Penulisan kreatif Apa itu penulisan kreatif Penulisan kreatif

  • Slides: 10
Download presentation
Penulisan kreatif

Penulisan kreatif

Apa itu penulisan kreatif? • Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan

Apa itu penulisan kreatif? • Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita

 • Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi

• Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.

Contoh penulisan kreatif 1. 2. 3. 4. 5. Novel Cerpen Puisi Sajak Pantun

Contoh penulisan kreatif 1. 2. 3. 4. 5. Novel Cerpen Puisi Sajak Pantun

Novel • Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. • Istilah ‘novel’ diambil daripada

Novel • Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa. • Istilah ‘novel’ diambil daripada bahasa Inggeris. • Perkataan itu asalnya daripada bahasa Itali ‘novella’ yang bererti satu benda kecil yang baru. • Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya. Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas plot yang kompleks, • Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya, • Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai dan suasana serta latar ceritanya beraneka. Hal-hal itu menyebabkan sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjang daripada cerpen.

Cerpen • Cerpen ialah singkatan kata daripada perkataan cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah

Cerpen • Cerpen ialah singkatan kata daripada perkataan cerita pendek. Oleh sebab itu, sudah tentu ceritanya tidak panjang. • Walau bagaimanapun, batasan atau tanggapan panjang pendeknya tidak boleh diukur berdasarkan jumlah perkataan yang dilihat lantaran sifatnya yang relatif. • Pada kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan hanya satu kejadian dalam kehidupan yang diwarnai oleh pelbagai kejadian. • Sesuatu kejadian yang digambarkan melalui cerpen dianggap sebagai pokok yang menentukan segalanya. Kemungkinan-kemungkinan lain ditinggalkan begitu sahaja. • Oleh sebab itu, pengisahan yang diutarakan menjadi relatif pendek. • Sesebuah cerpen biasanya memusatkan pengisahannya kepada satu watak sahaja, terutama watak penting yang menghadapi permasalahan hidup, misalnya. • Persoalan yang ditimbulkan itu benar-benar bermakna, penting dan dapat ditonjolkan pemikiran mengenai watak-watak yang difokuskan.

Drama • • • Drama merupakan salah satu bentuk karya sastra. Sejenis cereka yang

Drama • • • Drama merupakan salah satu bentuk karya sastra. Sejenis cereka yang berbentuk lakonan dan selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’ berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’. Dalam drama, penulis ingin menyampaikan pesan melalui acting (perbuatan) dan dialog. Biasanya drama menampilkan sesuatu hal yang biasa terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari. Sehingga para penonton diajak untuk seolah-olah ikut menyaksikan dan merasakan kehidupan dan kejadian dalam masyarakat. Ciri-ciri sebuah drama ialah aksi, konflik dan persembahannya sekali jalan sahaja. Manakala jenis-jenisnya ialah tragedi, komedi, tragi-komedi, opera, pantomin dan bangsawan. Jenis yang boleh diketengahkan adalah seperti drama berbentuk tragedi yang mengandungi kisah sedih yang menimpa watak utama. Sekalipun watak itu cuba mengubah nasib malang tersebut dengan baik, tetapi dia tetap gagal. Selain itu, drama berbentuk komedi mengisahkan telatah lucu watak-watak di dalamnya. Tujuannya untuk menghibur di samping menyindir penonton-penonton secara halus. Drama berbentuk seperti pantomin pula dipersembahkan tanpa dialog. Pelakon-pelakonnya hanya mempamerkan gerak laku dan memek muka bagi menunjukkan aksi dan perasaan yang maksudnya difahami penonton. Drama jenis ini dinamakan pantomin dan ia sering dipersembahkan dalam majlis-majlis sambutan yang besar-besar seperti Maal Hijrah dan Hari Kebangsaan.

Sajak • • Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan

Sajak • • Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak mengungkapkan perasaan & pemikiran penyair secara imaginatif dan disusun dengan menumpukan semua kekuatan bahasa, serta bentuk luaran dalaman. Sajak bersifat demikian untuk dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas. Sajak juga tidak mempunyai imbangan bunyi yg tetap dan mempunyai keharmonian atau penyesuaian yang baik antara isi dengan bahasa. Isi-isi dalam sajak pula biasanya berkisahkan unsur pujaan, keagamaan, kesedihan, pengajaran, sindiran, percintaan atau pengisahan. Di Malaysia, pertumbuhan dan perkembangannya terserlah selepas penyair terdedah dengan bacaan daripada luar sama ada daripada Indonesia atau Barat. Punggok atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Maamor menjadi pelopor puisi moden di Malaysia. Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ke tengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul Di Tengah Segara yang termuat di dalam Majalah Guru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya: Di dalam gelombang hambur-menghambur Kudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendak kurenang beta tak bisa.

Pantun • • Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman

Pantun • • Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu menulis dan membaca lagi. Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Pantun merupakan bentuk puisi tradisonal yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a-b-a-b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu rangkap pembayang dan maksud. Setiap rangkap tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya rangkap-rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap lain untuk melengkapkan keseluruhan idea. Contoh pantun adat ialah : Bukan lebah sembarang lebah Lebah bersarang dibuku buluh Bukan sembah sembarang sembah Sembah bersarang jari sepuluh

Bagaimana boleh di aplikasikan dalam penulisan i. iii. iv. v. vi. Penerapan nilai-nilai murni

Bagaimana boleh di aplikasikan dalam penulisan i. iii. iv. v. vi. Penerapan nilai-nilai murni Memberi keindahan dalam bahasa Semangat patriotik Tempat untuk meluahkan idea Menjadi bahan ilmu kepada para pembaca Menghargai hasil karya sastera