MENUKAR AYAT Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk Cakap

  • Slides: 6
Download presentation
MENUKAR AYAT Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk

MENUKAR AYAT Cakap Pindah kepada Cakap Ajuk

 • Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara : (a) Ayat bentuk dialog

• Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara : (a) Ayat bentuk dialog dengan penggunaan tanda pengikat kata. (“…”) (b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata.

1) Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata ganti

1) Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata ganti diri yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diri “dia” ditukar menjadi “saya”, “aku” menjadi “nama seseorang”, “mereka” menjadi “kami”, “di sana”, “di situ” menjadi “di sini”, “masa itu” menjadi “masa ini”.

2) Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog. 3)

2) Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog. 3) Anda perlu menulis tanda soal (? ), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti “wah” – memuji, “aduh” – menyatakan sakit atau mengaduh dan sebagainya.

4) Penggunaan kata singkatan boleh digunakan seperti “nak” bagi “hendak”, “mak” untuk “emak”, “dah”

4) Penggunaan kata singkatan boleh digunakan seperti “nak” bagi “hendak”, “mak” untuk “emak”, “dah” untuk “sudah”, “mau” untuk “mahu”. 5) Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirullah, lahaulawala kuwatailla dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, “alhamdulillah” bagi “mengucap syukur”, “lahaulawala kuwatailla” bagi “mengucap panjang”.

6) Unsur- unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh, “jom” untuk “mengajak”, “satsat”

6) Unsur- unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh, “jom” untuk “mengajak”, “satsat” untuk “sebentar”, “bergebang” untuk “berbual kosong”. 7) Anda boleh menambah imbuhan pada kata- kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap. 8) Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata. 9) Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal.