3 TOKOH ULAMA DI MALAYSIA DAN DUNIA TOKOH

  • Slides: 21
Download presentation
3 TOKOH ULAMA DI MALAYSIA DAN DUNIA

3 TOKOH ULAMA DI MALAYSIA DAN DUNIA

TOKOH ULAMA DI MALAYSIA Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar

TOKOH ULAMA DI MALAYSIA Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. Antara tokoh ulama di malaysia masa kini ialah : (1) USTAZ AZHAR IDRUS (2) UNGKU AZIZ (3) NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

USTAZ AZHAR IDRUS Latar belakang : Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala

USTAZ AZHAR IDRUS Latar belakang : Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman Nama: Ustaz Azhar Bin Idrus Tarikh Lahir: 12 Februari 1964 Berasal: Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Hobi: Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan. Pendidikan : 1. Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah. 2. Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2) 3. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6) 4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990. 5. Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

 Pengalaman : 1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho

Pengalaman : 1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau. 2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai. 3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya Isteri : 1. Rogayah Binti sulong 2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor Anak : 1. Nur Madihah Asyiqin 2. Nur Farhah 3. Mohd Faqihuddin 4. Mohd Zuhaili 5. Ikhwan Najmi 6. Khairul Mukmin 7. Rasydan 8. Daniel

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.

UNGKU AZIZ Prof. Diraja Dr. Ungku Aziz YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin

UNGKU AZIZ Prof. Diraja Dr. Ungku Aziz YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 - ) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993. Keluarga : Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y. M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang.

 Pendidikan : Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung

Pendidikan : Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura dan mendapat ijazah pada 1951. Kemudian pada 1964, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi di Waseda University, Tokyo, Jepun. Perkhidmatan : Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada 1951, kemudian sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura (1952 -1961). Pada tahun 19611965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya dari 1968 hingga 1988. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut kira-kira 20 tahun.

 Anugerah : Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978, juga

Anugerah : Beliau yang dianugerahkan gelaran Professor Diraja pada 17 Jun 1978, juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak ditubuhkan pada 1971. Pada 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di. Pertuan Agong. Beliau juga merupakan Pengerusi Cosmopoint. Beliau juga menempa sejarah negara apabila menjadi penerima pertama ‘Anugerah Melayu Terbilang’ sempena sambutan ulang tahun Ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 11 Mei 2005. Sumbangan : Antara sumbangan utama Ungku Aziz kepada negara ialah: - Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen) II. Pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LTH) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) Universiti Malaya Akademi Islam Pusat Asasi Sains Pekanbuku

Nik abdul aziz nik mat Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh

Nik abdul aziz nik mat Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir: 1931 Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka, Kelantan. Pengajian : 1 -Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut 2 -Universiti Deoband India 3 -Universiti Lahore Pakistan 4 -Universiti Al Azhar 5 -Sarjana Muda bahasa Arab 6 -Sarjana Perundangan Islam Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Perkhidmatan : Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh

Perkhidmatan : Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun. Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

 Bidang Politik : Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga

Bidang Politik : Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang. Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa. Pendakwah : Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

 Keistemewaan : Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak

Keistemewaan : Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung. Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’. Penghargaan : Beliau mendapat penghargaan: 1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim. 2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. 3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Tokoh dunia

Tokoh dunia

Syeikh muhammad abu zuhrah (mesir) Muhammad Abu Zahrah, Imam Fuqaha Dari Al. Azhar Nama

Syeikh muhammad abu zuhrah (mesir) Muhammad Abu Zahrah, Imam Fuqaha Dari Al. Azhar Nama penuhnya ialah Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah dilahirkan pada 29 Mac 1898 M di Mahallah al-Kubra, Mesir. Keluarganya adalah sebuah keluarga yang memelihara adab-adab agama dan nilai-nilai Islam. Dalam suasana tersebut, beliau dibesarkan dan memberi kesan terhadap pembentukan jiwa dan peribadinya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau telah menghafal al-Quran dari guru-gurunya seperti Syeikh Muhammad Jamal, Imam Masjid Dahaniah, Syeikh Muhammad Hika, Imam Masjid Hanafi dan Syeikh Mursi al-Misri, Imam Masjid Syeikh Abu Rabah. Muhammad Abu Zahrah mengakui bahawa permulaan kehidupan ilmiahnya bermula dari pengajian dan penghafalan al-Quran.

 Dalam aspek pendidikan peringkat rendah, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Rendah al-Raqiyyah dan

Dalam aspek pendidikan peringkat rendah, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Rendah al-Raqiyyah dan ilmu-ilmu moden seperti Matematik dan lain-lain di samping ilmu agama dan bahasa Arab. Abu Zahrah meneruskan pengajian di Kolej al-Ahmadi al. Azhari di Masjid Ahmadi, Tanta pada tahun 1913. Pada tahun 1916, beliau memasuki Sekolah Kehakiman Syariah, Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengambil pelajar yang cemerlang Kolej ini dibina bertujuan melahirkan ahli feqah yang semasa dan pratikal yang bersesuaian dengan realiti masyarakat bagi mengisi jawatan hakim syar’i di Mesir. Kolej mempunyai sistem pendidikan yang lebih teratur dan pelengkap kepada al-Azhar.

 Guru guru abu zuhrah : Antara guru-gurunya ialah Muhammad Atif Barakah (1872 -1924),

Guru guru abu zuhrah : Antara guru-gurunya ialah Muhammad Atif Barakah (1872 -1924), guru di Kolej Ahmadi, Tanta, Muhammad Faraj Shanhuri (18911977), Abdul Wahab Azam (1894 -1959) Ahmad Ibrahim Bik, Muhammad Khudri al-Afifi, Abdul Wahab Khalaf, Abdul Jalil Isa, Muhammad al. Banna, Ali Khafif, Husain Wali, Ahmad Amin, Abdul Aziz al-Khuli, dan Mustafa Ana’i. Muhmmad Abu Zahrah pernah bekerja sebagai guru di Pusat Penyediaan Dar Ulum secara kontrak selama setahun (10 Oktober 1927 -14 November 1928), kemudian beliau mengajar di sekolah menengah di Kaherah dan Suhaj selama dua tahun iaitu bermula dari tahun 1930 sehingga akhir tahun 1932.

Beliau digelar sebagai imam yang menunjukkan kealiman dalam ilmu. Namun menurut Abdul Halim Jundi,

Beliau digelar sebagai imam yang menunjukkan kealiman dalam ilmu. Namun menurut Abdul Halim Jundi, bahawa gelaran imam bukan sahaja menunjukkan kealiman dalam bdang ilmu atau gelaran yang diberikan oleh kerajaan tetapi pendirian dan keberanian dalam menyatakan kebenaran dalam isu-isu masyarakat. Syeikh Abdul Halim Mahmud mantan syeikh al. Azhar menyebutkan bahawa jika terdapat masalah dalam Lujnah Fatwa, maka kami akan merujuk kepada Muhammad Abu Zahrah. Beliau mempunyai pendirian yang tegas terutama dalam isu pengharaman riba. Menurutnya, pengharaman riba bagi memelihara kebajikan umat Islam.

Syiekh muhammad al ghazali Syaikh Al Ghazali lahir 22 September 1917, dikampung Naklal Inab,

Syiekh muhammad al ghazali Syaikh Al Ghazali lahir 22 September 1917, dikampung Naklal Inab, Itay Al-Barud, Buhairah, Mesir. Ia dibsarkan dikeluarga Agamis yang sibuk didunia perdagangan. Ayahnya Hafidz Al Qur’an. Lalu sang anak tumbuh mengikuti jejak ayahandanya dan hafal Al Qur’an sejak Usia 10 tahun. Syaikh Al Ghazali menimba ilmu dari Guru-guru yang ada didesanya, masuk sekolah agama di Iskandariyah dan menamatkan tingkat dasar hingga menengah atas (SMU). Pindah ke Kairo untuk melanjutkan kuliah di Fakultas Ushuluddin dan mendapat Ijazah tahun 1361 H/1942 M. ia mengambil sepesialisasi di Dakwah wal ‘irsyad dan mendapat gelar magister tahun 1362 H/1943 M. para guru yang paling berpengaruh padanya saat studi adalah Syaikh Abdul Aziz Bilal, Syaikh Ibrahim Al-Gharbawi, Syaikh Abdul ‘Azhim Az-zarqani

 AKTIVITAS SYAIKH AL GHAZALI Setelah menyelesaikan studi, Syaikh Muhammad Al-Ghazali menjadi imam dan

AKTIVITAS SYAIKH AL GHAZALI Setelah menyelesaikan studi, Syaikh Muhammad Al-Ghazali menjadi imam dan Khatibdi Masjid Al-’Atabah Al-Khadlra. Setelah itu mendapat banyak jabatan secara berurutan sebagai berikut ewan Pengawas Masjid, Dewan Penasihat AL Azhar, Wakil Dewan Urusan Masjid, Direktur Dakwah wal Irsyad (Dakwah dan Penyuluhan)Tahun 1949 Syaikh Al-Ghazali dipenjarakan oleh pemimpin tirani Mesir di penjara At-Thur selama satu tahun bersama Ribuan Dai lainnya. Dan dipenjara Tharah tahun 1965 selama beberapa waktu. Syaikh Muhammad Al Ghazali menjadi dosen tamu di Universitas Ummul Qura, Makkah Al Mukkarramah, tahun 1971. tahun 1981, ia ditunjuk sebagai wakil Mentrei, kemudian memegang jabatan Ketua Dewan Keilmuan Universitas Al. Amir Abdul Qadir Al-Jazaairi Al-Islamiyah di Al. Jazair selama lima tahun.

PULANG KE RAHMATULLAH Syaikh Muhammad Al Ghazali wafat di Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9

PULANG KE RAHMATULLAH Syaikh Muhammad Al Ghazali wafat di Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9 Maret 1996. jenazahnya dipindah ke Madinah Al Munawarah, untuk dimakamkan di Al. Baqi. Yang Mulia Amir Abdullah bin Abdul Aziz Ali Sa’ud memiliki peran penting dalam memberikan penghargaan kepada Al Ghazali, baik saat masih hidup maupun sudah meninggal, juga memberikan bantuan kepada keluarganya. Semoga Allah Ta’ala merahmati syaikh kita yang mulia, Muhammad Al-Ghazali, memberi balasan yang baik karena jasa-jasanya kepada kaum Muslimin. Semoga Allah Ta’ala mengumpulkan kita dan beliau bersama para Nabi, Shidiqqin, dan para Syuhada. Mereka sebaik-baik teman.