Walaupun kata 2 itu daripada bukan seorang ilmuan
Walaupun kata 2 itu daripada bukan seorang ilmuan, tetapi ia adalah cetusan daripada hati yang beriman kepada Allah… Sesungguhnya kebenaran itu datang dari Allah dan janganlah kita termasuk di kalangan orang yang ragu 2… Jangan lihat siapa yang berkata 2 tetapi lihat apa yang dikatakan…. http: //www. facebook. com/#!/group. php? gid=106573919377333
Alangkah manisnya hidup sebagai wali Allah. . . diturunkan kepada mereka malaikat dan dikatakan janganlah kamu sedih dan berdukacita. . wali Allah ialah orang 2 yang beriman. . .
Tanda tertipu dengan kehidupan. . . Kita takut untuk menghadapi kematian besok hari. . .
Kita tidak mampu menghargai kesenangan bila kita tidak memahami apa itu kesusahan. Kita tidak mampu menghargai kesusahan bila kita tidak memahami kenapa kita diciptakan. .
Jika kita memukat, kita tidak mampu memukat satu lautan walaupun cita 2 kita melangit. . . apa yang dapat ialah apa yang telah ditakdirkan kepada kita. . . apa yang luput dari kita itu bukan rezeki kita walaupun bersungguh 2 kita cuba mendapatkannya. . . bersyukurlah dengan apa yang telah kita perolehi nescaya kita tidak ralat dengan apa yang tidak kita perolehi. . .
Seseorang diuji berbeza menurut kemampuan masing 2. . ada orang diuji dengan penyakit. . . ada orang diuji dengan diambil nikmat yang disayangi. . . ada orang diuji ditipu dalam perniagaan. . ada orang diuji dengan cinta dan pelbagai ujian. . Kejayaan menghadapi ujian bermula dengan kesedaran "innali. Llahi wa inna ilaihir. . . ajiun. . " Semua nikmat dari Allah dan kepada. Nya ia kembali. . "
Tiada kehidupan tanpa ujian!!!!. . . Al Mulk ayat 2 - "Dialah yang menciptakan kamatian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah diantara kamu yang lebih baik amalannya". . .
Hidup ni macam main game ye. . . makin tinggi levelnya makin sukar halangannya. . . makin besar ganjarannya. . . tapi tatkala hidup dah makin ke penghujungnya jika masih di level 1 camna ye. . nanti game over!!!
alangkah sukarnya menghiasi dunia ini. . Meskipun kita dapat menghiaskannya dengan kemewahan dan kesenangan, kita akan meninggalkannya
Kita perlu memberikan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. . . berikanlah jiwa Kepada Allah kita untuk mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi. .
Jika kita ingin mengetahui bagaimanakan kehidupan kita selepas mati. . perhatikanlah bagaimana kehidupan kita sebelum mati. . . kerana kita akan dibalasi mengikut apa yang kita kerjakan. . .
Kebenaran itu ibarat permata. Ku kutip walau disisihkan ke jalanan. . .
1 -10 thn Sibuk dengan bermain. . . 11 -20 thn Sibuk dengan SRP, SPM. . . 21 -30 tahun Sibuk nak kawin dan membesarkan anak. . . 30 - 50 thn Sibuk nak kaya. . . 51 thn ke atas Sibuk berulang ke hospital. . bila masa tak sibuk? . . . Sibukkan diri kita dengan hubungan hati yang berterusan dengan Allah. . . insya. Allah setiap masa adalah bermanafaat. . Sebaik 2 kesibukan ialah perjuangan menegakkan Dean Allah. .
Kita sibuk menghabiskan masa untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup. . . tetapi lupa untuk menghabiskan masa untuk menunaikan tugas kita sebagai hamba Allah dalam kehidupan. . . Itulah tanda 2 tertipu dalam kehidupan. .
Dari Umamah Al-Bahili dari Nabi s. a. w. bersabda: “Sungguh akan terlepas pegangan Islam satu demi satu. Setiap terlepas salah satu pegangan, maka orang-orang akan berebutan untuk bergantung kepada yang lain. Adapun yang pertama kali terlepas itu adalah persoalan hukum, sedangkan yang terakhir adalah perkara solat. " (Riwayat Ahmad).
Bagaimana mahu yakin dengan rezeki Allah? . . Siapa ada petua? . . . Kisah nabi sulaiman dengan semut: Pada suatu hari nabi sulaiman terjumpa seekor semut sedang mencari makan, "kamu makan brapa banyak dalam setahun", tanya nabi sulaiman. "Aku makan sebutir beras dalam setahun". kata semut. ok lah kamu duduk rela. . . x bawah tempurung aku bagi sebutir beras selepas setahun aku buka balik tempurung ini dan bagi lagi satu biji utk tahun depan"semut bersetuju. selepas 1 tahun bila d buka tempurung nabi sulaiman lihat semut makan separuh dari beras itu. "Kenapa makan separuh"? aku hanya yakin pada Allah memberi rezeki ku tidak pada makhluk. . jika kamu lupa datang aku masih boleh hidup setahun lagi" kata semut.
Perjuangan hidup adalah suatu perjalanan yang sukar. . . Jalannya bersimpang siur. . . tempat duduknya tidak selesa. . bekalannya penuh kekurangan. . . perjalanannya penuh risiko. . . Sabar dan istiqomah dalam perjalanan itulah kejayaan. .
Harta yang kita himpunkan adalah untuk para waris kita. . . Apa yang kita belanjakan di jalan Allah adalah untuk kita di negeri akhirat. . .
Hidup adalah persiapan untuk kematian. . . Sekiranya anda belum bersiap untuk menyambut hari kematian anda sebenarnya tertipu. . .
Menundukkan nafsu bukanlah pekerjaan yang mudah. Seseorang itu perlu kembali kepada hatinya, bukan akalnya. Hati tidak akan berbohong dengan diri sendiri sekalipun akal menutupi kebenaran atas perintah nafsu. Kekuatan hati adalah ikhlas. Maksud ikhlas yang sebenarnya adalah: Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. ( Ayat 162 : Surah al-An’aam )
Dalam ikhlas tidak ada kepentingan diri. Semuanya kerana Allah s. w. t. Selagi kepentingan diri tidak ditanam dalam bumi, selagi itu ikhlas tidak tumbuh dengan baik. Ia menjadi sempurna apabila wujud diri itu sendiri ditanamkan. Bumi tempat menanamnya adalah bumi yang tersembunyi, jauh daripada perhatian manusia lain. Ia adalah umpama kubur yang tidak bertanda.
Awasi neraka dunia, takut tersambung ke neraka akhirat: 1. Terkesimpung dengan puak 2 yang menyeru kepada kemungkaran 2. Jiwa yang tidak pernah merasa puas mengejar serakah nafsu 3. Golongan yang ditelunjukkan untuk menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal 4. Golongan yang bertungkus lumus berkhidmat untuk manusia tanpa mengikhlaskan niat kepada Allah. . Wallahu'alam. . .
Berkata Imam Syafie: Aku mengadu kepada Waki (guru) tentang sulitnya menghafal pelajaran. Beliau memberitahuku supaya meninggalkan maksiat. Beliau mengatakan bahawa ilmu Itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan ditunjukkan kepada orang yang berbuat dosa. Imam Syafie sangat banyak melakukan solat tahajjud di malam hari. Beliau membahagikan waktu malam kepada tiga bahagian, sepertiga untuk menulis, sepertiga untuk solat Tahajjud dan sepertiga untuk tidur.
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman; mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setelus Zulaikha; tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak setabah Hajar; mengapa didamba teman hidup sesempurna Muhammad andai diri tak sehebat Khadijah. . jika ada keburukan. . . pada diri pasangan kita, bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai kurniaan; cari lah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana kita adalah pelengkap dia. .
Tunai. . Touch & Go. . Smart Tag. . Berusahalah untuk mendapat laluan ekspress di akhirat. . . supaya nanti kita tidak akan terkilan. .
Permintaan yang paling besar yang pernah aku minta ialah untuk hidup dengan iman. . . Aku ingin minta agar dikurniakan syurga dan dijauhkan daripada neraka walaupun sesaat. . Semoga Allah memperkenankan. . .
Jinakkan nafsu liar kita dengan ketenangan hati mengingati Allah. . .
Fasa dalam kehidupan 0 -20 tahun. . fasa mencari. . 20 -40 tahun fasa membina. . . 40 -60 tahun. . . fasa memiliki. . . Carilah kebenaran. . . Binalah amal soleh, perjuangan dan taqwa. . . Milikilah anak 2 yang soleh, pengikut 2 yang bertaqwa, harta yang bermanafaat. . .
Kita takut kepada mati tetapi kita tidak takut dan risau kepada kehidupan selepas mati. . . di manakah iman yang kita ucapkan. .
Bertaqwalah dan takutlah kita kepada Allah. . . di hadapan kita ada syurga dan neraka. . .
Islam itu bukan warisan. . . Islam itu adalah ilmu dan amal. . . Jangan kita meyakini Islam sepertimana orang Budha atau Hindu mewarisi akidah mereka. . . berdasarkan apa yang diajarkan nenek moyang. .
Saudara, keyakinan kita kepada Islam hendaklah keyakinan yang benar dan berdasarkan ilmu yang soheh. . melebihi keyakinan kepada kajian sains dan teknologi. . .
Ar-Rahman 56] Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; 57] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 58] Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. 59] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Jangan takut kepada manusia yang dengki. . . taruhlah harapan kepada Allah. . . Al-Fathir-2] Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, Maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Kejarlah kemerdekaan kerana ianya adalah punca kebebasan jiwa. . Jiwa yang merdeka bebas dari runtunan hawa nafsu. . . terpenjara hawa nafsu dalam sangkar iman. . . bebas jiwa dari memberontak. . bebas dari kesedihan. . bebas dari ketakutan. . . jiwa yang sejahtera dengan keindahan taqwa kepada Allah. . .
Ketika kita lahir, kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum. Semoga apabila kita pergi kita tersenyum Dan orang 2 sekeling kita menangis
Hati yang hidup mengingati mati dan akan memperelokkan amalan di dunia Supaya menjadi amalan yang paling soleh. . hati yang mati berputus asa daripada mengharap rahmat Ilahi dalam menghadapi ujian hidup.
Waktu berlari begitu pantas. . . masalah 2 dunia bakal kita tinggalkan. . . persoalan barzakh dan mahsyar bakal kita hadapi. . ya Allah kuatlah iman kami menghadapi hidup yang penuh ujian. Mu ini. . .
"Apabila sesiapa daripada kalangan kamu berdoa, maka hendaklah dia menekadkan apa yang diminta. Dan janganlah sekali-kali beliau berkata: "Ya Allah jika Engkau mahu, Berikanlah kepadaku apa yang kuminta". Sesungguhnya tiada suatu permintaan pun yang berat bagi Allah untuk menunaikannya" (HR al. Bukhari & Muslim)
Apabila diuji dengan ketakutan. . . jiwa ini akan takut. . . apabila diuji dengan kelaparan dan kekurangan harta jiwa ini akan kecut. . . ya Allah di manakah ingin hamba ini mencari kekuatan untuk meneruskan perjuangan hidup. . . jiwa 2 yang lemah ini berlindung di bawah Kekuatan dan Keagungan. Mu, Kekayaan Kerajaan Mu. . . dan Kebesaran arasy. Mu. . lindunglah hamba ini dunia dan akhirat. . . tiupkanlah kekuatan dalam jiwa kami. . . "Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Danberikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (Al Baqarah : 155)"
Bagaimana akan terang hati kita, yang gambar dunia ini terlukis dalam lensa hati; bagaimana akan pergi menuju kepada Allah padahal hati kita masih terbelenggu oleh syahwat hawa nafsu; bagaimana berharap akan dapat masuk ke hadrat Allah padahal kita belum suci dari kelalaian; bagaimana mengharap akan dapat mengerti rah. . . sia Allah padahal kita belum bertaubat dari kekeliruan-kekeliruan. . nur iman tidak masuk ke dalam hati yang keruh. .
Ayuh menjadi penolong 2 Allah (ansaru. Llah). . As-Saff-14] Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugama. Nya)? " Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
Luqman-6] Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.
Kecilnya bumi….
Golongan yang mewarisi syurga Firdaus – 1) orang yang khusyuk dalam solatnya 2) meninggalkan perkara lagha 3) menunaikan zakat 4) menjaga kehormatan 5) menjaga amanah 6) menjaga janji 7) menjaga solat. . . mahukah kita mewarisi syurga firdaus. . . milikilah sifat 2 ini. . . ya Allah berikanlah kami syurga. Mu. . .
Tidak ada!Urusan diri saya dengan dunia ini kecuali seperti orang yang sedang mengembara dalam musim panas menempuh sebuah perjalanan yang cukup panjang, lalu sekejap cuba bernaung di bawah sebuah pohon yang rendang untuk sekejap melepaskan lelah. Setelah itu dia pergi mweninggalkan. . . tempat peristirehatannya. "kata Rasul. "Haruskah saya korbankan kehidupan yang abadi hanya untuk bernaung sejenak menikmati iu? “ (HR. Ahmad, Ibnu Habban, Baihaqi)
Tidak ramai yang kantoi dalam medan bicara. . . ramai yang kantoi dalam medan amal. . . lebih ramai yang kantoi bila diuji. . . uhuhu. . . Ya Allah janganlah engkau ujikan aku dengan ujian yang gagal aku menghadapinya. . . tolonglah aku. . . permudahkan kami jangan engkau rumitkan kami ya Allah. . . golongkanlah kami di kalangan golongan yang berjaya. . .
Kebahagiaanmu adalah kebebasan untuk melakukan yang ingin kau lakukan. . . maka penjarakan nafsumu di dalam syariat Islam. . . sukalah apa yang disukai Allah dan bencilah apa yang dibenci Allah. . . nescaya anda mempunyai jiwa yang merdeka. . .
Tukarkan jiwa kita untuk mendapat syurga Allah yang seluas langit dan bumi. . kita mempunyai tanggungjawab yang banyak dan masa yang sedikit. . . jom bersegeralah kita melaksanakan kerja 2 yang dakwah yang berprestij ini. . .
Raja segala kebimbangan ialah kebimbangan tentang hari akhirat. . . ia akan melenyapkan segala kebimbangan lain. . . Kebimbangan kekurangan rezeki. . . Kebimbangan masa hadapan. . Kebimbangan kepada bencana. . Kebimbangan kepada kesihatan. . dll kebimbangan yang wujud atas muka bumi ini. .
Kita menghiasi dunia ini sehingga menjadi indah dan kita tidak lagi mahu mati. . sedangkan kita akan MATI. . . hiasilah dunia kerana Allah. . . nescaya menjadi bekal
Petua untuk khusyuk solat: 1) hendaklah mempunyai hati yang 2) sentiasa mengingati dan berhubung dengan Allah di luar solat dan dalam solat 2) menggambarkan seolah-olah kita bersolat di alam barzakh. . . Kita tidak pernah dijanjikan untuk hidup lagi besok. . kematian adalahsuatu yang Sangat hampir dengan kita. . bersyukur. . . kita masih hidup kerana sudah tentu jika di alam barzakh kita mengimpikan solat dan ibadat yang terbaik sebagai teman. . .
Sejak kecil kita diajar hidup untuk jadi orang berjaya yang digambarkan sebagai doktor, jurutera, saintis, cikgu dll. . . kita tidak pernah diasuh untuk bercita 2 menjadi seorang pejuang syariat Islam, pendakwah, syuhada', muttaqin, para wali. . . alangkah ruginya masa. . .
Nak hidup selama-lamanya? Kena mati dulu sekali!" Hakikat dunia hanya persinggahan. Akhiratlah destinasi kekal abadi.
Allah ta’ala berfirman (yang bermaksud), “Ketahuilah, Sesungguhnya kehidupan dunia itu adalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu, serta berlomba dalam kekayaan dan Anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kem. . . udian kamu lihat warnanya kuning dan kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari rabbmu dan Surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman bagi Allah dan rasul-Nya. Itulahkarunia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. ” (QS. Al-Hadid : 20 -21).
Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai Ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Ali Imran-145
"Wahai Ibnu Adam, juallah duniamu dengan akhiratmu. Pastilah engkau akan memperoleh untung dari kedua-duanya. Jangan jual akhiratmu dengan duniamu, karena jika begitu engkau akan mengalami kerugian dari kedua-duanya. " -Ibnu Abbas-
Hari demi hari berlalu sekarang dah mencecah setengah tahun. . kita menuju kepada suatu perjalanan yang ada noktahnya. . . Dengan Dia kita akan bertemu. . Siapakah Dia, adakah Dia Yang kita cintai dan rindui atau yang Dia yang kita ingkarkan. . .
Jika kita melihat orang lain lihatlah kebaikan diri mereka dan contohilah. Jika kita melihat diri kita lihatlah kelemahan kita dan perbaikilah. Seseorang itu akan diperhitungkan dengan amalan masing 2.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra. : Bahwa seorang badui datang menemui Rasulullah saw. lalu berkata: Wahai. . . Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu perbuatan yang apabila aku lakukan, aku akan masuk surga. Rasulullah saw. bersabda: Engkau beribadah kepada Allah tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan salat fardu, membayar zakat dan puasa Ramadan. Orang itu berkata: Demi Zat yang menguasai diriku, aku tidak akan menambah sedikit pun dan tidak akan menguranginya. Ketika orang itu pergi, Nabi saw. bersabda: Barang siapa yang senang melihat seorang ahli surga, maka lihatlah orang ini
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul. Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. al-Munafiqun-2
"Yang dinamakan dosa ialah sesuatu (perbuatan) yang menggelisahkan jiwa dan kamu tidak mau menampakkannya kepada orang lain. " (HR. Imam Ahmad)
mak sakit gigi. . . mak nak susu. . . mak abang pukul. . itulah suara anak 2 bila mengadu. Apabila meningkat dewasa menusia yang mengenali Tuhannya masih terus mengetahui di mana tempat mengadu. . . Selalu mengharap dan mengadu kepada Allah menyebabkan jiwanya tenteram. . . hidup terasa selamat. . cita 2 tercapai. . . jiwanya besar. .
Apakah manusia mencari dalam hidup. . . keseronokan. . . kekayaan. . . kemegahan. . . ketenangan. . . kebahagiaan. . . kepuasan. . . ? ? ? Sesungguhnya ianya hanya ada dengan taqarrub kepada Allah. . . hanya dapat dirasai oleh jiwa diberikan kurnia untuk merasainya. . berdoalah untuk mencapainya sebab itulah permata hidup. . .
Hayatilah ibadat kita kepada Allah. . . kerana ahli ibadat yang tertipu adalah Apabila melakukan ibadat ibarat memakan buah mengupas kulitnya tapi meninggalkan isinya. . . melakukan solat dengan sempurna rukun tetapi hatinya putus daripada munajat kepada Allah. . . akhirnya badannya solat tapi hatinya belum solat. . .
Hidup bagai putaran roda ada minggu 2 lega ada minggu 2 semput. . semua orang kaya atau miskin akan diuji dengan kesusahan dan kesenangan. . . kesempitan rezeki, kekalahan, kesakitan. . keuntungan, kejayaan kesihatan. . kekayaan dan kemiskinan hanya simbolik hidup. . .
Ya Allah engkau tetapkanlah hati kami sabar dalam kei. . . manan kepada. Mu. . . permudahkanlah urusan kami. . . bantulah kami dengan tangan 2 Mu di saat kami kesusahan. . . di saat kami kesenangan campakkanlah kesyukuran dalam hati kami. . .
Berfikirlah dengan hati. . . bercakaplah dengan hati. . . melihatlah dengan hati. . . mendengarlah dengan hati. . . Kerana kelembutan hati itu menjangkaui ketajama Qalbu itu bejana Allah di muka bumi. . . ia mampu menadah ilmu kurnia (wahabi dan mampu menggapai ilmu makrifat. .
Api. . . api!!!. . . Bangkitlah dari lenamu yang panjang. . . ayuh kita ke tempat yang selamat. Selamatkan diri dan keluargamu daripada gigitan api neraka. .
Andainya kita dijemput ke alam barzakh besok. . apakah yang akan tinggalkan untuk yang tersayang. . apa pula yang akan kita bawa untuk diri kita. . .
Sabda Rasulullah s. a. w yang bermaksud; "Ketahuilah olehmu Ali, bahawa rezeki para hamba itu ada di tangan Allah sehingga kesedihanmu itu sama sekali tiada gunanya. Ini kerana ia tidak membahayakan (tidak menghalang datangnya rezeki) dan tidak menguntungkan (menentukan datangnya rezeki). Cuma, kau mendapat pahala atas kesedihan yang menimpamu itu dan jadilah engkau orang yang bersyukur, taat dan bertawakal kepada Allah, maka engkau termasuk sahabat-Nya. "
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. Ar-Rahman 52 -54
Bersyukur di atas nikmat Allah menjadikan kita orang yang layak menikmatinya. . . mengorbankannya di jalan perjuangan kepada Dean Allah. Orang yang tidak bersyukur akan menikmati nikmat itu dengan lahap dan seterusnya ingin hidup kekal di dunia ini. Dia takut mati dan selamanya hidupnya dalam keresahan. . .
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat. Nya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman ayat 12)
Orang yang mensia-siakan hidup ialah orang yang tidak mahu mengetahui bahawa diciptakan Allah untuk berubudiyah kepada Allah, berjuang di atas syariat Islam. Orang yang sia-sia amalannya bertarung di dalam kehidupan tetapi mati tidak membawa amal 2 soleh. Nikmat kekayaan hanya dirasai oleh hati yang zuhud. Nikmat keberanian hanya dirasai oleh hati yang tawakkal. Nikmat kekuasaan hanya dirasai oleh hati yang berajakan Pemilik Alam.
"Ya Allah, nikmat yang paling besar yang kau berikan adalah hampirnya hati kepada. Mu. Tambahkan lagi ya Allah dan kekalkanlah ia sehingga menemui. Mu ya Allah. . “
Hari ini kita mempunyai mukjizat al-Quran sebagai peninggalan Rasulu. Llah. Pergunakan ia sebelum ianya diangkat dari kita. Ia adalah ubat dan penawar segala jenis penyakit zahir dan batin. Fahamlah al-Quran dan hayatilah ia. Bacalah dengan hati bukan sekadar dengan lisan nescaya hidup lebih ceria.
Istirehatkan lah diri dan fikiran mu daripada kerisauan mengatur keperluan hidup mu. Apa yang telah diselesaikan oleh mu, tidak usah lah kamu sibuk memikirkannya. Kekerasan usaha tidak akan dapat menembusi tirai takdirkerana segala yang apa yang terjadi adalah ketentuan dari Nya. . Berehat adalah di syurga. . suatu penantian yang indah Hidup sangat fantastik bila hati sentiasa bertawakal kepada Allah.
Mensyukuri apa yang diberikan Allah. Bersabar di atas kesusahannya. Mengharapkan pertolongannya. Merindui syurga. Nya. Hidup penuh kelazatan dan ketenangan bila hati sentiasa berhubung dengan Allah Hidup penuh bermakna bila memahamai dari mana kita datang, apakah tujuan Allah menciptakan kita dan kemana kesudahan kita.
Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari kedua 2 nya supaya engkau tidak brgantung kepada sesuatu selain Allah. . LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. . supaya kamu tidak bersedih. . . terhadap apa yang terlepas dari tangan mu, dan supaya kamu tidak berbangga atas apa yang diberikan kepada mu. .
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. . Surah Ar-Ra'd> Ayat 28. . . Jadi siapa yang nak tenteram kena sentiasa hati ingat Allah macam kita sentiasa rindu kepada kekasih kita. . . grenti hati tenteram. . insya Allah. . jangan cari cara lain. .
Di dalam sebuah hadis Qudsi ada disebut. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud, " Wahai hamba-Ku! Hatimu adalah taman-Ku; dan Syurga-Ku adalah tamanmu. Sekiranya engkau tidak bakhil kepada-Ku dengan tamanmu bahkan engkau tempatkan makrifah-Ku di dalam hatimu, nescaya Aku tidak akan bakhil kepada kamu dengan taman-Ku dan. . . Aku akan tempatkan engkau di dalamnya!"
Hadis riwayat Anas bin Malik ra. , ia berkata: . . . Rasulullah saw. bersabda: Tiga perkara yang akan mengiringi mayat, yang dua akan kembali dan yang satu akan menetap. Ia akan diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amal perbuatannya. Keluarga dan hartanya aka kembali dan tinggallah amal perbuatannya. Hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab ]: 5260
Zuhud itu bukan meninggalkan kenikmatan dunia tetapi menggunakan kenikmatan dunia untuk akhirat
Al-Quran > Surah A-li 'Imraan> Ayat 32 Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul. Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
Abdullah bin Mas'ud r. a katanya: Rasulullah s. a. w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab]: 1352
Hadis riwayat Anas ra. , ia berkata: Nabi saw. bersabda: Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, yaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya karena Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab]: 60
Al-Hujurat-14] Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah Rasul. Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
Tazkirah yg menginsafkan: "anggaplah dirimu di dunia sebagai seorang asing atau musafir lalu, dan anggaplah dirimu seorang diantara penghuni kubur". [H. R Al Bukhari].
kata ulama, jika dgn perbuatan itu, kamu akan merasa senang menerima maut, maka lakukanlah, sebaliknya jika dgn. . . perbuatan itu kamu enggan menerima kdtangan maut, maka tinggalkanlah. . .
Didalam dunia ini terdapat beberapa agama iaitu Islam, Yahudi, Kristian, Majusi, Budha dan Hindu yang menjelaskan hakikat kehidupan dan kematian. Jika telah memilih beraqidah dengan aqidah Islam, bersungguh-sungguhlah menghayatinya sebagai darah daging. Firman Allah bermaksud. . . "Sesungguhnya Dean (Agama) di sisi Allah hanyalah Islam. . . " 14]
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugama. Nya)? " Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. As-Saf ayat 14
Surah al-Mulk 1 -2 Maha Berkat Tuhan yang menguasai pemerintahan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; Dia lah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa , lagi Maha Pengampun
Persiapan kepada kematian tidaklah bermakna meninggalkan kenikmatan dunia, lebih kepada persiapan jiwa dengan kemanisan iman dan keikhlasan.
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah. . . orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul. Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (Surah al-Hujurat - ayat 15
Ghurur (tertipu) yang nyata adalah takut menghadapi kematian. Kematian adalah pasti dan kehidupan adalah suatu yang mungkin. Mengapa kita masih alpa.
Kesusahan yang ditempuhi adalah pahala bagi orang-orang yang beriman dengan bersabar. Kesenangan adalah nikmat dan kesyukuran. Kedua-duanya mendekatkan mereka kepada Allah.
Hidup ibarat permainan treasure hunt. Tujuannya untuk mengumpul sebanyaknya mata ganjaran tetapi ramai manusia yang kandas dan leka dengan keindahan panorama sehingga tamat masanya tiada apa yang di bawa pulang…. banyak perkara wajib yg perlu dilakukan. Kenapa masih berlengah?
Kematian itu bukanlah kerugian yang perlu ditangisi, tapi adalah perjalanan yang akan ditempuhi.
Sesungguhnya kematian amat hampir dengan kita dan pasti kehidupan di sana lebih lama dan kekal. Berbekallah kita dengan iman dan taqwa, semoga kehidupan di sana lebih nyaman dan sejahtera.
Sampaikan daripadaku (Rasulul. Lah) walaupun satu ayat. Sesungguhnya ilmu yang bermanafaat itu mempunyai haknya untuk disampaikan.
- Slides: 101