Sejarah Palang Merah Bulan Sabit Merah MINGGU 1
Sejarah Palang Merah/ Bulan Sabit Merah
MINGGU 1 SEJARAH PENGASAS PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH
Sejarah Pengasas Palang Merah/Bulan Sabit Merah • Siapakah Pengasas Palang Merah/Bulan Sabit Merah? • Mengapa Beliau mengasaskan Palang Merah/Bulan Sabit Merah? • Adakah anda tahun kepentingan tarikh 8 Mei ?
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. • Dari keluarga yang kaya dan patuh beragama.
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Beliau mula aktif dengan pelbagai pergerakan kebajikan dan agama. • Menjadi ahli “League of Alma” – badan kebajikan
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Semasa berumur 30 tahun – menjadi ahli yang aktif – Young Men’s Christian Union – aktif di Switzerland, Perancis, dan Belgium. • Berhasrat mewujudkan gagasan tersebut di seluruh dunia. • 1849 menjadi perantis dalam sebuah bank di Geneva dan kemudian menjadi pengurus bank Colonies Suisses de Setif cawangan Algeria.
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Kemudian mula berniaga sendiri. • 25 Jun 1859 berada di Solferino, Utara Itali dan menyaksi pertempuran antara Austria dengan Perikatan Tentera Perancis. Sardinia. • Melihat ramai yang mati dan cedera – bantuan perubatan tidak lengkap dan tidak mencukupi.
Pertempuran Solferino, 1859
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Mula mengetepikan perniagaan – tumpuan kepada usaha membantu orang yang cedera. • mengumpulkan orang-orang dari desa sekitarnya dan tinggal di sana selama tiga hari untuk dengan sungguh menghabiskan waktunya merawat orang yang terluka.
• Kata-kata beliau, Siamo tutti fratelli (Kita semua bersaudara), membuka hati para sukarelawan yang melayani kawan mahupun musuh.
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Menerbitkan Kenangan di Solferino – saranannya: – Membentuk Organisasi/Persatuan yang mengandungi sukarelawan-sukarelawan yang terlatih patut ditubuhkan di semua negara untuk menolong menjaga anggota-anggota tentera yang cedera di medan perang. – mempromosikan perjanjian/kesepakatan antarabangsa untuk melindungi tentera yang terluka dalam medan perang, orang-orang yang merawatnya serta memberikan status
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Saranan beliau diterima ramai – mengembara menyebarkan idealnya sekitar tahun 1863 dan 1864. • Urusan perniagaannya terabai – 1867 terpaksa menjual semua perniagaannya untuk membayar hutang dan akhir meninggalkan Geneva.
HENRY DUNANT (1828 -1910) • Selama 20 tahun bergantung hidup atas belas kasihan orang ramai. • 1895 – berita yang beliau masih hidup tersebar luas – bantuan mencurah tiba.
HENRY DUNANT (1828 -1910) • 1901 telah dianugerahkan Hadiah Keamanan yang pertama oleh Jawatankuasa Noble. • 30 October 1910 beliau menghembus nafas terakhir di Heidden.
MINGGU 1 SEJARAH PENUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH
PALANG MERAH • Gagasan Idea Henry Dunant diterima oleh Gustev Moynier (peguam), pengerusi The Societe Genevoise d’Utilite Publigue. • Pada 17 Februari 1863, bersama-sama Guillaume-Henri Dufour, Louis Appia dan Theodore Mounior – menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa membantu orang yang tercedera. (International Standing Committee for Aid to Wounded Soldier)
• Kemudian dikenali International Committee of the Red Cross – ICRC pada tahun 1876. • 26 -29 Okt. 1863 – satu persidangan 16 negara Eropah diadakan di Geneva dan kemudian meluluskan Resolusi Jawatankuasa Geneva • Bersetuju menubuhkan pasukan perkhidmatan perubatan tentera dengan lambang Palang Merah
• Para pekerja bantuan dan alat-alat bantuan akan dilindungi oleh sebuah lambang khas: Palang Merah yang berlatar belakangkan warna putih. • Pada Februari 1864, lambang ini muncul untuk kali pertama di medan pertempuran antara Prussia dan Denmark
• ICRC telah menghantar Dr. Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. - menghadapi masalah – perlu pengiktirafan secara rasmi. • Ogos 1864 – Kerajaan Switzerland dengan gesaan ICRC telah mengadakan “Persidangan Diplomatik” yang dihadiri 12 buah negara • Konvensyen ini cuba memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran
• 22 Ogos 1864 – Konvensyen Geneva ditandatangani oleh 12 buah negara – menolong mangsa perang. • Konvensyen Geneva pertama ini telah membuka satu lembaran sejarah. Sekaligus menafikan tanggapan bahawa peperangan dan undang-undang tidak boleh diselaraskan.
• Dalam persidangan tersebut turut mengesyorkan satu rancangan yang istimewa untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital tentera dan anggota perubatan. • Konvensyen Geneva pertama menjadi asas bagi kerja-kerja kemanusiaan – perang Perancis-Prussia (1870 -71), Sepanyol –Amerika (1898) & Rusia-Jepun
• Banyak negara telah menubuhkan Palang Merah mereka. • 1867, Perang Turki-Russia – kerajaan Turki menggunakan lambang Bulan Sabit Merah. • Selepas 1864, beberapa persidangan telah dijalankan. Paris (1867), Berlin (1869), Geneva (1884), Karlsrune, Rome (1892), Vienna (1897) dan St. Petersburg (1902)
LAMBANG PERGERAKAN • Lambang palang merah merupakan terbalik dari bendera Switzerland. – perlindungan kepada petugas dan tentera yang cedera.
• Nov. 1876 Turki mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss – penjaga Konvensyen Geneva – menggunakan lambang bulan sabit merah – palang merah menghina agama Islam. • Banyak negara Islam menggunakan lambang ini
• Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929. • Menjadi tanggungjawab kerajaan mengawal penggunaan lambang ini. • Pada tahun 1923, lran menggunakan lambang Singa Merah dan Matahari, namun ia diganti dengan Bulan Sabit oada tahun 1980.
PENGGUNAAN LAMBANG PELINDUNG (PROTECTIVE) PENGENALAN (INICATIVE)
KONVENSYEN GENEVA • Terdapat 4 Konvensyen Geneva – bertarikh 12 Ogos 1949. • 1864 KG 1 – memberi perlindungan perang di darat • 1899 KG 2 – di laut. • 1929 KG 3 – perlindungan kepada tawanan perang - perang dunia 1 (19141918)
• 1949 KG 4 – orang awam di dalam tahan musuh. • Semakan 12 Ogos 1949 – tidak lengkap. • 2 Protokol Tambahan – Protokol 1 – konflik bersenjata antarabangsa. – Protokol 2 – konflik bersenjata bukan antarabangsa.
Perjanjian Lain. • Protokol Gas Geneva 1925 – melarang penggunaan apa jua gas beracun dalam masa perang. • Konvensyen Harta Budaya Hague 1954 – perlindungan kepada objek seni yang penting. • Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu 1981 – senjata yang menyebabkan kecederaan yang dahsyat.
• Konvensyen Hague 1899 & 1907 – perbezaan antara peraturan berkait dengan pengendalian permusuhan dengan perlindungan mangsa-mangsa.
MINGGU 1 SEJARAH PENUBUHAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Sejarah Ringkas BSMM • Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah satu organisasi kemanusiaan. • Mula ditubuhkan pada bulan April 1948 di Sabah sebagai salah satu Cawangan kepada Persatuan Palang Merah British
Sejarah Ringkas BSMM • Unit Palang Merah yang pertama di Semenanjung Malaysia ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1950, yang kemudiannya menjadi satu Cawangan • Pada bulan Februari 1951, Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan Miss Johnson serta dua orang Pegawai Medan Palang Merah British.
Sejarah Ringkas BSMM • Majlis Cawangan baru ini telah memutuskan bahawa Cawangancawangan setempat hendaklah ditubuhkan pada tiap-tiap sembilan buah negeri dan kedua-dua negeri Selat. • Sehingga penghujung tahun 1951, Cawangan-cawangan telah ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor
Sejarah Ringkas BSMM • Pada tahun 1952, Cawangan-cawangan lain ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. • Dalam masa kemuncak darurat, Cawangan telah menghantar 25 pasukan Palang Merah untuk tugas-tugas kebajikan di kampung-kampung dari di Perak, Terengganu dan Selangor.
• Selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah diperbadankan dengan kelulusan Akta Parlimen ( Akta No. 4, 1962) dan berkuatkuasa pada 16 April 1962.
• Pada 4 Julai 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah menerima pengiktirafan rasmidaripada Jawatankuasa antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC) sebagai Persatuan Palang Merah Kebangsaan yang bebas • Selepas itu, persatuan ini diterima masuk sebagai ahli Persatuan-persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah pada 24 Ogos 1963
• Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu telah mengubah nama kepada Persatuan Palang Merah Malaysia (Perbadanan) atau Malaysia Red Cross Society (Incorporation) pada 1 Julai 1965 (Akta 540, 1965)
• Dengan kelulusan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia ( Pertukaran nama tahun 1962 ), nama dan lambang persatuan ini telah ditukar menjadi PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA atau PBSMM pada 4 September 1975 (Akta ke -162).
TERIMA KASIH
- Slides: 41