Tajuk Meskipun undangundang Zon Ekonomi Eklusif ZEE penting

  • Slides: 8
Download presentation
Tajuk: Meskipun undang-undang Zon Ekonomi Eklusif (ZEE) penting dalam sesebuah negara. Namun ZEE juga

Tajuk: Meskipun undang-undang Zon Ekonomi Eklusif (ZEE) penting dalam sesebuah negara. Namun ZEE juga menimbulkan masalah dalam hubungan serantau. Huraikan

Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) merupakan suatu kawasan laut yang luasnya 200 batu nautika dari

Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) merupakan suatu kawasan laut yang luasnya 200 batu nautika dari garis pantai sesebuah negara. ZEE amat penting dalam sesebuah negara namun ZEE turut menimbulkan masalah dalam kalangan negara serantau.

Undang-undang Zon Ekonomi Ekslusif penting dalam pengurusan sumber alam. Hal ini kerana undang-undang ZEE

Undang-undang Zon Ekonomi Ekslusif penting dalam pengurusan sumber alam. Hal ini kerana undang-undang ZEE tersebut membenarkan setiap negara menjalankan penyelidikan ke atas sumber alam. Sebagai contoh, setiap negara boleh menjalankan penyelidikan tentang bagaimana dan cara pengurusan ke atas hidupan marin. Kesannya, hidupan marin dapat dipelihara dan banyak masalah alam sekitar boleh dicegah.

Selain itu, kepentingan ZEE dalam sesebuah negara ialah untuk menjamin keselamatan di perairan. Hal

Selain itu, kepentingan ZEE dalam sesebuah negara ialah untuk menjamin keselamatan di perairan. Hal ini adalah kerana untuk mengawal aktiviti nelayan asing di laut daripada mencerobohi sempadan perairan bagi sesebuah negara. Sebagai contoh, pencerobohan nelayan asing dari Thailand dan Vietnam. Sejajar dengan itu, bilangan pencerobohan nelayan asing dapat dikurangankan dan hak sempadan negara dapat dipelihara.

Walau bagaimanapun, kepentingan ini juga menimbulkan pelbagai masalah dalam hubungan serantau. Antarannya adalah masalah

Walau bagaimanapun, kepentingan ini juga menimbulkan pelbagai masalah dalam hubungan serantau. Antarannya adalah masalah lanun. Selat Melaka dan Laut China Selatan merupakan sebahagian besar perairan negara yang sangat terdedah kepada ancaman lanun. Kedatangan mereka akan menjejaskan kegiatan ekonomi di sesebuah negara. Ancaman lanun ini berlaku kerana kegiatan ekonomi yang bebas dijalankan di kawasan perairan menyebabkan lanun berkesempatan untuk mencerobohi kawasan perdagangan tersebut. Hal ini akan mendatangkan masalah kepada ekonomi sesebuah negara.

Masalah yang seterusnya yang telah ditimbul dalam hubungan serantau ialah pencerobohan nelayan asing ke

Masalah yang seterusnya yang telah ditimbul dalam hubungan serantau ialah pencerobohan nelayan asing ke kawasan ZEE. Masalah pencerobohan ini telah wujud dari dulu dan masih berterusan sehingga sekarang. Nelayan asing telah menggunakan kapal laut dalam untuk menangkap ikan laut dalam di perairan negara jiran. Sebagai contoh, pencerobohan nelayan asing dari Thailand dan Vietnam ke perairan Malaysia. Hal ini demikian akan menjejaskan hubungan yang erat antara sebuah negara dengan negara lain.

Akhir sekali, undang-undang ZEE juga telah menimbulkan masalah pertindihan sempadan dalam hubungan serantau. Hal

Akhir sekali, undang-undang ZEE juga telah menimbulkan masalah pertindihan sempadan dalam hubungan serantau. Hal ini berfokus kepada isu pertindihan sempadan antara negara berjiran seperti Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Indonesia. Masalah ini akan menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara negara oleh sebab pihak yang menjaga kawasan perairan masing-masing akan sering dipersalahkan kerana tidak memantau serta menjaga kedudukan di kawasan ZEE dengan cekap. Perkara ini akan mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara negara yang berkongsikan kawasan sempadan.

Kesimpulannya, ZEE harus dipelihara dengan bijak dan baik kerana ZEE mendatangkan banyak kepentingan kepada

Kesimpulannya, ZEE harus dipelihara dengan bijak dan baik kerana ZEE mendatangkan banyak kepentingan kepada sesebuah negara. Oleh itu, setiap negara harus bekerjasama untuk memelihara kawasan ZEE agar bertelingkahan antara negara tidak berlaku.