Kata Majmuk KATA MAJMUK Menurut Tatabahasa Dewan kata

Kata Majmuk

KATA MAJMUK Menurut Tatabahasa Dewan, kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif, seperti contoh berikut: 2

CONTOH KATA MAJMUK Kata Nama Majmuk jalan raya Kata Kerja Majmuk ambil alih Kata Adjektif Majmuk biru laut guru besar tunjuk ajar hijau daun kertas kerja kenal pasti merah jambu susu pekat manis kuat kuasa muda remaja 3

Berdasarkan Tatabahasa Dewan juga dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: 1. Rangkai kata bebas - jalan raya, beg tangan, cita rasa, menteri besar 2. Istilah khusus dalam bidang ilmiah - graf terarah, analisis teks, deria rasa 3. Simpulan bahasa/kiasan - kaki bangku, lipas kudung, anak emas 4

Secara umumnya, kata majmuk dieja secara terpisah (jarak). Ini kerana kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar yang membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang dianggap telah mantap penggunaannya. Oleh itu, kata majmuk yang telah mantap hendak dieja sebagai satu perkataan. 5

BENTUK YANG TELAH MANTAP Antarabangsa Matahari Sukarela Suruhanjaya Setiausaha Tandatangan Bumiputera Olahraga Tanggungjawab Jawatankuasa Warganegara Kakitangan Kerjasama Pesuruhjaya Beritahu 6

Selain daripada contoh yang diberikan, kata majmuk hendaklah dieja secara terpisah. Misalnya : - atur cara, tengah hari, alat tulis, usaha sama, rumah tangga, temu bual, urus setia dll. 7

IMBUHAN Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan, dan mestilah mematuhi peraturan ejaan yang telah ditetapkan. Kata Majmuk kuat kuasa Menerima Awalan berkuat kuasa Menerima Apitan menguatkuasakan satu padu bersatu padu menyatupadukan urus niaga berurus niaga diurusniagakan 8

GANDAAN Kata majmuk juga boleh digandakan iaitu dengan menggandakan unsur pertama kata sahaja. Misalnya: Kata Majmuk alat tulis balai raya kertas kerja gambar rajah Menteri Besar Penggandaan Kata majmuk alat – alat tulis balai – balai raya kertas - kertas kerja gambar –gambar rajah Menteri – menteri Besar 9
- Slides: 9