Tatabahasa 6 Frasa Nama Tatabahasa 6 Frasa Nama

Tatabahasa (6) – Frasa Nama

Tatabahasa (6) – Frasa Nama Frasa nama ialah binaan frasa yang unsur utamanya terdiri daripada kata nama. Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja atau beberapa perkataan. beliau pemuda berbaju hitam itu semua orang pendapat para peserta kampung halaman mereka kedai buku

Frasa nama dapat menduduki pelbagai tempat dalam ayat, iaitu sebagai subjek, predikat dan predikat sendi nama. i) Sebagai subjek Subjek Beliau Predikat sedang menyampai hadiah kepada pemenang. Kampung halaman mereka terletak di Kundasang. Pendapat para peserta akan dipertimbangkan. telah ditugaskan untuk menjaga disiplin pelajar di dalam dewan. ialah orang yang melaungkan azan.

ii) Sebagai predikat Subjek Predikat Kami berlima pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa. Penulis muda itu pemenang hadiah pertama dalam peraduan tersebut. Sajak ini hasil ciptaan A. Samad Said. Pemilik restoran itu Pengedar dadah itu

iii) Sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS) Predikat Subjek Rakan-rakan kami Falsafah Melayu Islam Beraja Kumpulan pelawat itu Matapelajaran Pendidikan Islam Kasut kepunyaan Aminah Sendi Nama di untuk dari Frasa Nama kedai buku. semua warganegara Brunei Darussalam. Jabatan Pendidikan. untuk di

Latihan 1 : Isikan frasa nama yang sesuai dalam setiap ayat-ayat berikut. - tokoh Guru Cemerlang Daerah Muara Tahun 2013 - pelajar kelahiran Sekolah Tahfiz Tutong - pemilik pusat beli-belah terbesar di negara ini - lagu yang selalu dimainkan di radio itu - doktor pakar mata di Hospital Ampang - keluarga yang ahlinya saling menghormati dan memahami antara satu sama lain - anak yang sentiasa menyenangkan - kanak-kanak yang bercita-cita menjadi ibu bapanya angkasawan itu - Ibu bapa kesayangannya - amalan terpuji yang sangat dituntut dalam kehidupan

1. _______________ ciptaan ahli muzik yang terkenal di Amerika. 2. __________ suka membaca kisah-kisah penerokaan ke angkasa lepas. 3. Keluarga yang bahagia ______________________. 4. ___________________ orang dewasa pertama yang mengajarnya tentang budi pekerti. 5. Anak yang soleh ialah _______________________. 6. Jiran di sebelah kiri rumah kami ___________________. 7. ___________________ amat baik dan berbudi pekerti. 8. Sikap suka membantu orang yang berasa dalam kesusahan ________________________. 9. _______________________ guru mata pelajaran Matematik sekolah kami. 10. Abang sulung saya ________________________.
- Slides: 7