan untuk menjamin keadilan dan hak setiap ahli waris serta menjaga silaturahim antara keluarga. Sebagai umat Islam, kita wajib mematuhi hukum ini. Pembahagian harta pada hukum asalnya adalah mengikut hukum faraidh. Setiap waris perlu mengetahui bahagian saham masing-masing mengikut hukum Islam.

Pembahagian harta pusaka orang yang telah meninggal dunia menurut faraidh telah ditetapkan di dalam

Pembahagian harta pusaka orang yang telah meninggal dunia menurut faraidh telah ditetapkan di dalam Al-Qur’an. Hukum faraidh penuh dengan hikmahnya, seperti mana perintah-perintah Allah s. w. t yang lain berhikmah juga dan adalah baik kita sebagai orang Islam menghormati perintah tersebut kerana Allah Maha Mengetahui. Bagaimanapun, sekiranya semua ahli waris bersetuju dan reda untuk membahagikan harta ini dengan cara lain, ia boleh dilakukan kerana ia bersangkut dengan hubungan sesame manusia.

TANGGUNGJAWAB SI MATI Hak waris bermula apabila kematian seseorang itu telah dipastikan dan setelah

TANGGUNGJAWAB SI MATI Hak waris bermula apabila kematian seseorang itu telah dipastikan dan setelah dilaksanakan semua hal-hal yang bersangkutan dengan harta itu, di antaranya: 1. Perbelanjaan mengurus jenazah secara berpatutan. 2. Membayar hutang-hutang si mati, sama ada hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah termasuk zakat dan fidyah. 3. Wasiat yang tidak melebihi 1/3 dan bukan untuk waris. 4. Pembahagian kepada ahli waris yang berhak.

WASIAT Tujuan berwasiat adalah untuk memberi harta pusaka kepada yang tidak mewarisi dan ia

WASIAT Tujuan berwasiat adalah untuk memberi harta pusaka kepada yang tidak mewarisi dan ia tidak boleh melebihi 1/3 harta tersebut. Wasiat yang melebihi 1/3 bahagian dari harta pusaka hukumnya bergantung kepada keredaan para waris yang berhak. Jika tidak ada keredhaan mereka, maka wajib dikurangkan kepada had maksimum wasiat iaitu 1/3 dari harta pusaka dan selebihnya hendaklah dibahagikan kepada waris. Izin waris itu hanya diakur sah jika ia diberikan setelah pembuat wasiat tersebut meninggal dunia. Wasiat termasuk di dalam perkara-perkara yang harus. Wasiat dianggap sah jika diberikan kepada sesiapa sahaja yang bukan daripada kalangan pewaris dan tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka

ANAK TIRI/ANAK ANGKAT/ANAK LUAR NIKAH Garis pandu bagi seorang anak luar nikah kepada bapanya

ANAK TIRI/ANAK ANGKAT/ANAK LUAR NIKAH Garis pandu bagi seorang anak luar nikah kepada bapanya adalah seperti berikut : Ø Jika bapa tersebut menikahi ibunya, maka bapa tersebut menjadi bapa tiri, bukan bapa kandung. Ø Dia tidak boleh dibin atau dibintekan kepada bapa tiri itu. Ø Dia tidak boleh mewarisi harta bapa tiri itu, dan juga sebaliknya, bapa tiri itu tidak boleh mewarisi hartanya kelak. Ø Dia boleh menerima wasiat dari bapa tirinya, kerana dia bukan ahli waris bapa tirinya. Ø Bapa tirinya tidak boleh menjadi wali nikah baginya.

Dalam hukum faraidh, anak tiri, anak angkat dan isteri yang telah diceraikan semasa hidup

Dalam hukum faraidh, anak tiri, anak angkat dan isteri yang telah diceraikan semasa hidup tidak dianggap sebagai ahli waris yang berhak. Oleh itu, anak tiri tidak boleh mendesak balu bapa tirinya untuk menjual rumah untuk mereka mendapat bahagian dari rumah tersebut. Mereka hanya berhak mendapat harta pusaka dari bapa kandungnya sendiri. Jika seorang bapa tiri ingin memberikan sebahagian dari hartanya kepada anak tirinya sewaktu dia hidup, maka itu dianggap sebagai hadiah dan tidak tertakluk pada faraidh. Anak angkat tidak boleh mewarisi seluruh harta si mati. Ini memandangkan anak angkat itu bukanlah waris yang sah dari sudut hukum agama Islam. Namun, sekiranya si mati ada meninggalkan wasiat yang disaksikan oleh dua orang saksi lelaki dewasa, maka hanya 1/3 bahagian sahaja yang boleh dituntutnya. Yang selainnya mestilah diserahkan kepada Baitul Mal, Muis sebagai amal jariah si mati dan digunakan untuk maslahat umum masyarakat Islam di Singapura

BAHAGIAN LELAKI MELEBIHI BAHAGIAN PEREMPUAN Firman Allah s. w. t yang bermaksud : "Allah

BAHAGIAN LELAKI MELEBIHI BAHAGIAN PEREMPUAN Firman Allah s. w. t yang bermaksud : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak -anakmu untuk seorang anak lelaki sama dengan bahagian 2 orang anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari 2 maka bagi mereka 2/3 dari harta yang ditinggalkan dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka dia memperoleh separuh (1/2) harta. . . " (Surah al-Nisa': 11)

HIKMAH MELEBIHKAN LELAKI DARI WANITA DALAM WARISAN Ø Ada hikmah dan falsafah di sebalik

HIKMAH MELEBIHKAN LELAKI DARI WANITA DALAM WARISAN Ø Ada hikmah dan falsafah di sebalik dasar pembahagian itu. Ianya demi mengimbangi tanggungjawab dan kewajipan lelaki dalam keluarga. Antara hikmahnya ialah : Lelaki wajib membayar mas kahwin (mahar) kepada isteri dan mereka diwajibkan menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada isteri dan anak-anak. Ø Lelaki lebih memerlukan kewangan yang banyak untuk menampung kehidupan seharian seperti nafkah kepada isteri dan anak-anak, menampung kos perubatan dan pendidikan.

Ø Seorang perempuan dari segi perbelanjaan dan keperluan sudah terjamin kerana nafkahnya wajib ke

Ø Seorang perempuan dari segi perbelanjaan dan keperluan sudah terjamin kerana nafkahnya wajib ke atas suami apabila berkahwin dan sekiranya belum berkahwin wajib ke atas bapa atau kaum kerabat yang lain atau walinya. Ø Perempuan juga tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun.

HAK WANITA DALAM PEWARISAN PUSAKA Allah s. w. t berfirman yang bermaksud : "Bagi

HAK WANITA DALAM PEWARISAN PUSAKA Allah s. w. t berfirman yang bermaksud : "Bagi lelaki ada hak bahagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya dan bagi perempuan ada hak bahagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu menurut bahagian yang telah ditetapkan. " (Surah al-Nisa' : ayat 7) Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita juga mempunyai hak dalam pewarisan harta pusaka. Kadarnya adalah berbeza-beza mengikut kedudukan mereka dalam keluarga sama ada sebagai ibu, anak, isteri, adik atau kakak.

SEBAB PENERIMAAN ATAU TERHALANG DARI WARISAN Semua manusia yang meninggal dunia akan meninggalkan harta

SEBAB PENERIMAAN ATAU TERHALANG DARI WARISAN Semua manusia yang meninggal dunia akan meninggalkan harta tentunya yang kan diwariskan kepada keluarganya. Oleh itu seseorang dapat mendapatkan harta warisan disebabkan 3 perkara Pernikahan: Dengan adanya hubungan keluarga yang sah yang dijalin melalui tali pernikahan menyebabkan manusia dapat mendapat haarta warisan, dengan syarat pernikahan yang sah menurut Agama Islam yang memenuhi syarat dan rukunnya. Wala’: Wala’ adalah sebab seseorang mendapatkan waris karena telah memerdekakan hambanya. Apabila seseorang hamba meninggal dunia maka orang yang memerdekakannya (bekas tuannya) mendapatkan bagian waris dengan ketentuan yang telah disyariatkan oleh agama.

Nasab: Nasab atau keturunan adalah dimana seseorang dapat mendapatkan harta warisan karena hubungan darah

Nasab: Nasab atau keturunan adalah dimana seseorang dapat mendapatkan harta warisan karena hubungan darah seperti bapak dan anak. Contoh: Ali mempunyai 2 anak dan 2 orang tua , suatu ketika Ali meninggal dunia maka ke-2 anaknya dank ke-2 orang tuanya mendapatkan warisan sebab hubungan darah. Ø Sedangkan seseorang dapat terhalang atau mahjub dari bagian waris itu ada 3: Ø Perhambaan. Ø Membunuh orang yang akan diwaris meski dengan cara yang haq yang dibetulkan oleh agama. Ø Perbezaan agama. Contoh: Ali meniksh dengan seorang wanita nashroni ketika Ali meninggal dunia maka istrinya tersebut tidak dapat mewarisi harta Ali, atau sebaliknya jika wanita tersebut mati maka Ali tidak dapat mewarisi harta istrinya.

PEWARIS-PEWARIS WANITA DALAM ISLAM. Syariat Islam telah membariskan senarai waris wanita yang layak menerima

PEWARIS-PEWARIS WANITA DALAM ISLAM. Syariat Islam telah membariskan senarai waris wanita yang layak menerima harta peninggalan si mati : - v ibu, v nenek sebelah bapa, v isteri-isteri v adik-beradik perempuan seibu v anak perempuan, sebapa, v cucu perempuan daripada anak lelaki, v adik beradik perempuan sebapa, v nenek sebelah ibu, v adik beradik perempuan seibu dan isteri.

PEWARIS-PEWARIS LELAKI DALAM ISLAM. Syariat Islam telah membariskan senarai waris lelaki yang layak menerima

PEWARIS-PEWARIS LELAKI DALAM ISLAM. Syariat Islam telah membariskan senarai waris lelaki yang layak menerima harta peninggalan si mati : - 1. Anak lelaki. 2. Anak lelaki kepada anak lelaki (cucu) dan ke bawah. 3. Bapa. 4. Bapa kepada bapa (datuk) dan ke atas. 5. Adik-beradik lelaki seibu sebapa, sebapa atau seibu. 6. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan sebapa (anak saudara). Anak lelaki kepada adik beradik lelaki seibu tidak termasuk dalam pewaris faraid. Sebaliknya, dia masuk dalam golongan pewaris zawi al-arham (pewaris kerabat).

7. Bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk dan nenek; dan bapa saudara sebelah

7. Bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk dan nenek; dan bapa saudara sebelah bapa yang sama datuk. Bapa saudara sebelah ibu dan bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek termasuk dalam pewaris kerabat. 8. Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa dan sebapa. Anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa yang sama nenek tidak menjadi pewaris faraid. 9. Suami. 10. Lelaki yang memerdekan hamba.