Definisi rangkaian komputer q Rangkaian Komputer adalah sekumpulan

  • Slides: 11
Download presentation
Definisi rangkaian komputer q Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang

Definisi rangkaian komputer q Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. q Rangkaian boleh terdiri daripada berpuluh-puluh, beratus, beribu atau berjuta nod. q Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. q Menerusi rangkaian komputer, maklumat dapat dipindahkan merentasi dunia dan sempadan melalui medium seperti kabel, gelombang radio, pancaran infra merah atau satelit. q Ini membolehkan pengguna berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian.

Definisi Komunikasi • Komunikasi merupakan proses penghantaran data atau maklumat yang terdapat di dalam

Definisi Komunikasi • Komunikasi merupakan proses penghantaran data atau maklumat yang terdapat di dalam berbagai bentuk iaitu teks, imej, audio, isyarat, video, grafik dan lain-lain. • Proses komunikasi ini boleh berlaku antara manusia dengan komputer, antara komputer dengan manusia, alat dan banyak lagi. • Data atau maklumat yang di bawa dari penghantar ke penerima mesti melalui media komunikasi yang menjadi saluran untuk membawa mesej. Antara media komunikasi ialah talian telefon, gelombang mikro atau wayarles. • Perkembangan teknologi komunikasi adalah berkaitan dengan penggunaan internet, web, tesedidang, telefon bimbit, komunikasi tanpa wayar, satelit, 3 G, 4 G dan banyak lagi.

3. 1. 3 Jenis – jenis Rangkaian üRangkaian komputer dapat dikategorikan kepada 3 jenis

3. 1. 3 Jenis – jenis Rangkaian üRangkaian komputer dapat dikategorikan kepada 3 jenis yang asas iaitu: ü Rangkaian Kawasan setempat (Local Area Network – LAN) ü Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN) ü Rangkaian Kawasan Luas (Wide area Network – WAN)

Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN) ü Rangkaian jenis LAN terhad kepada

Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN) ü Rangkaian jenis LAN terhad kepada batasan geografi yang terhad sahaja contohnya jenis rangkaian ini hanya meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. ü LAN dimilik , diguna dan ditadbir oleh organisasi persendirian. ü Fungsi asas LAN a) Satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer didalam kawasan terhad seperti dalam kampus universiti, didalam sesebuah bangunan didalam bilik serta kerap dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. b) Jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang lebih daripada satu batu jaraknya. ü Sumber – sumber yang dikongsi termasuklah perkakasan seperti pencetak, pengimbas, perisian atau data.

CIRI – CIRI LAN ü LAN juga selalunya mempunyai jarak kurang dari 2 km.

CIRI – CIRI LAN ü LAN juga selalunya mempunyai jarak kurang dari 2 km. ü Selain daripada itu, LAN digunakan untuk sistem rangkaian sesuatu bangunan, sekolah, institusi ataupun pejabat. ü LAN boleh menghantar data pada kelajuan yang tinggi iaitu 10 mbps, 100 mbps atau 1000 mbps. ü LAN juga menggunakan topologi bintang, cincin dan juga bas. Senibina rangkaian LAN kebiasaannya adalah jenis pelayan/pelanggan.

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN) ü MAN lazimnya meliputi suatu kawasan

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN) ü MAN lazimnya meliputi suatu kawasan georgafi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. ü Ia beroperasi di bandar – bandar gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. ü MAN menyediakan perkhidmatan yang lebih dari LAN termasuk gabungan suara, data, imej dan video.

CIRI-CIRI MAN • MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gebtian optic) dan menjangkau seluruh

CIRI-CIRI MAN • MAN menggunakan media penghantaran berprestasi tinggi (gebtian optic) dan menjangkau seluruh bandar. • MAN juga dikaitkan dengan Bandar bestari yang menyediakan rangkaian khas untuk sesuatu bandar.

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) ü WAN menghubungkan suatu kawasan yang

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) ü WAN menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya sebagai contoh menghubungkan Malaysia dengan Amerika Syarikat, China dan sebagainya. ü Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dan berkomunikasi secara global dan antarabangsa seperti internet. ü Ia juga menyediakan penghantaran data, suara, imej, video untuk jarak jauh melalui kawasan geografi yang luas meliputi Negara, benua atau seluruh dunia. ü Rangkaian WAN memerlukan gabungan talian telefon, mikrogelombang, satelit dan media penghantaran lain. ü Komputer dalam WAN biasanya dihubungkan melalui rangkaian awam.

CIRI-CIRI WAN ü sambungan rangkaian WAN merangkumi rangkaian LAN dan gabungan MAN. ü WAN

CIRI-CIRI WAN ü sambungan rangkaian WAN merangkumi rangkaian LAN dan gabungan MAN. ü WAN menggunakan media penghantaran gentian optic, satelit, gelombang radio dan sebagainya serta meliputi antara benua dan seluruh dunia.

3. 1. 3. 2 Perbezaan antara ketiga – tiga jenis rangkaian komputer

3. 1. 3. 2 Perbezaan antara ketiga – tiga jenis rangkaian komputer