KATA KERJA DAN KATA ADJEKTIF KATA KERJA Kata












- Slides: 12

KATA KERJA DAN KATA ADJEKTIF

KATA KERJA � Kata kerja bermaksud kata yang menunjukkan aksi atau perbuatan yang dilakukan oleh benda hidup seperti manusia dan binatang. � Contoh kata kerja ialah : - makan, duduk, berlari, mengunyah, menelan, menggigit, tolak, tekan, pijak, sepak, tendang, tulis, dan lain-lain.

CONTOH AYAT � Ali sedang baca buku. � Wong De Ong suka makan biskut. � Gopal menendang bola dengan kuat sekali.

KATA KERJA TERBAHAGI KEPADA 3 IAITU; � Kata kerja transitif � Kata kerja tak transitif � Kata kerja pasif

KATA KERJA TRANSITIF � Kata kerja transitif memerlukan objek sebagai penyambut untuk melengkapkan maksusd. � Contoh – - Pengetua memanggil Samad - Mereka membuang sampah.

� Terbahagi kepada bentuk berikut; a) Awalan me. N – mendayung, melarang, membawa, meranduk, dan lain-lain b) Apitan men…i – mendahului, meracuni, menghadiahi, dan lain-lain. c) Apitan men…kan – menyediakan, melengkapkan, memerahkan, melarikan, dan lain-lain. Kata makan, minum, mohon, dan minta merupakan kata kerja transitif walaupun tidak berawalan me. N.

KATA KERJA TAK TRANSITIF � Kata kerja ini menerangkan pelaku melakukan sesuatu terhadap diri sendiri. � Kata kerja ini juga tidak memerlukan objek walaupun untuk membentuk ayat yang lengkap. � Contoh – Semua murid sedang menulis - Pegawai-pegawai itu sedang berbincang.

� Kata kerja ini juga boleh diikuti unsur keterangan. � Contoh – Semua pegawai itu sedang berbincang tentang masalah syarikat mereka. - Semua murid sedang menulis karangan.

LATIHAN Garisi kata kerja yang terdapat dalam ayat di bawah ini. 1. Badrul suka bermain badminton. 2. Razak menelefon Anis untuk berbincang tentang kerja rumah. 3. Rafali mendukung adiknya yang sedang menangis.

KATA ADJEKTIF � Kata adjektif bermaksud kata yang menunjukkan sifat benda hidup seperti manusia dan binatang. � Kata adjektif boleh dikenal malalui sifat fizikal seseorang. (gemuk, kurus, cantik, kacak, tinggi, putih, hitam, dan lain-lain). � Kata adjektif juga boleh dikenal melalui perlakuan seseorang (baik, jahat, penyayang, pendendam, dan lain-lain).

CONTOH AYAT � Razak amat menyayangi adiknya. � Aminah seorang gadis yang baik hati. � Ramlah sangat terkenal dengan kecantikannya.

LATIHAN GARISI KATA ADJEKTIF YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH 1. 2. 3. 4. Awie seorang lelaki yang berbadan tegap dan tinggi. Mawi merupakan seorang anak yang bertanggungjawab. Shila sangat jelita manakala abangnya pula seorang lelaki yang kacak. Encik Rahman merupakan guru yang tegas.