Kajian Tindakan Kepentingan Kajian Tindakan Mengenalpasti masalah dalam

  • Slides: 14
Download presentation
Kajian Tindakan

Kajian Tindakan

Kepentingan Kajian Tindakan Mengenalpasti masalah dalam Pd. P dan mengenalpasti tindakan untuk mengatasi masalah

Kepentingan Kajian Tindakan Mengenalpasti masalah dalam Pd. P dan mengenalpasti tindakan untuk mengatasi masalah tersebut. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Meningkatkan prestasi pencapaian murid.

Maksud Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu Kaji (kajian) dan bertindak (tindakan). Kajian

Maksud Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu Kaji (kajian) dan bertindak (tindakan). Kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang hendak dilaksanakan. Ia membolehkan penyelidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.

Maksud Kajian Tindakan bagi Guru Satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan refleksi terhadap

Maksud Kajian Tindakan bagi Guru Satu bentuk penyiasatan yang membolehkan guru melakukan refleksi terhadap tindakan yang dilakukannya dalam Pd. P(Tomlinson, 1995) Satu kaedah yang untuk mempertingkatkan kebekerkesanan Pd. P dalam bilik darjah dan mengekalkan profesionalisme guru. Kajian tindakan merupakan satu kaedah yang terbaik bagi melakukan perubahan terhadap corak pentadbiran dalam bilik darjah, sekolah dan sebagainya.

Apakah Kajian Tindakan? 2 jenis kajian tindakan : kajian tindakan amalan (practical action research)

Apakah Kajian Tindakan? 2 jenis kajian tindakan : kajian tindakan amalan (practical action research) kajian tindakan penyertaan (participatory action research) Creswell (2005)

Kajian Tindakan Amalan (Practical Action Research) melibatkan peninjauan tentang amalan pengajaran guru dalam konteks

Kajian Tindakan Amalan (Practical Action Research) melibatkan peninjauan tentang amalan pengajaran guru dalam konteks isu-isu di dalam bilik darjah. dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar. guru mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher as researcher).

Kajian Tindakan Penyertaan (Participatory Action Research) melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghindarkan perkembangan

Kajian Tindakan Penyertaan (Participatory Action Research) melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghindarkan perkembangan pelajar. Tidak terhad kepada dalam bilik darjah seperti kajian tindakan amalan guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah di luar bilik darjah. guru perlu mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu.

Kajian Tindakan Penyertaan (Participatory Action Research) guru boleh melaksanakan program untuk mengubah “cara hidup”

Kajian Tindakan Penyertaan (Participatory Action Research) guru boleh melaksanakan program untuk mengubah “cara hidup” pelajar (life-enhancing changes) apabila masalah pelajar dikenalpasti. cara ini akan menjadikan guru sebagai “emancipated researcher” ataupun guru yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu “belenggu” yang mencegah perkembangan pelajar. digelar dengan berbagai-bagai nama seperti: community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & Mc. Taggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000).

Prosedur Kajian Tindakan i. merancang; ii. bertindak; iii. memerhati; dan iv. merefleks. Lewin (1946;

Prosedur Kajian Tindakan i. merancang; ii. bertindak; iii. memerhati; dan iv. merefleks. Lewin (1946; 1948) *Levin adalah pengasas kajian tindakan

Prosedur Kajian Tindakan i. mengkaji semula amalan semasa (refleksi); ii. mengenal pasti satu aspek

Prosedur Kajian Tindakan i. mengkaji semula amalan semasa (refleksi); ii. mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji; iii. membayangkan langkah seterusnya (merancang), iv. mencuba tindakan/kaedah baru (tindakan), v. memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati); vi. mengubah pelan berdasarkan apa yang telah dijumpai, apa yang berlaku dan meneruskannya; vii. menilai tindakan yang telah diubah itu; dan viii. meneruskan sehingga berpuas hati dengan hasil kerja (mengulangi gelungan). (Mc. Niff, 2002)

Langkah 1: Refleksi Mengimbas kembali sesi pengajaran Meneliti kekuatan dan kelemahan sesi Pd. P

Langkah 1: Refleksi Mengimbas kembali sesi pengajaran Meneliti kekuatan dan kelemahan sesi Pd. P (adakah murid faham? Apakah masalah murid? ) Mengenalpasti isu dan masalah dalam proses Pd. P o o o Mengenal pasti fokus kajian. Mengenal pasti objektif kajian. Menentukan kumpulan sasaran

Langkah 2: Tinjauan Awal q Mengumpul data atau maklumat secara bersistematik pada peringkat pemulaan

Langkah 2: Tinjauan Awal q Mengumpul data atau maklumat secara bersistematik pada peringkat pemulaan untuk mengenalpasti punca sebenar berlakunya masalah tersebut. q Pengumpulan data ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti melalui ujian, soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen atau maklumat Pd. P.

Langkah 3: Merancang tindakan intervensi bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Memerlukan kreativiti dan

Langkah 3: Merancang tindakan intervensi bagi mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Memerlukan kreativiti dan kepakaran guru untuk menggunkan pendekatan atau kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah. Contohnya menggunakan bahan bantu mengajar, melaksanakan aktiviti yang menarik, menggunakan pendekatan yang berbeza untuk menerangkan sesuatu konsep. Atau menyusun semula kedudukan murid dalam kelas dan sebagainya.

Langkah 4: Tindakan & Memerhati Melakukan tindakan mengikut perancangan yang telah dibuat. Dan; memerhati

Langkah 4: Tindakan & Memerhati Melakukan tindakan mengikut perancangan yang telah dibuat. Dan; memerhati dan memantau sama ada tindakan itu berkesan atau tidak serta sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Serta; sekali lagi mengumpul data sama ada melalui ujian/pemerhatian/survey/dan sebagainya. Data yang diperolehi perlu dianalisis bagi membolehkan guru melakukan semula refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan tindakan yang diambil, keberkesanan tindakan tersebut serta tindakan susulan yang perlu dilakukan. Proses ini akan berterusan dalam kitaran kajian.