KATA HUBUNG LANGKAH MENGAJAR Kata Hubung Gabungan Kata

KATA HUBUNG





LANGKAH MENGAJAR

Kata Hubung Gabungan Kata Hubung Pancangan Kata Hubung Berpasangan

Kata Hubung Perkataan yang bertugas untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat dinamakan ayat majmuk.

Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa. Contoh: atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi

Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat atau Menunjukkan pilihan 1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan pelajarannya ke maktab atau ke universiti. 2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul? ” tanya Amin dan Menggabungkan dua unsur yang setara 1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang kaya itu. 2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu. lalu Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukansecara berturut 1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atastilam yang empuk itu. 2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu Lalu menggigit punggungnya Serta Menyatakan maksud turut atau bersama-sama 1. Aliah rajin serta gigih berusaha. 2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid bercadang untuk pergi menonton wayang pada hari minggu ini.

Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat sambil Menunjukkan perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan utama 1. Sally menyanyi sambil menari. 2. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik. tetapi Menggabungkan ayat dengan ayat yang lain 1. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai. 2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal.

Kata Hubung Pancangan Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan. Contoh: apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara, sungguhpun, supaya, walaupun, ketika

Kata Hubung Fungsinya Contoh Penggunaan dalam Ayat Agar Menerangkan maksud/tujuan 1. Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu itu. 2. Kadir sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat sembuh. Apabila Menerangkan masa berlakunya 1. Apabila ditegur, dia merajuk. sesuatu peristiwa / kejadian 2. Dawai itu mengembang apabila dipanaskan. Kerana Menunjukkan alasan / sebab 1. Kerana demam, dia tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan itu. 2. Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan gelas minuman.

Manakala Menunjukkan 1. Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya masa dan perkara manakala rakan-rakannya yang lain asyik bermain sahaja. yang bertentangan 2. Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala adik dan kakaknya sibuk melayan tetamu. setelah/sebel um /sejak Menunjukkan masa 1. Setelah siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan kerja sekolahnya pula. 2. Sebelum ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya terlebih dahulu. 3. Sejak berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke kampung. Supaya Menerangkan maksud / tujuan 1. Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya gigi kelihatan cantik dan bersih. 2. Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya supaya dia kelihatan lebih begaya dan cantik.

Kata Hubung Berpasangan Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat. Contoh: baik…mahupun makin…makin kian…kian bukan sahaja…tetapi juga entah…entah sungguhpun…tetapi sedangkan…inikan pula sama ada…atau bukan sahaja…bahkan juga bagaimana…begitulah sungguhpun…namun daripada…lebih baik jangankan…pun semakin…semakin

Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’. Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja contoh: 1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu. 2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun kelaut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora. ‘bukan sahaja…bahkan juga’. Digunakan untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga contoh: 1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa. 2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.
- Slides: 16