KONVENSYEN MEDIC INSANIAH Disediakan oleh Dr Nur Mohammad

  • Slides: 11
Download presentation
KONVENSYEN MEDIC INSANIAH Disediakan oleh : Dr. Nur Mohammad Hadi Bin Zahalan ( Dr.

KONVENSYEN MEDIC INSANIAH Disediakan oleh : Dr. Nur Mohammad Hadi Bin Zahalan ( Dr. hadi almaghribi ) Pensyarah Kulliyyah Syariah dan Undang-Undang Kolej Universiti Insaniah

MUQADDIMAH Islam terbina daripada 3 aspek penting : AKIDAH SYARIAH AKHLAK Firman Allah didalam

MUQADDIMAH Islam terbina daripada 3 aspek penting : AKIDAH SYARIAH AKHLAK Firman Allah didalam Surah Al-Anbiyaa’ 107 : ﺍ ﺍﻳ Maksudnya : Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

KONSEP MAQASID SYARIAH Maqasid Syariah ialah tujuan sesuatu pengsyariatan sama ada dengan mendatangkan kemaslahatan

KONSEP MAQASID SYARIAH Maqasid Syariah ialah tujuan sesuatu pengsyariatan sama ada dengan mendatangkan kemaslahatan ataupun kemudharatan. Telah berkata Imam al-Syatibi : “ Allah mencipta syariat dengan tujuan untuk merealisasikan maqasidnya untuk sekalian manusia iaitu untuk memberikan kebaikan (maslahah) kepada mereka dan mengelakkan kerosakan atau keburukan (mafsadah) daripada menimpa mereka sama ada didunia dan juga diakhirat”

TUJUAN PENGSYARIATAN MENDATANGKA N KEMASHALATAN MENOLAK KEMUDHORATAN

TUJUAN PENGSYARIATAN MENDATANGKA N KEMASHALATAN MENOLAK KEMUDHORATAN

MEMAHAMI MAQASID SYARIAH DORURIYAT YANG 5 ( Keperluan Asasi ) ALHAJIYYAT ( Keperluan Hidup

MEMAHAMI MAQASID SYARIAH DORURIYAT YANG 5 ( Keperluan Asasi ) ALHAJIYYAT ( Keperluan Hidup ) Menjaga Agama Menjaga Diri Menjaga Keturunan Menjaga Akal Menjaga Harta ATTAHSINIYAT ( Kesempurnaan hidup )

KONSEP PENGURANGAN KEMUDARATAN DALAM ISLAM ﺍ ﻭ ﺍ ﻳﺍ ﺍ ﻳ ﺍ ﻟﺍ ﺍ

KONSEP PENGURANGAN KEMUDARATAN DALAM ISLAM ﺍ ﻭ ﺍ ﻳﺍ ﺍ ﻳ ﺍ ﻟﺍ ﺍ Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya. Sabda baginda Rasulullah : ﻣﺎ ﺃﺴﻜﺮ ﻛﺜﻴﺮﻩ ﻓﻘﻠﻴﻠﻪ ﺣﺮﺍﻡ Maksudnya : Sesuatu yang memabukkan, maka banyak dan sedikitnya adalah haram

Maka dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud menjelaskan kepada kita bahawa semua yang

Maka dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Abu daud menjelaskan kepada kita bahawa semua yang memabukkan adalah HARAM termasuklah penggunaan DADAH. Akan tetapi Ulama’ berselisih pandangan bahawa jika penggunaan dadah itu adalah untuk tujuan perubatan. Imam Ibn Hajar mengatakan bahawa tidak dibenarkan mengubati menggunakan arak ( bahan yang memabukkan ) kerana terdapat banyak hadis yang menyatakan bahawa ia adalah penyakit dan bukan ubat.

Adapaun beberapa fatwa seperti fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kerajaan Saudi mengatakan bahawa

Adapaun beberapa fatwa seperti fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kerajaan Saudi mengatakan bahawa jika terdapat kemudharatan dan perlu menggunakannya maka ia tidak menjadi kesalahan tetapi dengan syarat tiada barang lain yang boleh di guna pakai. Ia berlandaskan pada firman Allah didalam Surah Al-Baqarah 173 : ﺍ ﺍ ﺍ Maksudnya : Barangsiapa dalam Keadaan terpaksa (memakannya) sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka tidak ada dosa baginya. Pandangan Maqasid Syariah di dalam bab ini : Jika ia tidak dapat dielakan dan tidak ada pengganti yang lain maka tidak menjadi masalah menggunakannya dengan beberapa syarat 1. Ia perlulah mendapat persetujuan daripada seorang doktor yang Islam, mengetahuinya dengan baik dan seorang yang amanah dalam agamanya. 2. Jika terdapat cara yang lain maka perlulah menggunakannya serta mengelakkan benda yang diharamkan oleh Allah. 3. Jika telah selesai menggubati maka haram menggunakannya dengan sengaja ini kerana terdapat kaedah fiqh mengatakan sesuatu yang diharuskan ketika dharurat itu adalah mengikut kadarnya.

HUKUM PENGUGURAN JANIN DALAM ISLAM Telah bersepakat ulama’ mengatakan bahawa pengguguran janin selepas 120

HUKUM PENGUGURAN JANIN DALAM ISLAM Telah bersepakat ulama’ mengatakan bahawa pengguguran janin selepas 120 hari adalah HARAM melainkan dalam keadaan dharurat. Dharurat yang dikatakan ulama’ adalah seperti jika dibiarkan kandungan itu maka ibu kandungan itu akan mati, ini kerana kata ulama ia seperti membunuh diri seperti dalam firman Allah didalam Surah Al-Isra’ ayat yang ke 33 : ﺍﻱ ﺍ ﺍﻟ ﺍ ﻭﺍ ﺍﻟ ﺍ Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.

Akan tetapi ulama’ berbeza pandangan sebelum daripada ditiupkan roh dengan beberapa pandangan : Pandangan

Akan tetapi ulama’ berbeza pandangan sebelum daripada ditiupkan roh dengan beberapa pandangan : Pandangan 1 : Dibenarkan. Ia adalah pandangan dalam Mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Pandangan 2 : Tidak dibenarkan sama sekali. Ia adalah pandangan kebanyakan Uama’ Mazhab Maliki, Imam Ghazali dan Ibn Hajar Al-Asqalani. Pandangan Maqasid Syariah di dalam Bab ini : Menggugurkan janin tanpa sebarang sebab adalah bercanggah dengan tujuan syara’ mengenai nikah iaitu untuk menjaga keturunan.

SEKIAN TERIMA KASIH

SEKIAN TERIMA KASIH