KEMAHIRAN PEDAGOGI ABAD KE21 Kemahiran Generik Nama Ahli
KEMAHIRAN PEDAGOGI ABAD KE-21 “Kemahiran Generik” Nama Ahli Kumpulan : Siti Khadijah Azman Nurul Qasdina Idris Nur Masturah Mohamed Nor Nazatul Shima Sezali
APA ITU KEMAHIRAN GENERIK ? -kemahiran generik adalah kemahiran umum, kualiti, kebolehan dan trait yang harus dikuasai oleh seseorang untuk berjaya dalam pelajaran dan kerjaya mereka. -KPT (2006) telah mendefinisikan kemahiran insaniah merangkumi aspek -aspek kemahiran generik yang melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan.
Ke. Ma. Hi. Ra. N Ge. Ne. Ri. K. . . • Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. • Kemahiran generik juga dikenali dengan kemahiran insaniah, modal insan, soft skills, dan pelbagai istilah lain mengikut negara. • Penerapan kemahiran generik dapat membantu pelajar
Konteks Pendidikan Merupakan kemahiran utama yang perlu ada pelajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna serta membolehkan pelajar melaksanakannya dalam pelbagai situasi, alam pekerjaan dan kehidupan seharian.
K. Kerja Berpasukan K. Penyelesa ian Masalah K. ICT Elemen Kemahiran Generik K. Komunika si K. Kepimpina n
1. Kemahiran Kerja Berpasukan • Kerja berpasukan merupakan satu cara kerjasama yang perlu diamalkan di sekolah pada masa kini untuk membantu meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. • Kerja berpasukan boleh diterapkan dalam P&P melalui aktiviti berkumpulan dan aktiviti kokurikulum , persatuan dan kelab.
2. Kema. Hiran Komu. Nikas. I • Menurut Kamarudin Husin (2003), berkomunikasi adalah proses memberi makna-makna tertentu dalam bentuk dua hala yang melibatkan interaksi minda melalui proses perbincangan, persembahan (presentation), dan perbahasan. • Tujuan berkomunikasi adalah untuk berkongsi maklumat. • Pelajar mendapat kecekapan linguistik serta dapat berkomunikasi secara terancang melalui aktiviti perbincangan, persembahan dan seterusnya membantu pelajar memupuk keyakinan
3. Kemahiran Kepimpinan • Husin @ Ibrahim Mamat (2007) : • Kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dengan cara-cara tertentu. • Kepimpinan ialah peranan kumpulan • Kepimpinan bergantung pada kekerapan interaksi • Kepimpinan lebih berkesan jika pengikut mempunyai nilai dan inspirasi yang sama dengan pemimpin. • Contoh : ketua dalam sebuah kumpulan yang telah dilantik oleh guru akan menjadi tunjang dan pemimpin kepada rakan-rakan. Ahli kumpulan akan menyuarakan pendapat masing-masing tanpa rasa takut kerana perbincangan yang dilakukan adalah terdiri daripada kelompok mereka sendiri dan guru hanyalah berperanan sebagai fasilitator.
4. Kemahiran ICT • Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran. • Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. • Meningkatkan motivasi pelajar. • Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning). • Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi. • Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.
5. Kemahiran Penyelesaian Masalah • Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mempunyai kaedah. • Kaedah inkuiri merupakan kaedah penyelesaian masalah. • Kaedah inkuiri merupakan proses mencari maklumat melalui teknik penyoalan. • Bermula dengan proses pemerhatian. • Melibatkan proses menyiasat, mereka bentuk eksperimen, hipotesis, mengumpul data dan membuat kesimpulan.
KEPENTINGAN PENERAPAN KEMAHIRAN GENERIK Kemahiran kerja berpasukan • Dapat meningkatkan kualiti kerja & mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan Kemahiran komunikasi • Dapat menyalurkan maklumat daripada guru kepada pelajar Kemahiran kepimpinan • Dapat berkongsi maklumat antara pemimpin dengan orang bawahan Kemahiran ICT • Dapat menggunakan perisian yang menarik&mencabar
Implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran • Dapat membantu guru menggunakan kaedah paling berkesan ke arah mewujudkan pembelajaran lebih bermakna • Membantu guru mempelbagai kaedah baru dan menarik • Mengubah pandangan para pelajar tentang kaedah pengajaran yang sama bagi setiap mata pelajaran • Mewujudkan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan • Menyiapkan diri para pelajar kepada bidang pasaran kerja dan juga mempunyai kemahiran tambahan yang relevan dengan pasaran kerja.
RUJUKAN Ab. Aziz Yusof (2009). Pembangunan Modal Insan Teras Pendidikan Negara. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia. Husin @ Ibrahim Mamat (2007). Pemimpin Era Globalisasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Slides: 13