SERANTA AWAM PINDAAN PERATURANPERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK

  • Slides: 9
Download presentation
SERANTA AWAM PINDAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK 1984 (PKDK 1984) PENGISYTIHARAN WAJIB MAKLUMAT

SERANTA AWAM PINDAAN PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK 1984 (PKDK 1984) PENGISYTIHARAN WAJIB MAKLUMAT HARGA PRODUK FARMASEUTIKAL 2 Ogos 2017 Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 (PKDK 1984): Mewujudkan Peraturan 28 A

Cadangan Pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 (PKDK 1984): Mewujudkan Peraturan 28 A (Baru) untuk memasukkan peruntukan berkenaan keperluan pengisytiharan harga ubat-ubatan Pindaan ini memperuntukkan kuasa yang jelas kepada Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi (PKPF) untuk mendapatkan maklumat harga sesuatu produk apabila diperlukan untuk membina dan mengemaskini pangkalan data harga ubat-ubatan di Malaysia dan untuk perkongsian maklumat harga dengan orang awam di laman sesawang www. pharmacy. gov. my sebagai Harga Panduan Pengguna

Pelaksanaan Pindaan Semua pihak yang terlibat perlu mengisytiharkan maklumat harga bagi produk mereka kepada

Pelaksanaan Pindaan Semua pihak yang terlibat perlu mengisytiharkan maklumat harga bagi produk mereka kepada PKPF menggunakan Modul E-PHU dalam Sistem My. Pharma. C atau secara manual atau mana-mana kaedah laporan lain yang dianggap sesuai, sekiranya terdapat keperluan.

Pelaksanaan Pindaan Pihak yang terlibat adalah : Pemegang Pendaftaran Produk, Pemegang Lesen Pengimport ,

Pelaksanaan Pindaan Pihak yang terlibat adalah : Pemegang Pendaftaran Produk, Pemegang Lesen Pengimport , Pemegang Lesen Pengilang, Pemegang Lesen Pemborong, atau mana-mana individu yang terlibat dalam penjualan produk berdaftar, apabila diminta pada bila-bila masa yang diperlukan. .

Pelaksanaan Semasa Arahan kepada pihak tertentu untuk mengemukakan atau mengisytiharkan maklumat harga sesuatu produk

Pelaksanaan Semasa Arahan kepada pihak tertentu untuk mengemukakan atau mengisytiharkan maklumat harga sesuatu produk dikeluarkan secara administratif dan maklumat yang diberikan adalah secara sukarela. Keperluan untuk pengisytiharan harga dalam dokumen Garispanduan Good Pharmaceutical Trade Practice (GPTP) yang diperkenalkan pada tahun 2015 juga berbentuk administratif

Pelaksanaan Semasa Oleh itu, pihak terlibat tidak terikat untuk mematuhi arahan itu dan ini

Pelaksanaan Semasa Oleh itu, pihak terlibat tidak terikat untuk mematuhi arahan itu dan ini menyebabkan paparan maklumat harga produk tidak dapat dikemaskini dengan kerap untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan kepada orang awam mengenai ketersediaan suatu produk dalam pasaran dan seterusnya membantu mereka membuat pilihan dalam pembelian produk yang sesuai mengikut kemampuan dan keperluan kesihatan mereka. Pengisytiharan harga produk farmaseutikal hanya diperolehi pada kadar 50% daripada jumlah produk di pasaran. Orang awam tidak mendapat manafaat terkini sepenuhnya berkaitan harga dan ketersediaan produk di pasaran

Penutup Cadangan Pindaan Sangat Penting : 1. Untuk membolehkan pengisytiharan mandatori maklumat harga produk

Penutup Cadangan Pindaan Sangat Penting : 1. Untuk membolehkan pengisytiharan mandatori maklumat harga produk farmaseutikal daripada mana pihak yang terlibat dalam perjualan produk berdaftar. 2. Menyediakan rujukan dan panduan kepada orang awam mengenai ketersediaan sesuatu produk dalam pasaran dan membantu membuat pilihan berlandaskan maklumat (informed choices) mengikut kemampuan sendiri. 3. Mengukuhkan dan meningkatkan ketelusan dalam perkongsian maklumat harga kepada orang awam, profesional kesihatan dan pihak berkepentingan.

Maklumbalas Seranta Awam Maklumbalas seranta awam boleh dicapai melalui laman sesawang http: //www. pharmacy.

Maklumbalas Seranta Awam Maklumbalas seranta awam boleh dicapai melalui laman sesawang http: //www. pharmacy. gov. my/v 2/ms/forms/seranta-awamtalian-mengenai-cadangan-pindaan-peraturankawalan-dadah-kosmetik-1984 -pkdk. html Tarikh akhir maklumbalas: 15 Ogos 2017

SEKIAN, TERIMA KASIH

SEKIAN, TERIMA KASIH