perkongsian pengalaman dengan Cikgu Yen cara-cara mengajar Rumusan kepada pelajar lemah
Pengetahuan sedia ada para pelajar 1. kosa kata kurang 2. tatabahasa lemah 3. pemahaman lemah 4. tidak berminat
Persediaan sebelum mengajar 1. Ketahui minat pelajar 2. Anggapkan bahawa pelajar tidak pernah membuat latihan rumusan 3. Pastikan pelajar memahami bentuk dan format karangan
Latihan pertama yang perlu diajar 1. Rumusan berbentuk jadual 2. Pilih tajuk yang mudah dan berkaitan dengan pelajar 3. Minta pelajar menyumbangkan maklumat yang berkaitan 4. Pastikan pelajar memahami maklumat dalam jadual tersebut
Contoh jadual Jenis Sarapan yang Disukai oleh Pelajar Tingkatan Satu Mawar Jenis makanan roti bubur mi goreng roti canai nasi lemak nasi goreng Jumlah pelajar ( orang ) 15 7 12 5 8 10
Bina Rangka Rumusan 1. Bina 10 ayat sahaja 2. bina ayat yang sama dan berulang 3. minta pelajar melengkapkan bahagian yang dikosongkan
Contoh rangka rumusan Pendahuan 1. ____ menunjukkan ________________ Isi Tersurat 2. ___ disukai oleh ____orang pelajar sebagai sarapan iaitu jumlah yang tertinggi. 3. ____ disukai oleh ____ orang pelajar sebagai sarapan iaitu jumlah yang _____.
Isi Tersirat 8. Roti lebih disukai oleh pelajar sebagai sarapan kerana_____. 9. Roti canai tidak begitu disukai oleh pelajar sebagai sarapan kerana _______.
Kesimpulan 10. Kesimpulannya, _____ mesti _____ supaya ________.
Latihan kedua dan seterusnya 1. Gunakan maklumat dalam jadual untuk membina graf palang, graf garis, dan carta pai. 2. Gunakan rangka rumusan yang sama tetapi beberapa bahagian diubah. 3. Isi tersirat boleh dipelbagaikan setelah pelajar lebih mahir. 4. Pastikan pelajar menulis rumusan yang lengkap setiap kali. 5. Perkenalkan bentuk rumusan yang lain kepada pelajar setelah mereka agak mahir.