SOALAN 1 PENYERTAAN MALAYSIA DALAM PELBAGAI PERTUBUHAN ANTARABANGSA

SOALAN 1: PENYERTAAN MALAYSIA DALAM PELBAGAI PERTUBUHAN ANTARABANGSA MEMBAWA BANYAK KEBAIKAN. HURAIKAN.

PENDAHULUAN Malaysia merupakan negara yang aktif menyertai pertubuhan antarabangsa. Penyertaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa telah membawa banyak kebaikan kepada negara Malaysia khususnya dari aspek ekonomi, sosial dan kebudayaan.

1. Dapat Mewujudkan Hubungan Dagangan A. 1. H. I. U- Antara kebaikan yang diperoleh Malaysia selepas menyertai pelbagai pertubuhan antarabangsa ialah dapat mewujudkan hubungan dagangan. A. 2. H. 1 - Hal ini demikian kerana hubungan dagangan semakin meningkat apabila Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan negara-negara membangun seperti G 15, D 8 dan ASEAN(AFTA). A. 3. H. 2 - Sebagai contoh, kewujudan hubungan dagangan yang pelbagai membolehkan Malaysia untuk mempromosikan produk Malaysia ke luar negara. A. 4. H. 3 - Melalui hubungan dagangan dengan G 15 pula, pertubuhan ini telah merangka Mekanisme Kewangan Pembiyaan Perdagangan yang menghapuskan pengenaan cukai berganda antara negara anggota. A. 5. H. 4 - Hal ini membolehkan hubungan dagangan antara Malaysia dengan negara anggota yang lain bersifat adil dan tidak berat sebelah.

2. Dari Aspek Ekonomi dan Sosial A. 1. H. I. U- Selain itu, penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga telah membawa kebaikan kepada Malaysia dari aspek ekonomi dan sosial. A. 2. H. 1 - Hal ini demikian kerana penyertaan Malaysia dalam ASEAN dapat mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan kebudayaan negara-negara anggota atau serantau. A. 3. H. 2 - Melalui ZOPFAN pula, ASEAN telah berusaha mengekalkan keamanan kawasan serantau termasuk Malaysia untuk memastikan interaksi sosial antara negara dapat dilakukan dengan mudah. A. 4. H. 3 - Hal ini telah membolehkan interaksi masyarakat dunia semakin meningkat kerana dapat bersosial antara satu sama lain secara rentas sempadan. A. 5. H. 4 -Manakala melalui pembangunan kawasan segi tiga pertumbuhan pula, Malaysia dapat menikmati pelbagai pembangunan dalam sosio ekonomi dan teknikal.

3. Dari Aspek Pendidikan dan Kesihatan A. 1. H. I. U- Seterusnya, kebaikan yang dapat diperoleh Malaysia dalam menyertai pelbagai pertubuhan antarabangsa ialah membolehkan Malaysia bekerjasama dari aspek pendidikan dan kesihatan dengan negara luar ASEAN. A. 2. H. 1 - Hal ini demikian kerana penyertaan Malaysia dalam PBB telah mewujudkan kerjasama antara negara ASEAN untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kesihatan di setiap negara. A. 3. H. 2 - Buktinya, Malaysia berpeluang mengikuti lima program utama UNESCO yang bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan dan kesihatan. A. 4. H. 3 - Antara program yg dilaksanakan utk meningkatkan pendidikan dan kesihatan adalah seperti program pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, komunikasi dan maklumat. A. 5. H. 4 -Malaysia juga berkerjasama dengan pihak WHO untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat termasuk rakyat Malaysia sendiri.

4. Dari Aspek Perpaduan A. 1. H. I. U- Di samping itu, penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) juga membawa kebaikan kepada Malaysia dimana ia telah memupuk perpaduan antara Malaysia dengan negara anggota Islam yang lain. A. 2. H. 1 - Dengan adanya semangat perpaduan ini, Malaysia dapat meningkatkan kerjasama antara negara anggota dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan. A. 3. H. 2 - Sebagai contoh, melalui OIC, Malaysia dapat menganjurkan satu forum yang memperlihatkan perpaduan antara negara anggota iaitu Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIFE). A. 4. H. 3 - Forum ini telah menggabungkan tokoh-tokoh ekonomi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia Islam dan Barat. A. 5. H. 4 - Hal ini telah meningkatkan lagi semangat perpaduan antara negara anggota OIC.

5. Penyatuan Negara yang Berpegang kepada Prinsip Berkecuali A. 1. H. I. U- Penyertaan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) turut memberikan kebaikan kepada Malaysia. A. 2. H. 1 - Hal ini demikian kerana penyertaan Malaysia dalam NAM telah menyatukan negara yang berpegang kepada prinsip berkecuali. A. 3. H. 2 - Melalui NAM, setiap negara anggota saling menghormati hak asasi manusia, ras, agama dan kedaulatan wilayah negara-negara lain. A. 4. H. 3 - Penyatuan negara yang berpegang kepada prinsip berkecuali membolehkan setiap negara anggota berusaha untuk menyelesaikan masalah pertelingkahan antarabangsa bersama. A. 5. H. 4 - NAM juga berusaha membela kedudukan kaum wanita dan menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor.

KESIMPULAN Kesimpulannya, penyertaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa telah memberi banyak kebaikan kepada Malaysia. Dengan adanya penyertaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa, Malaysia dapat memupuk kerjasama dalam kalangan negara anggota sekaligus membolehkan Malaysia mudah untuk mendapatkan bantuan sekiranya menghadapi masalah.
- Slides: 8