TEORI SKINNER OLEH Linda Maftuhatun Nikmah 1 SEJARAH

  • Slides: 7
Download presentation
TEORI SKINNER OLEH: Linda Maftuhatun Nikmah 1

TEORI SKINNER OLEH: Linda Maftuhatun Nikmah 1

SEJARAH SKINNER BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904 -1990) B. F Skinner adalah seorang ahli psikologi

SEJARAH SKINNER BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904 -1990) B. F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph. D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yan telah dijalankan dalam tahun 1930 -an. ` Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner. 2

EKSPERIMEN SKINNER KETERANGAN 3

EKSPERIMEN SKINNER KETERANGAN 3

4

4

 • Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara

• Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga. 5

 • Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan

• Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif. Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda. 6

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM P&P • • • Kemahiran atau teknik yang

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM P&P • • • Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari diberi peneguhan secara berterusan diikuti dengan secara berkala supaya dapat dikukuh dan dikekalkan Peneguhan yang positif membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan Prinsip penghapusan sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini. Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalu proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Menggunakan prinsip Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan berkala yang berpatutan bagi menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Kadangkala, peneguhan negatif sesuai untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian waktu rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah. 7